Hari ni (Selasa), akan bermulalah satu perjuangan murni (?) geng2 Pakatan Rakyat di Negeri Perak Darul Ridzuan untuk menjalankan satu aktiviti riadah iaitu mogok lapar. Mogok ini akan berlangsung selama 72jam untuk mengkritik atau dengan secara lebih telus lagi, membantah keputusan mahkamah yg memihak kepada Barisan Nasional baru2 ini untuk jawatan Menteri Besar.
Dewan Ulama Pas Perak, melalui Haji Ahmad Awang berkata, mogok ini adalah berlandaskan hukum agama Islam iaitu boleh dianggap sebagai puasa sunat ketika berhadapan dgn krisis politik di negeri ini.
Yg peliknya, kalau yg mogok tu bukan Islam, boleh dianggap puasa sunat ke? Mau ke diorang tu 'potong' dulu? Hahaha...
Mengikut pendidikan Islam yg aku pelajari di sekolah dahulu, ye la, kat sekolah je. Aku belajar agama tak tinggi. Bukan macam ulama2. Puasa tu bermula dari waktu imsak sampai ke waktu Maghrib pada hari yg sama je. Tak kisah la puasa sunat ke, puasa ganti ke mahupun puasa bulan Ramadhan. Tapi kalau dah puasa sampai tiga hari iaitu 72jam, puasa ape tu? Jenis apa ye? Musykil gak aku, kalau tiba2 geng ni berbuka puasa bila azan maghrib, puasa tu boleh diterima tetapi mogok tu kira terbatal la kan? OOOOO, mungkin gak tiap kali waktu maghrib tu, diorang anjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat. Kalau macam tu aku pon nak join gak. HAHAHAHA.
Dalam blog Hishamudin Rais style dia camni KAH....KAH...KAH...
Hishamudin, tak puasa ke esok??? Hahaha. KAH...KAH...KAH...
Diharap esok siap sedia la ye JPA ke PBSM ke dgn ambulans, yg mogok tu semua ganyut2 belaka. Kang ada yg sampai ajal, maunye ada Pilihanraya Kecil lak. Nanti bila BN tak tanding, cakap la BN takut la, bacul la. Tapi semua punca dari PR. Piiiiiiiiiraaaaaaaaaaahhhhhhhhhh.......
Kalau nak jayakan mogok lapar ni senang je. Sape yg tahan paling lama, bagi jawatan. Tak kira la Menteri Besar ke, Timbalan Presiden Pas ke. Last2, yg paling lama tahan Nga dgn Ngeh. Sebab dua2 tu memang teringin nak jadi Menteri Besar Perak. Yg paling tahan no2, bagi Camry AGS10. Sumpah Nizar tahan sampai kena gastrik. Ikut cara Hishamudin Rais ayuh. KAH...KAH...KAH...
Sape2 yg nak meniaga, esok diadakan bazar menjual makanan kat depan geng2 ni mogok. Jualan makanan berbuka puasa, ooppss, berbuka mogok lapar. Meriahnye mengalahkan Karnival Jom Heboh. Bawa anak2 kecil, setiap seorang akan dihadiahkan aiskrim, dgn syarat, kena jilat aiskrim dgn penuh syahdu dpn org2 yg berjiwa kental ni. Tgk nafsu depa ni tahan tak tgk aiskrim. KAH...KAH...KAH...
Hujung minggu hari tu, mesti bini2 geng mogok ni sibuk di dapur. Ye la, si laki nak makan byk2 untuk simpan tenaga nak bermogok. Perut biar penug dgn makanan. Baru ada tenaga nanti. Ni pon, entah2 Subuh ni semua dok pakat bersahur bersama2.
Abg Nuar puasa tak? Puasa tu boleh melatih kita menahan nafsu. Bukan setakat nafsu lapar dan dahaga. Paham2 je la nafsu ape. KAH...KAH...KAH...
Aku tak berminat pasal politik, tapi aku tak boleh terima bila golongan yg katanya berilmu agama yg tinggi jadi bodoh sebab politik. Bodoh. Kecik2 taknak mampus. Besar2 menyusahkan org. Bukan aku kata. Director Ahnad Nisfu yg kata tau!!!!!!!!
p/s: Mungkin depa ni nak mogok lapar sebab nak diet.
No comments:
Post a Comment