Monday, February 1, 2010

Kecurian...

Di sebuah balai polis di satu daerah di Kuala Lumpur...

Pengadu: Encik, saya nak buat aduan encik. Saya kena ragut tadi encik. Beg tangan saya diragut oleh mat rempit. Tolong saya encik. Tolong....

Polis: Sabar, puan. Sabar byk2. Kita akan tolong puan. Sudah menjadi tugas pihak polis untuk menyelesaikan dan membasmi segala jenis jenayah di negara kita. Sekarang ni, puan ceritakan bagaimana keadaan ini boleh berlaku dan segala maklumat puan akan dimuatkan dalam laporan ini.

Pengadu: Baik2 encik. Kejadian berlaku ketika saya ingin melintas jalan ke kereta saya. Saya tak sedar ada motosikal yg mengekori saya dari belakang lalu pembonceng motosikal itu terus menarik beg saya dgn kuat dan menendang saya sehingga jatuh.

Polis: Jadi, ada tak sebarang kecederaan yg serius puan alami? Kita boleh hantar puan untuk rawatan lanjut di hospital. Malahan kita boleh mendakwa mereka mencederakan puan sebagai kes kedua.

Pengadu: Saya rasa tidak ada kecederaan yg serius encik. Cuma calar sedikit sahaja.

Polis: Boleh puan beritahu di dalam beg puan itu ada tak terdapat barangan berharga dan penting seperti barangan kemas, kunci kereta, dokumen2 mahupun wang tunai. Saya perlu masukkan maklumat2 ini di dalam laporan ini.

Pengadu: Yg betul2 berharga rasanya tak ada encik. Cuma seperti tisu, lipstik, maskara, pencungkil gigi dan ehem2 wanita.

Polis: Oh, begitu. Malangnya penjenayah2 itu. Sia2 sahaja mereka didakwa kerana meragut tetapi tidak mendapat pulangan yg setimpal kan puan.

Pengadu: Tapi beg itu Louis Vuitton. RM13000...

Polis: Gulp.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails