Friday, July 30, 2010

Siri Bercakap Cara MLM (Bahagian 2)

Kalau nak tahu, inilah impian semua ORANG... tapi hanya mampu bermimpi ajelah...

sebabnya...

1) Kereta BMW baru

Atau apa saja perlukan down paymnet antara 20K ke 50K, ansuran bulanan antara RM1700 ke RM3000 sebulan. Katakan gaji kita hanya RM3000 sebulan, kita perlu simpan selama 7bulan untuk down-payment dan wang gaji bulanan tu untuk bayar ansuran setiap bulan...LOGIK tak..?? Anda bijak berfikir... Mungkin boleh atau mungkin tak boleh... Hhmmm, confirm tak boleh..!!

2) Rumah

Ini pun orang idam-idamkan, rumah sendiri yang selesa... Saya taknak cerita pasal rumah banglo..!! Cukuplah dengan rumah teres 2tingkat sekitar harga RM300K... Mungkin di kalangan kita sudah bekerja 10-20 tahun tapi masih lagi menyewa atau masih bayar dekat BANK tiap-tiap bulan sampai 30tahun nanti. Adooii...lamanya.

3) Umrah dan haji


Confirm jadi impian bagi setiap umat Islam sedunia. Kos umrah sekitar RM4K - 6K dan haji sekitar RM30K - 80K seorang. Bukan TAKNAK pergi, semuanya perlukan DUit..!! Setuju..?? Maka, ramailah di antara kita yang masih belum ke tanah suci kerana TIADA DUIT..

4) Melancung ke luar negara


Siapa yang TAKNAK..!! Rasanya dah puas sangat bawa anak-anak pergi PD ataupun Sunway Lagoon... Ingat nak bawak family melancung ke NEGARA EROPAH. Bukan taknak pergi... masalahnya bajet CIPUT... bukan tak boleh kumpul duit dulu baru pergi setahun sekali... itu pun kalo sempat simpan duit gaji sikiet-sikit... SEMPAT KE..???

5) Barang kemas bernilai RM30K..!!


Mak..aaii, banyak nyee.. Perempuan mana yang tak suka emas weii.. isteri pun suka juga barang kemas EMAS nih.. Nak beli EMAS harga RM30K..?? Ada duit ke..?? Emas pulak harga melambung-lambung. Tu yang setiapkali sambut Anniversary dah dekat berbelas kali, asyik dapat barang SILVER je.. tak kesah la kalo SILVER pun janji bahagia.. tapi, saya nak nagi FREE.. nak tak..??

ANDA BOLEH DAPAT SEMUA BENDA DI ATAS TU..!!
Dalam tempoh 6 ke 12 bulan saja...SEMUA tuu... FREE tau..!! Dapat lagi CASH $$$$..!! Percaya tak saya cakap nak dapat semua tu hanya dengan harga RM3000 aje... Menarik bukan..?? Tak percaya..?? Jangan PERCAYA hinggalah anda bertemu saya untuk penerangan lanjut.

Rumusan:
Banyak sangat alasan 'bukan taknak'. Cepat sangat mengalah. Kereta mewah, rumah besar, melancong ke luar negara dam barang kemas, kalau tak mampu kena sedar diri. Kalau berjaya kumpul harta pun di atas usaha menipu orang, tak guna juga. Tak berkat harta. Untuk menunaikan haji, jika di bawah pentadbiran Tabung Haji, kos cuma sekitar RM10K. Yang kos RM30K-80K itu mungkin agensi lain. Dah ada Tabung Haji, tiada siapa menyuruh anda gatal tergedik-gedik seperti sekawanan semut yang baru disembur Ridsect mengikut pakej haji agensi swasta lain.

Barang kemas dikumpul jika penuh stor barangan sukan sekolah pun tiada guna jika tidak dipakai kerana anda diwajibkan membayar zakat harta. Jika abaikan, berdosa. Siapa nak berdosa?? TAKNAK....

Ada 1001 cara halal lain unutk kumpul harta. Tak salah untuk kegunaan anak-anak dan keluarga. Tapi jika untuk menunjuk-nunjuk seperti geng MLM, tak guna juga. Tak muat pun kubur jika mahu disumbat bersama harta-harta dunia.

Thursday, July 29, 2010

Bendera

Dulu masa sekolah rendah, kita masing-masing pernah diberikan tugas untuk melukis bendera negara kita, Jalur Gemilang. Nampak macam mudah tapi bintang berbucu 14 agak sukar dilukis secara manual. Begitu juga dengan bulan sabit. Akhirnya, bulan sabit dilukis terlalu bersar dan bucu-bucu bintang ada yang terlalu panjang dan pendek.

Ada dua buah negara lain yang mempunyai bendera seakan-akan Malaysia.

                                 Liberia                                   

Amerika Syarikat

Antara bendera yang paling mudah dilukis adalah bendera yang hanya mempunyai garisan-garisan seperti:

Itali

Cameroon

Dan yang paling senang adalah yang ada bulatan di tengah:

Bangladesh

Yang berbentuk pelik:

Nepal

Belum cukup mudah lagi tu. Ini yang paling mudah sekali.

Libya

Ok. Selesai bahagian yang mudah. Sekarang antara bendera-bendera negara yang agak sukar dilukis oleh tangan. Apa agaknya perasaan kanak-kanak mereka bila disuruh melukis bendera-bendera ini.

Sri Lanka

Sepanyol

Kenya

Kyrgyzstan

Portugal

Ada banyak lagi. Kalau rajin, beli atlas. Google pun boleh....

Wednesday, July 28, 2010

7 rindu sekolah menyamar pelajar

Sumber: Harian Metro 28/07/2010

KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindu alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini, semalam.
Semuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.
“Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira jam 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar itu masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika tingkatan lima sesi 2007,” katanya.

Kehadiran ‘pelajar baru’ di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.

“Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam keadaan sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran,” kata Abdul Jalil.

Beliau berkata ketujuh-tujuh lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

“Semua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis sudah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira jam 8 malam tadi.

“Polis dalam proses mengambil keterangan guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan,” kata Abdul Jalil.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. — Bernama

Komen:

Macam-macam perangai. Yang menyamar jadi pelajar pun ada rupanya. Hahahaha. Tak termasuk menyamar jadi orang baik. Penjenayah yang menyamar jurujual. Macam-macam.

Kalau tak ingin kantoi, jangan menyamar jadi pelajar. Menyamarlah jadi tukang kebun ataupun pekerja kantin. Mesti selamat.....

Monday, July 26, 2010

Lawak Petronas

Seorang kenalan yang bekerja sebagai jurutera di Petronas dan berpusat di KLCC berbual-bual dengan dua orang pakcik yang berlainan.

Episod 1:

Pakcik Satu: Kerja kat mana sekarang?
Kenalan: Kerja kat KL
Pakcik Satu: Kerja apa tu?
Kenalan: Petronas
Pakcik Satu: Amboi. Jauhnya kerja Petronas sampai ke KL. Kat pekan tu kan ada stesen minyak Petronas

Kenalan: ?????

Episod 2:

Pakcik Dua: Kerja kat mana sekarang?
Kenalan: Kerja kat Petronas, pakcik
Pakcik Dua: Aik, tadi baru isi minyak kat Petronas kat Pekan tu, tapi tak nampak lak.
Kenalan: ?????

Thursday, July 22, 2010

Floria Putrajaya 2010 (Episod 2)


Lokasi: Festival Bunga & Taman Putrajaya 2010 (Floria)
Tarikh: 17hb Julai 2010
Ahli: 2 orang (Azizul & Farazura)
Perkakasan: Kamera digital Nikon Coolpix L4 (pelekat bintang-bintang), Kamera Telefon Bimbit LG
KF300 dan Topi yang Dibeli Di Tapak Bazar Floria
Bahan Bakar: Nasi Lemak Lazat Buatan Sendiri, Air Perasa Oren dan Teh Earl Grey
Cuaca: Panas-panas Manja


Seperti yang dijanjikan, sekali lagi lawatan ke Floria diadakan disebabkan belum puas berpusing-pusing dan berputar-putar pada minggu sebelumnya. Kali ini, kami sampai lebih awal dan sempat mengisi perut terlebih dahulu sebelum mengerah keringat dan membakar lemak masing-masing.

Yang dapat diperhatikan, jumlah kehadiran pengunjung pada hari ini amat meningkat berbanding pada minggu sebelumnya. Mungkin pada hari tersebut adalah hari kedua terakhir pameran jadi orang ramai mengambil peluang untuk berpusu-pusu berkunjung. Dan disebabkan pergerakan orang ramai yang sukar dikawal, banyak gambar yang diambil telah diganggu oleh orang yang lalu-lalang tanpa segan silu ketika jari memicit punat kamera. Agak mengecewakan tapi apa boleh buat, kena terima kenyataan. Hahaha. Berbekalkan kamera biasa dan dua set bateri saiz AA, pengembaraan untuk merakamkan gambar bunga-bungaan tempatan dimulakan tanpa memikirkan cuaca yang panas terik.

Bukan setakat gambar bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan sahaja yang diambil, Cik Farazura juga telah bertindak sebagai seorang model yang semi-pro tanpa kekok menggayakan topi yang baru dibelinya. Bukan setakat itu, dalam keterujaan mengelilingi tapak pameran, sempat juga beliau membeli 3pasang kain songket... Untuk gambar beliau, sila lawati laman Facebooknya.

Dua hari sebelum tamat pameran, kebanyakan bunga-bungaan kelihatan layu. Mungkin kurang siraman air ditambahkan pula dengan cuaca yang panas. Di bawah disertakan beberapa keping gambar yang dipilih daripada 500 keping gambar yang sempat dirakamkan pada hari tersebut. Gambar-gambar ini adalah gambar asal tanap suntingan sedikit pun. Maaf beberapa gambar diburukkan dengan bayang-bayang orang yang tiba-tiba melintas....













Tiba-tiba ada entiti yang muncul dari sebelah kanan....

Kakak dan anaknya itu bolehlah dianggap sebagai model jemputan...

Yang ini pokok bonsai.
















Kenapa aku tidak pernah ambil gambar padi di sawah belakang rumah aku? Tak pernah tahu pokok padi pun cantik. Hahahaha.








Periuk kera. Mungkin kerana kera yang terlebih dahulu menjumpai tumbuhan ini. Harap maaf. Jika anda yang menjumpai periuk ini sebelum kera, pasti periuk ini disertakan nama anda di belakangnya.



Kenapa harus engkau melintas pakcik berkopiah?






Err. Tiada komen untuk siapa yang melintas.








Berulang kali aku cuba ambil gambar bunga ini. Akhir sekali putus asa kerana ada yang melintas. Marah? Oh tidak...









Tersingkir dari jambangan....







Makcik, kenapa engkau harus melintas? Rosak betul gambar ini. Dah set cantik dah. Hatdoi....

Ini gambar kegemaran Cik Farazura....

Akhirnya, gambar pilihan aku. Hahaha. Temanya 'Batang dan Bunga', tak pun 'Beauty and The Beast'.


Di sini, saya ingin membuat seruan untuk sesiapa yang berhati mulia agar dapat menghadiahkan dan menyumbangkan kamera DSLR. Belum puas lagi bereksperimen dengan kamera rasanya.

Jadi, kesimpulannya, tahun depan kita serang lagi Floria. Mungkin dengan kamera baru, tapi yang penting dengan model yang sama. Auwww!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails