Thursday, January 7, 2010

Aksi "Stuntman" Idaman Malaya di Ipoh


Hari ini, bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Muhammad telah berjaya mencatatkan namanya di dalam Buku Rekod Guiness Malaysia dalam acara menterbalikkan kereta di tgh jln raya yg penuh sesak. Ini membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin yg berjiwa rakyat kerana telah memberikan peluang perniagaan pada encik berbaju merah (sila rujuk pada gambar di bawah) bersama tow truck nya.




Beliau ketika ditemui kelihatan ceria sambil menunjukkan isyarat 'bagus' menandakan beliau masih sihat walafiat untuk meneruskan kerja2 politik beliau sebagai Adun dan Ahli Parlimen di Perak.


Aksi beliau bakal menarik perhatian produser2 filem tempatan yg amat ketandusan bakat2 tempatan dalam acara lagak ngeri, terutama filem2 yg memaparkan aksi ngeri kereta. Kita akan saksikan samada Dato' Seri akan ditawarkan untuk melakonkan lagak ngeri di dalam filem tempatan mahupun melebarkan sayapnya ke luar negara kelak.

P/s: Amboi Bang Nizar, ehem2. Plat kereta Selangor tu. Atenye deme kan oghang Perak. Dapat Sponsor Incik Khalid ke???? Hahahaha.

Kredit gambor: Perak express.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails