Tuesday, August 24, 2010

Kesaksamaan Dan Kesamarataan Di Malaysia

Beberapa situasi politik di Malaysia


1) Sekolah

"Kami tidak mahu sekolah satu aliran. Sekolah kebangsaan pelbagai aliran harus dikekalkan. Jika tidak apa jaminan kerajaan bahasa nenek moyang kami turut diajar di sekolah satu aliran?"

2) Sukan

"Pemain badminton nombor satu dunia. Selain itu, banyak lagi sumbangan kami kepada negara ini. Terbukti kami pun amat penting di Malaysia. Mahukah orang Islam menyertai sukan renang dengan berpakaian renang?"

3) DEB

"Dasar DEB hanya membantu bumiputera terutamanya orang Melayu. Bangsa lain ditindas. Struktur ekonomi Malaysia hanya banyak membantu bumiputera sahaja. Bangsa kami merangkak untuk berjaya. Buktinya daripada senarai 10 orang terkaya di Malaysia 8 orang daripadanya dari bangsa kami. Orang bumiputera yang malas bekerja, bagaimana mahu berjaya"

4) UITM

"Kami mahu kouta 30% kemasukan ke UITM. Kami mahu peratusan yang adil untuk anak bangsa kami mendapat peluang pendidikan tinggi yang sama dengan bumiputera. Universiti-universiti dan kolej-kolej swasta tidak pernah memilih warna kulit untuk menerima pelajar-pelajarnya. Bukan salah mereka kerana bumiputera tidak mampu membayar yuran pengajian"

5) Pilihanraya

"Demi menunjukkan semangat setiakawan dan kerjasama yang unggul, diharapkan parti si polan beralah kepada kami di beberapa kawasan. Walaupun rekod kami buruk dalam pilihanraya yang lalu, kami yakin berjaya menawan hati pengundi kembali. Jika tidak mecuba, bagaimana kita mahu pastikan bahawa kami juga mampu menawan kawasan yang jatuh ke tangan pembangkang?"

6) Rumah Ibadat

"Kerajaan hanya memberi bantuan kepada pembinaan rumah ibadat sesuatu agama sahaja. Di manakah letaknya keadilan? Kami tidak percaya pembinaan masjid disumbangkan daripada zakat. Kami mahu prasarana dan bangunan yang besar juga. Tokong di Kelantan belum cukup besar"

7) Kerjaya Sektor Awam

"Mana janji kerajaan untuk memperuntukkan kouta kerja dalam sektor awam kepada bukan bumiputera? Kerjaya di jabatan keselamatan? Tentera dan polis? Bukan anak bangsa kami pengecut tidak mahu menyertai pasukan keselamatan. Itu tidak menjaminkan masa depan yang baik. Bangsa kami tidaklah seramai mana. Jika terkorban, makin berkuranganlah kami nanti. Pasti akan lebih ditindas oleh kerajaan"

8) Insentif Perumahan Bumiputera

"Hapuskan diskaun perumahan 7% untuk bumiputera. Tahukah anda bangsa kami yang banyak memonopoli sektor pembinaan. Sudahlah kouta perumahan bumiputera menyebabkan kami rugi kerana bangsa lain tidak dapat memiliki rumah setelah lot-lot lain telah terjual. Khabar angin yang kami sengaja menempatkan lot-lot kouta bumiputera di kawasan-kawasan yang tidak strategik itu tidak benar. Jangan mudah tertipu"

9) Pekerjaan Swasta

"Kami tidak pernah meminggirkan bumiputera jika kami mempunyai peluang pekerjaan untuk ditawarkan. Syarat menguasai Bahasa Mandarin itu adalah suatu nilai tambah. Dan mungkin ada segelintir sahaja pengusaha yang meletakkan syarat seperti 'PROMOTER: CHINESE GIRL WANTED' dan tidak menggambarkan polisi kami keseluruhannya"

10) Kewarganegaraan

"Sebagai warganegara, kami berhak mendapat segala keperluan dan kemudahan di negara ini sama seperti bumiputera. Kami lahir di Malaysia. Ibu bapa kami juga begitu. Cuma datu nenek moyang kami sahaja mendapat kerakyatan di atas keprihatinan Raja-Raja Melayu sebelum era kemerdekaan negara"

10) Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan)

"Haiya incik. Ini pekala lu langan bising-bising maaa. kita olang bukan talak mau cakap melayu maa.. tapi English balu standard selikit. talak ngam la itu cakap melayu. itu pasat haaa olang-olang banci latang kita semua tutup pintu maa...talak paham apa itu olang banci cakap. lagi sinang itu anjing kasi letak depan lumah la incik. olang banci pun takut masuk maaa..."

Tapi kalau Bahasa Melayu pun tak dapat nak kuasai dengan baik, apa lagi lambang diri sebagai orang Malaysia? Kibar Jalur Gemilang? Tiap-tiap tahun kereta lebih layak jadi warganegara sebab kibarkan Jalur Gemilang.

Monday, August 23, 2010

Surat Khabar @ Surat Iklan

Seorang cucu sedang menemani datuknya di beranda pada suatu pagi yang sudah menjengah ke tengah hari.

Cucu: Atuk tengah buah apa tu?

Datuk: Ni ha. Atuk tengah baca surat khabar ni. Nak tahu gak perkembangan semasa.

Lima minit kemudian, si cucu pelik dengan tingkah laku datuknya yang membelek mukasurat surat khabar dengan pantas. Lagi pelik apabila datuknya menterbalikkan surat khabar itu.

Cucu: Kenapa atuk? Ada masalah?

Datuk: Tak ada masalah.

Cucu: Atuk tak nampak ke? Biar saya ambilkan cermin mata atuk.

Datuk: Eh, tak payahlah. Atuk nampak. Cuma pelik, tak sangka dalam masa lima minit atuk dah boleh habiskan baca surat khabar. Sebab itu atuk tercari-cari manalah tahu ada berita yang atuk tertinggal belum baca lagi. Alih-alih atuk tengok si A berjaya turunkan 50kg dalam masa sebulan. Kemudian Si B berjaya mengurangkan kesan parut jerawat dalam 3 minggu. Dan yang lagi satu, ada seorang doktor yang rambut ke depan belah tengah ni. Pelik la...

Cucu: .....

Ya. Benar. Surat khabar sekarang beritanya hanya 35%. Yang selebihnya iklan. Sepatutnya dah ditukar nama.

SURAT IKLAN

Thursday, August 19, 2010

Indonesia Yang Tidak Sedar Diri



Bukan main seronok nampaknya keparat-keparat Indonesia di Jakarta merusuh sehingga merosakkan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia yang terletak di Kuningan, Jakarta. Semua berlaku akibat penangkapan tujuh orang nelayan Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia berhampiran perairan Bintan, Riau 13 Ogos yang lepas. Polis Cawangan Marin Malaysia melepaskan dua tembakan amaran ke udara dalam usaha menyekat penangkapan tersebut dan menahan tiga pegawai Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia atas tuduhan menceroboh ke perairan Malaysia kembali.


Menurut sumber dari Utusan Malaysia, Malaysia mendakwa bahawa nelayan-nelayan terbabit sebenarnya dipaksa masuk ke perairan Indonesia oleh pihak berkuasa mereka sebelum bertindak menahan tujuh orang tersebut.

Dan rentetan dari peristiwa ini, muncullah jagoan-jagoan Indonesia yang berdemonstrasi lagak seperti orang gila di Kedutaan Malaysia. Bukanlah sesuatu yang jelek mereka berkelakuan 'kayak' beruk kerana selalu sangat kita lihat mereka merusuh. Kes seperti lagu 'Rasa Sayang Hey' pun sampai merusuh, kononnya Malaysia 'merampok' lagu tradisi mereka.

Seingat aku, belum ada demonstrasi bantahan yang orang Malaysia buat di Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia mahupun di Konsul Jeneral Indonesia yang bersepah di negara kita. Dan berulang kali nelayan-nelayan asing terutamanya dari Thailand dan Vietnam ditahan kerana menceroboh perairan negara tetapi tidak pernah pula kita dengar rakyat Thailand merusuh menbantah. Rasanya rakyat Indonesia ini kurang kewarasannya.

Sekiranya benar sekalipun gerombolan nelayan Malaysia berkenaan dengan tidak sengaja dan tidak menyedari mereka telah menceroboh perairan Indonesia, walaupun peribahasa 'terlajak perahu boleh diundur', tindakan menahan mereka adalah kurang wajar rasanya. Mereka boleh diusir dengan memberi amaran untuk meninggalkan lokasi penangkapan hasil laut ketika itu, dan diberi amaran. Bukan dengan menahan mereka tanpa budi bicara.

Jangan fikir nelayan Indonesia tidak pernah menceroboh perairan Malaysia. Bukan setakat menceroboh, ada yang mendarat di pesisir pantai Malaysia ataupun berenang ke daratan, sehingga berumahtangga dan beranak-pinak di sini. Pernah orang Malaysia buat rusuhan? Tidak.

Oh. Sebelum lupa. Ketika darurat di Malaya dahulu, pihak British menawarkan hadiah dalam bentuk wang ringgit walaupun dibayar dalam Pound Sterling kepada sesiapa yang dapat menahan atau membunuh penjenayah komunis yang berpangkat tinggi. Lagi tinggi darjatnya dalam organisasi Parti Komunis Malaya, lagi besar hadiahnya. Maka, ramailah ahli-ahli komunis sendiri yang belot untuk mendapatkan hadiah. Patutlah bangsa berkenaan dari turun-temurun kaya-raya. Kemudian, sekarang bukan main tidak sedar diri mohon dihapuskan hak-hak istimewa Melayu. Jadi, tiadalah bezanya Cina Malaysia dan rakyat Indonesia. Kedua-duanya tidak bersyukur dan tidak sedar diri.

Sumber gambar: Lantaklah aku curi kat web mana pun. Kau kan panggil kami Malingsia. Jadi aku pun 'maling' gambar dari web negara kau yang aman makmur sejahtera.

Wednesday, August 18, 2010

Kealpaan Ataupun Kekurangan Kewarasan

Pernah berkunjung ke pasaraya? Tipulah jika tidak pernah langsung.

Dan pemandangan-pemandangan di bawah ini selalu sangat kelihatan.


Ada segelintir makhluk perosak berketurunan manusia gemar sangat meletakkan barang-barangan yang pada mulanya ingin dibeli di tempat yang tidak sepatutnya. Contoh terbaik seperti gambar di atas. Adakah wajar cecair pengilap kereta dicampur bersama minuman yogurt?

Selalunya pengunjung-pengunjung pasaraya akan mengambil barang-barangan dan dicampak ke dalam troli namun berpatah arang jikalau terjumpa jenama lain yang lebih murah ataupun menyedari diri kekurangan modal. Dan perkara paling mudah ialah dengan meletakkan barangan yang tidak dikehendaki di rak-rak yang terdekat. Jika terlihat minuman yogurt di rak serbuk pencuci, itu adalah fenomena biasa, tapi sedarkah mereka jika produk seperti minuman yogurt sekiranya tidak diletakkan di peti sejuk akan basi dalam tempoh beberapa jam?



Downy bukan sahaja menimbulkan aroma wangi terhadap pakaian yang dicuci tetapi juga turut boleh diminum begitu sahaja. Cubalah......

Tuesday, August 17, 2010

Gosip!!!


Ini liriknya:

mulut bungkam aib terungkap
pasang senyum tapi kau muak
bertingkah bagai malaikat
tapi nekat

mau tau
tau kau mau
tak seharusnya kau tau
tanpa malu terus kau buru
berita baru
makin seru
Ya. Gosip. Hahaha. Ramai yang suka sangat bergosip ini. Tapi di bulan Ramadhan yang mulia ini, hindarilah perkara yang bakal mengurangkan kutipan pahala anda. Nasihat untuk diri sendiri juga.
Gosip. Kalau perkara yang digosipkan benar, jadi mengumpat. Kalau perkara yang digosipkan itu batil ataupun salah, jatuh hukum sebagai fitnah.

Ada pelbagai cara nak bergosip ini. Berbeza cara-cara di desa dan di kota metropolitan.
Di desa:
1) Majlis kenduri-kendara. Tangan sibuk memotong bawang, mulut sibuk menghambur kata-kata. Sambil hias pelamin pun boleh.
2) Ketika sibuk membeli ikan dan sayur daripada penjual ikan dari rumah ke rumah. Akhir sekali minta kurang harga dari penjual.
3) Lepak di tangga ketika petang hari. Bertenggek bertingkat-tingkat. Sambil cari uban atau kutu.

4) Ketika menjaja kain dari rumah ke rumah. Adegan tersohor dalam drama-drama Melayu di kaca TV. Menyirapkan darah orang kononnya jiran dia beli lebih helai kain daripada mangsa.

Di kota:

1) Berjanji temu di kopitiam ataupun kedai-kedai kopi terkemuka. Sambil tangan sibuk menonyoh puntung rokok di dalam bekas abu.

2) Sambil menjinjing beg hasil aktiviti membeli-belah di gedung-gedung membeli-belah. Langkah diatur serentak dengan mulut berbicara.

3) Ketika di pusat kecantikan, spa, salun rambut mahupun di atas 'treadmill' pusat kecergasan.

4) Menggunakan sepenuhnya kemahiran IT. Blog, Facebook, Twitter, ataupun BBM. Maju bersama teknologi.

Monday, August 16, 2010

Lif Rosak

Bos: Hoi Mamat, kenapa engkau masuk pejabat lambat hari ini, ha?

Mamat: Lif rosak bos. Saya tersangkut 2jam kat bawah.

Bos: Lamanya. Apa tak ada siapa-siapa yang datang tolong engkau ke?

Mamat: Tak ada bos.

Bos: La, kan ada interkom kat dalam lif tu. Panggil la bantuan budak2 'maintanance' bukakan pintu lif.

Mamat: Tapi bos, saya bukan kat dalam lif. Saya kat luar lif. Baru je nak melangkah masuk lif tu rosak. Macam mana nak guna interkom tu?

Bos: Kalau dah tau lif tu rosak, guna la tangga, bahalol.

Mamat: Oh, ada tangga ye bangunan ni bos???

Thursday, August 5, 2010

English Premier League Fantasy Football


Tak tahu kenapa untuk musim ini, Fantasy Football tak dapat 'proceed' liga yang dicipta musim lepas.

Oleh yang demikian, atas inisiatif aku sendiri, aku telah mencipta satu liga terbaru yang dinamakan 'LIGA HARAPAN BANGSA'

Sesiapa yang berminat menyertai sila masukkan kod 830184-186143 di laman ini

Marilah beramai-ramai sehati dan sejiwa. Bersaing secara sihat. 1 Malaysia!!!!

Monday, August 2, 2010

Tanda-Tanda Perut Mengalami Kebuncitan

 Ini bukan buncit dah namanya

1) Bila pakai seluar mesti di bawah pusat. Tak selesa jika ditarik lebih dari paras pusat.

2) Ketika qiam, tidak dapat melihat jari kaki.

3) Perut selalu tersangkut pada stereng ketika memandu.

4) Baju-baju anda terasa sendat di bahagian perut.

5) Selalu dilanggar secara kenyal oleh kanak-kanak yang berlari di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

6) Selalu berasa khuatir ketika bermain di taman tema air. Bimbang tersangkut di dalam terowong air.

7) Asyik dikejar promoter pusat kecerdasan dan alatan senaman.

8) Kerap ditawarkan watak sebagai badut di majlis-majlis keramaian.

9) Pernah dituduh mencuri di pasaraya. Kononnya menyorok barangan curi di baju.

10) Terasa mudah untuk mengikat kain pelikat. Kain tidak mudah terlocot.

11) Sudah tidak memerlukan tali pinggang untuk seluar jeans anda.

12) Ramai yang memberi anda peluang keluar dari lif dahulu.

13) Isteri atau anak anda selalu baring di atas perut anda ketika menonton tv.

Gambar: infotekkom

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails