Tuesday, June 2, 2009

Rindu

Tak ada video untuk lagu ni. Biarlah videonya yg statik tapi yg penting liriknya.

To see you when I wake up is a gift I didn't think could be real.

To know that you feel the same as I do is a three-fold, utopian dream.

You do something to me that I can't explain.

So would I be out of line if I said, I miss you.

I see your picture, I smell your skin on the empty pillow next to mine.

You have only been gone ten days, but already I'm wasting away.

I know I'll see you again whether far or soon.

But I need you to know that I care and I miss you.

Taman Burung Kuala Lumpur

Kahkahkah... Sebenarnya tak terlintas pon kat hati aku nak jln2 kat Taman Burung Kuala Lumpur ni. Tapi sebenarnya di sudut hati ku yg penuh kelembutan ini, teringin gak. Lalu, aku ditemani Cik Fara membulatkan tekad untuk ke sana, melihat dgn lebih dekat keletah2 burung dari pelbagai jenis. Tema hari tu mungkin mengenai haiwan. Sebab tu tgh hari makan kat Restoran Tupai-Tupai.

Sebelum masuk, kena pakai tag ni. Haha. Terasa macam kat Rock The World lak.


Melangkah je masuk ke taman tu, mula2 sekali kita akan dihiburkan oleh sekumpulan 'lovebirds' atau 'burung cinta'. Mungkin nama sedemikian diberi memandangkan burung ini selalunya berdua. Romantik la ni... Haha.


Burung yg kat bawah ni rasanya dari kumpulan burung merak kot.



Kat taman burung ni, jangan terkejut sebab sepanjang jalan kita dapat lihat burung merak. bebas berjalan merata2. Byk lak tu.



Ha. Ni burung yg paling suka ber'posing'. Hahaha.

Kat taman ni juga, burung diberi makan di tempat yg dikhaskan. Digelar 'feeding point'.


Yg ni ayam kot. Tak kisah lah, ayam pon keluarga burung gak. Hahaha.


Burung ni paling otai. Tak takut langsung dgn org. Boleh je datang dekat2 kat org. Kena goreng halia baru tau.


Burung unta. Burung paling besar. Kena tendang ni mau koma sebulan.


Macam pakaian pengantin lak burung ni. Hahaha.


Burung yg sama spesies tapi warna berlainan. Keagungan Tuhan kan?


Simbol cinta. Nampak tak??


Burung yg hampir meragut nyawa aku. Nasib baik dia lari, kalau tak kena karate dah


Generasi baru ayam.


Jom belajar cara penetasan telur emu.


Bukan manusia je yg suka amik gmbr. Burung2 pun apa kurangnye. Ni ha gerombolan burung yg menawarkan khidmat mengambil gambar bersama mereka. 'Camwhores'.


Pesanan aku, sediakan payung sebelum kena taik burung. Haha. Tapi memang best. Byk sgt burung2 kat situ.

Terjebak

'Sekejam-Kejam Ibu Tiri

Kejam Lagi Ibu Kota'

Mat saleh ni pon tersampuk pakai baju cetak macam budak2 zaman sekarang ni. Yg lawaknya entah dia paham entah tak maksud yg tertulis kat baju dia tu.

Menyusuri Jalan TAR

Hajat asal ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk membeli baju untuk Cik Fara pakai untuk kenduri di Kelantan nanti. Dekat 2jam jalan, baru dapat sepasang baju kebaya. Fuh, penat!

Kat pasar Jalan TAR, ada pelbagai barangan yg dijual. Dari makanan, pakaian, buah2an, sehinggalah ke barangan kraftangan. Orgnye pon pelbagai, mat saleh pon ramai. Terliur aku tgk nasi dagang, tapi nasi baik tak beli, sebab malam itu, nasi dagang datang sendiri kat aku. Haha. Ada org kasi.

Barangan permainan dan alat tulis yg akan membuatkan ibu bapa garu kepala apabila anaknya merengek minta dibelikan.


Yg ni menarik. Ala2 Lego, tapi boleh gerak dgn kuasa bateri. Aku pon terminat. Hahaha.

Yg ni untuk sumber rujukan.


Sekarang ni aku tgk, ramai budak2 dok pakai baju yg bercetak macam ni. Aku pon tak paham ape yg cun sgt baju camni. Siap boleh tulis pantun atau sajak lagi kat baju.

Betulke ape yg tertulis kat baju tu??? Hahaha.

Teringat adik aku yg umur 5tahun tu. Kalau tgk belon ni kat pasar, dia diam je tak mintak. Tapi mata dok perati belon. Hahaha.



Suasana di Jalan Tunku Abdul Rahman

Sebelah malam, tgk bola lak. Chelsea menang beb!!!
Hahaha

Hentikanlah Hon Kereta Anda!!!

Aku tgh beratur kat lampu isyarat. Aku nmpk lampu kat depan dah hijau, tapi barisan aku tak gerak2 lagi. Aku dah syak mesti ada kereta tiba2 rosak di hadapan. Tak lama kemudian, kedengaran hon kereta bertalu2. Kenapa pemandu kat Malaysia tak ada rasa hormat langsung? Kalau ada kereta rosak di hadapan, apa salahnya kalau tukar ke laluan sebelah dan biarkan pemandu itu membetulkan kenderaannya? Mesti dia terasa tertekan kerana keretanya rosak, dan anda pula menghadiahkan dia dgn alunan rentak hon kereta anda. Hormatlah dia. Apa salahnya masuk ke laluan sebelah dan teruskan perjalanan. Cuba letak anda pada keadaan dia. Kereta rosak dan kena hon bertalu2. Gembira?

Tu tak termasuk cerita org tak bagi lampu isyarat dan bercakap telefon ketika memandu.

Monday, June 1, 2009

Senarai Orang Terkaya di Malaysia

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2009 menurut Forbes Asia:

1. Robert Kuok AS$ 9 billion, 85, berkahwin, 8 orang anak.
2. Ananda Krishnan AS$ 7 billion, 71, berkahwin, 3 orang anak.
3. Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion, 70, berkahwin, 6 orang anak.
4. Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion, 80, janda, 6 orang anak.
5. Teh Hong Piow AS$ 2.4 billion, 79, berkahwin, 4 orang anak.
6. Quek Leng Chan AS$ 2.3 billion, 68, berkahwin, 3 orang anak.
7. Yeoh Tiong Lay AS$ 1.8 billion, 79, berkahwin, 7 orang anak.
8. Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion, 57, berkahwin, 5 orang anak.
9. Tiong Hiew King AS$ 1 billion, 74, berkahwin, 4 orang anak.
10. Vincent Tan AS$ 750 juta, 57, berkahwin, 11 orang anak.
11. Azman Hashim AS$ 470 juta, 69, berkahwin, 5 orang anak.
12. William H.J. Cheng AS$ 390 juta, 66, berkahwin, 3 orang anak.
13. G. Gnanalingam AS$ 260 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.
14. Lim Kok Thay AS$ 225 juta, 57, berkahwin, 3 orang anak.
15. Anthony Fernandes AS$ 220 juta, 45, berkahwin, 2 orang anak.
16. Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.
17. Lee Oi Hian AS$ 210 juta, 58, berkahwin, 4 orang anak.
18. Chan Fong Ann AS$ 209 juta. 78, berkahwin.
19. Kamarudin Meranun AS$ 205 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.
20. Chong Chook Yew AS$ 200 juta, 87, janda, 4 orang anak.
21. Chen Lip Keong AS$ 195 juta, 61.
22. Lee Swee Eng AS$ 190 juta, 53, berkahwin.
23. Jeffrey Cheah AS$ 185 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.
24. Lim Wee Chai AS$ 180 juta, 51, berkahwin, 2 orang anak.
25. Ahmayuddin Ahmad AS$ 175 juta, 52, berkahwin, 4 orang anak.
26. Lee Hau Hian AS$ 174 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.
27. Lau Cho Kun AS$ 165 juta, 73, berkahwin.
28. Vinod Sekhar AS$ 150 juta, 41, berkahwin, 2 orang anak.
29. Liew Kee Sin AS$ 140 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.
30. Tiah Thee Kian AS$ 135 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.
31. Rozali Ismail AS$ 130 juta, 53, berkahwin.
32. Lin Yun Ling AS$ 115 juta, 54, berkahwin, 2 orang anak.
33. Yaw Teck Seng AS$ 113 juta, 71, berkahwin.
34. Goh Peng Ooi AS$ 112 juta, 53.
35. Eleena Azlan Shah AS$ 110 juta, 49, berkahwin, 2 orang anak.
36. David Law Tien Seng AS$ 105 juta.
37. Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 100 juta, 61, berkahwin, 3 orang anak.
38. Hamdan Mohamad AS$ 98 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.
39. Tan Teong Hean AS$ 95 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.
40. Kua Sian Kooi AS$ 90 juta, 56, berkahwin, 4 orang anak.

Tu dia kat atas tu senarai nama org2 terkaya di Malaysia mengikut susunan pada tahun ini. Harus diingatkan, jumlah kekayaan yg disebut itu di dalam matawang Dolar Amerika. Jadi, untuk dlm Ringgit Malaysia, kenalah cek pada kadar tukaran matawang asing terkini.

Tujuan aku letak nama2 org kaya ni, bukanlah nak jadikan idola, mahupun disanjung2. Dengan kadar kemiskinan lebih kurang 3% di negara ini, tidaklah cukup untuk bergantung kepada usaha kerajaan semata2. Tiap2 migngu kita disajikan dgn rancangan yg mengupas tentang masalah kemiskinan di Malaysia iaitu porgram Bersamamu di TV3. Yg dok menderma, aku yakin dari golongan pertengahan, tak pun yg berada yg pernah merasa betapa peritnya dibebani kemiskinan. Itupun melalui sumbangan derma melalui sms, yg tak seberapa kalau nak dibandingkan dgn kutipan sms untuk rancangan realiti tv yg melalaikan.

Syabas kepada organisasi2 yg turut menyumbang untuk membantu golongan2 yg amat memerlukan ini. Tapi renungkan kembali, setiap episod, hanya memaparkan satu keluarga. Boleh anda kira berapa buah keluarga yg dipaparkan di dlm rancangan Bersamamu tiap2 tahun? Itu tidak lagi ditolak oleh rancangan2 sambutan raya puasa, Tahun Baru Cina dan lain2 yg menggantikana siaran rancangan Bersamamu. Kita amik purata dalam 45buah keluarga. Senang cerita kan?

Tapi, cuba bayangkan, berapa ratus, mahupun ribu keluarga miskin yg mungkin terlepas pandang mahupun tidak bernasib baik unutk diketengahkan dalam rancangan itu? Siapa yg mahu tampil membantu?

Jadi, alangkah murni kiranya org2 yg kaya harta ini, menggunakan kekayaan membantu kerana aku yakin, jika dikeluarkan wang itu untuk digunakan untuk kebajikan, wang yg bakinya itu tidak akan luak jika digunakan oleh 4lapisan generasi pon. Contohnya, seorang yg kaya itu mengambil sejumlah 10buah keluarga miskin sebagai keluarga angkat. Jika 40org, sudah 400buah keluarga miskin yg terbela. Malahan, yg mempunyai harta paling banyak, boleh mengambil lebih banyak keluarga angkat. Dan, jgn lupa yg tak termasuk dalam senarai ini, masih ramai org Malaysia yg bergelar jutawan.

Bantuan yg diberi, bukanlah dalam bentuk wang bulanan. Beri mereka modal untuk memulakna hidup. Mungkin dgn memberi modal perniagaan. Rumah yg usang, boleh diganti. Anak2 yg tidak mampu disekolahkan, diberi peluang belajar bersama rakan2 lain. Yg uzur, diberikan rawatan yg sepatutnya. Semoga mereka lama kelamaan boleh berdiri di atas kaki sendiri untuk kehidupan yg lebih sempurna tanpa bantuan org ramai kelak. Mereka bukan mahukan wang sehingga mereka mati, cuma mahu untuk permulaan, untuk daya mereka bergerak.

Yang aku tahu ada yayasan yg byk membantu adalah Syed Mokhtar al-Bukhary melalui Yayasan al-Bukhary. Tahniah dan semoga anda senantiasa diberkati oleh Allah SWT.

Aku, sebagai org biasa, yg mempunyai wang secukup makan, tidak akan mampu untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada setiap yg memerlukan sepanjang jalan di pasar Jalan TAR.

Ingat, duit bukan boleh bawa masuk kubur untuk sewa lot kediaman di Syurga.

P/s: Nak kaya cepat? Cari org yg berstatus janda atau duda di senarai di atas. Mana tahu boleh menjadi pasangan hidup mereka untuk jangka waktu yg ada di muka dunia ini. HAHAHAHA.

Si Murtad!!!

Benjamin Stephen. Dia bukan lah peserta Britain's Got Talent. Tetapi dipercayai seorang Melayu Islam yg murtad ke agama Kristian.

Aku bukan nak agung2kan dia, tapi sekadar jadi iktibar kepada umat Islam. Kepada penganut Kristia, jgn salah anggap. Aku bukan anti agama ko. Aku dgn agama ku, kamu dgn agama kamu. Tetapi, yg aku nak tegakkan, bahawa ceramah agama Islam tak pernah mengutuk agama2 lain, tetapi berbicara ttg kesucian agama sendiri. Bukan mcm Stephen bangang ni, kutuk agama org lain. Macam ni ke agama Kristian? Membenarkan paderi sendiri mahupun pengikutnya mengutuk, mencaci agama lain?

Aku tak alim macam org lain, tapi bila di cakap yg umat manusia mati untuk Nabi Muhammad, tapi Jesus mati untuk seluruh umat manusia, fikirkan kembali. Jika Jesus tuhan yg agung, tetapi dia dah mati, siapa yg menjaga alam semesta ni sampai sekarang? Dan jika dia kata bila umat Islam doakan untuk kesejahteraan Nabi Mughammad, manakala org Kristian didoakan kesejahteraan oleh Jesus, siapa yg hormat siapa? Siapa yg sembah siapa? Adakah Jesus sembah umat manusia? Jatuh lah martabat dia.

Ada 8bahagian video ni di Youtube. Mungkin aku terlewat tgk dan antara anda ada yg telah melihatnya. Cari video tajuknya BENJAMIN CELAKA.

Anda akan belajar cara2 untuk ke negara lain hanya dgn berdoa dan melalui tandas dah boleh sampai negara lain. Dan juga cara mendapatkan duit dgn berdoa tanpa berusaha.

Allahuakbar.

Nota Tambahan:

1) Sedap nama ko ye Benjamin Stephen. Agaknye ape la nama bapak ko kasi masa ko lahir dulu. Tak sedap kot. Sebab tu ko tukar agama. Boleh tukar nama yg sedap skit.

2) Ko tau kan, Jesus dilahirkan oleh Virgin Mary. Tapi ko tau ke dia lahir tu kuar dari bahagian wanita mana? Kat situ kan? Aku, ko, org2 lain yg lahir dari rahim ibu semua kuar kat situ. Jika aku pon dilahirkan sama cara dengan Tuhan ko, aku pon layak jadi tuhan gak.

3) Sekalipon Nabi Muhammad yg aku ikut ajarannya itu berkahwin 23 org isteri, perlu diingatkan, dia nikah semua isteri2nya itu. Itu tak boleh dikategorikan sebagai zina. Dan aku nak bagi tau, Nabi Muhammad tidak pernah beristeri lebih dari 4 pada suatu2 masa.

4) Saidatina Aishah dikahwini Nabi Muhammad ketika berumur 6tahun, tetapi hanya tinggal bersama Rasulullah selepas dia cukup umur.

5) Jika ko perlekehkan jihad Islam, membunuh org kafir ganjarannya 7org bidadari di Syurga, apa ganjaran George W Bush dan tentera2 bodohnya di syurga dgn membunuh org2 Islam di Iraq dan Afghanistan? Bagaimana dgn Serbia yg membunuh minoriti muslim? Kosovo? Bosnia Herzegovina? Bukankah mereka Kristian?

6) Dalam surah al-Baqarah, ayat 79, Allah SWT melaknat org yg mempercayai al-Kitab (INJIL=BIBLE) kerana ditulis oleh org yg menyesatkan umat manusia. Dgn terang, dalam al-Quran menyatakan bahawa Bible, kitab Kristian adalah salah. Bagi aku bukti di dalam Bible, samada New ataupun Old Testament, yg menyatakan al-Quran itu salah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails