Thursday, March 26, 2009

And so the story goes...

Semalam aku jln2 kat add-on 1Utama, aku terdengar lagu nih. Last aku dgr tahun 1998. Dah 11tahun tu. Tapi still favourite aku. Haha.

Thursday, March 19, 2009

Top 10 Accidental Company URL's

1. A site called "Who Represents" where you can find the name of the agent that represents a celebrity. Their domain name is www.whorepresents.com

2. Experts Exchange, a knowledge base where programmers can exchange advice and views at www.expertsexchange.com

3. Looking for a pen? Look no further than Pen Island at www.penisland.net

4. Need a therapist? Try Therapist Finder at www.therapistfinder.com

5. Then of course, there's the Italian Power Generator company www.powergenitalia.com

6. And now, we have the Mole Station Native Nursery, based in New South Wales: www.molestationnursery.com

7. If you're looking for computer software, there's always www.ipanywhere.com

8. Welcome to the First Cumming Methodist Church. Their website is www.cummingfirst.com

9. Then, of course, there's these brainless art designers, and their website: www.speedofart.com

10. Want to holiday in Lake Tahoe? Try their brochure website at www.gotahoe.com

Source:
http://wayangtimes.blogspot.com/

AF tu ape?

Aku tak pernah tgk AF. Kalu tgk pon sbb aku tertengok siaran ulangan kat rumah org.

Ada org cakap budak2 AF kali ni tak best. Tak pandai perform atau nyanyi.

Tapi jgn risau la. Seburuk mana pon mutu nyanyian diorang, mesti ada pemenang. Percaya lah.

Tu la org Malaysia. Kalau dah tak best, tak payah la undi. Buang duit.

Jom kita tgk kutipan sms AF nanti. Bandingkan dgn kutipan sms untuk Bantuan GAZA.
Agak2 nye, kutipan mana yang lebih tinggi?

Dalam AF, ada yang pandai shuffle tak??? Kalau ada, kemungkinan untuk menang lagi tinggi. Budak shuffle mesti undi.

Haha.

Kaduk naik junjung

Ungkapan yang sesuai utk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Salah sikit denda. Salah sikit gantung. Salah sikit singkir.

Iklan jap:
Dalam filem Lang Buana, ada dialog Kuswadinata macam ni;

"Salah sikit pancung. Salah sikit sula. Salah sikit..."

Lebih kurang mcm tu la.

Baru2 ni FAM gantung Reduan Abdullah, jurulatih Felda United sbb keluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada pengurusan terlebih dahulu. Johor MBJB lak kena singkir dari Liga Perdana sebab tak dapat lunaskan insurans pemain2 kelab berkenaan. Tapi kenapa tak ambil tindakan awal2? Tak pun kenapa tak tunggu sehingga habis liga? Tahun depan kalau nak singkir, singkir la.

Pemilihan jurulatih, mmg takleh blah. Muka pi mai pi mai yg tu gak. Ltih tak kemana kena 5 biji, 4biji. Score satu pon jarang nak tgk. Sbb tu kalau berita sukan, gol yang sama dalam perlawanan antarabangsa akan diulang2 sehingga sebulan. Sebab gol tu je yg ada.

Kalah salahkan liga ketat sgt jadual perlawanan. Tapi realistik la sikit. Mana ada liga kat dunia ni berhenti untuk beberapa minggu untuk bagi peluang pasukan kebangsaan berlatih. Pasukan2 liga England tak ada ruang untuk berehat pun untuk pertandingan antarabangsa. Tgh2 liga pon ada perlawanan kelayakan. Tak ada masalah pon.

Ni la masalahnye bila bolasepak pon nak dipolitikkan. Tolong bagi tau aku, Encik Khairy Jamaluddin, timbalan presiden FAM tu, pasukan bolasepak mana yg pernah dia wakili sampai layak pegang jawatan tinggi mcm tu??? Mana pergi wira2 bolasepak 80-an dulu??? Kenapa bukan mereka yg pegang tampuk pengurusan FAM???

Lebih baik Malaysia fokus kat sukan congkak. Mungkin satu hari nanti sukan ni akan diperkenalkan kat Sukan Olimpik. Confirm menang.

Skema jawapan dalam Parlimen Malaysia

1) Pihak kementerian akan mengkaji perkara yg berkenaan. Tindakan yg sewajarnya akan diambil sekiranya perkara ini benar2 berlaku. Terima kasih di atas menengahkan perkara ini.

2) Sebenarnya tuan yg dipertua, perkara ini tidak berlaku. Tuduhan sengaja dibuat. Ini adalah fitnah semata2. Pihak kementerian ada prosedur2 tersendiri untuk mengatasi perkara ini. Adalah tidak wajar untuk membangkitka perkara ini dalam dewan yg mulia ini.

Tak puas hati, tunggu luar dewan, serang ramai2. Jadi hero kampung. Satu ape kerja pon tak buat.

Pro & Kontra

Ada dua tanggapan org bila jawatankuasa disiplin UMNO umumkan kes alah laku politik wang dalam parti:

1) Yg Baik

Org ramai akan rasa Umno tegas dan benar2 nak berubah utk menang hati org ramai balik. Nmpk keikhlasan nak hapuskan gejala barah politik wang dalam parti. Bagus la. Tapi jgn pilih kasih kalau nak amik tindakan tu.

2) Yg tak baik

Org ramai akan nmpk sgt yg Umno ni parti korup. Sampai nak guna duit nak mng dlm pemilihan agung nanti. Org2 pembangkang skrg mesti dah bgn dari tmpt duduk dan tepuk tgn bertalu2 ala2 cite hindustan bila tgk org buat persembahan. Mesti dah gelak guling2 tgk ape yg jadi dlm Umno. Parti yg dicanang sbg hero utk memerdekakan negara.

Mak abah aku org Umno. Sepatutnya aku pon org Umno. Tapi aku jijik dgn ape yg jadi skrg ni. Selagi org2 Umno tak berubah, selagi tu aku takkan sokong Umno. Malu. Bodoh. Gila duit. Sama je yg bakal diundi dan bakal mengundi.

Yg bakal mengundi, tadah tgn utk dpt insentif utk sokong calon tertentu. Yg bakal diundi, berterima kasih kalau mng sbb duit akan masuk. Aku tak paham bila dah tercalon, semua org gembira sbb kalau mng akan dapat tanggungjawab yg berat. Dulu kat sekolah, masa aku jadi pengawas, aku dapat tanggungjawab, aku tak gembira langsung sbb aku tau aku ada tugas yg berat. Ni sebaliknya. Bila dapat tanggungjawab, lagi gembira. Sebab lagi senang nak songlap duit. Kan???

Bila A kena tindakan, I nasihat supaya suruh sabar sebab dia pon pernah lalui perkara yg sama. Yg bodohnya, nape wartawan pegi tanya I. Dah tentu dia pon pernah buat benda yg sama dulu. Dia langsung tak layak bagi nasihat.

Bila A kena tindakan, MMT lak bagi nasihat supaya akur dgn keputusan jawatankuasa. Tapi, dia pon tak layak utk bercakap. Sebab dia pon ada kes dulu. lagipon mesti la dia akan cakap camtu sbb lagi senang la dia nak bertanding nanti dah kurang satu lawan.

Bila la nak setel benda2 camni??? Memalukan kat pembangkang dan memalukan kat kaum lain. Betapa sangap nye org melayu dgn pangkat sampai sanggup gadai maruah. Masalahnye kalau setakat gadai maruah diri, aku tak kisah. Tapi ni gadai maruah bangsa melayu. Dan bila tergadai maruah bangsa melayu, ni melibatkan aku. Sebab aku pon MELAYU!!!!!

Kenapa org Umno tak pernah langsung rasa malu??? mana ada parti dalam negara ni bila buat perhimpunan agung siap dapat liputan dalam TV. Kalau berita sejam, 35 minit cerita pasal Umno je. Ape lagi yg org Umno nak??? Tu pon perilaku tak nak jaga.

Masa aku belajar sejarah dulu, aku kenal org umno ni hebat. berjuang memerdekakan negara. Bantah Malayan Union. Tentang penjajah. Tapi mungkin dalam buku teks sejarah cucu aku nanti, parti Umno akan dicatatkan sbg parti yg amat jijik maruah nye. Nak jadi camni???
Kalau tak nak, mula perubahan dgn segera. OK???

Aku sekadar beri pandangan. Atas muka bumi ni, aku kecik je. Macam semut. Kalau sekor, manusia boleh jentik je. Tapi bila byk, boleh gigit manusia. Jadi, sekecil2 aku dan org lain kat negara ni, kami boleh buat perubahan yang mendadak. Kalau tak nak, berubah cepat.

Mak aku suruh aku daftar keahlian Umno. Biar aku berfikir untuk kali ke 78 untuk masuk atau tak.

Saturday, March 14, 2009

Sekalung Tahniah

Aku pon nak ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yg berjaya mencatatkan keputusan cemerlang 19A1 1A2 dlm SPM tahun 2008.

Dia berjaya membuktikan, kesempitan hidup bukan lah penghalang dia utk terus berjaya. Tahniah....

Malaikat Maut...

Band paling brutal dan ganas di Malaysia. Haha. Petikan dari filem Rock.

Tiap kali aku tgk filem ni aku terasa berada dlm cite tu. Kahkah. Berangan jadi rockers.

Sampai 3.30 Pulang 5.30


Video ni petikan dari filem Masam-Masam Manis. Arahan Tan Sri P Ramlee.




Dalam video tu, Cikgu Shaari (lakonan P Ramlee) sedang menunggu mata air nye kat Zoo Negara. Sebelum itu, mereka telah berjanji utk berjumpe di tmpt dan waktu yg sama minggu sebelum nye.


Tunggu punye tunggu, Cikgu Shaari pon naik fedap lalu dia pon blah.


CUba bygkan kita hidup pada zaman tu??? Susah weh nak dating. Kena janji seminggu sebelum jumpe. Skrg ni, ada handphone sng je. Nak kuar main call je ajak, tak pon sms. Kalau lmbt dtg pon bleh bgtau. Senang je nak date dgn 'boipren' skrg ni kan??? Tak payah nak tulis2 surat dah. Haha.


Cuba la date kat Zoo Negara pasni. Pakai baju koboi. Haha.

Tapi bagus gak takde handphone. Tak payah Afundi. Wekkkkk!!!!

Friday, March 13, 2009

Muzik di Malaysia: Sarkas

Bila Freddie Fernandez buat permintaan utk tetapkan kouta 90:10 utk muzik tempatan dan dari seberang, aku gelak besar. Sbb ape??? Tak paham nape perlu ada sekatan utk bermuzik. Relax la brader. Kalo lagu sdp, ramai yg suka. Tapi kalo lagu mcm Eddie Hamid, tangkap lentoq, sure menangis, jiwang gila, org tua nyanyuk pon tak kuasa dgr. Betul tak???

Encik Freddie ckp, pejuang2 seni termasuk syarikat2 rakaman tak dapat buat duit dlm bidang ni. Mksd nye, sume yg terlibat dlm bidang seni la. Tak kira la artis ke, pengurus ke, PR ke. Tipu la tak buat duit. Diorang sume ni pandai amik kesempatan sebenarnye. Duit buat byk ape. Tak caye???

Awal 90-an, masa zaman2 rock kapak hampir jatuh, trend kat Malaysia semua nak buat grup2 remaja. Kuar la sume Feminin (gaya rmbt mesti sama), KRU, M'steen (mangosteen kot), Res2, Nico, 4U2c (kasi lu org tgk) dan mcm2 lagi. Masa tu org tgh gila2kan grup2 camni. Semua syarikat rakaman ada artis masing2. Tapi tgk la, sape yg kekal??? KRU je.

Masuk tgh2 90-an, ni part yg paling best. Kuar band2 jiwang. Spoon, Spin, Sup, Suparjo, Spandex, Sifutongga (yg ni aku tipu). Lagu sume nak leleh2. Radio Muzik tu, kalo siaran 24jam, lagu2 camni la yg penuh. Lirik dah la ntah2ape. Ku ku ku ku derita, kau kau kau dah berubah. Gagap ke ape??? Haha. Tapi bukan main org ikot lagi. Respek gak la aku sbb lagu2 camni masih berkumandang skrg ni. Tapi sume minus1. Sbb yg asyik pasang lagu2 jenis ni skrg tu ha, karaoke jamban. Bleh kira evergreen la ni.

Tak lama pastu, kuar la band2 muka jambu, jiwang2, rambut kena belah tgh. New Boyz, Q'Face la ntah ape2 lagi. Ha lagi satu, Boboy. Antz pn ada (sori Fairuz...haha). Muka kena jambu. Tak jambu tak leh beb. Bila jambu, main gitar tak reti pon takpe. Recording org lain bleh buat. Show bleh psg minus1. Aku penah tgk New Boyz punye drummer main tamborine je tapi bleh kuar sound drums masa show kat tmpt aku. Kalo dah tak reti main live, jgn bawa gitar2 tu. Kuarkan vokalis je la. Kekal sampai skrg tak band2 ni??? Adalah satu dua.

Time ni gak nasyid naik. Tapi aku respek Raihan, Rabbani, Hijjaz. Raihan dapat ranking no 1 dlm carta RIM berbulan2. Masa tu tahun 1997. Tapi bila awal tahun 2000, kuar team2 nasyid jiwang mcm UNIC, In-team, mcm2 lagi. Lagu mesti kena ada lagu cinta. Belambak kumpulan yg kuar tapi tak byk pon yg kekal. Tak perlu sogok dgn lagu2 cinta utk nasyid. Raihan dgn nasyid tradisional, guna percussions je, sampai ke Russia, UK dan Afrika Selatan gak. Tapi skrg tanpa Nazrey Johanni, mcm tempang gak la skit. Rabbani dgn nasyid yg maju. Berani, tapi org komen tak sesuai dgn nasyid muzik nye. Ok je bg aku. Hijjaz, vokal mmg hbt. Mmg patut salute.

Lps tu, tanpa syak wasangka lagi, masa utk rancangan realiti. Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One In A Million, Mentor, Gangstarz, Mystars LG, Audition (NTV7). Sampai Bintang RTM pon nak guna sms gak mcm rancangan lain. Sedangkan dulu Jamal Abdillah, Allahyarham Sudirman bahkan Siti Nurhaliza tak merasa zaman sms ni, tetap boleh berjaya gak. Menang Bintang RTM atas undian juri. Semua rancangan realiti ni boleh buat untung besar. Satu sms dah 50sen. Bygkan kalo 1juta undi utk satu mlm je??? Eh, bukan satu malam. Dah buka undi seminggu utk penonton undi. Yg kritikal nye, belum buat persembahan dah boleh undi. Kalau mlm persembahan tu hampeh, undian sms tu boleh ke ditarik balik??? Tak kan...Dah untung kat situ.

Juri lak kerja nye senang je. Puji. "Dik bagus dik, penghayatan camni yg akak suka." "Aku suka ko ni, gaya ko menarik." Puji hbs2. Nanti org akan undi. Juri pon dapat bahagian masing2. Bila ada juri yg komen peserta menyanyi menyalak mcm anjing, sume org tuding jari. Ckp juri celupar. Sedangkan tu realiti. Kena la terima. Nama pon realiti tv. Bila nak disingkirkan, semua pakat menangis ramai2. Mcm la ko tak jumpe blk pastu kat blkg stage. Aku bagi idea la kalo nak bagi tragik skit time peserta kena singkir, sape yg kuar kena tembak. Baru semua menangis terlolong2 sbb tak jumpe dah pastu. Betul tak???

Sms sms sms. Sampai rancangan pertandingan memasak pon nk kena sms. Pertandingan Maggi mencari Bintang, penonton kena undi. Tapi atas dasar ape penonton undi??? Bukannye bleh rasa ape yg diorang masak. Ntah2 rasa ape masakan tu, hantam saja la labu undi. Kritikal kan???

Satu je realiti tv yg aku respek. Akademi Al-Quran. Tak de undi sms. Sbb TV9 rasional. Benda mcm ni, tak semua org dapat nilaikan. Org Malaysia masih buta seni. Caye la ckp aku. Nanti aku post lagi nape aku ckp camni.

Tapi jgn lupa, TV9 gak yg ajar makcik2 kat luar sana mencari jodoh utk anak teruna mereka melalui TV. Program Mencari Gadis Melayu. Tak payah cari. Belambak kot. Mana pupus lagi gadis Melayu.

Skrg zaman muzik indie lak. Ape la yg korang dgr sampai minat sgt indie ni??? Atas apa penilaian anda??? Aku tak nafikan ada band yg bagus tapi kebanyakkan nye main lagu yg bdk sklh form1 pon bleh main. Caye la.

Kritikal kan seni kat sini??? Seasonal. Bermusim.

Grunge's dead or not dead?

Aku tertengok video ni... Pastu lantas teringat zaman muda2 dulu... Ni adalah antara anthem budak2 grunge dulu. haha.

Soundgarden - Black Hole Sun.

Soundgarden dah takde. Chris Cornell pun dah join Audioslave. Dah tinggal kenangan pon. Dulu skit2 grunge. Haha. Ramai nak grunge, tapi posers bersepah. Ape grunge kalo Mudhoney pon tak penah dgr beb? Bunkface?? Bunkface tak grunge. Pop-punk 3-4 kod. Sekali dgr je dah bleh main.

Nak aku ajar gaya2 bdk grunge???Haha.

Seluar jeans lusuh, rabak, bundle.

Baju t-shirt bundle, jaket jeans ada badges. Paling best patches Mudhoney.

Ada gak yg pakai kemeja. Lagi lusuh lagi best. Tu la. Kalo dulu aku business-minded, aku dah buka kedai baju lusuh. Bukan brg2 lusuh. Yg tu jual besi longkang curi ada la.

Kasut converse. Hi-cut, low-cut sume ok. Jack Purcell terbaik.

Sume asyik nak jadi Kurt Cobain. Nak jadi Eddie Vedder.

Radiohead,Mudhoney,Soundgarden,Pearl Jam,Nirvana.

Butterfingers. Haha. Tapi lambat skit ombak tsunami grunge sampai Malaysia. Album 1st Butterfingers pon kuar tahun 1996. aku drjh5 masa tu.

Tapi bg aku skrg, Grunge is dead. Mana ada budak2 layan grunge.

Diorang mesti jwb, "Ape grunge2??? Gua shuffle beb."

Haha. Time did fly.

Thursday, March 12, 2009

Pakej Rangsangan Ekonomi

2 hari lps Menteri Kewangan Pertama Malaysia membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi kedua utk membantu memulihkan krisis ekonomi yg melanda seantero dunia bernilai RM60billion. Nanti akan diagih2kan kepada kementeian2 utk agenda pembangunan.

Kalau diimbas kembali masa pakej rangsangan pertama terdahulu, RM80juta diperuntukkan untuk sekolah2 di Malaysia iaitu:

1) Sekolah Kebangsaan
2) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
3) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
4) Sekolah Mubaligh Kristian

Setiap jenis sekolah akan menerima RM20 juta.

Tapi yg kritikal nye, nak dibandingkan secara nisbah, tak berpatutan la jumlah yg sama dibahagi2kan kepada sekolah2 yg berbeza sbb jumlah Sekolah kebangsaan dah tentu lebih byk drpd jenis2 sekolah lain. Berapa sgt la sekolah2 kebangsaan akan dapat setelah dibahagi2kan.

Lain kali, org2 cina dan india jgn ckp kerajaan tak adil kat bangsa lain. Jgn sebut psl SOCIAL CONTRACT dah lps ni.

Tapi pelik, kenapa byk pihak tak perasan psl ni kan??? Apa kata bapak Menteri ya...

Now every Bangla tak jadi fly!!!

Kerajaan buat keputusan untuk tarik balik kelulusan visa 70000 pekerja Bangladesh yg sepatutnya dtg bekerja kat Malaysia...



Sian... Dah pack barang dah pon... Siap buat kenduri doa selamat lagi...



Ala, tak dapat masuk secara halal, guna cara haram. Haha.



Kalau ditakdirkan satu hari nanti Malaysia berperang dgn negara jiran, Indonesia, diorang dah ada belambak bala tentera kat sini. Lepak la kat kawasan Puduraya hari Ahad. Selalu ada gathering. Cuma beza gathering kat Puduraya dgn yg kat Bukit Bintang, Indon2 ni tak shuffle je.



Bayangkan ada battle shuffle antara Indon, Bangla, Nepal, Myanmar dan Pakistan.

Perghhh!!! Agak2nye sape yg menang kan???



Mesti budak2 BB tu. kahkahkahkah....

Wednesday, March 11, 2009

Kira sendiri....

Ahmad ada 3kawan.

1) Abu
2) Ali
3) Atan

Ahmad ingin membeli sepasang kasut sukan berharga RM25. Oleh itu, dia telah meminjam RM10 daripada setiap kawan2 nya. Ahmad sekarang telah mempunyai RM30 lantas membeli kasut sukan berkenaan. Baki yang dipunyai oleh Ahmad selepas membeli kasut sukan ialah RM5.

Ahmad kemudian berhajat memulangkan RM1 kepada setiap rakan2 nya. Oleh yg demikian,
baki yang dimiliki oleh Ahmad ialah RM2. Baki hutang kepada setiap rakannya ialah
RM (10-1)=9.

Jika ditambah baki hutang keseluruhan kepada ketiga2 rakannya itu ialah RM (9+9+9)=27.

Tetapi jika dihitung dari baki yg dimiliki Ahmad iaitu RM2, sepatutnya jumlah keseluruhan hutang Ahmad ialah RM (30-2)=28.

Ke mana hilang RM1 tersebut???

Berita Terkini!!! Berita Terkini!!!

Mesti semua org penah tgk berita kat TV kan??? Tipu la kalau tak penah. Rugi je hidup. Haha.



Skrg RTM dah buat TV1 tu saluran berita. Tiap2 jam ada berita. Nasional@1 la, Terkini@1, Utama@1. TV3 pon ape kurangnya. Paling popular Buletin Utama dgn Buletin 1.30.



Kebanyakkan berita2 utama ni, ada dua (2) pembaca berita nye. Selalunye pasangan lelaki dan wanita la kan.



Tapi perasan tak, tiap kali mula siaran berita ni, pasangan pembaca berita ni akan buat2 berbual. Entah ape yg dibual aku pon tak tau la. Tapi yg lawak nye mesti ada camni. Aku pon tak paham nape perlu buat2 berbual.



HAHA. Aku tak tau ape nak tulis. Tapi ntah la...

Tuesday, March 10, 2009

Now every Bangla can fly!!!

Buat masa ni, ada lbh kurang 70000 org pekerja Bangladesh akan dibawa masuk utk bekerja di pelbagai sektor industri. Dgn keadaan ekonomi yg meruncing ni, byk org tempatan yg dibuang kerja mahupun menganggur. Tapi salah org tempatan gak, memilih sgt kerja. Org Bangla ni dipuji seluruh dunia sbb rajin, cpt bljr perkara baru dan sggp terima byrn yg rndh walaupun kerja berat. Org Malaysia???

Bukan aku nak cite psl tu. Tapi yg lebih menarik ialah mcm mana 70000 Bangla tu nak dtg sini??? Berapa byk flight yg kena guna??? Berapa byk tongkang??? Haha. Air Asia ada flight ke Dhaka tak??? Tak pasti aku... Tapi untung byk woo... 70000 org.

Lama2 nanti bleh buat satu Bangla City kat Malaysia. Indon jgn cite la. Tgh2 jln pon bleh tersepak Indon (perumpamaan yg Indon bersepah kat merata2 sbb ramai sgt).

Kalo rajin cuba usha www.id-top.blogpsot.com. Mesti panas!!!! Haha.....

Malu tak???

Dalam 2hari lepas, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee ada mengamuk dalam berita. Kononnnya media terlalu byk bercerita ttg rasuah di dalam Umno skrg ni. Sampai org ramai terlupa bahawa Umno ni parti yg byk berjasa dan berkorban utk memerdekakan negara 52tahun yg dulu. Tapi lawak gak la. memalukan diri sendiri dan parti.

Dia marah bila media cakap seolah2 Umno parti yg korup, tapi tu adalah kenyataan. Tak perlu dicanang2 lagi Umno bekerja keras memerdekakan negara. Semua org tau. Dalam buku sejarah ada tulis la. Budak sekolah pon tau. Tapi tu sejarah. Dah 52 tahun yg lps.Tiada sorang pon org Umno skrg ni terlibat dalam usaha tu. Yg berusaha tu bkn dia, tapi pemimpin terdahulu. Jadi, bukan tu modal ataupun jasa dia kepada negara utk org kenang atau sanjung, termasuk la org2 umno skrg. Bukannye ali alhabshee yg ke UK buat rundingan dulu. Cermin dulu la Datuk. Kalau dah rasuah berleluasa, tak perlu salahkan SPRM la Datuk. Salahkan org2 Umno sendiri. Datuk melenting ni, mcm ada kes je??? Haha.

Aku pon tak paham. Kerajaan dan pembangkang sama je. Dua2 bahagian bermasalah. Tak tau nak sokong yg mana.

Org ramai pon dah mls kuar mengundi. Baik dok rumah tgk AF7, boleh undi guna SMS je. Haha. Afundi.

Aku tak minat AF sebenarnye tapi saje nak bandingkan dgn mengundi. Kalau AF aku paling aku tak suka, mengundi lagi la tak suka. Semua hipokrit. Talam dua muka. Petualang negara. Haha.

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul: Penghayatan atau Ganjaran?

Pagi tadi ada sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan kat Dataran Merdeka. Menyambut Keputeraan Rasullulah SAW. Hujan lak pagi tadi, tapi tetap ramai org yg hadir. Tiap2 tahun camtu. Ada perarakan kontinjen2 dari jabatan kerajaan, NGO, pihak swasta. Kemudian ada persembahan nyanyian.

Selalunye tiap2 tahun aku tgk kat tv, tapi pagi tadi aku mcm mls nak tgk. Sbb nye??? Meh aku cite.

Berdasarkan pengalaman2 tahun2 lepas, aku semangat tgk dari awal sampai hbs. Ada bacaan Al-Quran, nasyid, mcm2 la. Tapi yg aku betul2 tak puas hati, bila nak umumkan kontinjen yg dapat hadiah kontinjen perarakan terbaik, semua jerit2, siap boo2. Mcm lupa apa majlis yg tgh berlangsung. Aku betul2 tak paham nape org2 yg berkenaan boleh lupa. Mcm masuk perarakan bukan nak mengingati Rasulullah yg agung, tapi sbb nak hadiah. Benda mcm2 ni memalukan kat org luar, tambah2 org yg beragama lain.

Kadang2 aku tak paham, apa significant nye buat perarakan2 ni? Ok betul nak tunjuk umat Islam bersatu. TETAPI, kenapa perlu berarak dlm kontinjen2??? Alangkah manis nya kalau berarak beramai2 tanpa ikut kontinjen??? Kan??? Lagi meriah...

Kritikal sgt2. Benda yg baik mcm ni kenapa tak bergerak bersama2. Tapi kalau demonstrasi yg bukan2, semua ramai2 gerak. Bukan main bersatu. Bantah PPSMI, demonstrasi kat Kuala Kangsar. Aku bukan berat sebelah, tapi kerajaan pon tak pernah fikir benda ni. Harap2 tahun depan boleh la berarak bersama2. Tak perlu ikut kontinjen. Kan lebih meriah dan gah. Kan??? Tak payah sediakan hadiah. Kang niat org jadi lain, bukan nak menghayati Maulidur Rasul, tapi sbb nak mng hadiah.

Dulu masa aku lepak rock the world, ada sorang mamat ni ckp, apa kata buat lwn bola budak skinhead dgn budak grunge. Haha. Lawak gak. Apa kata pasni BN lwn bola dgn PR kat stadium Merdeka??? Mesti fun.

Org2 Islam, Jom la bersatu...

Thursday, March 5, 2009

Drogba yg hebat

Chelsea tetap hebat... boleh blah la MU, Liverpool, Arsenal... Baju merah semua bleh blah la wei...

Wednesday, March 4, 2009

Utusan Malaysia 4/3/09

'Kerajaan Pasir Dua Butir' di Perak imbau jenaka P. Ramlee

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN utusanperak@utusan.com.my

BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut.
Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang.
Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula.
Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang.
Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah.
Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka.
Jika berjaya, ini akan dijadikan pula 'modal' politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini.
Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi 'azimat' dalam usaha meraih simpati masyarakat.
Tidak mustahil 'kelembutan' pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka 'lebih berkuasa daripada pihak berkuasa.'
Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah 'untuk menarik perhatian.'
Justeru, mereka memilih untuk 'memalukan' negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang.
Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat.
Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi 'kuda tunggangan' sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini.
Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat.
Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat.
Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi.
Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.

amacam??? aku dah post pasal benda ni lagi awal dari utusan... haha...

Peribahasa utk hari ini...

"BAGAI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA"

mesti ramai yang ingat BATUK tu adalah sejenis perlakuan... takkan la tak tau... kadang2 bila batuk org minum myk kelapa laut cap afrika tak pun ubat batuk cap ibu dan anak... strepsils pon bleh gak..

tapi dalam peribahasa tu, batuk tu bukan la yg bunyi uhuk2 ataupon ehem2... tapi batuk tu adalah PENYEDUK AIR... zaman2 dahulu, setiap rumah org melayu disediakan setempayan air di tepi tangga... sebelum masuk ke rumah, org akan cuci kaki dahulu... peyeduk tu digunakan utk ceduk air la... jadi, jgn la lepaskan "BATUK" tu di tangga, main campak2 je, masukkan la balik ke dalam tempayan ataupon sangkut kat tepi2 tempayan tu... artinya, buat kerja tu biar la sampai selesai...

ada paham????

paham cikgu...

kah kah kah...

aku tak paham nape ending post aku mesti ada gelak... apa aku heran??? gua punya suka la...

Tuesday, March 3, 2009

Bawah pokok...

pagi tadi kat perak, adun2 dari pakatan rakyat buat persidangan tergempar kat bawah pokok... sbb bangunan Perak Darul Ridzuan temapt bersidang yg asal kena kunci... aku bukan nak cerita pasal politik... tapi bila aku teringat satu cerita P Ramlee, aku gelak guling2 macam tenggiling... tgkla sendiri video nih...jom gelak sama2... bersidang bawah pokok... kah kah kah...






agak2 nye, adun2 tu pakai topi fire brigade tak??? kui kui...




Anmum Essentials...

ada iklan baru Anmum Essentials kat tv... Wardina Safiyyah yg berlakon... tapi aku nampak lukisan bintang budak kecik tu buat mcm bintang bucu 6... bintang Isreal... kalau salah tlg betulkan...

ampun...ampun...haha...

Aku tak paham...

tadi kat tv ada berita pasal penjual ikan yg mogok kat kelantan atas arahan LKIM utk tukar peti ikan plastik ke peti ikan berinsulasi... siap hempas2 kotak ikan lagi... tapi ape aku kisah pasal tu...

yang aku kisah kenapa istilah peti ikan BERINSULASI yg digunakan... kenapa tak guna istilah BERTEBAT...

aku paham BERINSULASI tu daripada perkataan INSULATED... tapi dah ada terjemahan bahasa Melayu, gunakan lah... tak salah pon...

dalam berita tadi gak ada temuramah pelajar dari Poland... utk pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa kat UM... aku kagum tgk dia sbb boleh cakap Bahasa Melayu dgn lancar... Harus diingat bahawa Poland nun di Eropah... tapi di a boleh cakap Bahasa Melayu dgn baik... ni kita asal usul tok nenek moyang kita dari nusantara susah payah nak pinjam perkataan dari Bahasa Inggeris... kalau nak ckp English tak salah pun... tapi jgn rosakkan Bahasa Melayu...

Tu pon tak masuk lagi hal ttg PPSMI... tu tak dapat la aku nak komen... ada cikgu Fizik yg marah kang...

hahahahahaha....

Monday, March 2, 2009

Tanya sama itu hud-hud

Lagu m nasir tanya sama itu hud-hud... mesti ramai yg pernah dgr...

ada lirik nye sebut:

"lihat dunia dari mata burung
atau lihat dari dalam tempurung
yang mana satu engkau pilih?"

aku nak lihat dunia dari mata burung... anda???

Posto...Posto

ehem2...surat sape nih??? oh encik anwar yg punye... jgn marah... sape suruh sepah2... kan org lain dah jumpe... kalo surat ni palsu, pasti incik silvester yang hantar tu dah marah2...

berbicara ttg politik yg jijik memualkan tekak namun tak daya ku menonton bangsaku diperbodohkan...harus ku berkongsi...haha...

apsal aku tak pandai bersastera??? aduh...

Otak bukan untuk hiasan

Bila pemuda UMNO serbu KEPAL SINGH kat parlimen, org PKR cakap Pemuda UMNO tak bertamadun, baru keluar hutan... Tapi bila golongan2 berkopiah putih berdemonstrasi kat Kuala Kangsar, baring atas jalan, tu baru keluar mana??? UM??? UPM???

Mudah sangat orang melayu dipergunakan... Tengok balik kejadian di Kuala Kangsar... Semua AHMAD, ALI, ABU, IBRAHIM, SITI, ZAITON... Mana AH CHONG, AH LENG, SIEW MENG, GANAPATHY, RAJOO, MANINDERJIT SINGH??? kita kelam kabut buat demonstrasi, depa dok rumah tengok kat TV... oopppsss!!! Lupa lak, mungkin cuaca tak menentu masa tu... dok rumah lagi selesa... Hari Jumaat kan...

Makin lama makin kurang ajar KEPAL SINGH ni... Seingat2 aku lima Singh je yang boleh pakai...

1) Singh kawan USOP SONTORIAN
2) INSPEKTOR SHAHAB cerita KELUANG MAN
3) GURMIT SINGH a.k.a PHUA CHU KANG
4) KARAM SINGH WALIA
5) HARJIT SINGH HULLON

Singh-gam...sedap kunyah....hahahahahhahah.....

The Wonderful Things Done...

1) Buat notes kimia pasal garam
2) Tendang2 kerusi waktu dlm exam hall
3) Kafe De Palma
4) Tangkak-Muar-Melaka-KL
5) Pijak selipar sampai putus
6) Melalak dlm kereta sbb radio rosak
7) Restoran Sari Ratu
8) Surprise trip to Tangkak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails