Tuesday, March 30, 2010

Oh Liyana Jasmay. Rupa Mu Indah Suara Mu Tak Boleh Blah.....


Apa Ceritanya: Liyana nafi berlagak diva
Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my
2010/03/28


Liyana

FINALIS Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Liyana Jasmay, menafikan dia berlagak diva atau menolak tuah apabila menarik diri pada saat akhir daripada menjayakan segmen persembahan untuk malam kemuncak majlis anugerah berprestij itu pada 4 April ini.

Dia pada awalnya menyatakan persetujuannya apabila penganjur mengundang beliau membuat persembahan mendendangkan lagu Kini yang pernah dipopularkan kumpulan Feminin pada awal 1990-an, sebaliknya menarik diri dengan alasan tidak ada keyakinan diri.

Mengikut perancangan awal, selain Liyana, turut membuat persembahan bersamanya ialah aktres remaja yang juga Top 5 kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Diana Danielle; pelakon baru, Ainul Aishah dan pemenang tempat ketiga pertandingan nyanyian, Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2008, Farlyana Mohamad atau Lya, 17. Kata Liyana yang berusia genap 22 tahun hari ini (28 Mac), dia akui menerima panggilan telefon daripada penganjur menawarkannya menjayakan persembahan tribute kepada trio KRU sebagai pencipta lagu Kini dan dia berasa amat teruja apabila pertama kali mendapat kepercayaan daripada pihak BHSB untuk muncul di pentas prestij mereka.

“Pada awal perbincangan, saya dimaklumkan lagu Kini akan digubah semula mengikut key setiap penyanyi iaitu saya, Diana, Ainul dan Lya. Saya difahamkan, persembahan kami akan diiringi live music dan lagu ini akan digubah semula pengarah muzik terkenal, Ramli MS. Memang saya teruja apabila orang sehebat Ramli MS akan bekerjasama menjayakan segmen tribute itu.

“Akhirnya saya mendapat tahu persembahan kami hanya menggunakan muzik minus one. Saya terkejut kerana setahu saya persembahan ABPBH sebelum ini lazimnya menggunakan live music. Saya perlu menyanyi mengikut key asal Feminin yang ditulis KRU. Saya tak berapa yakin dengan kemampuan diri kerana key Feminin tak sama dengan saya.

“Saya sangat kecewa dan rasanya lebih baik saya tidak meneruskan persembahan itu. Kalau saya tak ada keyakinan diri, lebih baik jangan buat. Saya tahu di mana kemampuan diri, di mana key yang betul dan bunyinya sedap. Lazimnya majlis prestij seperti ABPBH atau Anugerah Industri Muzik (AIM), ia akan menampilkan live music, kita rasa bangga nak buat persembahan.

“Saya difahamkan, muzik yang KRU buat banyak menggunakan programming, tak mampu untuk live music. Saya faham. Apabila artis lain seperti Diana, Ainul dan Lya boleh menyanyi guna minus one, itu kemampuan masing-masing. Tapi minus one tak sesuai dengan saya kerana saya tak ada keyakinan. Kalau saya menyanyi sekalipun, dikhuatiri bunyinya tak bagus, jalan terbaik saya tarik diri.

“Saya juga tak mahu menyusahkan orang lain. Nanti risikonya tak elok untuk imej ABPBH 2009. Saya baru saja terjun ke arena nyanyian, jadi jika saya menyanyi guna minus one, saya takut tak mampu memberikan yang terbaik. Saya tak mahu hipokrit. Saya memaklumkan kepada Akademi, apa yang saya cakap, ikhlas dan mereka memahami masalah yang saya hadapi.

“Bagi saya, live music adalah satu kepuasan untuk semua penyanyi, tapi bukan semestinya orkestra, saya hanya harapkan live music. Bukan hanya penyanyi profesional perlukan live music, tapi bergantung pada seseorang penyanyi, apa yang dia mahu dalam kariernya. Saya sudah dilatih sejak awal menyanyi bersama band. Band melatih saya menyanyi dengan live music. Orang lain hanya tahu bercakap, mereka tak tahu situasi sebenar, jadi biarlah apa saja orang nak label diri saya. Saya tak pernah lupa diri atau menolak tuah,” katanya.

Tempat Liyana diganti bintang AF3, Marsha Milan Londoh.

Komen aku:

Alasan je tu. Semua alasan dia aku dah highlightkan. Memang suara dia tak sedap pon. Time rakaman mesti kena edit byk kali. Hahaha. Sori syg. Sy hanya minat lakonan awak je. Jgn marah tau.

Ni ha sampel dia nyanyi.

Monday, March 29, 2010

Samseng Jalan. Boleh Jalan Daaaa.....

Ni semua gara2 filem V3 Samseng Jalanan. Semua nak kurang ajar. Bodoh.

Semua belaku pada suatu simpang yg berlampu isyarat. Aku sebagai pemandu yg budiman, yg tidak mahu membahayakan nyawa aku, penumpang, dan pengguna2 jalan raya yg lain berhenti kerana lampu merah. Sejak tadika aku diajar jikalau lampu isyarat berwarna merah, semua kenderaan perlu berhenti.

Tiba2 dari belakang kedengaran hon menyuruh aku jalan. Aku jenguk balik ke arah lampu isyarat, masih merah. Hon berterusan. Tapi aku buat tak tau je la. Aku mengikut undang2 jalan raya. Aku tak salah. Akhirnya, mungkin sebab malu diperhatikan oleh pengguna2 jalanraya yg lain, pemandu van yg sibuk belajar menggunakan hon tadi berhenti hon aku.

Setelah lampu hijau, mengikut ajaran cikgu2 aku dulu, adalah isyarat untuk jalan. Aku pon memecut walaupun tak laju. Aku kemudian memperlahankan kereta aku untuk memberi peluang van tadi memintas. Apabila van tersebut dah seiring dgn kereta aku, aku menekan hon aku kuat2 dgn tempoh yg lama. Akibat ketidakpuasan hati, pemandu tadi menunjukkan isyarat lucah, yg malangnya diperhatikan oleh kenderaan yg mengikut arus berlawanan. Seolah2 dia memberi isyarat itu kepada kereta2 lain yg berhenti di lampu isyarat. Mesti kena maki hamun punya. Hahahahaha.

Aku doakan pemandu tadi mati kemalangan maut, dan tangan yg menunjukkan isyarat lucah itu putus terpelanting jauh2 sehingga tidak dapat dikesan. Dikebumikan tanpa cukup sifat. Boleh buat kenduri arawah, jamu jiran2 dia supaya dapat menyeimbangkan dosa2 dia di dunia ini.

Kesimpulan yg aku dapat buat mengapa pemandu biadap itu mahu cepat:

1) Bini dia nak bersalin. Tapi yg aku tgk, bini dia dah nak menopaus pun. Jadi bukan la sebab dia nak laju.

2) Dia buta warna. Tak reti nak bezakan warna merah, kuning dan hijau. Amik peperiksaan untuk lesen L pun tanye org sebelah sebab tak reti nak bezakan warna.

3) Dia memang nak cepat dalam semua benda. Mati pon nak cepat la tu.

Aku bagi peringatan kepada pemandu yg amatlah kurang kesedaran sivik tadi tu. Jgn sampai aku jumpa lagi. Aku pecahkan cermin van ko pakai jek aku. Aku ingat van ko. Hahahahaha.

Ini adalah sebahagian dari kempen pemanduan berhemah. Mesej ini dibawakan khas oleh ubat Cortal.

Saturday, March 27, 2010

Peribahasa Melayu: Edisi Ke-2

Masuk Kandang Kambing Mengembek
Masuk Kandang Harimau Mengaum


Maksud peribahasa ini ialah andainya kita bertemu dgn seseorang ataupun sekumpulan insan yg baru kita kenali, ataupun baru dalam sesuatu komuniti atau kawasan, kita hendaklah pandai menyesuaikan diri kita agar diterima baik oleh pihak2 yg terbabit.

Dalam hidup kita ini, hari demi hari kita akan bertemu atau berurusan dgn org ataupun kumpulan yg baru. Andainya kita tak berjaya menyesuaikan diri, kita akan dipinggir ataupun sendiri terasa terpinggir.


Alangkah malangnya org yg dipinggirkan. Sikap menunjuk2 apa yg kita ada, kedudukan kita mahupun kelebihan kita pasti akan mendatangkan perasaan kurang enak terhadap kita. Tak semua benda yg kita buat atau ucap itu adalah indah, terkadang ianya mendatangkan kejengkelan di benak dan hati org lain.

Yg merasa terpinggir itu adalah punca dari diri sendiri juga. Mustahil lah dalam sekumpulan manusia, yg mempunyai minat yg sama, ataupun telah berkenalan lama, ada sifat untuk meminggirkan rakannya. Pandai2 lah membawa diri. Takkan golongan emas mahu berbicara tentang shuffle jika kita mengajak mereka. Carilah topik yg bersesuaian. Kadang2, ada juga org yg pandai menyesuaikan diri dgn seseorang ataupun kumpulan walaupun baru bersama dlm jangka waktu yg singkat.

p/s: Org kata kalau masuk kandang harimau, takkan dapat keluar balik. Jadi, masuk kandang harimau, berpakaianlah seperti belangnya, dan sapukan sedikit bau harimau di badan agar harimau itu menyangkakan anda adalah dari kumpulannya.

Wednesday, March 24, 2010

Blog yang Agak Bodoh Tapi Ramai Pengikut. Rasanya Pengikut Itu Pun Bodoh Juga.


Gambar kat atas tu tak ada kaitan pun dgn tajuk post kali ni.

Aku dah dapat teknik2 macam mana nak popularkan blog setelah beberapa lama aku mengikuti satu blog yg agak popular gak la kan. Sampai blog2 politik pon boleh ikut dia kira hebat gak la. Antaranya:

1) Cara tulisan kena menggedik. Ala2 comel gitu. Konfem ramai jantan cair.
2) Buat lawak bodoh byk2. Lagi bodoh lagi bagus. Buat pantun2 yg langsung tak best.
3) Letak byk2 gambar pelakon2 atau artis dari Korea. Yg mata2 sepet tu. Lagi sepet lagi bagus.

Ape entah nama bog tu. Cikkepal ke Cikbebal entah. Tapi aku rasa ramai yg tau kot blog tu.

Dulu, dia penah buat post. Tajuk nye lebih kurang macam ni la 'Entri yg paling pendek pernah dibuat'. Pastu taip "PENDEK" je. Ape lagi, mencanak la komen2 puji best la, lawak la, comel la. WTF? (aku carut dlm English kali ni weh).

Pastu yg terbru ni ada pantun bodoh lak.

Anak ikan makan tempe,
Tempe dimakan oleh anak ikan,
kalau tuan bijak bestari,
kenapa anak ikan tak makan petai??

Ape jadah la pantun camtu? Tapi aku yakin berlambak la org komen pasni cakap dia hebat.

Baik. Aku beli pantun tu.Dengar ye.

Jalan-jalan menuju Ikea,
Bertemu sebentar rakan ku Ramli,
Kalau cik adik dah tak ada idea,
Berbelog jangan sekali-kali.

Beboii... (Tiru ni).

Saturday, March 20, 2010

Ku Pendam Sebuah Duka

SMS On Cinta
14 Mac 2010
Dewan Kolej Kediaman Kesembilan UM
Synchro9 (yg bangang)
Lagu: Kasih - Ecoutez
         Biarkan - Parkdrive


Tgk tajuk pon dah lagu Khadijah Ibrahim. Hahaha. Seminggu dah pon aku xdapat nak setelkan lagi kemarahan aku.


Semua bermula dgn lancar. Tgh hari tu, tetiba dpt sms dari organizer. "Sila hantar wakil band anda utk cabut undi. Jika tidak markah kan dipotong." Bunyi mcm tegas sgt2. Lalu, dua org dari band aku bergegas ke kolej 9. Yela, kang xpasal2 kena potong markah.

Dah sampai, rupa2nya undi pon xcabut lagi. Alasan, tak semua wakil band dah sampai. Tunggu punya tunggu, hampir pukul2 ptg baru cabut. Band aku dapat giliran yg ke-11. Band yg aku aim nak tgk, Ciritbuum (bukan nama sebenar) pada giliran ke-8. Yg peliknya, tak ada hantar wakil pon. Boleh lak budak2 organizer yg cabutkan. Markah potong tak tu?

Fine. Balik la ke markas band aku. Giliran ke-11 tu mungkin sesi malam. Sebab yg bangangnya battle 9th ni, acara mula 2-3 ptg, pastu stop 3-5ptg untuk bagi laluan slot bersama pelakon2 Hotel Maniam (juga bukan nama sebenar). Kira sesi bertemu peminat la ni. Apahal tak buat sesi tu dulu? Tak la perlu nak stop kan battle. Bodoh.

Lebih kurang pukul 430ptg, aku dgn budak2 aku pon gerak la ke lokasi. Dgn hajat nak tgk Ciritbuum main. Sampai je ke lokasi, aku suruh budak aku tanye organizer masa tu band giliran ape yg main. Tiba2 ada sorang mamat ni mintak band aku main ptg. Sebab ada satu band tak dtg. Bila ditanye nama band, budak tu tak tau. Bila tanye band tu tarik diri ke ape, pon dia tak tau. Dgn sikap profesional, budak2 aku pon setuju la main.

Perform semua ok walaupun ada beberapa masalah teknikal.

Sebelah malam, aku dgn budak2 aku pon lepak la nak tgk band2 lain main lak. Macam siot sound malam lagi sedap dari sound ptg tadi. Aku mmg bengang la kan. Tapi tak pe, redha je.

Dah nak 2-3 band yg terakhir, aku nampak la sorang minah ni. Budak dari Ciritbuum. Tanye dia nape tak dtg ptg support kitorang. Dia cakap, "Sori la. Tertidur dowh." Pastu dia cakap dorg dah sampai pukul2 ptg tu. Organizer mintal dorg main last. Tapi tadi ko ckp ko tertidur. Ape lidah ko bercabang ke ape? What the fuck. Ko punye band bukan no 8 ke? Last2 Ciritbuum ni perform band yg paling last. Pukimak la organizer. Ko bukan main lagi ugut nak potong markah kalo dtg lambat cabut undi. Ni siap tak dtg main sesi yg betul, ko tak disqualified lak kan. Tegas kepala bapak ko la camni.

Yg juri pon macam palat. Kata je nak pilih pemenang berdasarkan vokal penyanyi yg jelas. Kalo Ciritbuum punye vokalis tu nyanyi ok, aku boleh paham la dia cakap ape. Setekat lagu Akan Ku Tunggu kump Candy tu, memang la kita boleh sing-a-long sama sebab semua org tau kot. Penat la ko jadi pemuzik pro dgn komposer tapi ko tak reti beza mana yg jelas mana yg tak. Main band Sufaz (bukan nama sebenar) je kot.Aku tak kisah band aku kalah, tapi ada byk band lain yg lebih bagus persembahan dorg dari Ciritbuum tu.

Utk pengetahuan, lagu Akan Ku Tunggu tu aku dah main sejak aku Form4 kat Balik Pulau lagi. Jadi, aku tak heran sgt dgn lagu tu. Budak darjah6 pon boleh main la.

Aku tak kisah pon kalo sape2 nak meluat dgn aku, sebab aku takkan marah kalo semua berlaku dgn adil. Ko dah amik barang dari 12th, ko taknak main Feseni lak. Bila kena gertak baru nak main balik. Busy konon. Setakat main Ciritbuum lagu ulang2, ko jgn cakap la ko busy. Boleh blah!

Wednesday, March 17, 2010

Demonstrasi Anti-Kerajaan Thailand yg Menjijikkan


Kadang2 rasa beruntung jadi org Malaysia ni kan????

Ok. Di Thailand, negara jiran kita nun di utara, protes besar-besaran terhadap kerajaan memerintah, kian memuncak. Tapi demonstrasi oleh 'Tentera Merah' ini bukanlah suatu yg baru. Kebencian terhadap kroni Thaksin Shinawatra, di bawah pimpinan Abhisit Vejajiva tak boleh dibendung lagi.

Bukan nak sokong atau bangkang, tapi cara protes macam jijik gak la. Yg terbaru, menggunakan darah yg diderma oleh peserta2 protes. Kmpul byk2, pastu campak kat istana kerajaan. Eiiiii.....jijik la.

Lain kali, baik guna pad perempuan yg dah guna tu. Campak la sesuka hati.

P/s: Aku fobia darah. Wekkkkkk.....

Gambor = dailychili

Thursday, March 11, 2010

Bila Undang-Undang Di Tangan Sendiri


Kononnye mamat yg kena lanyak tu rogol bini org. Tapi apa yg pasti tak perlu la kot belasah dia macam yg belasah tu polis lak. Brader badan besar tu agak bijak utk tutup kesan pukul. Contohnye, pukul kat tapak kaki yg takkan tinggalkan kesan. Pijak pon berlapik. Caya la lu brader!

Hahahaha...Tu ada kesan tu. Ada. Buka tali pinggang. Buka. Takkan ada kesan punye jgn risau. Wah pujuk bukan main la brader.

Friday, March 5, 2010

Marah+Bengang+Tak Puas Hati+Emosi Tak Keruan=Jiwa Tak Menentu

Aku marah betul hari ni. Bukan buat julung kalinya benda macam ni jadi kat aku. Sejak aku mula2 jejak kaki kat UM lagi. Sampai sekarang aku tak grad lagi. Antara punca nya inilah.

Aku tinggal satu paper lagi sem ni. Last sem aku takde paper lgsg. Sem ni aku usahakan diri hadir ke kelas walaupun aku dok kat Bdr Sri Damansara. Tapi selasa lepas aku miss kelas sebab tayar kereta aku pancit buat kali kedua dalam tempoh seminggu. Jadi aku pon dgn skemanya sms budak kelas aku tu. Tanye bila test. Dia ckp dia tak tau. Jadi aku assume dia mmg tak tau.

Semalam aku pegi kelas tgk2 dia takde. Budak2 lain pon mcm tak sentap nak test. Aku pon bajet test lmbt lagi la kot. Aku diam je la.

Pastu pagi tadi, dgn hati yg duka lara aku dpt sms dari kawan aku yg berkenaan 'Weh, tak pegi test Ali ke?'. Wah sedapnye sms tu. Aku tak tau betul2 yg pg tadi test. Test utk letcurer yg ganti letcurer yg sebenar buat tempoh sebulan dulu. AKu dah la jarang2 pegi dept. Aku harap dia je la yg inform aku. Takkan la dia langsung tak ingat yg aku ni penah tanye dia 2-3 hari lepas pasal test. Syahdu betul la hari ni.

Kang kalau aku pegi jumpe letcurer tu, mesti dia kata kau ni main2 lagi. Saje nak amik test lmbt2. Fuck la.

Dari dulu mcm ni. Aku buat baik kat org, ada skema jwpn aku fotostat tiap2 org, tapi kalau sape2 yg ada benda berkaitan yg amat penting masing2 simpan utk diri sendiri. Langsung tak tolong kawan2.

Melayu mmg mcm ni. Sampai bila takkan maju.

Tuesday, March 2, 2010

Lucah Siri Ke-4(18++)

Budak-budak baik tolong jgn tgk...Nanti hbs hlg sume ilmu. Kebodohan Mat Saleh yg diagung2kan. Bajet Australia best. Akai tak dak. Bodoh.



Kalau Malaysia buat camni, alamat nak kena Ribut Greg lagi la gamaknye. Hahahahahaha

Monday, March 1, 2010

Syafia Humairah


Err...Tak sangka lak ada gak yg sama berfikiran dgn aku pasal kes ni... Yang mati tu tetap mati. Aku tak nak cerita pasal Syafia Humairah ni. Tapi apa yg aku rasa bila kes ni mula meletup hari tu.

Pertama sekali, ibunya adalah masih lagi berstatus isteri org. Tapi telah berpasangan dgn seorang lelaki iaitu suspek utama dalam kes ni. Tidak manis rasanya begitu, walaupun suami dia kini ditahan di penjara, dia masih sah sebagai isteri org.

Kedua, dia mengakui teman lelaki nya itu seorang yg panas baran dan peminum. Bukan air biasa, tapi arak. Alkohol. Tak kan tak reti nak pilih kot lelaki yg lebih baik jikalau nak berkahwin lain kot....

Tup2 hari ni dalam Utusan Malaysia keluar berita yg kononnya org ramai di kampung di mana keluarga mangsa tinggal berang kerana telah ditipu oleh mereka yg kononnya ibu mangsa dan suspek utama kes ini telah pon bernikah malahan telah tinggal bersama dan bersekedudukan. Jadi, mmg tepat la ramalan, andaian dan tekaan aku sebelum ini.

Diana Daniella Nafi Mahu Kahwin

Sumber: Berita Harian 1 Mac 2010

PUTRAJAYA: Pelakon remaja Diana Danielle, 18, menafikan khabar angin mengatakan beliau bakal menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang jejaka pilihan hatinya, tidak lama lagi.

Katanya, beliau ketika ini masih belum bersedia berkahwin kerana masih muda dan mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dilakukan termasuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah, tidak lama lagi.

"Sebelum ini, kehidupan peribadi saya pernah disensasikan (media), jadi sekarang saya perlu lebih berhati-hati dan tidak mahu menggembar-gemburkan isu peribadi saya kerana ia sensitif, " katanya ketika ditemui pemberita sempena pelancaran produk Public Jewellery dan Public Silver di Dewan Seri Sentosa, Presint Diplomatik di sini, semalam.
Diana berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan beliau akan berkahwin dengan seorang jejaka pilihan hatinya sendiri, dalam tempoh terdekat.

Ditanya mengenai gosip yang mengatakan beliau kini sedang hangat bercinta dengan pelakon, Farid Kamil, Diana berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut berhubung khabar angin berkenaan kerana ia agak peribadi bagi dirinya.

Sementara itu, ibu Diana, Norsiah Ramli, berkata beliau tidak membenarkan sama sekali jika anaknya bercadang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Norsiah yang lebih mesra dengan panggilan 'mama' berkata beliau bukan mahu mengongkong kehidupan peribadi Diana, namun sebagai seorang ibu dia berharap anaknya akan memberi keutamaan kepada kerjaya dan pelajarannya.

"Mama akan membantah sekeras-kerasnya jika Diana mahu berkahwin dalam tempoh terdekat kerana dia terlalu muda dan perlu memberi keutamaan kepada pelajarannya terlebih dulu sebelum memikirkan hal-hal lain.

"Jika beliau tetap berdegil dan meneruskan niat untuk berkahwin, mama pula akan lari dari rumah selepas ini, " katanya dalam nada bergurau.



KOMEN AKU:
Eh, tolong skit. Bukan aku tulis sebab aku jeles dia nak kawin. Dia budak2 lagi. Belum matang.

Yg aku nak komen ni pasal kewajaran meletakkan artikel ni dalam seksyen 'Nasional' dalam Berita Harian. Bukan ne dah ada seksyen untuk cerita2 hiburan dlm Berita Harian? Cerita artis nak kawin bukan masalah rakyat Malaysia. Byk lagi kot berita2 yg lebih penting dari cerita artis ni. Dorg buka ada efek pon kat kehidupan masyarakat. Bukan boleh jamin kestabilan politik.

Sebelum ni kecoh pasal Zizie Izette nak kawin. Muka depan Harian Metro. Macam cerita dia nak kawin ni lebih penting dari subsidi petrol lak.

Dulu Mawi kawin, tiap2 hari dorg cover. Dari pasang pelamin sampai hari kawin. Pasni mungkin kalau Ekin mengandung dorg update tiap2 hari kot. Macam The Truman Show la nanti.

Harian Metro tu macam dah kena jajah dgn Dr Rozmey tu. Hari2 ada muka dia dikelilingi oleh pekerja2 wanita nya. HMMMMMMMMM.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails