Tuesday, September 21, 2010

ASB

Isteri: Bang, duit untung saya jual kain batik tu masuk dalam buku ASB ye?
Suami: Boleh ke? Awak yakin kita tak guna nanti?
Isteri: La, dah masuk buku, terjamin la duit tu, bang...
Suami: Mana ada terjamin. Masuk dalam buku. Awak selit kat dalam buku je. Bukan awak masukkan dalam akaun ASB awak...

Saturday, September 18, 2010

Promoter...

Ali menemankan kekasih hatinya Suzana ke MAC untuk membeli bedak foundationnya. Sejurus memasuki kedainya di Kompleks Sogo, seorang promoter menghampiri Suzana.

Apa yang Ali dapat perhatikan adalah promoter MAC kali ini agak sombong dan agak 'moody'. Berbeza pada masa yang lalu, promoternya agak bersopan santun dan bijak melayan pelanggan. Akibat tidak mahu masuk campur, Ali mengjarakkan dirinya sedikit dari suasana itu.

Setelah berkenan dengan bedak pilihannya, Suzana menghampiri Ali.

Suzana: Nasib tak baik. Dapat promoter sombong kali ini.
Ali: Tak mengapalah. Sekejap lagi selesai.

Mereka kemudian mengekori promoter tersebut ke kaunter pembayaran.

Promoter: Terima kasih.
Suzana: Sama-sama.

Setelah membayar di kaunter...

Ali: Aik? Takkan bedak je?
Suzana: Haah. Bedak je. Tak ada sampel percuma pun.
Ali: Laa.....Tadi kata dapat promoter sombong. Kenapa tak ambil. Kan dapat....
Suzana:..............

Friday, September 3, 2010

Untuk Para Penunjuk Perasaan Indonesia Yang Bodek-man dan Manusia Yang Sama Waktu Dengan Mereka


Aku tujukan khas lagu ini kepada anda semua. Terima kasih kerana cukup membuatkan aku muak dan menyampah dengan lagak tak seberapa anda. Kepada orang yang suka menabur fitnah, meluaskan pengaruh dan menaburkan benih-benih benci orang kepada Malaysia dan seluruh isinya. Hahahaha.



Tipe-X - Sadar Dong!!!


Kata kata katakanlah semaumu

Sampai mulutmu berbusa, baru kau tahu rasa

Pikir cobalah berpikir gunakan otakmu

Bukan cuma asal ngomong, sungguh nggak punya malu

Jangan pernah kau berharap kami nggak mampu

Tapi kami tahu rusuh jelas kerja orang dungu



Reff:

Pikir dong, honey!

Sekarang bukan lagi zaman Tarzan

Ngapain juga terus ikut-ikutan

Punya prinsip, honey!

Otakmu juga bukan otak udang

Mikir yang benar biar nggak salah jalan


Hasut semua dihasut cari dukungan

Lagaknya paling sok ngerti padahal nggak ada isi

Sudah cukup kau bergaya cari perhatian

Percuma banyak tingkah, kami malah kasihan



Reff:

Pikir dong, honey!

Sekarang bukan lagi zaman Tarzan

Ngapain juga terus ikut-ikutan

Punya prinsip, honey!

Otakmu juga bukan otak udang

Mikir yang benar biar nggak salah jalan

{2x}



Sadar dong, honey!

Jangan bikin orang jadi salah paham

Pakai sedikit hati dan perasaan


Thursday, September 2, 2010

"STRICTLY: NO PARKING"


KISAH INI ADALAH BERDASARKAN KISAH YANG TERJADI DI SUATU KAWASAN RUMAH YANG BOLEH DIKATAKAN SEPERTI SETINGGAN. CUMA BAHAGIAN AKHIRNYA AKU OLAH SENDIRI MENGIKUT APA YANG AKU AKAN JAWAB JIKA AKU DISERANG OLEH SEORANG MAKCIK YANG SOMBONG YANG TIDAK BERTIMBANG RASA.

 


Tak tertahan lagi rasanya kemarahan makcik Zainon dengan sikap jiran-jirannya. Makin meluap-luap. Libang-libu perut kata orang Perak. Budak-budak muda yang menyewa di rumah sebelah rumah makcik Zainon bersenang-lenang meletakkan kenderaan mereka di tanah lapang sekangkang kera di tepi rumahnya. Mentang-mentang pokok mangga dan kelapa berdiri megah di situ menjadi pelindung daripada cahaya matahari yang terik. Pada mulanya sebuah kereta, tidak mengapa. Sekarang sudah bertambah lagi dua buah.

Tindakan segera yang berkesan harus diambil. Esoknya makcik Zainon mengupah seorang Indon menebang pokok-pokok teduh di sebelah rumahnya itu. Baru padan muka. Mesti mereka tidak akan meletakkan kereta di situ lagi. Upah dihulur, tapi tetap tanah kawasan itu diletakkan kereta mereka. Tanpa sedar tindakan terburu-buru makcik Zainon itu membawa faedah kepada gadis-gadis yang bekerja sebagai guru di sekolah berhampiran rumah makcik Zainon. Sebenarnya, mereka bimbang buah kelapa mendarat di atas bumbung ataupun cermin hadapan kereta. Sudahlah tidak boleh dirujuk ke syarikat polisi insurans kereta jika terjadi sedemikian, getah dan daun-daun kering mati pokok mangga selalu memenuhi badan kereta mereka.

Minggu hadapannya, makcik Zainon mengupah kontraktor untuk membina pagar sekeliling rumahnya. Akibat rumahnya dipecah masuk pencuri. Lebih tinggi pagar, lebih sukar untuk pencuri masuk lagi. Lebih sempit kawasan untuk budak-budak yang tidak berkesedaran sivik itu untuk meletak kereta. Sesudah tersergam indah pagar itu, dihiasi oleh satu papan tanda yang tertulis "STRICTLY: NO PARKING". Makcik Zainon pun pandai Bahasa Inggeris juga.

Tapi keesokkan harinya, berderet lagi kereta di luar pagar rumah makcik Zainon. Tak boleh jadi begini. Ditunggunya budak-budak cikgu itu pulang dari sekolah. Serangan disusun, strategi diatur.

Makcik Zainon: Amboi-amboi. Sedapnya kamu letak kereta kat sini. Tak nampak ke makcik dah letak notis ini?

Wakil peletak kereta: Nampak. Tapi makcik kenala timbang rasa sikit. Kawasan rumah kita ni kat mana lagi nak letak kereta. Rumah semua rapat-rapat.

Makcik Zainon: Aku tak kira. Ini tanah aku. Aku ada geran. Aku dah pagarkan rumah aku, aku ingatkan korang ni dapat la mesej tersirat aku. Mulai sekarang, aku taknak tengok kereta korang kat sini lagi. Letak tempat lain. Jangan letak kat tanah aku.

Wakil peletak kereta: Tapi makcik, kalau tempat kitorang letak kereta ini tanah makcik, kenapa makcik tak pagarkan sekali???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails