Monday, June 28, 2010

Imam Muda Astro Oasis


Hmmmm... Bagaimana hendak bermula ya?

Secara jujurnya, artikel ini bukanlah anti-program berterapkan ajaran Islam. Tetapi lebih kepada anti-program realiti tv. Sehingga menggunakan Islam sebagai modal atau wadah dalam rancangan realiti amat memalukan jika niat dan objektif asal tidak dapat dicapai atau disampaikan.

Program Imam Muda. Bagus, segar, lain daripada yang lain kerana memaparkan dan mengetengahkan bakat-bakat baru sebagai pemimpin agama terutama sebagai imam. Ganjaran untuk pemenang program ini adalah sebuah kereta bernilai lebih RM150,000, pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Malah pemenangnya juga akan ditawarkan memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Itu ganjaran duniawi. Ganjaran yang lebih besar adalah ilmu agama yang tidak dapat dinilai dan ditukarkan dengan sebarang harta di dunia.

Terkejut rasanya apabila melihat sedutan penyingkiran rancangan ini. Ada peserta yang tidak dapat menahan kesedihan. Mungkin atas dasar persahabatan yang baru sahaja dibina. Tetapi mengapa begitu tipikal dengan rancangan realiti yang lain yang lebih memaparkan hiburan? Bukankah ini rancangan agama? Mengapa perlu ditangisi jika ada yang tersingkir? Kita mahukan seorang imam yang bersemangat tinggi, yang mampu menghadapi segala dugaan dan masalah. Tidakkah mereka tahu setelah tamat program ini mereka masih berpeluang bertemu di luar. Jangan mengikut langkah realiti hiburan lain yang menyajikan penonton tangisan hanya untuk meraih simpati.

Sebenarnya, ilmu agama tidak manis dipertandingkan tambahan pula disertai dengan penyingkiran peserta. Berminggu-minggu berbulan-bulan dihabiskan untuk satu pertandingan seperti ini. Mengapa tilawah al-Quran boleh dilangsungkan dalam tempoh seminggu sahaja dan tiada penyingkiran pula tetapi masih relevan sehingga sekarang? Jika niat peserta itu menyertai pertandingan ini untuk menimba dan menambah ilmu agama Islam, bukankah agak kejam pihak penerbit menafikan hak mereka untuk belajar sehingga tamat program tetapi disingkirkan terlebih dahulu. Tidak adil begitu. Kenapa semua peserta tidak diberikan peluang belajar sehingga tamat? Seperti dinyatakan di atas, tidak manis rancangan agama ada penyingkiran.

Dan jika peserta memasang niat menyertai pertandingan ini bukan sekadar belajar ilmu agama tapi untuk menang, bukankah niatnya sudah terpesong? Seolah-olah tidak ikhlas untuk belajar. Sudah adat pertandingan, semestinya ada perasaan dengki, cemburu mahupun iri hati terhadap peserta lain. Bukankah tidak manis begitu?

Kita ini terlalu disajikan dengan rancangan realiti. Sehingga gadis-gadis Melayu pun dipertandingkan. Terlalu mengikut Barat tetapi terpaksa sadurkan dengan nilai-nilai tempatan. Untuk program semurni hasrat Imam Muda ini, sebaiknya janganlah ada penyingkiran peserta. Mereka datang untuk belajar.

IKLAN:
Dulu, Mawi diangkat sebagai ikon. Kononnya seorang yang kuat agama. Tapi orang yang kuat agama itulah yang terkinja-kinja di atas pentas. 

Wednesday, June 23, 2010

Kapoww! Atoi The Ajaib Boy



Satu lagi hasil buah tangan daripada pengarah muda tempatan, Azizi 'Chunk' Adnan. Seorang pengarah yang terkenal dengan idea2 untuk filem bercorakkan 'superhero' ataupun 'adiwira'.

Mungkin eksperimen filem pertama terdahulu, Antoo Fighter berjaya, beliau mencuba pasaran filem negara dengan filem yang bercorak sama. Kali ini, barisan pelakon yang terlibat adalah daripada yang baru berlakon sehingga nama2 besar seperti Presiden Seniman, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Rosnah Md Aris, Norlia Ghani, Sofi Jikan sehinggalah Khir Rahman. Heronya sudah pasti Zizan Raja Lawak, dibantu oleh Lisa Surihani dan Bell Ngasri.

Aku menonton filem ini di panggung pada hari pertama tayangannya. Beratur panjang untuk membeli tiket, tapi setelah melabuhkan punggung di kerusi empuk GSC One Utama, boleh dikira dengan jari penontonnya. Pelik. Mungkin ramai yang lebih berminat menonton Toy Story mahupun Lagenda Budak Setan rasanya. Itulah orang Malaysia, lebih berminat kepada filem2 cinta ataupun filem lumba kereta, lumba mat rempit dan cerita gangster yang dicilok daripada filem Barat. Bukan aku nak menyebelahi Kapoww!, yang turut mencedok idea Barat, tapi filem ini sesuatu yang baru di Malaysia.     Dah penat menonton filem cinta remaja, asyik mengalir airmata. Pelakon tangkap muat. Asalkan popular pada masa itu, terus dilamar berlakon dengan niat menarik penonton terutama peminat pelakon itu.

Berbalik kepada filem Kapoww!, bagi aku cukup menggelikan hati. Mungkin aku lebih ke arah filem komedi, tetapi filem ini adalah segar. Lakonan bersahaja Zizan dan Bell, sahabat baik demi mencapai impian Atoi untuk menjadi adiwira amat berkesan bagi aku. Dengan latihan2 adiwira yang tidak masuk akal tetapi itulah yang membuatkan penonton ketawa.




Cuma ada dua perkara yang kurang enak dalam Kapoww!. Idea untuk seorang adiwira yang dikenali ramai menghasilkan sebuah album muzik agak sukar diterima. Konflik di tengah filem di mana Atoi tidak mengakui Norlia Ghani adalah ibunya seperti tidak sampai atau berkesan.

Kedua, babak di mana Bell, Lisa dan Norlia diikat di sebuah jambatan di Putrajaya. Akibat rasa bersalah Rosnah Md Aris yang pada awalnya bersubahat dengan Khir Rahman untuk menjahanamkan Atoi telah datang membantu untuk melepaskan Norlia. Secara senyap, Rosnah membuka ikatan Norlia ketika perang mulut antara Atoi dan Khir Rahman berlangsung. Yang kelakarnya, dia tidak membuka ikatan Bell dan Lisa, malahan menjerit mengarahkan Khir Rahman yang menculik mereka bertiga untuk melepaskan Bell dan Lisa pula. Bukankah dari awal dia sudah boleh membebaskan mereka?

Apapun, tahniah diucapkan kepada pengarah, krew2 penerbitan dan pelakon2 yang terlibat dalam filem ini. Cuma, hati2 dalam menyusun babak2 dalam filem akan datang supaya lebih kelihatan logik dan waras.

KCT1 = RM 66,550


Akhirnya, debaran siapakah pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT1 telah diketahui. Pemenangnya tak lain dan tak bukan Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa, suami diva terkenal Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Harga bidaannya berjumlah RM 66,550. Satu jumlah yang besar.

Mengikut turutan nombor. KCT2 juga dibida melebihi RM 21000. Hebat juga rakyat2 Malaysia ini. Mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak semata2 untuk nombor yang terlekat di hadapan dan belakang kenderaan.

RM 66,550. Mesti banyak rumah anak yatim yang boleh mendapat manfaat jika didermakan wang tersebut. Tapi atas nama cinta, wang sebanyak manapun sanggup dilaburkan. Tapi bagi manusia biasa, lebih gembira jika cinta itu dipatrikan dengan mempunyai anak2 sendiri. Kereta bukan boleh dibuai2, didodoi di dalam buaian. Bila nak ada anak selebriti berdua ini?

Sumber Gambor: Berita Harian

Tangisan Lelaki Sejati

Calon-calonnya:

1) Fahrin Ahmad



Menangis ketika sidang media menafikan bahawa dia pernah memukul Linda Onn. Cukup sejati?

2) Azwan Ali



Lelaki ke? Ooooppppssss. Dia dah isytihar dia dah nak jadi lelaki sepenuhnya. Ok la tu. Boleh diterima.

3) Jong Tae Se


Pemain bolasepak Korea Utara. Penyerang utama pasukan itu di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.

Pemenangnya?

Jong Tae Se. Dia menangis ketika menyanyikan lagu kebangsaan Korea Utara pada perlawanan pertama mereka menentang Brazil. Jelas semangat nasionalisme Jong. Mewakili negara yang telah disekat ekonominya oleh negara2 bongkak yang berlagak seperti 'Polis Dunia'. 

Tuesday, June 22, 2010

Kurang Gula, Kurang Beras, Kurang Minyak Masak, Tapi Bertambah2.....



Aku selalu ke Selayang. Kadang2 bila aku lalu melintasi Pasar Selayang itu, aku lihat negara Malaysia ini bukanlah terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India sahaja. Perlu ditambah lagi. Ada Indon, Nepal, Bangla, Myanmar, Vietnam, Thai, Pakistan dan lain2 lagi.

Aku pernah terlihat sebahagian daripada golongan pendatang asing yang berniaga buah2an dan sayur2an murah di pinggir2 jalan pasar itu mendapatkan sumber bahan mentahnya dari tong2 besar yakni buah2an dan sayur2an yang telah dibuang oleh peniaga2 lain di pasar itu. Ya, sayur2an dan buah2an yang telah lama dan sudah tidak segar lagi. Jadi, tanpa mengeluarkan modal, mereka peroleh keuntungan 100%. Lalu sayur2an dan buah2an ini dibeli pengusaha2 restoran dan kedai makan. Benar. Mengapa perlu bayar lebih untuk mendapatkan bahan2 untuk dimasak sedangkan bukan untuk perut sendiri.

Aku yakin bukan setakat di Selayang sahaja bermasalah seperti ini. Lambakan pendatang asing. Kebanyakkannya datang secara haram. Seluruh pelusuk negara Malaysia yang aman permai ini dibanjiri oleh mereka. Jika yang datang ke sini itu golongan profesional, pelajar, mahupun bekerja dengan permit yang sah, tidak mengapa. Mereka masih memberi sumbangan kepada Malaysia melalui cukai dan permit kerja. Tapi yang datang secara haram? Apa sumbangan mereka? Menambahkan lagi jumlah manusia di sini. Datang berdua suami isteri, tapi beranak pinak setengah dozen.

Bukan perkara baru bila kita dikejutkan dengan berita kekurangan gula, tepung dan perkara2 asas lain di pasaran. Mengapa boleh terjadi sebegini? Tidak prihatinkah kerajaan kita sehingga tidak sedar bahan2 ini berkurangan? Ataupun ada pihak2 tertentu mahu menangguk di air keruh dengan menyorok bekalan2 ini?

Penduduk berstatus warganegara di Malaysia pada tahun 2010 ini berjumlah lebih kurang 27juta orang. Itu tak termasuk yang berstatus penduduk tetap, dan juga tidak termasuk yang berlonggok datang secara haram. Sedar tak sedar, golongan yang datang secara haram inilah yang mengaut keuntungan dari kerajaan kita. Subsidi itu ini, mereka turut merasa. Bagaimana bekalan gula tidak berkurangan jika kuantiti yang diperuntukkan kepada 27juta orang tapi yang menggunakannya adalh lebih? Golongan pendatang haram ini juga yang membeli gula, beras, minyak masak dan tepung dengan harga yang rendah akibat subsidi berbilion2 ringgit setahun yang diberikan kerajaan kepada rakyat Malaysia. Apabila bekalan kurang, harga pun terpaksa dinaikkan. Harga yang tinggi pasti membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

Sebagai contoh, dedak ayam yang ditabur di atas tanah oleh penternak ayam adalah untuk 20ekor ayam ternakannya sahaja dengan harapan ayam2nya akan gemuk dan dapat dijual kemudiannya. Tapi tanpa disedari, ada 10ekor ayam dari rumah sebelah pun turut datang berkenduri. Akibatnya, ayam sendiri tidak mendapat makanan yang cukup dan lambat membesar. Begitulah juga dengan keadaan kita sekarang ini. Makin lama makin banyak keperluan asas kita yang kurang sedangkan kerajaan dah menyediakan secukupnya untuk rakyat Malaysia.

Bagi anak2 pendatang yang bermastautin di sini, mereka bakal mendapat taraf kerakyatan dan berhak mendapat pendidikan yang sama dengan anak2 rakyat tempatan kita. Jadi, mereka turut merasa sumbangan kerajaan dalam sektor pendidikan. Dan mereka inilah yang bongkak, tanpa menyedari mereka menumpang di negara ini. Tidak langsung sedar bahawa ibubapa mereka merempat di negara orang.

Sukar difahami mengapa rakyat Malaysia ini terlalu terbuka dengan pendatang2 ini. Kita seolah2 tidak ambil peduli dengan kelambakan mereka. Malah ada yang menjadi perantara menyeludup pendatang2 asing ini masuk ke negara ini. Keuntungan yang mereka perolehi itu setakat cukup makan beberapa bulan tapi mereka tidak pernah memikirkan tentang kesan jangka panjang 'rombongan' pendatang2 asing haram ini di Malaysia. Sudahlah menyeludup masuk pendatang haram, ada pula yang menyeludup keluar barang2an keperluan kita yang amat murah berbanding di negara jiran. Mereka inilah yang sanggup menjual kesenangan kita atas nama unutk mendapat keuntungan segera. mereka tidak pernah fikir tentang kesan buruk pada masa hadapan. Kesalahan mereka ini boleh disamakan seperti menjual rahsia pertahanan negara kepada negara lain.

Agensi2 kerajaan. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Emigresen, Kastam, Polis Diraja Malaysia, haruslah lebih tegas dalam masalah kita ini. Masalah penyeludupan masuk pendatang haram, penyeludupan keluar bahan keperluan asas. Amat sedih apabila ada pegawai2 yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara, lebih sanggup 'makan suap' daripada menjalankan tugas. Jika tidak sanggup membuat kerja, jangan sekali2 buat permohonan kerja.

Pada suatu hari itu, kita menjemput jiran kita makan tengah hari. Tiba2 makan malam pun dia datang. Esoknya, tanpa dijemput dia datang lagi untuk makan tengah hari. Sehari dua masih boleh bersabar. Tapi kalau sebulan, bankraplah akibatnya. Samalah seperti bekalan asas kita yang dirampas oleh makhluk yang tidak sepatutnya.

Sumber Gambor: Exception2008

Monday, June 21, 2010

Ikon Belia Perak??? Layak ke????


Auuuuwwww.....Takkan tak kenal nyah. Shahir. Juara Akademi Fantasia musim ke-8. Apa2pun sebelum kutuk dia, masih tak lewat lah rasanya untuk ucapkan tahniah setelah berjaya bergraduasi dari akademi malah menjadi pemenangnya. Tahniah.

Yang tak tahan dilihat dan didengar adalah Shahir baru2 ini telah diangkat sebagai IKon Belia Negeri Perak. Hai, takkan baru menang AF dah boleh angkat sebagai ikon? Dulu Mawi, semua orang sanjung. Macam ulamak dah dia tu. Semua yang dia buat semua manis belaka. Tak ada lagikah belia kat negeri Perak yang layak dipilih untuk dijadikan ikon? Apa sumbangan Shahir di negeri Perak? Dia ada sumbangkan idea untuk menaikkan tahap ekonomi Perak?

Tolonglah jangan kita mengagung2kan sangat golongan bernama artis ini. Bukan bagus sangat pun bila seseorang itu bergelar artis. Kentut tetap bau bangkai juga. Ramai lagi rasanya yang layak disanjung, digelarkan ikon. Tak layak rasanya Shahir dijadikan ikon. Jika benar pun dia dipilih sebab berjaya dalam bidang seni, dah berapa anugerah yang dia perolehi? Berapa banyak album yang tahap jualan mencapai 100000 unit? Rasanya baru satu lagu yang dia rakam. Jadi masih terlalu awal untuk dia dijadikan ikon.

Ataupun sebab dia berlatarbelakangkan pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid sebelum ini dia boleh dikatakan berpendidikan agama tinggi. Mawi dulu pun bukan main kena puji. Siti Nurhaliza pun orang puji kononnya baik, jaga pergaulan, kurang gosip, berpakaian sopan, tidak berbesar diri, merendah diri, sederhana. Sebenarnya, menjadi artis itu bukanlah perkara yang baik. Kalau benar Siti Nurhaliza itu baik, kenapa dia tidak menutup aurat?

Layakkah Shahir disanjung sebagai ikon? Ikon airmata dia amat layak. Setelah penyingkiran Shah, salah seorang perserta AF8 pada minggu pertama, Shahir lah yang paling tragik tangisannya. Mungkin kita boleh berikan Anugerah Neng Yatimah kepadanya. Neng Yatimah dikenali sebagai pelakon airmata ketika zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas dahulu. Tapi sekarang pelakon airmata terkini siapa lagi tak lain tak bukan Fasha Sandha.

Sedih tengok orang kita. Terjerit2 tengok artis. Pandai2lah seimbangkan dunia akhirat. Artis bukan ada mukjizat pun. Aku sendiri ada minat artis2, setakat minat hasil seninya. Taklah terjerit2 bila tengok persembahan mereka.

Thursday, June 17, 2010

Perbezaan Minum Kopi Di Kedai Dahulu Dan Sekarang


Dahulu:

1) Dipanggil warung kopi.

2) Ada video lagu dangdut dari Indonesia.

3) Kadang2 pasang video wrestling.

4) Lagi meriah kalau ada papan dam.

5) Kalau ada kuih bengkang tak pun karipap lagi sedap.

Sekarang:

1) Dah tah dipanggil warung kopi, tapi kopitiam.

2) Jarang2 yang ada pasang tv, tapi lagu kebanyakannya lagu instrumental.

3) Dah tak ada papan dam, tapi ada wi-fi.

4) Kuih tradisional dah jarang2 nak jumpa, tapi french fries ada.

5) Errr....pekerja2 kebanyakan diimport dari luar, seperti Bangla dan Myanmar.

Terlanjur berbicara tentang kopi, seperti lagu Malique Cerita Kedai Kopi, ingin diperkenalkan kopi yang paling mahal di dunia, iaitu Kopi Luwak.


Kopi Luwak berasal dari biji kopi yang telah dimakan oleh encik musang lalu dikeluarkan sebagai hasil cernaannya. Seperti di atas. Kemudian dicuci lalu dikisar menjadi serbuk kopi. Rasanya? Enak sekali.

Cuba lah. Hahahahaha

Monday, June 14, 2010

Benda-Benda Yang Kita Asyik Berdengki Terhadap Rakan Zaman Kanak-Kanak Dahulu

1) Kereta Dash Yankuro. Sape ada kereta lagi laju. Lumba kat dalam longkang kering.

2) Kedudukan dalam kelas aka no lepas peperiksaan.

3) Duit poket. Ada yang bawa 50sen, ada yg bawa RM2.

4) Rim basikal. Setakat rim aloi ape la sgt.

5) Kad Ultraman. Lagi banyak kumpul lagi hebat.

6) Game boy. Tak pun game sebelum Playstation keluar tu. Yang petak tu. Lupa namanya.

7) Hadiah tikam kat kedai apek. Tikam adalah aktiviti beli keropok kat kedai apek, pastu tengok la dapat no ape. Kot2 dapat no yg boleh tukar dengan hadiah.

Sunday, June 13, 2010

Jangan Merokok


Tak payah buat intro panjang2. Semua org paham.

Tapi tiap kali kalau org ramai ditemuramah bagaimana kita hendak mengurangkan jumlah penghisap rokok ataupun bagaimana untuk menyedarkan org ramai tentang bahaya rokok, jawapan skemanya ialah pihak kerajaan perlu melipatgandakan kempen anti-merokok.

Lawak. Asyik2 kerajaan sahaja yg perlu berusaha menyedarkan penghisap rokok. tapi harus diingat, kita sekarang di tahun 2010. Bukan 1920, di mana org ramai masih tidak tahu bahana rokok. Makhluk2 yg hisap rokok itu bukan tidak sedar akibat menghisap rokok, tapi kalau dah tumpul, asah macam mana pun tak akan tajam.

Takkanlah kerajaan kena sedarkan seorang demi seorang penghisap rokok. Sendiri mau ingat la bahayanya.

Friday, June 11, 2010

Isu Judi Bola Sapak



Semua terkejut apabila Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Adek Awang Hussein mencadangkan untuk memberikan lesen perjudian bolasepak sempena Piala Dunia ini.

Paling lantang bersuara adalah dari puak berserban putih. Malah, ada gak lah yg bukan beragama Islam pun dari pihak sebelah sana turut menentang sedangkan diri sendiri pun belum tentu bebas daripada judi. Hipokrit.

Cuba buka mata, luaskan permandangan. Memang judi itu haram di sisi agama Islam, boleh membawa sehingga keruntuhan institusi keluarga jika terlalu taksub. Tapi perkara ini menjadi kecoh kerana seorang Islam yg membuka mulut untuk memberi lesen perjudian itu. Jikalau yg menyebutnya bukan Islam, pasti tidak bergendang seluruh negara membantah.

Perkara ini amat mudah. Judi itu boleh dilesenkan, TETAPI janganlah umat Islam yg gatal tangan untuk mengambil bahagian. Harus diingat, Malaysia ini berbilang kaum, berbilang agama. Jadi, hak org bukan Islam pun perlu dijaga. Jika mereka mahu berjudi, itu hak mereka. Jadi pak lebai semua jangan lah berjudi.

Kalau mahu dikatakan cukai hasil dari perlesenan ini haram, macam2 sumber haram lagi dah masuk dalam poket kita. Contohnya, restoran makanan Cina di Kelantan menyediakan alkohol untuk pelanggan2nya. Cukup tahun, restoran berkenaan membayar cukai pintu, cukai pendapatan, memperbaharui lesen perniagaan. Jadi, bolehkah pemilik restoran itu mengasingkan pendapatan yg mana datang dari makanan yg mana datang dari arak? Sudah tentu hasil itu juga yg digunakannya untuk membayar cukai2 berkenaan. Jadi, jgn anggap negeri Serambi Mekah itu bebas daripada duit haram.

Situasi di Malaysia ini senang sahaja. Jika perkara yg diusulkan pihak kerajaan, pihak pembangkang akan terus bangkang. Jika perkara diusulkan oleh pihak pembangkang pula, pihak kerajaan terus tidak bersetuju. Walaupun kadang2 ada kebaikan dalam perkara yg dicadangkan. Pernah lihat orang dalam pertandingan perbahasan pihak kerajaan menyokong apa yg dilaungkan pihak pembangkang?

Kesimpulan, perlesenan judi boleh diteruskan tetapi penguatkuasaan terhadap org Islam perlu tegas. Tak perlu penguatkuasaan pun sebenarnya, kenalah ada kesedaran sendiri yg judi itu haram hukumnya. Kalau semua sedar, pasti tidak akan terlihat permandangan pakcik tua berkopiah putih beratur si kedai Sport Toto lagi.

Thursday, June 10, 2010

Piala Dunia Fifa 2010 Afrika Selatan


Piala Dunia datang lagi. Kali ini hos nya Afrika Selatan. Julung kalinya dalam sejarah Piala Dunia dilangsungkan di bumi Afrika.

Seperti selalunya juga, demam Piala Dunia Berjangkit ke Malaysia, walaupun negara kita tidak pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Bermacam2 promosi dijalankan di seluruh negara untuk memeriahkan lagi sambutan di negara kita.

Sampai bila agaknya rakyat Malaysia terpaksa mengambil 'negara angkat' untuk disokong pada setiap edisi Piala Dunia? Simpati menyaksikan org ramai malahan selebriti menyanjung negara lain apabila ditanya pasukan mana yg disokong untuk menjuarai edisi ini. Sampai ada yg sanggup memakai jersi negara lain. Kasihan.

Agak2nya bila negara kita akan layak ke Piala Dunia? Nak layak, jgn harap. Negara lain yg bermain di Piala Dunia, negara kita yg cuti liga bolasepak tempatannya. Nasib baik boleh diberi alasan sempena Sukma di Melaka. Kalau tidak, entah2 ada pemain2 bolasepak tempatan yg meminta cuti rehat untuk melangut di depan tv untuk menonton kejohanan Piala Dunia ini.

Duit dah banyak labur. Sampai hantar pasukan Harimau Muda ke Slovakia untuk 'perlancongan sukan'. Tapi hasil tiada.

Ahad lalu, di TV2 disiarkan sebuah drama tentang bolasepak. Diceritakan satu kejiranan amat bersemangat untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di antara England dan Brazil sehingga memasang khemah, menggantung bendera2 negara yg bertanding, siap ada jamuan ringan lagi. Seolah2 menyambut Hari Raya. Sedikit sebanyak adegan itu mewakili perkara sebenar yg berlaku yg tidak dapat kita saksikan dengan mata sendiri. Mesti ada yg sampai bergaduh nanti akibat menyokong pasukan yg berlainan.

Kasihan kan org Malaysia. Aku pun tgk bola, tapi tidak sampai fanatik menyokong mana2 negara dalam Piala Dunia.

Wednesday, June 9, 2010

"Your Health Our Concern"


Selalu kan kita berdepan dengan jurujual yg pandai 'auta' kita. Barangan yg dijual tidak berkualiti tapi hasil kelicikan mereka menipu kita, terpengaruh lalu membelinya.

Lelaki berbaju merah di atas adalah seorang jurujual yg ditemui di Mydin Mall, USJ. Kumpulannya menjual sebuah mesin urut untuk kesihatan pengguna. Sekali imbas, lelaki ini amat komited terhadap tugas dan motto syarikatnya, iaitu "Your Health Our Concern". Lihat lah, dia amat menitikberatkan kesihatan pelanggannya sehingga kesihatan diri sendiri terabai. Sanggup membiarkan dirinya mengalami obesiti.

Ingat, berhati2 dgn jurujual. Tetapi jurujual ini boleh dipercayai dan terbukti keikhlasannya.

Tuesday, June 8, 2010

Israel dan Pemboikotan Produknya

Minggu lalu kita dikejutkan oleh siri serangan tentera Isreal (IDF) ke atas dua kapal yg membawa bantuan ke Gaza yg turut disertai sukarelawan, aktivis dan wakil media dari Malaysia. Sebanyak 7 atau 8 buah kapal telah menyertai misi ini terutamanya yg disebut2 iaitu MV Mavi Marmara dan MV Rachel Corrie.

Kebiadapan Rejim Zionis tidak boleh dinafikan. Buktinya, 9org aktivis dari Turki telah terbunuh dalam serangan ke atas MV Mavi Marmara dan berbelas2 lagi yg cedera. Tapi harus dibetulkan, kita harus membenci Rejim Zionis, rejim yg memerintah Israel, bukan anti Israel. Israel adalah sebuah kaum ataupun negara, dan di dalamnya ada hampir  20% dari penduduknya berbangsa Arab dan dari jumlah berkenaan 83% adalah muslim Sunni. Malah, dikatakan terdapat 3buah masjid di Tel Aviv, walaupun kebiadapan Zionis sanggup menjadikan beberapa masjid lain sebagai restoran dan bar.

Seperti biasa, apabila Rejim Zionis berlaku biadap terhadap rakyat Palestin ataupun dalam kes kali ini terhadap masyarakat antarabangsa, akan dilaung2kanlah ajakan untuk memboikot produk dan perkhidmatan yg berakar umbi mahupun dimiliki oleh Israel. Rasanya ramai yg tahu produk2 ini. Tapi pernah tak kita berfikir, apabila produk itu masuk ke Malaysia, lesen francais produk tersebut telah dimiliki oleh org tempatan? Contoh terdekat kita ambil McDonalds yg memang dekat dgn kita. Francais yg ditawarkan untuk membuka cawangan restoran baru kepada rakyat tempatan yg ini menjadi usahawan. Modal untuk membuka cawangan baru adalah antara RM1.5-3 juta, bergantung kepada saiz, lokasi dan hiasan dalaman restoran tersebut. Dan perlu diingat, beribu2 pekerja di restoran McDonalds di Malaysia yg majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Mahukah kita melihat mereka kehilangan kerja? Bukan nak menyokong barangan buatan Israel, tetapi cara begini tidak akan berjaya menundukkan ego mereka. Akhirnya, pelajar2 lepasan SPM yg selalunya berkerja sementara di restoran ini kehilangan peluang kerja.

Demonstrasi bantahan sana sini. Kita yg berpeluh di tgh panas tapi belum pasti lagi Zionis tergugat dgn memorandum yg diserahkan. Kadang2 demonstrasi sebegini menjadi ruang untuk beberapa manusia yg hanya berniat untuk mencari publisiti murahan, yg mahu diri mereka diangkat sebagai hero. Malahan, ada ketua sayap pemuda sebuah parti politik yg menegaskan bahawa dia sanggup dihantar ke Gaza untuk membela nasib rakyat Palestin di sana. Sedangkan sepanjang tahun hanya diam membisu, mencari peluang untuk membolot pendapatan negara. Percayalah, ramai yg berdemonstrasi itu hanya untuk kepentingan diri sendiri, tak kira lah dari sebelah mana. Untuk yg hampir kehilangan undi org Melayu Muslim, di sini lah tapak mereka utk meyakinkan bahawa mereka benar2 menyanjung Islam, sednagkan di negara sendiri, jual Islam sana sini untuk mendapat sokongan bukan Islam. Plastik.

Jadi, apakah pendekatan yg terbaik untuk menundukkan Rejim Zionis?

Sepatutnya, usaha ini bukan bermula di Asia Tenggara, tapi nun jauh di Timur Tengah. Di benua yg majoriti berbangsa Arab dan beragama Islam. Apa gunanya Liga Arab yg disertai 22buah negara Arab yg ditubuhkan pada tahun 1945? Adakah untuk mengipas bontot Amerika? Ataupun berlumba2 membina bangunan tinggi dan mencipta pulau2 buatan? Sayang sekali kekayaan hasil minyak tidak digunakan dengan sebenar2nya membantu saudara mereka di Palestin. Jika negara2 Arab bersatu, mereka mampu menghapuskan negara Israel itu dalam sekelip mata. Putuskan segala hubungan dgn Israel. Bertindak seperti negara Jepun untuk menutup Pangkalan Tentera Amerika sehingga Perdana Menteri yg tidak berjaya menutup pangkalan berkenaan didesak meletak jawatan baru2 ini. Jadi, kumpulkan tentera negara2 Arab, dan serang negara Israel. Jangan takut dgn Amerika. Sedangkan Perancis dan Jerman pun mengutuk tindakan rejim baru2 ini, dan daripada situasi ini, negara2 Arab boleh berubah angin untuk mengadakan hubungah diplomatik dgn dua negara kuasa besar berkenaan. Tinggalkan hubungan dgn Amerika jika mereka mengugut akan memutuskan hubungan akibat serangan negara2 Arab ke atas Israel.

Kedua, sekat ke atas dagangan ke Israel. Dgn erti kata lain, minyak. Israel adalah negara yg bergantung kepada minyak dari luar. Mereka tidak mempunyai simpanan minyak sendiri. Jika mereka boleh mengadakan sekatan ke atas Gaza, negara2 Arab mahupun seluruh dunia yg tidak sehaluan dgn tindakan kejam Israel ke atas Palestin boleh menyekat eksport mereka ke Israel. Sumber pendapatan Israel bergantung kepada eksport buah2an, sayur2an (di kawasan Bukit Golan yg dirampas dari penduduk Arab adalah kawasan paling subur untuk bercucuk tanam dan memelihara ternakan), ubat2an, perisian, teknologi ketenteraan dan berlian di samping perlancongan agama. Jadi, mereka pun bergantung dari sumber luar untuk penduduknya. Inilah yg harus dimanupulasi oleh masyarakat antarabangsa.

Dalam situasi sekarang, ternyata PBB bertindak seperti pengecut. Badan ini harus diabaikan kerana ia tidak akan menjanjikan suatu tindakan tegas terhadap Zionis. Apa saja persidangan hanya akan menghasilkan satu teguran yg lebih lembut dari seorang guru kepada anak muridnya. Negara2 yg mempunyai kedutaan di Israel harus memanggil pulang wakil mereka dan menghalau wakil2 kedutaan Israel di negara masing2 keluar. Tindakan ini sedikit sebanyak dapat memulaukan Israel walaupun mereka boleh terus bergantung harap kepada Amerika.

Di negara kita sendiripun, sudah jelas ada pemimpin yg disanjung2 mempunyai hubungan dgn Israel. Tapi tetap diangkat sebagai hero. Gambar2 yg disebarkan pun jelas nyata bersalaman2 dgn pemimipin organisasi Yahudi. Ini bukan hero, ini pelacur keamanan. Wira sebenar kita bukanlah ketua perarakan dari Masjid Negara ke Kedutaan Amerika, tapi wira kita adalah aktivis2 yg telah ditahan di Israel. Mereka tidak dikenali sebelum ini oleh ramai pihak, tetapi tanpa publisiti mereka benar2 ikhlas memperjuangkan nasib rakyat Israel. Tidak perlu berucap depan kamera berkobar2 tapi dalam diri tiada langsung semangat anak jantan.

Tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin terulung negara yg telah merancang dan menaja misi bantuan Gaza baru2 ini. Beliau adalah pejuang Gaza sebenar, bukan manusia yg gemar menggunakan 'jalan belakang'.

Sisipan boikot barang2an buatan Israel di bawah:




Longkang OH Longkang


Selalu kita dapat tengok atau dengar berita mengenai banjir kilat yg melanda bandar2 mahupun taman perumahan selepas hujan lebat. Boleh dikatakan punca utama banjir tersebut adalah longkang yg tersumbat. Selain daripada menyebabkan banjir, jika longkang pengairan yg tersumbat sebegini turut menjadi tempat pembiakan nyamuk dan serangga2 lain.

Selalu kita dapat tgk dalam longkang ini bermacam2 jenis sampah di dalamnya. Dan jika berlakunya banjir, pihak berkuasa tempatanlah yg akan dituding jari dan ditonjol dahi kononnya tidak membuat kerja sehingga longkang yg sepatutnya bertujuan unutk mengalirkan air hujan tersumbat.

Tapi cuba kita renungkan semula, bukan PBT yg menyuruh pekerja2nya membuang sampah2 ke dalam longkang. Bukankah org ramai yg sewenang2nya membuang sampah merata2 sehingga dialirkan air hujan ke dalam longkang? Memang tanggungjawab PBT untuk mengutip sampah, tapi bukankah telah disediakan tempat untuk membuang sampah dan memudahkan kerja2 PBT untuk mengutipnya?

Malaysia. Infrastruktur kelas pertama, mentaliti kelas kedua. Kasihan.

Sumber gambor - mawarmerahandalusia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails