Friday, January 29, 2010

Gerak Gerak Gerak Khas!!!

TV2 malam Jumaat pastinye drama bersiri kepolisan yg paling bertahan lama di Malaysia, GERAK KHAS. Dulu boleh la layan gak drama ni. Tapi makin lama makin entah ape2 je aku tgk. Mungkin sebab terlalu lama dan terlalu byk episod seolah2 drama ini hilang taringnya.

Yg aku tgk tiap2 episod 'VAN HITAM' tu selalu mengangkut paling koman 5org anggota ronda2 di sekeliling Kuala Lumpur. Lepas habis ronda, hantar si SI misai balik rumah. Dah jadi macam van kilang dah gamaknye 'VAN HITAM' tu. Siap boleh lepak rumah SI tu sambil minum2 kopi dgn goreng pisang. Err, realiti ke ataupun dalam drama je???

Yg lagi lawak episod 2minggu lepas, pasukan tu dapat laporan ada 2kumpulan samseng bergaduh. Sampai tempat kejadian, ada mangsa yg cedera ditembak oleh kumpulan samseng musuh. Kumoulan yg menembak tu masih ada di lokasi. Boleh lak kesemua 4-5 org polis turun dari van lari kejar samseng yg melarikan diri menggunakan Proton Waja. Laju sgt ke dorg lari??? Harap2 polis betul tak lah sebodoh polis dalam cerita Gerak Khas ni.

Sadis benar drama ni. Roda-Roda Kuala Lumpur lak macam kurang konflik sebab polis trafik ruang lingkup kerjanya berkaitan trafik je. Nak tak nak kena la buat cerita anak ternampak ayahnya seorang anggota trafik bersembang dgn seorang wanita di tepi jln lalu menimbulkan syak kepada anaknya. Macam lah KL ni kecik. Jalan keluar dari sekolah ternampak ayah tgh berbual dgn ajen insurans.

Waduh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails