Saturday, January 30, 2010

Onitsuka Tiger : The Return


Intro je tu... hahaha

Eh, beg ape ni??? Ada gmbr badak sumbu lak tu. Musykil ni...

Laaaa... ada kotak lak kat dalam beg tu rupanye. Cuba buka kotak tu nengok ape ada dlm nye...
Uiksss...Macam ada mayat bayi kena buang je ni. Berbalut2 je tu. Cuba buang balutnye tu...
Wow... Onitsuka Tiger rupanye. Wah, sape lak yg tertinggal ni. Rugi betul la mamat tu. Hahahaha...

Wah...smart gak kasut ni. Hahaha. macam poyo je post kali ni. Lantak aku la. Ada aku kesah???? hahahaha.

Semalam hari yg ceria. Macam hari Ribena. Hahaha. Aku dah beli kasut yg aku nak saaaannnnggggaaattttt2 kat Ecko Unlimited, One Utama. Sebenarnye, tak rancang pon nak beli semalam. Tapi tiba2 dah offer 50% dari harga asal lagi mau tunggu.

Aku dah usha kasut ni masa Ecko buat promotion kat Bargain Corner bulan Oktober tahun lepas. Tapi masa tu aku tak sempat beli. Dan skrg aku dah caye, kalau betul jodoh dan rezeki kita, takkan kemana. Aku hampir nangis masa tak dapat kasut ni dulu, sebab cun sgt. Hahaha. Dah redha pun kalau x dpt. Tapi semalam akhirnya dia jadi milikku.

Harga asal RM429. Dapat 50% kira sendiri. Lagi pun aku dgn Cik Fara bukannye jenis org yg kejar new arrival. Modus operandi kitorang senang je. Tunggu ada offer. Terus amik. Terbaik la tag team kami ni.

Aku akan pastikan bini aku nanti pon ada Tiger. Anak2 aku pon akan pakai Tiger. Cucu2 aku pon. Hahaha.

Jom usha lagi Onitsuka Tiger Seck Lo ni....



Yg ni still avaiable kat Add - On One Utama. Harga RM429. No offer ok? Hahaha. Rugi2.



Letak gambar kasut dah la kot. Kang letak gambar aku memalukan diri sendiri je. Muka ceria habis. Haha. Macam budak2 dapat mainan je.

Semalam hari ape???

Hari yg ceria!!!!

p/s: credit to cik Fara

Lucah Lagi Nih!!!



FY BOGEL??? hahaha. Tak lucah pon. Saje nak propa. 'Bogel'!!!!

Friday, January 29, 2010

Gerak Gerak Gerak Khas!!!

TV2 malam Jumaat pastinye drama bersiri kepolisan yg paling bertahan lama di Malaysia, GERAK KHAS. Dulu boleh la layan gak drama ni. Tapi makin lama makin entah ape2 je aku tgk. Mungkin sebab terlalu lama dan terlalu byk episod seolah2 drama ini hilang taringnya.

Yg aku tgk tiap2 episod 'VAN HITAM' tu selalu mengangkut paling koman 5org anggota ronda2 di sekeliling Kuala Lumpur. Lepas habis ronda, hantar si SI misai balik rumah. Dah jadi macam van kilang dah gamaknye 'VAN HITAM' tu. Siap boleh lepak rumah SI tu sambil minum2 kopi dgn goreng pisang. Err, realiti ke ataupun dalam drama je???

Yg lagi lawak episod 2minggu lepas, pasukan tu dapat laporan ada 2kumpulan samseng bergaduh. Sampai tempat kejadian, ada mangsa yg cedera ditembak oleh kumpulan samseng musuh. Kumoulan yg menembak tu masih ada di lokasi. Boleh lak kesemua 4-5 org polis turun dari van lari kejar samseng yg melarikan diri menggunakan Proton Waja. Laju sgt ke dorg lari??? Harap2 polis betul tak lah sebodoh polis dalam cerita Gerak Khas ni.

Sadis benar drama ni. Roda-Roda Kuala Lumpur lak macam kurang konflik sebab polis trafik ruang lingkup kerjanya berkaitan trafik je. Nak tak nak kena la buat cerita anak ternampak ayahnya seorang anggota trafik bersembang dgn seorang wanita di tepi jln lalu menimbulkan syak kepada anaknya. Macam lah KL ni kecik. Jalan keluar dari sekolah ternampak ayah tgh berbual dgn ajen insurans.

Waduh.

Thursday, January 28, 2010

Hantu


Apa pendapat anda tentang hantu???

Benarkah hantu itu adalah org yg sudah mati???

Pernahkah anda mempunyai saudara mara yg sudah meninggal menjadi hantu???

Kalau betul, apa kelayakan seorang yg telah mati untuk bertukar menjadi hantu???

Aku tak percaya lah hantu tu adalah org yg telah mati. Yg aku percaya tu sume kerja syaitan yg nak ganggu manusia. Org yg mati takkan jadi hantu.

Macam cerita 'Jangan Tegur...Lagi'. Boleh lak hantu member dok datang kacau.

Apa pendapat anda???

Wednesday, January 27, 2010

Akademi Fantasia Kembali Lagi!!!



Wow...Akademi Fantasia kembali lagi untuk musim ke-8. Penuh drama, tangisan, suka ria. Musim di mana org akan melekat dpn TV sabtu malam, topup habis dijual dgn kadar yg cepat dan manusia2 poyo yg x sedar diri x pandai menyanyi nak mencuba nasib masing2.

Malam ni ada Trek Selebriti AF8 kat Astro Ria. Kali ini episod audition kat Penang. Ada sekor yg dress up rocker nak nyanyi lagu Nubhan. Yg dress up macam Justin Timberlake nak nyanyi lagu Bunkface. X boleh blah. Yg dapat VIP access lagi teruk. Cakap2 x henti2, mcm org jual ubat kat pasar malam. Tapi buka mulut je dah aku dpt detect yg tempo mmg lari. Tu guna minus one beb. Kalau main band lagi masalah. Macam mana aku x cakap yg org2 yg nak masuk AF ni x poyo2. Dah jelas nyata. Terbukti di litar lumba.

Kat Malaysia ni, byk sgt rancangan realiti yg undian boleh dibuat sebelum peserta buat persembahan lagi. Habis tu, atas dasar apa org undi? Atas kegedikan? Atas kepoyoan? Kalau peserta yg terakhir buat persembahan, ikutkan logik sekiranya org undi berdasarkan persembahan, mesti dia mempunyai peluang tipis untuk mendapat undi yg banyak. Kalau betul nak adil, bagi tempoh sehari untuk org undi. Keputusan yg tersingkir umum esoknya.

Yg aku pelik kenapalagu Bunkface terpilih untuk dijadikan antara lagu pilihan sedangkan lagu tu langsung x menguji vokal langsung. Setakat sebab lagu tu tgh meletup skrg ni je.

Pelik betul org Malaysia ni.

Kepala Babi!!!

Dua masjid dilempar 4 kepala babi: KPN minta bertenang


27/01/2010 1:31pm
KUALA LUMPUR 27 Jan. – Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di sini dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dilempar dengan objek dipercayai kepala babi hutan, awal pagi ini.
Objek yang dibungkus dengan plastik putih berserta wang tunai sebanyak RM35 itu ditemui jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat subuh.
Insiden yang sama turut berlaku di Taman Datuk Harun, dipercayai dilakukan kumpulan atau individu yang sama.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang melawat Masjid Imam At-Tirmizi hari ini meminta rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan kekecohan berikutan kejadian itu.
Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan ketegangan kaum agar menghentikan tindakan mereka. – Utusan

KOMEN AKU:

Aku bajet ada lah berita ni kat Berita TV1 pukul1 tgh hari tadi. Tunggu punya tunggu hampeh. Nasib baik Buletin1.30 TV3 ada tunjuk. Pelik gila RTM ni. Tak kan tak pergi cover cerita ni. Kes besar kot. Tak pon saje simpan sebab nak jaga hati org lagi. Tak payah lah nak ampu org2 lain. Dah jelas nyata dah ni. Kepala babi. Kalau kepala ikan boleh gak buat gulai. Ni kepala babi, nak buat hiasan dinding ala2 kepala rusa pon tak boleh.

Satu je aku harap, PAS jgn lak nak tuduh ni kerja UMNO. Masa ni lah nak bersatu. Org lain dah makin kurang ajar. Diharap polis dapat menjejak petualang negara yg buat kerja bodoh ni. Jgn jadi macam kes kepala babi kat Masjid UM hari tu. Trus diam sampai skrg ni.



Artis Kacukan Di Malaysia Negaraku Yg Bertuah

Kalau baca je pasal artis2 kat Malaysia ni, mesti lah keluar cerita yg si polan tu kacukan bangsa ni sebelah emak bangsa ni sebelah ayah. Tak paham betul aku. Tgk mak ayah muka Melayu habis. Tapi nak cite yg kacukan tu sebelah nenek lah, atuk lah. Come on la. Org nak minat ko tu bukan sebab ko kacukan English ke, American ke, Swaziland ke, Red Indian ke, org ramai nak tgk bakat ko. Piiiraaaaah!!!!!!!

1) Maya Karin - Jerman + Melayu + Cina + India



Ada satu mak satu ayah. Tapi kacukan 4darah. Camne tu? Melayu, Cina, India = Satu Malaysia.

2) Intan Ladyana - Melayu +Thailand


Mak aku pon keturunan Pattani. Thailand la tu gak kan. Wow, aku pon anak kacukan gak rupanye. Hahaha....

3) Fouziah Gous - Pakistan + Melayu


Apa nak heran. Sekarang pon byk perempuan Melayu kawin dgn Pakistan karpet.

4) Nora Danish - Melayu + Myanmar


Ingatkan kacukan Denmark. Dah nama Danish.

5) Sabrina Ali - Melayu + Pakistan


Ni geng Fouziah Gous gak la ni. Pakistan mari.

Ada ramai lagi. Yg lain tu mcm real la. Mcm Catriona Ross memang ayah dia Scottish dan Faradhiya pon kacukan Itali. Tapi yg setakat Siam, Pakistan, Indonesiatu tak perlu sebut pon takpe kot. kat Malaysia ni ramai yg kacukan. Terutama Banjar, Jawa, Bugis dan lain lain lain lagi.

Tuesday, January 26, 2010

Tiada Maaf Bagimu!!!!

Tiada tindakan terhadap penulis blog yang mohon maaf: Rais



Datuk Seri Dr Rais Yatim



GEORGETOWN: Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.
Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. - Bernama


Komen Aku:

Memang aku dah agak Pak Menteri Senior kita ni akan bertindak lembut terhadap Aduka Taruna tu. Datuk Seri Dr Rais Yatim ni dah ibarat seorang datuk. Kalau ada budak2 muda sebaya cucu dia buat salah bersar sekalipun, maafkan je la kan. Tolong lah buka mata. Bukan calang2 salah yg Aduka Taruna tu buat. Dia kutuk Almarhum Sultan Johor ke-4. Sedangkan Lim Guan Eng yg kafir tu pon sanggup melupakan batas2 politik pergi melawat jenazah almarhum, ni kan pula seekor binatang ni yg mengaku Islam tapi kematian saudara seagama bukan nak mengucapkan takziah, tapi siap maki hamun seolah2 org yg tak berpendidikan.

Tolong lah. Sejak Datuk Seri Dr Rais Yatim memegang portfolio Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ni, aku dah letih dgr dia cakap dgn ayat2 power Bahasa Melayu ketika ditemuramah. Mengalahkan pensyarah bahasa mahupun sasterawan. Tapi kerja tak nampak gerak pon. Kalau Aduka Taruna pon dia rela maafkan, ni aku buat teguran harap2 tak la dia melenting.




Yg PAS ni pon satu masalah. Semua benda nak kaitkan dgn UMNO. Dah jelas lagi nyata Iblis Aduka Taruna tu dari kaum PAS. Tu pon nak tuding jari kat UMNO, kononnya UMNO yg upah bangsat tu. Ahli2 PKR Kuala Selangor letak jawatan bahagian tersebut pon tuduh UMNO upah. Enjin jet hilang pon UMNO yg terlibat. Semua benda lah Umno terlibat. Agak2nya kalau Nik Aziz meninggal nanti pon UMNO punca. Tolonglah realistik.

Apa nak jadi dgn Malaysia ni????

Awek - Awek Cun

1) Girls Aloud - The Promise



2) Wonder Girls - Nobody




Macam lebih kurang je video2 ni... Tapi laaaaayyyyyaaaaan.......

Monday, January 25, 2010

Raja Lawak Yang Lawak Tahap Bangang




Aku bukan lah pengikut setia rancangan Raja Lawak yg diterbitkan oleh Astro dan ditayangkan di Astro Prima. Ketiga2 musim sebelum ini aku cuma mengikuti perkembangan dari media cetak je. Tapi boleh tahan gak la bakat2 yg dilahirkan dari rancangan realiti yg satu2nya di Malaysia memperjuangkan seni lakonan yg mengutamakan kecenderungan kepada seni berlawak jenaka. Sememangnya menjadi objektif rancangan Raja Lawak mengetengahkan dan mencungkil bakat2 lawak jenaka di Malaysia ini.

Entah mengapa Raja Lawak musim ke-4 ini seolah2 menggamit aku untuk menonton setiap episod dari awal lagi. Memang terbukti bakat2 yg terpendam dicungkil dari rancangan ini hebat2 belaka. Contohnya, Alex dan Kumpulan Mamu. Idlan ok2 sahaja sebab aku tak yakin dia boleh berevolusi jikalau persembahannya perlu dipisahkan dgn watak sinonim kekampungannya iaitu Abg Kassim.

Lagi satu sebab yg menarik perhatian aku pada musim ini adalah pilihan yg amat tepat untuk individu2 yg menjadi juri tetap. Pengalaman Bob Lokman, Afdlin Shauki dan Din Beramboi amatlah tidak dapat dinafikan dalam industri hiburan di negara ini. Akan lebih meriah sekiranya produksi Raja Lawak turut menjemput beberapa juri jemputan seperti Harun Salim Bachik, Abon mahupun Harith Iskandar yg lebih kepada lawak 'intelligent' pada setiap episod kerana mereka mempunyai ciri2 tersendiri dalam persembahan mereka. Mungkin tips2 yg diberikan dapat menyuluh perjalanan perserta2 Raja Lawak kali ini.

Ok. Cukup dgn pujian. Aku kecewa dgn Episod ke-4 Raja Lawak musim ke-4 kali ini. Terkejut aku bila kumpulan Wili yg diumumkan terkeluar dari saingan sedangkan aku rasa yg patut keluar adalah AN2, Aman ataupun Caca. Inilah terjadi jika rancangan terlalu menitikberatkan keuntungan SMS dari penonton semata2 akibatnya yg tak berkualiti terus diangkat dan yg berpotensi tersingkir awal. Jadi, apa faedahnya menggunakan juri2 hebat yg lebih mengetahui selok belok dunia lawak tapi tidak mempunyai kuasa menentukan siapa yg sepatutnya perlu pulang awal??? Lupakan lah undian SMS. Perlu diingatkan, rakyat Malaysia masih belum 'celik' dalam bidang seni. Percayalah akibatnya pada penghujung musim ini akan ada peserta yg 'kayu' akan jadi finalis dan Raja Lawak akan hilang kewibawaannya.

Penonton Malaysia ini belum cerdik. Pelawak yg melawak dgn melembikkan batang leher itulah yg menjadi pujaan. Dia peluk wanita bukan muhrim di khalayak ramai pon disanjung. Itu di depan org ramaii, di blkg org ramai entah apa yg berlaku. Nasib baik lah hos Johan dan Zizan pandai memainkan peranan untuk memikat hati penonton. Kalau tiada mereka, Raja Lawak seakan2 boleh disamakan dgn rancangan origami Jepun sahaja.

Bangun!!!

Saturday, January 23, 2010

Lucah di Sana Sini!!!

Hukaloh...aku ingatkan brand Oral B je ada utk perkakasan gigi...Cuba tgk gmbr kat bawah ni. Ape jenama berus gigi tersebut.



"Come on, son. Let's ORAL ME..."

Hahahahaha....

Thursday, January 21, 2010

Perkara2 Tak Senonoh Dan Kurang Ajar Dilakukan Rakyat Malaysia Ketika Memandu

1) Tak reti beratur ketika di lampu isyarat ataupun di tgh kesesakan jalan raya. Selagi boleh nak mencelah selagi tu la nak menyempit. Kalo bleh nak imbangkan kete sebelah tayar je.

2) Tak reti bagi lampu isyarat ketike nak membelok.

3) Yg ni lagi teruk. Bagi isyarat ke kiri tapi belok ke kanan.

4) Pasang lagu kuat2 tapi tak tutup cermin tingkap. Niat nak menghiburkan kenderaan2 lain la tu.

5) Bagi yg merokok, putung rokok aci campak je kuar tingkap. Sediakan la ash tray dlm kete.

6) Sms atau berbual telefon semasa memandu.

7) Bawa kete perlahan tapi dok kat barisan kanan atau tgh. Menyusahkan org.

8) Korek hidung atau korek taik gigi semasa memandu. Khusyuk lak tu sampai tak sedar org dok perati kelakuannya.

Tuesday, January 19, 2010

Andai Dapat Ku Undurkan Putaran Dunia

Bunyi mcm nak bunuh diri je...

Malam je tak leh tido. Aku ni dah bertukar jadi haiwan nocturnal agaknya.

Kan best kalo hidup kita ni bukan 'one-way ticket'. Kalo ada remote lagi best. Boleh rewind balik masa2 dulu. Aku kalo jumpe jin dalam botol, benda 1st aku mintak kat dia aku nak jadi budak2 balik. Kalo yg kuar tu Jin Notti aku lempang je 8kali sblh pipi kanan 9kali sblh pipi kiri dia. Kan best jadi budak2 balik. Jadi budak2 tolak kena khatan, UPSR, PMR dan SPM. Taknak la aku amik exam lagi. Hidup bebas, tak payah lgsg fikir mslh. Cukup jam tgk tv ada kartun. Ptg lak kuar main ramai2 dgn kawan2. Wah, bestnya.

Aku bdk kmpg. Lahir pon kat kmpg. Hidup kmpg lagi best drpd dok kat bndr. Bgn pg2, dgr bunyi burung berkicau2an. Kalau dgr bunyi tu je, tau lah aku masa tu kena bgn pegi sklh. Kayuh bskl pg2 yg sejuk gila. Cukup jam blk rumah. Ptg pegi sklh lagi. Bukan nak tu study group, main bola. Lwn kelas sblh. Kalau klh kena ejek. Haha. Bdk2 lain pnjt pokok rambutan kat blkg sklh. Aku tak makan. Haram wooo...Tapi takut hantu kat pokok tu sbnrnya. Org ckp ada penunggu.

Masa kecik2 dulu, aku ingat lagi, lps mandi mak selalu sikatkan rmbt aku. Sampai skrg aku manja dgn mak. Anak lelaki sorang la katakan. Blkg rumah aku ada bendang. Kat situ la aku dgn abah selalu main layang2 lps padi setel kena tuai. Dulu mana ada mesin padi. LRT pon blum ada lagi. Jadi kena kerat padi2 tu. Bendang pusaka. Drpd terbiar baik usahakan. Bestnya. Kalau skrg pegi teroka kat blkg tu main layang2, mau kena gelak dgn org kmpg. Budak2 skrg mana lyn dah main camtu. Drjh satu dah ada henset. Main game henset la. Yg kat bndr, main farmville dlm Facebook.

Kalau boleh kan best balik masa dulu. Aku kena jaga dua adik aku yg selang setahun je umur dorg. Aku la tukang bancuh susu. Buat keje sklh pon di antara dua buaian. Waktu ptg bawa dorg jln2 kat halaman rumah dok kat bangku kayu bawah pokok jambu susu. Samapi skrg pokok tu ada lagi. Sejak ayah aku lahir dah ada. Jaga dua adik bukan sng. Sorang pimpin tgn sorang lagi dukung. Mithali gila aku sbg sorang abg tau tak?

Masuk sklh menengah, waktu yg paling aku tunggu adalah waktu blk sklh. Tapi tak tuju terus rumah. Main pingpong dulu kat kedai kopi dpn sklh. Berebut2 nak main. Aku pon tak paham kenapa boleh terikut makhluk2 yg main pingpong ni sdgkan balik rumah tido lagi nikmat. Kat sklh tu gak la aku berkali2 kena rotan sbb smpn rmbt pjg kat perhimpunan. Cikgu tu jeles rasanya sebab rambut dia kerinting mcm popcorn, sbb tu selalu rotan bdk2. Paling aku suka, bawa bdk2 lelaki kelas aku pegi ponteng kat library. Aku ketua kelas, semua ikot. Kepimpinan melalui teladan la katakan. Aku tgk waktu kelas dah nak mula, snyp2 aku blah dr library msk kls tggl bdk2 tu. Dorg masuk lmbt, semua kena berdiri luar kelas. Hahahaha.

Form4 masuk hostel. Gembira sama byk dgn sedih. Hari pendaftaran bila aku tgk mak dgn abah dah gerak nak balik meleleh airmata aku. Wei, Balik Pulau, Pulau Pinang jauh tu dgn Bagan Serai, Perak. 4kali turun naik bas baru sampai rumah. Kat sana, aku akan telefon rumah 2hari sekali. Aku tak mintak pon henset kat mak aku walaupon zaman tu adalah zaman kegemilangan 3310. Aku sggp tukar syiling dgn kwn2. Kalau terdesak, aku buat reverse charge. Waktu call adalah selepas dinner sblm pegi maghrib kat surau. Kalau outing, aku lebih rela tukar dgn overnight stay kat rumah. Aku outing rasanya 2kali je kat Penang. Yg lain aku bantai balik rumah. Kdg2, sebulan sekali mak dgn abah dtg bawa adik2 jumpe melawat aku. Bawa makanan byk, sampai tak larat nak melantak.

Ada tak mesin waktu yg boleh bawa kita balik ke masa dulu? Aku sggp beli dgn berapa saje harga mesin tu. Aku tau, kalau tanye semua org pon, ke masa mana dorg nak balik, mesti semua nak balik ke zaman kanak2. Waktu tu kita gembira sbb di kiri kanan kita adalah ibubapa kita. Dapat kasih sayang sepenuhnya. Tak kisah la bdk kmpg atau bdk bndr. Bgn pg ada muka ibu dan bapa, nak tido malam pon kdg2 ayah yg agkt masuk ke dlm bilik. Aku rasa amat berharga zaman kanak2 aku. Tak tau la org lain. Mesti sedih, meleleh air mata kalau kenangkan balik. Boleh tak hidup ni kita tak perlu berpisah dgn mak ayah kita???

Seronoknya bayi yg baru lahir. Harap2 dorg tau dorg amat bertuah sebab akan melalui zaman kanak2. Aku? Hanya boleh tonton zaman kanak2 aku di Padang Mahsyar nanti.......

Saturday, January 16, 2010

Sale!!!!




Dah agak dah. Mesti ada yg Google nak cari sale punye. Situasi sama kalau tgh jalan2 kat pusat membeli belah pantang kornea mata dapat detect ada Sale laju je la kaki tu menyelusup masuk ke kedai berkenaan. Selalunya org perempuan (no offense) yg selalu tak tahan tgk kalau ada sale. Terus menggeletar seluruh bdn, capai henset sms kawan2 bagi tau ada sale. Hahaha.

Tapi tidakkah anda semua perasan bahawa anda telah dipermainkan oleh tuan punye kedai tersebut. Ini tidak lebih kepada taktik dan teknik utk mengelabui mata para pengunjung. Kalau ada sale, tak semestinya harga barang2 yg ditawarkan dikurangkan mahupun diberi diskaun istimewa. Sale = Jualan. Kalau tak ada jualan, bukan lah kedai namanya. Tak gitu kak-kak nam sume???? Lain lah kalau ada tulis Cheap Sale ataupun Special Discount. Baru lah murah. Yg kedai dok pasang Sale sana Sale sini tu saje je nak perangkap dik-dik nun sume.

Mesti ada org marah aku. Hahahaha. Ada aku kesahhh????

Friday, January 15, 2010

Jom Karaoke!!!!

Tiba2 rasa gian lak nak mengasah bakat kat karaoke. Dah lama tak karaoke ni. Lagu2 kat bawah ni antaralagu kegemaran aku nak melalak. Hahaha.

1) Slam - Kita Terpaksa Bermusuhan



Mula2 aku tak suka sgt Slam. Tapi bila aku tgk dorg main live aku mmg kagum gak la. Sbg contoh, konsert unplugged ni dgn orkestra bukan senang nak main beb.

2) Fotograf - Luka Seribu Rindu


Byk lagu kumpulan Fotograf yg sdp2 kalau nak melalak. Selain lagu ni, ada lagu Di Alam Fana Cintamu, Nafas Kekasih tak pun Ke Pintu Kasihmu.
3) Rahim Maarof - Cinta Kristal



Wah. Lagu ni utk org yg suara macho je beb. Ehem2. Hahaha.

4) Jay Jay - Keasingan Dalam Luka



Mesti tak ramai yg tahu lagi ni. Kat radio pon jarang pasang beb. Selalunya lagu Hafiz, Akim dgn Aril je. Hahaha.

5) Rusty Blade - Tiada Lagi Aku


Rock Kapak. Gila best. Lirik yg menaikkan semangat. Tarik pon sedap ni. Hahaha.

6) Ibnor Riza - Mimpi Kita Berbeza



Lagu ni kurang popular nak dibandingkan dgn lagu2 Ibnor Riza yg lain. Contohnya Mimpi Yg Tak Sudah, Meneka Dalam Kesamaran dan Berdiri Seorang Perindu.

7) Saleem - Ratu Sanubari




Lagu ni popular pada tahun 2001. Masa tu aku kat MRSM lagi.

8) Exists - Bunga


Aku pon tak tau kenapa dalam byk2 lagu Exists lagu ni gak yg melekat dalam kepala otak aku.

9) XPDC - Segar Dalam Ingatan



Lirik yg turut menaikkan semangat aku bila down.

10) Jamal Abdillah - Di Sudut Kamar Hatiku


Ayah aku minat sgt Jamal Abdillah dan Alleycats. Yela, zaman tu mana ada Hujan dgn Bunkface lagi. Jadi sedikit sebanyak mempengaruhi muzik yg aku dgr dari kecil. Sebab tu aku suka lagu ni.

11) Hattan - Rona Rona Cinta



Feel dgr lagu ni beb. Ye la, aku dulu bukan seorang pakwe yg baik. Chewah. Macam ada kene mengena la dgn lagu ni.

12) Bumiputera Rockers - Dendan Cinta Seusia Dunia


Aku cabar nyanyi lagu ni. Sape tak terkucil part blkg lagu ni mmg hebat la. Gua tak pernah lepas beb. Hahaha.
13) Farid Harja & Lucy Resha - Ini Rindu



Lagu ni je tak pernah lagi aku karaoke. Tapi serius teringin. Tak tau la ada yg sggp duet dgn aku tak. Pastu sape lak nak rap. Hahaha. Mulut pun bi bi bi bi bisu lidah pun ke ke ke ke kelu. Best siot. Boleh main Festival Seni UM tahun ni. Hahahaha.

Perkara2 Pelik di Dalam Drama Ataupun Filem Melayu

1) Keluar dari kereta tapi tak pernah tekan alarm utk kunci kereta.

2) Kalau telefon org yg dikenali menggunakan telefon bimbit, mesti kena bagitau siapa dia. Sebagai contoh, seorang ayah menelefon anaknya. Dia akan bagitau 'Ayah Ni' sedangkan mestilah anak dia tau siapa yg call. Mustahil anak dia tak simpan no telefon ayahnya dalam direktori.

3) Memotong getah pada siang hari matahari dah meninggi. Beb, org motong gotah sebelum siang, Dah siang pegi kutip susu gotah je.

4) Sidai kain yg dah kering.

5) Kalau adegan membincangkan ttg hubungan cinta mesti kena kat taman. Perempuan kat depan, lelaki kat belakang.

6) Kalau pegi kelab malam, mesti kelab tu terang benderang.

7) Kalau adegan mabuk, mesti minum coke je. Boleh mabuk ke?

8) Kalau org yg ditelefon tiba2 letak telefon, mesti dok tekan2 lagi butang kat telefon rumah tu.

9) Makcik org gaji pon rambut highlight tu.

10) Nak tidur malam pon bulu mata melentik. Lagi dahsyat, mati pon bulu mata melentik.

11) Kalau cerita pasal golongan kaya, mesti ada satu watak yg nak rampas harta.

12) Kalau drama atau filem Yusof Haslam, mesti berlakon kat rumah dia.... Hahaha.

13) Pergi sawah tak pon motong gotah, mekap mesti maintain.

14) Adegan kat restoran mesti kena order air tapi lepas dah hbs sembang dan dah nak gerak pon air tu tak luak.

15) Dan yg paling jijik, mesti tiru cerita omputih. Kau dan Aku = High School Musical!!!!!

Filem atau Drama Seram Akan Kehilangan Seramnya Jikalau....

1) Hantu yg menyorok di bawah katil salah bajet berat org yg bakal baring di atas katil. Kena org yg baring tu berat mcm bulldozer, mau tersepit hantu kat bawah tu.

2) Hantu tidak memeriksa tahap kebersihan di bawah katil terlebih dahulu sebelum menyorok. Kalau kena 8tahun tak sapu ataupun vakum bawah katil tu, mau bersin tak berhenti tambah2 lagi hantu yg ada penyakit resdung.

3) Hantu yg bertenggek di atas pokok ataupun bumbung rumah adalah dari golongan yg gayat lalu takut nak turun.

4)Org minyak yg terjun dari tingkap ataupun beranda rumah setelah menjamah anak dara org tiba2 terseliuh kaki akibat salah teknik pendaratan.

5) Hantu yg berhajat menakutkan pemandu kereta dgn bertindak duduk di kerusi penumpang belakang tersalah pilih kereta. Mau ternaik teksi kang sebelum turun tak ke naya kena byr tambang berdasarkan meter. Nak jadi kes lagi berat, pemandu teksi selalu mengenakan 'flat rate' pada waktu malam.

6) Hantu yg berbaring di sebelah mangsa nya di atas katil tidak langsung dihairankan oleh mangsa malahan hantu tu terpaksa menghidu bau bulu ketiak mangsa yg sebulan tak dipotong.

7) Hantu cuba mengejutkan mangsa dgn menyorok di sebelah pokok tetapi mendapati makhluk yg disergah itu adalah hantu dari spesis yg lain.

8) Mangsa sergahan bersemangat tinggi lalu bertindak menyiat telinga hantu tersebut.

9) Hantu tersalah keluar pada waktu siang dari kubur akibat salah tgk jam.

10) Hantu tu cantik macam Maya Karin...Tak leh la nak tolong....

Thursday, January 14, 2010

Terima Kasih

Terima Kasih.

Dua patah perkataan yg rasanya sudah mula digunakan sejak Bahasa melayu wujud di Nusantara. Betapa besar maknanya dua perkataan ini.

Tertarik aku dgn kempen di Tv kerajaan. Satu iklan ttg org ramai dok ucap terima kasih. Aku dah lama nak tulis pasal perkataan 'Teriama Kasih' ni tapi dok tangguh2 last2 kat Tv dah ada iklan tu.

Sebenarnya dua perkataan ini sungguh besar maknanya terhadap manusia yg mempunyai akal dan fikiran yg waras. Bukan sekadar untuk diucapkan semata2 untuk melengkapkan perbualan untuk menyatakan penghargaan tapi jika tidak diikuti dgn keikhlasan, betapa dungunya kita memandang perkara ini sesuatu yg enteng dan tidak berfaedah.

Kadang2 masyarakat kita ni lupa dan bangga diri bila sudah berjaya dan hidup kaya raya. Hormat org yg memandu kereta mewah dan mencaci org yg berkerja yg kalau boleh mahu dielakkan dari terpaksa melakukannya. Bagi aku, tak semestinya org yg memandu Audi A4 tu berhati mulia, dan tak semestinya makcik yg bekerja menyapu di tepi jalan berhampiran The Curve itu perlu dihina. Sekurang2nya, makcik itu dah tentu berjaya mengelakkan diri dari jenayah rasuah. Kalau kerja menyapu pon boleh rasuah, mmg kes berat la kan? Selalunya, org yg kaya la yg dok giat nak tambah lagi harta benda dunia nya. Rasuah.

Berbalik kepada perkataan 'Terima Kasih' tadi. Mengapa ramai org kita terlalu berat mulut untuk ucap benda mudah ni. Jom kita sebut sama2. Terima kasih. Cuba set jam. Tak sampai satu saat pun. Letih tak sebut terima kasih? Tak kan? Kalau letih, pi bantai nasi kandaq 2pinggan amik tenaga balik. Tak pun tidur 2hari. Boleh jai pemuda al-Kahfi nanti. Malang sungguh bangsaku. Susah sgt nak menghargai org. Kalau pesan makanan kat kedai, org hantar kat kita. ucap la terima kasih. Nak bayar tol, ucap terima kasih. Kalaupun awek tol tu muka mencuka je, cakap je. Mesti dia senyum pastu.

Nak turun bas, turun teksi, ucap terima kasih. Kalau boleh turun monorel pon. Ucap terima kasih. Tapi jgn lak nak turun Putra cakap terimakasih. Mana ada pemandu tu. Hahaha.

Yg aku nak bincang pasal ucapan terima kasih ni adalah ucapan ini mempunyai kuasa yg amat dahsyat. Lagi dahsyat dari kuasa bomoh siam. Tapi tak lah sampai boleh lawan kekuasaan Tuhan. Syirik nanti. Aku kongsi pengalaman aku semasa bekerja sebagai juruwang kat Giant. Selalunya, juruwang la tempat pelanggan ni nak tunjuk krg ajar. Aku penah kena campak duit dgn makcik tua. Tapi aku senyum je. Dah siap dia byr pon aku bantai gak ckp terima kasih. Dgn tu, aku berjaya memerli tindakan dia yg amat kurang sopan terhadap aku. Ni dipanggil serangan psikologi (betul ke???).

Ada sorang akak ni. Nak beli hamper bayi. Malangnya, kat hamper tu tak ada sebarang tag harga. Lantas, aku bertindak mengikut lunas-lunas etika seorang juruwang menyuruh dia mengambil hamper yg baru yg mempunyai tag harga. Malang sekali idea aku yg bernas itu diikuti dgn satu tengkingan yg kuat menyatakan bukan salah dia hamper tu tak ada tag harga. Aku tak melawan dan dia mengambil keputusan untuk tak membeli hamper itu. Setelah dia membayar, dan aku memulangkan duit baki, aku ucapkan terima kasih. Serta merta dari keadaan amarah, dia meminta maaf kat aku kerana bersikap kasar dgn aku. Lihat lah betapa hebat kuasa perkataan terima kasih berjaya mengubah emosi seseorang dari marah kembali kerasionalannya.

Masyarakat kita lupa dgn ucapan2 penghargaan ini. Bukan setakat terima kasih sahaja, tak tertakluk pada perkataan itu untuk menyatakan penghargaan. Aku pernah memandu dalam keadaan mengantuk pada suatu pagi itu. Tiba di tol LDP Sungai Penchala, aku disapa oleh mamat tol tu, "Selamat Pagi, Encik". Aku macam terkejut. Terus hilang mengantuk aku. Setelah memulangkan duit baki, dia bersuara lagi, "Terima Kasih. Selamat Memandu, Encik". Walaupun perkara ini jarang2 berlaku, tapi percayalah bahawasanya aku telah melaluinya. It really made my day. Wow. Speaking English Know The World. Hahaha. Kan best bila kita disapa macam tu. Jadi nasihat aku pada org yg berkerja berhadapan dgn org ramai, pandai2 lah kita berbudi bahasa. Sebab tu dapat refleksi kan siapa diri kita yg sebenar.

Sebelum aku berhenti membebel, aku nak kita sama2 renungkan balik waktu kecil kita. Jgn tipulah kalau dari kecil kita tak pernah diajar ucap terimakasih. Ingat waktu di sekolah dulu, setelah cikgu habis mengajar, kita bangun dan ucap apa??? Bukan TERIMA KASIH ke? Masa kecil, ibu bapa kita bawa mengunjungi sanak saudara jiran tetangga pada Hari Raya, lalu dihulurkan duit raya. Kalau kita ambil dgn berdiam diri sahaja, mesti ibu tegur, "Adik, kena cakap apa?". Kita pun dgn lidah yg tak berapa betul baru pandai bercakap ucap "Tima acihhh...". Betul tak? Tak betul datanglah tikam aku. Tu lah, dah besar tak pandai nak ckp terima kasih. Piraaaaahhh....

Bukan setakat sesama manusia je ckp terima kasih, pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan pon. Tapi ckp dlm hati sudah. Kang org pandang pelik kita cakap terima kasih kat kucing. Dan jgn lupa ucap terima kasih pada perasaan yg indah. "Terima kasih cinta, untuk segalanya...". Hahaha. Lagu Afgan. Jgn marah....

Wednesday, January 13, 2010

Istana Takeshi

Haha. Tiba2 teringat rancangan ni. Lama woo tak tgk.


Hidup Ibarat Roda

Ada pepatah mengatakan hidup ini ibarat roda. Kejap di atas kejap di bawah. Tapi yg aku macam x berapa nak setuju la. Kalau ibarat roda atau tayar, rasanye tak sesuai kalau diibaratkan sebagai satu entiti roda tu. Tapi kalau sebahagian dari roda tu, sesuai la. Sebab ada sebahagian dari roda kat bawah dan ada sebahagian kat atas pada sesuatu masa. Tapi roda kalau berputar, dgn kadar yg cepat gak. Jadi, masih tak logik. Takkan la nasib baik dan buruk berganti2 dgn cepat dalam hdp seseorang. Mesti amik masa. Roda yg paling lambat pon mungkin roda kereta lembu.

Tapi kalau diibaratkan hidup seperti jarum jam, yg tu aku setuju. Bukan sekejap di atas sekejap di bawah lagi dah, tapi sekejap kat pukul12 sekejap kat pukul6. Pukul 3 dan pukul9 pon boleh. Tapi... kalau jam digital takde jarum lak. Jam kat laptop, jam kat henset sume takde jarum.

Habis camne??? Ape yg paling sesuai diibaratkan dgn hidup kita ni????

Buletin Awani

Tiba2 teringat satu berita kat Buletin Awani Saluran 501. Berita ttg kes gereja terbakar kat Seremban. Bunyi nye lebih kurang begini:

"Suspek dipercayai menyimbah petrol di hadapan pintu gereja dan menyalakan api sebelum bertindak melarikan diri"

Laaaa....dah buat jahat. Lagi mau tunggu kaaaa??? Mesti lah cabut. Hahahaha. Semoga lebih berhati2 selepas ini dlm mereka skrip berita ye....

Monday, January 11, 2010

Anugerah Juara Lagu Ke-24

Fuh... dah habis pon. Sori la stkt post je tanpa gambar. Bukan aku kat Bukit Jalil pon. 14 lagu berentap untuk menentukan kejuaraan dalam edisi yg julung2 kalinya tanpa kategori yg sebelum ni penuh kontroversi. Ye la. Kenapa mcm tahun lps pada separuh akhir lagu yg lyk ke Juara Lagu dari kategori Etnik Kreatif kurang berbanding kategori Pop Rock dan Balada. Jadi tindakan menghapuskan kategori kali ini amat bijak selain tak sekat lagu2 yg bagus dari sesuatu kategori untuk ke akhir disebabkan kouta.

Hmm. Persembahan ala2 kadar je la. Ada yg ala carte. Ada yg alamak. Stacy hancur kali ni vokalnya. Dari awal aku dah agak Alyah, Hafiz, Akim setakat bagi cukup line up je. Misha pon. Cuma yg boleh dibanggakan band2 indie kali ni. Persembahan siap angkut kelab2 peminat. Jadi meriah. Hahaha. Nasib Bunkface tak ajak Fienaz dgn Dayana Idola Kecil. Kalo x siap la korang.

Yg aku amat2 suka ialah persembahan artis jemputan. Best. Bila hos sebut Singlap 5, aku dah sebuat Jeffrydin. Aku mmg tau tu band dia. Hebat2 gak pakcik2 dan makcik2 pop yeh yeh ni (Indie Yeh Yeh?). Tapi kantoi masa rancangan tergendala sementara tu la. Dah syok2 layan jadi tiba2 hilang kesinambungan. Masuk zaman disko 70an, aku bajet Black Dog Bone mula2 tapi tgk2 Carefree. Walaupun Jay Jay je anggota asal kat atas pentas tu (kalau x salah aku la), tapi mantap gila. Aku mmg tau si Jay Jay ni pemain bass merangkap vokalis Carefree, tapi lagu disko, bassline bukan la ringkas macam lagu indie. Tgk camne Jay Jay nyanyi sambil main bass yg skit pon tak terkucil bassline nye. Search, mmg tak boleh dinafikan la kehebatan diorang. Amy kelihatan sungguh ayu malan ini bersama rambut palsunya. Hahaha. Tapi Yazid mmg lps gian kat drum tu. Tabik la bro!

Dah hbs 80an, zaman rock kapak, aku bajet adalah band yg dari zaman 90an. Tiba2 Meet Uncle Hussain yg naik. Mmg la dorg smula hujung 90an, tapi masa tu mana ada dorg main juara lagu pon. Seingat aku band Ekamatra ada la. Kalo takde pon, amik la Exists (dgn syrt Ezad ada) tak pon Slam. Slam tu walaupon muzik ala2 syahdu, tapi dorg MUSIC WISE. Caye la. Shah gitaris nye tu power gila ok???

Jadi, kesimpulannya:

1) Vokal terbaik - Black.

HMMM.... Ntah la. Kalau suara high pitch boleh dianggap vokal terbaik, boleh la kot. Tapi aku tak setuju 100%.

2) Persembahan Terbaik - Aizat (Kau Aku)

Yg ni aku setuju. Tarian kanak2 beruniform sekolah tu amat la menarik. Lagi pon dorg bleh balik rumah trus tido sbb pg esonkye bleh trus ke sekolah.

3) Tempat ketiga - Faizal Tahir (Bencinta)

Sukar untuk diperjelaskan. Lagu ni kurang meletup nak banding dgn lagu2 Audi Mok sebelum ni. Lirik tak best kot. Faizal Tahir pon mcm kurang sihat lagi. Jadi 3rd placing tu ok la kot.

2) Tempat kedua - Yuna (Dan sebenarnya)

Penuh tanda tanya. Intro yg dok ulang2 'Oh Bulan'. Aku rasa bakal jadi anthem Pemuda Pas pasni. Lirik ok kot. Tapi keseluruhan lagi flat. Mendatar. Takde turun naik lgsg.

1) Juara - Aizat (Kau Pergi)

Lagu yg patut menjadi juara (tak termasuk penyanyi nya). Lagu terjemahan dari lagu Pete Teo, bertajuk I Go. Pete Teo mmg byk menghasilkan lagu2 yg baik tapi memandangkan satu Malaysia dok gila indie, jgn hrp la nak popular.

Dapat diperhatikan Hujan dan Yuna ada import Horn Section untuk persembahan. Well, band aku dah lama ada trumpet. So, takdela kagum sgt.

Jumpa lagi di tahun hadapan!!!! Hahahahaha.

Thursday, January 7, 2010

Beb, sape ciplak sape nih?

Sori la bro. Aiseh men, gua nak post pasal cite Indie ni kena la tulis camni. Lu xpuas ati apsal? Chill la beb. Anyway, sok mlm kat Astro Ria ada cite Indie beb. Tajuk nye INDIE YEH YEH. Cite pasal bapak mamat ni giler minat Pop Yeh Yeh. Anak dia lak lyn muzik Indie beb. Nak dijadikan citer dorg ni bley lak xde gitaris pastu bapak dia join la. Gua mcm nak tgk beb, ada artis pujaan gua. Harun Salim Bachik beb. Lu apahal. Sukati la gua minat dia. Dia rock pe. Jgn lupa beb tgk taw. Support la local scene skit.



Tiba2 aku teringat lak filem 'The Rocker'. Dah tentu la filem ni filem Hollywood. Filem ni mengisahkan seorang pemain deram, Encik Robert Fishman yg telah dibuang oleh kumpulan muziknya pada tahun 80an lalu mendapat nafas baru setelah mendapati kumpulan muzik anak saudara nya tidak mempunyai pemain deram yg tetap. Cerita ni dah ditayangkan pada tahun 2008.



Jadi kesimpulannya, adakah drama Indie Yeh Yeh mengadaptasi idea dari filem The Rocker ataupun perkara ini terjadi secara kebetulan sahaja? Apapun, lyn je la citer tu malam sok. Chow!!!!

Aksi "Stuntman" Idaman Malaya di Ipoh


Hari ini, bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Muhammad telah berjaya mencatatkan namanya di dalam Buku Rekod Guiness Malaysia dalam acara menterbalikkan kereta di tgh jln raya yg penuh sesak. Ini membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin yg berjiwa rakyat kerana telah memberikan peluang perniagaan pada encik berbaju merah (sila rujuk pada gambar di bawah) bersama tow truck nya.




Beliau ketika ditemui kelihatan ceria sambil menunjukkan isyarat 'bagus' menandakan beliau masih sihat walafiat untuk meneruskan kerja2 politik beliau sebagai Adun dan Ahli Parlimen di Perak.


Aksi beliau bakal menarik perhatian produser2 filem tempatan yg amat ketandusan bakat2 tempatan dalam acara lagak ngeri, terutama filem2 yg memaparkan aksi ngeri kereta. Kita akan saksikan samada Dato' Seri akan ditawarkan untuk melakonkan lagak ngeri di dalam filem tempatan mahupun melebarkan sayapnya ke luar negara kelak.

P/s: Amboi Bang Nizar, ehem2. Plat kereta Selangor tu. Atenye deme kan oghang Perak. Dapat Sponsor Incik Khalid ke???? Hahahaha.

Kredit gambor: Perak express.

Wednesday, January 6, 2010

Excerpts From Various Notes Strewn Around The Bedroom of April Connolly, Feb 24 1997

Sori xde video utk lagu ni. Tp aku nak share gak. Lagu yg dicipta berdasarkan nota2 yg dijumpai di dlm bilik Cik April Connolly. Ape yg jadi pada Cik April xdpt nak dipastikan. Hahahahaha







Why I should leave:no
Why I'm leaving you for him..
Well, let's see here:
Well, let's see; where should I begin?

Every night you get annihilated with all your friends, and every night I drink alone until you stumble home wanting some- like some fuck and run.

I know you sleep around, I see it in the eyes of those girls.

Those fucking girls.. they smile and nod, but never offer a single word - I'm just in the way - I'm the ball and chain, you're the jailbird chirping, "how hard life is in the cage!"

How hard it is waking up next to me?

Well, you've dug this hole, come on and fill me up. When you said you loved me I knew I was getting fucked you said you'd never let go all that stopped:you used to turn me on, now we're just getting off that's why I'm leaving you.

****and the drunken erratic response from april's ex-boyfriend Trevor Post, upon finding said various notes ****

You really, really think this guy is gonna make it all right?

You told me you could never be in love with another man oh but this one is it!

But I remember when we met we knew that this was the end. Yeah, I remember I remember everything the haircuts the dollar movies.

We used to sneak a six pack in your bag, and wait for a girl to scream or a car to crash so we could crack open our cans.

Or the time you shaved my head in the front yard; a passerby stopped to take a picture - ended up in the paper and now you want to leave?

Well maybe I forgot a couple things it doesn't mean I don't remember how it feels when you're lying naked next to me.

Valentine I want to feel your hips pressed up against mine. We'll push into each other-love's alive. It might be fleeting, but it's ours and it's tonight..so won't you reconsider love-lost lives?

You might be lonely, but I'm still by your side. You might have to leave but not tonight

Saturday, January 2, 2010

Tahun Baru

Kenapa org kecoh sgt bila tahun baru??? Aku rasa xde benda yg berubah pon. Lps hari ni, esok pon sama gak. Hari-hari benda sama. Hari-hari sama. Takde beza pon antara hari Isnin dgn Jumaat. Tiap2 hari ada matahari. Kena mkn. Kena jln. Jadi aku tak paham la nape org sgt beria sambut tahun baru.

Tahun 2009, matahari mcm biasa je. Siang dulu baru mlm. Tahun 2010, pon sama. Takde lak cahaya matahari kaler hijau. Xde beza pon tahun 2010 dgn 2009. Lain la kalo tahun 2010 bgn pagi je dpn pintu dah ada set lunch.

Penah camne nak bezakan hari ni dgn hari lain? Contohnye Isnin dan Selasa. Bagi aku sama je. Takde beza. Yg membuat kan hari-hari berbeza cuma rancangan tv je. Hahaha. Bygkan kat dunia ni takde kalendar. Camne kita nak tau hari ni hari ape. Ntah2 dah masuk tahun 2011 pon tak perasan.

Ape la aku merapu ni. Aku ngantuk sebenarnye. hahaha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails