Sunday, May 31, 2009

Bila Bakat Mengatasi Segalanya...

Hai. Bertemu lagi di blog yg merapu ini. Pada edisi kali ini, saya akan membawa anda untuk berkenalan dgn seorang wanita Britain, yg pada usia 47tahun telah berjaya mencipta nama. Mungkin saya terlambat untuk berbicara tentang wanita hebat ini, dan anda telah mengenalinya dahulu, tapi saya yakin ada yg masih tertanya2 siapa wanita ini.

Susan Boyle, yg menghabiskan usianya hidup bersendirian bersama kucing peliharaannya telah memukau para penonton dalam rancangan Britain's Got Talent pada musim ini. Ketika usia kecilnya, dia hanyalah seorang kanak2 yg kesunyian dan sering dibuli, tapi siapa tahu, pada usia lewatnya ini, dia telah membariskan dirinya di antara ribuan peserta realiti tv seluruh dunia. Dan apa yg paling pasti, bakat dia ternyata satu dalam seribu.

Video pertama, menunjukkan dia ketika pertama kali menjejakkan kaki ke pentas Britain's Got Talent. Saksikan bagaimana reaksi para penonton terhadapnya. Seolah2 dia bakal menjadi William Hung versi wanita.

Dan saksikan bagaimana seluruh dewan bangun, begitu kagum dengan bakat terpendamnya.

Video kedua menunjukkan Susan ketika peringkat separuh akhir. Saksikan bagaimana dia membawa lagu yg sukar untuk dikuasai dengan tenang sahaja.

Ternyata Susan Boyle adalah fenomena terbaru di dunia.

Apapun, dia lebih berbakat dari org lain. Lebih bagus dari 'Wak Kempis' yg cuba ujibakat Malaysian Idol yg menyanyikan lagu 'Selamat Jalan Romeo' suatu masa dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails