Suparjo, anak muda dari Jawa Timur. Disebabkan oleh kesempitan hidup di kampung, dia berhajat untuk mengembara ke tanah seberang, Malaysia. Dengar khabarnya, ramai org Indonesia berjaya mendapat pekerjaan yg baik dan mengirim wang pulang ke kampung untuk menyara keluarga.
Setelah ketemu kekasih hati, Suparti, berbekalkan wang tambang utk membayar tongkang haram yg akan berlabuh di sebelah timur perairan Johor, Suparjo membulatkan tekad untuk memperjudikan nasib diri di negara org. Dia telah pon dijanjikan pekerjaan di Kuala Lumpur. Apa yg perlu dilakukannya ialah menyelinap masuk secara haram tanpa diberkas oleh pihak berkuasa di Malaysia.
Beberapa jam di dalam tongkang yg sempit, setelah bau2an badan bercampur baur daripada badan org2 seperjalanannya, dia disuruh terjun ke dalam laut dan berenang sehingga sampai ke kawasan bakau. Sekarang, dia perlu tunggu siang hari menjelma untuk menaiki bas dari pekan yg tidak begitu asing baginya itu untuk ke Kuala Lumpur. Lalu, sementara masa masih byk, dia melelaokan mata untuk menghilangkan penat. Logik la, tgh gelap mlm, mana nmpk jalan nak ke stesen bas...
Keesokan paginya, tiada kokokan ayam mahu pun kicauan burung bagi Suparjo. Mesti la, kat hutan bakau kera banyak la. Setelah menukar baju dan berkumur mulut, dia mengorak langkah. Nasib meyebelahi nya, tak lama berjalan, kelihatan stesen bas. Dia menuju ke arah kaunter dan bertanyakan tiket untuk ke ibu kota. Tiba2, pekerja di kaunter tu menyapa Suparjo.
"Lho, kamu org Indonesia ya. Kapan kamu ke mari???"
Tersenyun riang si Suparjo. Ketemu org senegara nya di tanah asing. Berbual2 begitu panjang, seolah2 saling mengenali sejak di SD lagi. Setelah membeli tiket, si pekerja kaunter tadi telah mengajak Suparjo ke sebuah gerai berdekatan dgn stesen bas tersebut. Lagipun, jadual bas ke Kuala Lumpur yg jarang2 menyebabkan bas yg bakal dinaiki Suparjo hanyalah sejam selepas ini.
Duduk di meja gerai berkenaan, Suparjo dan rakan barunya tadi tu dihampiri oleh tuan punya gerai. Duit poketnya semakin menipis setelah membeli tiket tadi. Deseluknya poket seluar kiri dan kanan, adalah sekeping dua lagi wang kertas. "Usah khuatir," ujar teman barunya. Mengapa? Suparjo tertanya2.
Rupanya2, makcik tadi pon org Indonesia. Hekeleh. Tapi hekeleh tu slang org Malaysia. Makcik tadi dgn baik hatinya telah memberi Suparjo makan secara percuma. Sebagai tanda persaudaraan. Lalu, Suparjo memesan makanan kegemarannya, yg jelas begitu mudah didapati di Malaysia, BAKSO.
Sebelum menaiki bas, Suparjo mengambil no telefon bimbit rakan barunya itu. Untuk mengeratkan persaudaraan. Menaiki bas, perjalanan yg akan mengambil masa kurang lebih 5jam itu begitu lama. Yalah, lagipun perjalanan ini bakal mengundang bahaya. Jika tertangkap, dia akan dihantar pulang. Dia sedar akan status nya sebagai pendatang asing tanpa izin, bukan sebagai 'parawisata' yg lengkap dgn dokumen yg sah.
Pemandu bas itu memasang vcd, untuk menghibur para penumpangnya. Sparjo hampir terlelap matanya, dia terdengar permulaan lagu yg dipasang.
"Ku tak mau cinta ku dikocok-kocok
ku tak mau sayang ku dikocok-kocok"
Oh ya! Inul Daratista. Tak sangka Inul yg terkenal dgn goyang gerudinya juga terkenal di Malaysia. Hahaha. Ketawa besar. Dangdut, muzik kegemarannya pasti tidak akan dirindui, kerana di Malaysia juga ada lagu2 dangdut...
Sesampainya di Puduraya, dia perlu mencari org yg menantinya untuk dibawa bekerja di tempat yg dijanjikan. Dia melabuhkan punggungnya di bangku. Tekak terasa dahaga. Ada gerai menjual air, keropok, buah2an dan lain2 lagi di hadapannya. Bingkas dia bangun, mengambil air kotak Milo. Ditanya dia kepada adik manis yg menjaga gerai itu harga air itu. Lalu disambut dgn ucapan, "Kamu Indonesia di mana ya??'. Aduh. Ini cewek dari tempat gue. Diayatnya awek itu. Hahaha...
Setelah kehabisan modal untuk bercerita, dia menuju ke arah kedai menjual 'koran'. Terkejut beruk dia melihat satu surat khabar yg begitu biasa dilihatnya di kampung. Rupa2nya Jakarta Post turut dijual di Malaysia walaupun keluarannya agak lewat. Begitu mudah dia akan mendapat berita yg berlaku di Indonesia. Mudah sekali ya!
Org yg berjanji akan membawanya ke tempat yg sepatutnya belum lagi kelihatan. Suparjo berasa bosan, bangun membawa beg jinjingnya berpusing2 di Puduraya. Matanya meliar melihat awek2 cun di situ. Malangnya, kakinya tersadung alat pengering lantai yg dipasang lalu dihampiri oleh pekerja pencuci lantai di situ. Telinganya bersedia menerima sebarang cacian. "Nggak ada mata ya??? Goblok." Dia meminta maaf tetapi lantas dicelah oleh lelaki berkenaan. Rupa2nya dia pun berasal dari seberang. Dipanggilnya rakan2 sekerja syarikat mencuci lantai dan menjaga kebersihan, termasuk tandas awam di Puduraya untuk memperkenalkan Suparjo kepada mereka. "Kok semua nya Indonesia ya???" ujar Suparjo sambil tertawa.
Berjalan terus melihat kedai2 di Puduraya, Suparjo singgah di kedai menjual telefon bimbit. Terpandang satu poster 'KADAR IDD TERENDAH UNTUK PANGGILAN KE INDONESIA". Lagi lah bertambah gembira Suparjo, seolah2 ingin 'melompat dengan tinggi' dia. Kalau begini, senanglah nanti dia menghubungi ibubapa nya yg ditinggalkan di kampung. Akan dibelikan Suparti satu 'kartu simpati' untuk memudahkan mereka berhubungan. Pasti cinta mereka tidak terhalang oleh jarak pemisah selepas ini.
Lagi kagum, terdapat 'kartu simpati' khas untuk org Indonesia. Begitu juga Bangladesh dan gerombolan pekerja asing dari negara lain. Malahan, band PeterPan(tat) pun telah dilantik untuk menjadi duta Celcom dan menyanyikan lagu tema 'Football Mad Nation'. Artis Indonesia diterima secara terbuka di sni, detik hati Suparjo.
Susuk tubuh dari jauh dari jauh itu menyerupai org yg perlu ditunggunya. Berbaju batik jawa, berseluar jeans, berkumis tebal, berkaca mata hitam. Di mulutnya, dihembus asap rokok 'Gudang Garam'. Setelah ditegurnya, lelaki yg dikenali sebagai Wak itu membawanya menaiki 'mobil' yg tidak pernah dinaikinya di kampung. Hanya ada kereta keldai, dan kereta sorong yg digunakannya untuk menjual bakso. Lokasi, Jalan Chow Kit.
Sesampainya di Chow Kit, Suparjo seperti ingin menitiskan airmata terunanya. Begitu ramai orang yg berasal dari negaranya di sini. Seolah2 Indonesia yg begitu luas, terdiri dari beribu2 buah pulau itu, telah dikecilkan oleh lampu suluh Doraemon, menjadi kecil dan dinamakan Jalan Chow Kit. Setelah membeli barang2 keperluan, termasuk 'kretek', dia terus dibawa menuju tempat yg bakal dibasahi keringat Suparjo mencari rezeki di tanah asing.
Suparjo akan bekerja di sebuah tempat pembinaan. Dia akan membina bangunan yg tingginya seperti tak tercapai oleh akalnya. Dia akan tinggal di rumah kongsi, bersama lagi 9orang pekerja lain, yg masing2 berasal dari Indonesia. Setelah berkenal2an, mereka makan bersama sambil menonton tv. Tetapi Suparjo bosan, rancangan drama itu telah ditontonnya ketika masih di kampung halaman. Drama Wulan, di TV2. Setelah diterangkan oleh rakan serumahnya, baru dia tahu bahawa di Malaysia byk 'Sinetron' dari Indonesia ditayangkan. Boleh dikatakan setiap saluran tv di sini ada menayangkan sinetron Indonesia. Upik Abu dan Laura, Liontin, Isteri Buat Suamiku, Kekasihku Bukan Kekasihmu (yg ni tipu je), Bawang Putih Bawang Merah, Kunyit Hidup dan Serbuk Kunyit, dam macam2 lagi. Astro pun ada menyediakan saluran khas untuk sinetron2 dari Indonesia.
Bukan setakat itu, radio2 di Malaysia pun ada disiarkan lagu2 dari Indonesia. Kerispatih, Kerishitambersepuhemas, Samson, Sumsum, Matta Band, Matta Fair, semua lagu2 mereka popular di sini. Malahan, ada carta khas lagu2 Indonesia di sini, Carta Baik Bangat!. Begitu terbuka org2 Malaysia ya, sedangkan lagu Malaysia begitu jarang dapat didengar di seberang.
Kepenatan Suparjo tidak tertanggung lagi. Esok dia bakal memulakan tugas. Tersenyum dia memikirkan kembali apa yg dilaluinya sepanjang hari ini. Kegusarannya untuk memulakan hidup di negara org semakin hilang, tiada apa yg harus dikhuatirkannya, segenap penjuru ada Indonesia di Malaysia. Yg pasti, Suparti, ibubapa dan kampung halaman mulai dirinduinya. 'Kangen' rasanya.
Terjemahan Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia:
Parawisata - Pelancong
Koran - Surat khabar
Mobil - kereta
Kangen - rindu
Kartu simpati - kad sim
"Kisah ini ada gak la tersangkut paut dgn yg hidup, yg mati, yg tgh berenang nak sampai ke Malaysia, yg tgh beratur byr duit ajen tongkang haram dan yg tgh ditahan di kem2 tahanan pendatang asing."
Terasa asing di bumi sendiri kan????
2 comments:
hahahahahaha apa pasal aku baru ketemu dong sama ini post. adeh. emang benar. ngak rasa asing lagi di malaysia.
HAHAHAHAHAHA baru jumpa dowh ko punya blog.. adeh ngak perlu riso ... malaysia dan indonesial kan serumpun..
Post a Comment