Thursday, December 31, 2009

Hati-Hati....

Jikalau anda berkunjung ke pusat membeli-belah One Utama, jgn terkejut sekiranya selepas anda membayar parking dan menuju ke kenderaan anda, anda akan diekori kenderaan lain secara perlahan dari belakang. Untuk pengetahuan anda, begitu lah teknik terbaru oleh pengunjung2 di situ untuk mendapat parking lot kerana sejak kebelakangan ini begitu susah untuk berbuat sedemikian di One Utama. Hari2 penuh parking lot kat situ.

Kdg2 lawak gak. Cuba byg kan kita tgh sedap jln tiba2 ada kete follow dari blkg. Ala2 gaya pembunuh upahan yg nak lenyek kita dari blkg. Tak pun mcm penculik yg nak kidnap kita. Hahaha... Tapi tu la yg terjadi...Tak caye??? Caye la....

"Kaler Magik"

Dulu kecik2 kalo ada kaler magik mesti bangga sbb lain dari kaler pensil. Sume org pggl kaler magik. Tapi kenapa org pggl kaler magik??? Ada kuasa magik ke??? Boleh sembuh penyakit??? Hahhahahahahaha....

Budak2 skrg still pggl kaler magik ke??? Tak tau la....

Tuesday, December 29, 2009

Beramal????

Aku tak layan sgt pon Sehati Berdansa. Tapi dah masuk musim ketiga ni tipu la kan kalau aku ckp aku tak tau yg setiap pasangan peserta mewakili persatuan2 kebajikan di Malaysia. Kira beramal la ni kan.

Utk musim ketiga ni pasangan Sein-Nana yg mewakili Persatuan Albinisma Kuala Lumpur yg berjaya memenagi saingan menewaskan pasangan Sazzy-Nazril di peringkat akhir.

Fuck. Korang tgk hadiah ape Sein dapat? Audi A4. Dgn pakej bulan madu ke Rom. Kasar2 pon jumlah hadiah dia dapat RM200ribu. Yg Persatuan Albinisma dapat? RM20ribu. Skrg ni nak beramal kat sape? Sein ke Persatuan Albinisma tu? RM20ribu tu dik-dik nun sume jap je boleh hbs. Hado. Sebulan RM1666.66 je bleh guna kalo bajet utk setahun.

Kat Malaysia ni, berlambak persatuan-persatuan amal dan kebajikan yg amat memerlukan bantuan. Tak byk yg bernasib skit baik sebab terpilih utk Sehantu Berdansa ni. Alangkah baiknya kalau hadiah berjumlah RM200ribu tu diberikan kepada persatuan Albinisma tu. Tentu mcm2 diorang boleh gunakan duit tu.

Patut la Sazzy mcm terkejut sbb kalah. Kecewa tak dapat hadiah. Bukan kecewa tak dpt beramal. Dunia. Dunia. Buka mata la semua org. Ni ke rancangan yg disanjung ramai? Beramal? Beranal ada la. Hak tuih!

Tak Perlu Tuding Jari!!!!!

Skrg ni dok kecoh sume org cite psl kemalangan bas ekspres yg menyebabkan 10org mati. Benda ni tak lama. Jap je. Nanti sume org lupa sampaila ada kemalangan baru. Caye la.

Kbykn org memilih utk salahkan pemandu. Katanya cuai, sampai boleh terlelap masa memandu. Tapi harus diingat, pemandu pon manusia. Kalau dah fitrah manusia pada waktu malam adalah waktu istirehat yakni tidur, cuba la tidur siang macam mana pon utk berjaga malam tapi mesti akan mengantuk gak. Cuma ada 2-3 golongan je yg tak mengantuk malam2. Mat rempit, kaki clubbing, pelacur lorong Haji Taib dan yg last sekali ni kdg2 aku pon tergolong gak, kaki bola. Hahahaha...

Ok. Sekarang ni kat sape kita nak tuding jari? Pemandu? Syrkt bas? Kerajaan? Penumpang? Akak tol? Bangla petrol pump?

Aku pilih utk tak salahkan pemandu. Pemandu pon manusia. Pemandu pon letih gak. Walaupun pemandu yg terlibat dlm kemalangan kat Ipoh tu baru bawa dari R&R Tapah, tapi harus diingat, jauh jarak Tapah-Ipoh tu. Jadi tak boleh salahkan dia. Aku drive, aku tau la. Dah la gelap spjg jln. Kepada sape2 yg tak penah drive PLUS ke arah utara, meh duduk dulu aku nak cite. Tau tak spjg jln gelap kecuali kat exit je ada lampu? Kalau tak salah aku ke arah selatan, spjg jln ada lampu. Kalau taknak pemandu yg letih, ganti robot la drive.

Dah la jln ke utara byk selekoh dan bukit. Kalau tak cekap, kat Terowong Menora tu la macam2 boleh jadi. Harus diingat juga kdg2 pemandu ni kena kejar trip sbb gaji basic amatla rendah. Cuma bergantung pada trip utk dapat byrn lebih. Jadi. kalau kerajaan nak jadikan karier memandu bas ni sebagai satu pekerjaan profesional amat la bagus. Tetapkan satu penanda aras utk gaji pemandu. Bagi latihan yg secukupnya. Hanya pemandu yg ada thp kesihatan yg baik je lyk utk memandu.

Sebenarnya, kemalangan ni adalah kemalangan biasa je. Sama je dgn kemalangan kenderaan lain. Kecoh sebab ramai mati. Tu je. Tapi kalau kita bandingkan dgn jumlah mat rempit yg mati, aku rasa lagi ramai kot. Tak pyh salahkan sape2. Benda ni dah qada' dan qadar. Buat jalan 1st class kat dunia, tukar pemandu setiap sejam, pasang alat limiting speed, psg lampu spjg jln sekali pun, kalau nak jadi, jadi gak. Tangga kat rumah yg kita dok naik turun setiap hari pon kalau kita tiba2 tergelincir tetap jatuh gak.

Efek Rumah Kaca Live in KL




Wah...terbaik ni. aku mmg minat pon Efek Rumah Kaca. trus trg aku suka sbb lirik yg puitis yg kbykn berkaitan dgn alam sekitar. better aku lyn EFK dari layan band indie Malaysia yg main 3-4kod je.

Sape nak ikot???? Hahahahaha.....

Saturday, December 5, 2009

Menjaja

Tadi dlm berita kat TV1 ada cerita ttg kerajaan amat menggalakkan masyarakat menceburkan diri dalam aktiviti menjaja kerana dapat menjana ekonomi keluarga dan melahirkan lebih ramai usahawan kecil dan sederhana terutamanya di kalangan bumiputera.

Tapi kalau aktiviti menjaja hal2 rumah tangga org keliling kampung agaknye camne lak dik-dik nun sume???
Ape kes tu??? Hahaha.....

Friday, December 4, 2009

RTW9: To Go Or Not To Go



Last aku lepak Rock The World masa edisi ke-7. Pastu dah hilang rasa keterujaan aku nak usha band2 yg kononnya indie perform. Kali ni tak tau lagi. Rasa macam kurang menarik kot.

Yg menarik aku band2 otai lama. Zaman2 masa sekolah aku, lagu2 dorg la yg jadi runut bunyi hidup aku. Zaman2 band Children of Dumex aku dulu. Masa aku kat MRSM Balik Pulau, tiap2 pagi bgn, tak sabar rasanye nak tggu waktu ptg. Bleh jam dgn member2 aku. Hahahaha....

RTW9 yg aku rasa menarik ialah BlindTribe, Pretty Ugly, Y2K, Saturnine, 7 Collar T-Shirt dgn Love Me Butch je kot. Tak ramai otai2 kali ni.

Aku ingat lagi masa aku buat keje cashier kat Giant, ada sorang customer tu aku mcm kenal. Time dia nak byr, aku tgk nama dia kat kad kredit sah mmg aku kenal. Izmir, bassist Subculture. Aku trus la sapa takde gig ke bang. Dari muka ketat, trus dia senyum. Bual macam nak rak dgn aku sdgkan baru je kenal. Haha...
Yg tak tahan tu siap hulur salam masa dia nak gerak. Macam aku lak artis. Hahaha.

Nak pegi tak RTW9 nanti????

Tragedi Nasi Kukus & Ayam Berempah

Sadis. Lebih teruk dari Tragedi Tenda Biru. Oleh kerana segolongan melayu yg bajet diri mereka hebat, eksekutif & 'flamboyant'.

Tgh hari semalam ingatkan nak makan tgh hari kat gerai nasi kukus kat bdr sri dsara tu. Sebab mmg dah gian nak mkn. Lama gak kedai tu tutup sbb Raya Haji. Jadi disebabkan nak makan berdua, tak jadi la nak 'take away' mcm selalu.

Gerai tu ada 4meja je. Jadi, kdg2 kena la tunggu org lain setel makan dulu utk dptkan meja. Ada la geng 8org melayu yg bajet hebat, berpakaian pejabat makan kat situ. Aku dgn fara tggu gak la dorg nak blah sbb nak mkn kat situ. Dorg gabung 2meja. Aku sggp tunggu sbb nmpk sume dah setel mkn.

Yg panasnye, aku terngiang2 ada sekor petualang negara yg ckp lbh kurang camni "Biar dorg tggu". Ko dah setel makan chow la. Yg ko nak perasap rokok ko tu mmg melampau la. Kasi chance la org lain lak nak duduk melantak lak. Ko nak bajet sembang kat situ, nak perasap rokok ko salah tmpt. Nak camtu pegi kenduri arwah la. Tak pon suruh member ko lepak2 hsp rokok masa kenduri arwah ko nanti.

Terima kasih la byk2 sbb aku terpaksa makan kat R&R. Moga2 ko mati pucuk bulan depan.

Tuesday, December 1, 2009

Pam Kumpul Menang

Seman dan Saedon sedang berbual2 di sebuah warung kopi sambil bermain dam.

Seman: Don, ko penah try tak tu pertandingan yg kat stesen minyak tu.
Saedon: Pertandingan ape, Man?
Seman: Ala, Pam Kumpul dan Menang tu.
Saedon: Tak penah lak aku dgr pertandingan tu.
Seman: Gila ko Don. Hadiah RM250000 tu. Sekali menang bleh angkat 3series tu.
Saedon: Camne gaya pertandingan nye?
Seman: Ala, senang je. Ko pam la byk2 kat stesen myk tu. Nanti dorg umumkan pemenang mingguan dag bulanan.
Saedon: Ko dah try ke?
Seman: Tu la yg aku bengang ni. Aku tiap2 hari singgah pam kat stesen myk tu. Tak gak menang2.
Saedon: Tiap2 hari??? Byk lak duit ko. Dah bape byk bajet ko hbs kat situ.
Seman: Setakat ni takde lak kuar duit. Takkan la pam angin pon kena byr.
Saedon: Memang padan la ko tak menang. Org pam myk, bukan pam angin. Bodoh!
Seman: La yeke??? Patut la tak menang2. Aku ingatkan pam angin. Habis tilam angin dgn kolam mandi anak aku pam kat situ. Siap suruh anak2 aku pam tayar beskal dorg tiap2 kali balik sekolah. Hahahaha....

Gunting

Ali Bin Abu sedang berjalan2 di sebuah kaki lima sebelum dia terlihat sebuah kedai bernama 'Kedai Gunting Maniam'.

Maniam: Ya incik, mau gunting ka?
Ali: Haah. Sy mmg mau gunting.
Maniam: Apa style u mau incik?
Ali: Aik? Gunting skrg pon dah ada style ke? Menarik.
Maniam: Misti la incik. Ada style baru kasi hensem skit incik. Apa style u mau?
Ali: Sy mau zink dgn pokok.
Maniam: Ayoo incik. Sy sudah 20tahun kerja, tarak penah org mintak gunting itu macam incik. Slalu org mintak style Mawi ka, Beckham ka.
Ali: Laaa... aku nak gunting zink dgn potong pokok dpn rumah aku. Takkan sampai nak pegi cari gunting mawi lak.
Maniam: Ayooo incik. Ini kedai gunting rambut incik. Bukan kedai jual gunting.
Ali: Takde jual gunting la ni.... Hehehehehe....
Maniam: Ayooo karawaley.... karawaley.... skit jam sy India juga balik la ini mcm....Ayooyooo....

Saturday, November 28, 2009

Imej Baru di Tahun 2010

kalau aku dress up dgn spek hitam uptown, baju kemeja Polo dari butik uptown, kasut Timberland uptown, pastu dgn beg henset kat pinggang, ada tak org nak jalan dgn aku???? hahaha....

Onitsuka!!!!


Mereka kata ku gila
Lagi lah aku suka...

oi farazura... ni ada lagi Onitsuka yg lagi cun.... bleh buat shuffle gitu...hahahaha....


Ni lagi terbaik la farazura oiiii....







Yg ni pon cun...

Mak Hayam Kembali Lagi U allz...

Hai... kali ni mak hayam nak story ttg sekor gay India tua yg very the u allz...

jadi kpd teruna2 yg sygkan nyawa anda hati2 la bila stop kat r&r LDP kat Sg Penchala tu... ada sekor India GAY tua yg x sedar nak mati dok lepak kat situ tunggu jantan2 gebuzz... mulanya aku tak la perasan sgt beruk ni... tapi tiap2 kali aku stop situ mesti dia ada... tak kisah la pagi2 buta, tgh hari tgh rembang, mlm pon ada... mslhnya dah la lepak kat tnds... takde tmpt lain ke nak lepak... mat indon pon lepak Puduraya tau tak...

yg tu ok lagi... aku tak syak ape2 lagi... tp pd satu hari u allz... dia ikot masuk toilet... aku saje biar pintu toilet tak rapat nak tgk ape dia buat... tgk kat cermin, dia dgn muka desperate, siap sikat misai lagi usha kat tmpt toilet aku... mmg hangin la satu bdn u allz... tiba2 je aku kuar dari toilet kelam kabut dia cover baik punyer...

jd, moral dari story ni hati2 la kat r&r tu kalo singgah nanti yewp... sbb kdg2 sblh malam mesti byk kete dgn jantan2 ayu... aku rasa situ mmg pot lelaki songsang...

ok la..sehingga ketemu lagi... TATA!!!!

Saturday, November 14, 2009

Sedap Hingga Menjilat Jari

Sejak berkurun lama manusia dibezakan secara biologi dan fizikal. Contohnye, jenis darah. Ada A, B, AB dan O. Kita juga pernah dgr ada org yg boleh menggulung lidah dan ada yg x. Ada yg berambut kerinting dan ada yg berambut lurus.

Tapi para saintis lupa utk tmbh lagi satu ciri utk membezakan manusia. Iaitu, ada org yg menjilat jari dahulu utk tukar muka surat ketika membaca dan mengira duit. X caye? Caye la....

Hahaha....

Monday, November 9, 2009

Maskot...

Selalunye golongan2 yg amat excited bila terserempak maskot2 di tempat2 awam adalah dari golongan bawah umur iaitu kanak2. Kadang2 amik gmbr, peluk, salam la dgn maskot tu. Wah, bukan main gembira gila la. Hahaha...

Tapi kalau aku berniat jahat bagi tau budak2 tu yg dalam maskot tu ada org, budak2 tu still excited x?

Sian. Oi budak2, dalam maskot tu ada org sebenarnye tau.

Perkara2 yg membuat juruwang@cashier bengang di kaunter bayaran

1) Skuad Peninjau
Hantar peninjau utk cari kaunter yg kosong. Selalunye anak2 la jadi peninjau. Bila jumpe kaunter yg clear, jerit kuat2 "Mak, kaunter sini kosong!!!"

2) KLCC
Kalau boleh nak susun barang tinggi2 mengalahkan KLCC. Kadang2 bawah sayur pon ada stokin. Akal ada ka??? Bukan dapat baucer pon kalau susun paling tinggi.

3) Duit gulung2
Kalau Nepal, Indon atau Bangla tu biasa la. Tapi kalau org tempatan memang bangang la. Duit tu mcm duit hantaran je guna buat belanja. Tak pon penah guna duit tu buat 'magic trick'.

Stesen Minyak

Di suatu petang yg hening di sebuah stesen minyak milik syarikat terkemuka tanah air....

Pelanggan Pertama:
"RM30 pam 1"

Pelanggan Kedua:
"Pam 5 penuh ye..."

Situasi2 di atas amat biasa didengari. Tapi yg di bawah camne cashier stesen tu nak settle...

Pelanggan Ketiga:
"25.88 liter pam 9 ye, dik..."

Monday, October 26, 2009

Notis pemotongan Bekalan Air

nanti aku update balik blog ni.... hahahaha....

Tuesday, June 2, 2009

Rindu

Tak ada video untuk lagu ni. Biarlah videonya yg statik tapi yg penting liriknya.

To see you when I wake up is a gift I didn't think could be real.

To know that you feel the same as I do is a three-fold, utopian dream.

You do something to me that I can't explain.

So would I be out of line if I said, I miss you.

I see your picture, I smell your skin on the empty pillow next to mine.

You have only been gone ten days, but already I'm wasting away.

I know I'll see you again whether far or soon.

But I need you to know that I care and I miss you.

Taman Burung Kuala Lumpur

Kahkahkah... Sebenarnya tak terlintas pon kat hati aku nak jln2 kat Taman Burung Kuala Lumpur ni. Tapi sebenarnya di sudut hati ku yg penuh kelembutan ini, teringin gak. Lalu, aku ditemani Cik Fara membulatkan tekad untuk ke sana, melihat dgn lebih dekat keletah2 burung dari pelbagai jenis. Tema hari tu mungkin mengenai haiwan. Sebab tu tgh hari makan kat Restoran Tupai-Tupai.

Sebelum masuk, kena pakai tag ni. Haha. Terasa macam kat Rock The World lak.


Melangkah je masuk ke taman tu, mula2 sekali kita akan dihiburkan oleh sekumpulan 'lovebirds' atau 'burung cinta'. Mungkin nama sedemikian diberi memandangkan burung ini selalunya berdua. Romantik la ni... Haha.


Burung yg kat bawah ni rasanya dari kumpulan burung merak kot.



Kat taman burung ni, jangan terkejut sebab sepanjang jalan kita dapat lihat burung merak. bebas berjalan merata2. Byk lak tu.



Ha. Ni burung yg paling suka ber'posing'. Hahaha.

Kat taman ni juga, burung diberi makan di tempat yg dikhaskan. Digelar 'feeding point'.


Yg ni ayam kot. Tak kisah lah, ayam pon keluarga burung gak. Hahaha.


Burung ni paling otai. Tak takut langsung dgn org. Boleh je datang dekat2 kat org. Kena goreng halia baru tau.


Burung unta. Burung paling besar. Kena tendang ni mau koma sebulan.


Macam pakaian pengantin lak burung ni. Hahaha.


Burung yg sama spesies tapi warna berlainan. Keagungan Tuhan kan?


Simbol cinta. Nampak tak??


Burung yg hampir meragut nyawa aku. Nasib baik dia lari, kalau tak kena karate dah


Generasi baru ayam.


Jom belajar cara penetasan telur emu.


Bukan manusia je yg suka amik gmbr. Burung2 pun apa kurangnye. Ni ha gerombolan burung yg menawarkan khidmat mengambil gambar bersama mereka. 'Camwhores'.


Pesanan aku, sediakan payung sebelum kena taik burung. Haha. Tapi memang best. Byk sgt burung2 kat situ.

Terjebak

'Sekejam-Kejam Ibu Tiri

Kejam Lagi Ibu Kota'

Mat saleh ni pon tersampuk pakai baju cetak macam budak2 zaman sekarang ni. Yg lawaknya entah dia paham entah tak maksud yg tertulis kat baju dia tu.

Menyusuri Jalan TAR

Hajat asal ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk membeli baju untuk Cik Fara pakai untuk kenduri di Kelantan nanti. Dekat 2jam jalan, baru dapat sepasang baju kebaya. Fuh, penat!

Kat pasar Jalan TAR, ada pelbagai barangan yg dijual. Dari makanan, pakaian, buah2an, sehinggalah ke barangan kraftangan. Orgnye pon pelbagai, mat saleh pon ramai. Terliur aku tgk nasi dagang, tapi nasi baik tak beli, sebab malam itu, nasi dagang datang sendiri kat aku. Haha. Ada org kasi.

Barangan permainan dan alat tulis yg akan membuatkan ibu bapa garu kepala apabila anaknya merengek minta dibelikan.


Yg ni menarik. Ala2 Lego, tapi boleh gerak dgn kuasa bateri. Aku pon terminat. Hahaha.

Yg ni untuk sumber rujukan.


Sekarang ni aku tgk, ramai budak2 dok pakai baju yg bercetak macam ni. Aku pon tak paham ape yg cun sgt baju camni. Siap boleh tulis pantun atau sajak lagi kat baju.

Betulke ape yg tertulis kat baju tu??? Hahaha.

Teringat adik aku yg umur 5tahun tu. Kalau tgk belon ni kat pasar, dia diam je tak mintak. Tapi mata dok perati belon. Hahaha.



Suasana di Jalan Tunku Abdul Rahman

Sebelah malam, tgk bola lak. Chelsea menang beb!!!
Hahaha

Hentikanlah Hon Kereta Anda!!!

Aku tgh beratur kat lampu isyarat. Aku nmpk lampu kat depan dah hijau, tapi barisan aku tak gerak2 lagi. Aku dah syak mesti ada kereta tiba2 rosak di hadapan. Tak lama kemudian, kedengaran hon kereta bertalu2. Kenapa pemandu kat Malaysia tak ada rasa hormat langsung? Kalau ada kereta rosak di hadapan, apa salahnya kalau tukar ke laluan sebelah dan biarkan pemandu itu membetulkan kenderaannya? Mesti dia terasa tertekan kerana keretanya rosak, dan anda pula menghadiahkan dia dgn alunan rentak hon kereta anda. Hormatlah dia. Apa salahnya masuk ke laluan sebelah dan teruskan perjalanan. Cuba letak anda pada keadaan dia. Kereta rosak dan kena hon bertalu2. Gembira?

Tu tak termasuk cerita org tak bagi lampu isyarat dan bercakap telefon ketika memandu.

Monday, June 1, 2009

Senarai Orang Terkaya di Malaysia

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2009 menurut Forbes Asia:

1. Robert Kuok AS$ 9 billion, 85, berkahwin, 8 orang anak.
2. Ananda Krishnan AS$ 7 billion, 71, berkahwin, 3 orang anak.
3. Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion, 70, berkahwin, 6 orang anak.
4. Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion, 80, janda, 6 orang anak.
5. Teh Hong Piow AS$ 2.4 billion, 79, berkahwin, 4 orang anak.
6. Quek Leng Chan AS$ 2.3 billion, 68, berkahwin, 3 orang anak.
7. Yeoh Tiong Lay AS$ 1.8 billion, 79, berkahwin, 7 orang anak.
8. Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion, 57, berkahwin, 5 orang anak.
9. Tiong Hiew King AS$ 1 billion, 74, berkahwin, 4 orang anak.
10. Vincent Tan AS$ 750 juta, 57, berkahwin, 11 orang anak.
11. Azman Hashim AS$ 470 juta, 69, berkahwin, 5 orang anak.
12. William H.J. Cheng AS$ 390 juta, 66, berkahwin, 3 orang anak.
13. G. Gnanalingam AS$ 260 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.
14. Lim Kok Thay AS$ 225 juta, 57, berkahwin, 3 orang anak.
15. Anthony Fernandes AS$ 220 juta, 45, berkahwin, 2 orang anak.
16. Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.
17. Lee Oi Hian AS$ 210 juta, 58, berkahwin, 4 orang anak.
18. Chan Fong Ann AS$ 209 juta. 78, berkahwin.
19. Kamarudin Meranun AS$ 205 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.
20. Chong Chook Yew AS$ 200 juta, 87, janda, 4 orang anak.
21. Chen Lip Keong AS$ 195 juta, 61.
22. Lee Swee Eng AS$ 190 juta, 53, berkahwin.
23. Jeffrey Cheah AS$ 185 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.
24. Lim Wee Chai AS$ 180 juta, 51, berkahwin, 2 orang anak.
25. Ahmayuddin Ahmad AS$ 175 juta, 52, berkahwin, 4 orang anak.
26. Lee Hau Hian AS$ 174 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.
27. Lau Cho Kun AS$ 165 juta, 73, berkahwin.
28. Vinod Sekhar AS$ 150 juta, 41, berkahwin, 2 orang anak.
29. Liew Kee Sin AS$ 140 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.
30. Tiah Thee Kian AS$ 135 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.
31. Rozali Ismail AS$ 130 juta, 53, berkahwin.
32. Lin Yun Ling AS$ 115 juta, 54, berkahwin, 2 orang anak.
33. Yaw Teck Seng AS$ 113 juta, 71, berkahwin.
34. Goh Peng Ooi AS$ 112 juta, 53.
35. Eleena Azlan Shah AS$ 110 juta, 49, berkahwin, 2 orang anak.
36. David Law Tien Seng AS$ 105 juta.
37. Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 100 juta, 61, berkahwin, 3 orang anak.
38. Hamdan Mohamad AS$ 98 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.
39. Tan Teong Hean AS$ 95 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.
40. Kua Sian Kooi AS$ 90 juta, 56, berkahwin, 4 orang anak.

Tu dia kat atas tu senarai nama org2 terkaya di Malaysia mengikut susunan pada tahun ini. Harus diingatkan, jumlah kekayaan yg disebut itu di dalam matawang Dolar Amerika. Jadi, untuk dlm Ringgit Malaysia, kenalah cek pada kadar tukaran matawang asing terkini.

Tujuan aku letak nama2 org kaya ni, bukanlah nak jadikan idola, mahupun disanjung2. Dengan kadar kemiskinan lebih kurang 3% di negara ini, tidaklah cukup untuk bergantung kepada usaha kerajaan semata2. Tiap2 migngu kita disajikan dgn rancangan yg mengupas tentang masalah kemiskinan di Malaysia iaitu porgram Bersamamu di TV3. Yg dok menderma, aku yakin dari golongan pertengahan, tak pun yg berada yg pernah merasa betapa peritnya dibebani kemiskinan. Itupun melalui sumbangan derma melalui sms, yg tak seberapa kalau nak dibandingkan dgn kutipan sms untuk rancangan realiti tv yg melalaikan.

Syabas kepada organisasi2 yg turut menyumbang untuk membantu golongan2 yg amat memerlukan ini. Tapi renungkan kembali, setiap episod, hanya memaparkan satu keluarga. Boleh anda kira berapa buah keluarga yg dipaparkan di dlm rancangan Bersamamu tiap2 tahun? Itu tidak lagi ditolak oleh rancangan2 sambutan raya puasa, Tahun Baru Cina dan lain2 yg menggantikana siaran rancangan Bersamamu. Kita amik purata dalam 45buah keluarga. Senang cerita kan?

Tapi, cuba bayangkan, berapa ratus, mahupun ribu keluarga miskin yg mungkin terlepas pandang mahupun tidak bernasib baik unutk diketengahkan dalam rancangan itu? Siapa yg mahu tampil membantu?

Jadi, alangkah murni kiranya org2 yg kaya harta ini, menggunakan kekayaan membantu kerana aku yakin, jika dikeluarkan wang itu untuk digunakan untuk kebajikan, wang yg bakinya itu tidak akan luak jika digunakan oleh 4lapisan generasi pon. Contohnya, seorang yg kaya itu mengambil sejumlah 10buah keluarga miskin sebagai keluarga angkat. Jika 40org, sudah 400buah keluarga miskin yg terbela. Malahan, yg mempunyai harta paling banyak, boleh mengambil lebih banyak keluarga angkat. Dan, jgn lupa yg tak termasuk dalam senarai ini, masih ramai org Malaysia yg bergelar jutawan.

Bantuan yg diberi, bukanlah dalam bentuk wang bulanan. Beri mereka modal untuk memulakna hidup. Mungkin dgn memberi modal perniagaan. Rumah yg usang, boleh diganti. Anak2 yg tidak mampu disekolahkan, diberi peluang belajar bersama rakan2 lain. Yg uzur, diberikan rawatan yg sepatutnya. Semoga mereka lama kelamaan boleh berdiri di atas kaki sendiri untuk kehidupan yg lebih sempurna tanpa bantuan org ramai kelak. Mereka bukan mahukan wang sehingga mereka mati, cuma mahu untuk permulaan, untuk daya mereka bergerak.

Yang aku tahu ada yayasan yg byk membantu adalah Syed Mokhtar al-Bukhary melalui Yayasan al-Bukhary. Tahniah dan semoga anda senantiasa diberkati oleh Allah SWT.

Aku, sebagai org biasa, yg mempunyai wang secukup makan, tidak akan mampu untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada setiap yg memerlukan sepanjang jalan di pasar Jalan TAR.

Ingat, duit bukan boleh bawa masuk kubur untuk sewa lot kediaman di Syurga.

P/s: Nak kaya cepat? Cari org yg berstatus janda atau duda di senarai di atas. Mana tahu boleh menjadi pasangan hidup mereka untuk jangka waktu yg ada di muka dunia ini. HAHAHAHA.

Si Murtad!!!

Benjamin Stephen. Dia bukan lah peserta Britain's Got Talent. Tetapi dipercayai seorang Melayu Islam yg murtad ke agama Kristian.

Aku bukan nak agung2kan dia, tapi sekadar jadi iktibar kepada umat Islam. Kepada penganut Kristia, jgn salah anggap. Aku bukan anti agama ko. Aku dgn agama ku, kamu dgn agama kamu. Tetapi, yg aku nak tegakkan, bahawa ceramah agama Islam tak pernah mengutuk agama2 lain, tetapi berbicara ttg kesucian agama sendiri. Bukan mcm Stephen bangang ni, kutuk agama org lain. Macam ni ke agama Kristian? Membenarkan paderi sendiri mahupun pengikutnya mengutuk, mencaci agama lain?

Aku tak alim macam org lain, tapi bila di cakap yg umat manusia mati untuk Nabi Muhammad, tapi Jesus mati untuk seluruh umat manusia, fikirkan kembali. Jika Jesus tuhan yg agung, tetapi dia dah mati, siapa yg menjaga alam semesta ni sampai sekarang? Dan jika dia kata bila umat Islam doakan untuk kesejahteraan Nabi Mughammad, manakala org Kristian didoakan kesejahteraan oleh Jesus, siapa yg hormat siapa? Siapa yg sembah siapa? Adakah Jesus sembah umat manusia? Jatuh lah martabat dia.

Ada 8bahagian video ni di Youtube. Mungkin aku terlewat tgk dan antara anda ada yg telah melihatnya. Cari video tajuknya BENJAMIN CELAKA.

Anda akan belajar cara2 untuk ke negara lain hanya dgn berdoa dan melalui tandas dah boleh sampai negara lain. Dan juga cara mendapatkan duit dgn berdoa tanpa berusaha.

Allahuakbar.

Nota Tambahan:

1) Sedap nama ko ye Benjamin Stephen. Agaknye ape la nama bapak ko kasi masa ko lahir dulu. Tak sedap kot. Sebab tu ko tukar agama. Boleh tukar nama yg sedap skit.

2) Ko tau kan, Jesus dilahirkan oleh Virgin Mary. Tapi ko tau ke dia lahir tu kuar dari bahagian wanita mana? Kat situ kan? Aku, ko, org2 lain yg lahir dari rahim ibu semua kuar kat situ. Jika aku pon dilahirkan sama cara dengan Tuhan ko, aku pon layak jadi tuhan gak.

3) Sekalipon Nabi Muhammad yg aku ikut ajarannya itu berkahwin 23 org isteri, perlu diingatkan, dia nikah semua isteri2nya itu. Itu tak boleh dikategorikan sebagai zina. Dan aku nak bagi tau, Nabi Muhammad tidak pernah beristeri lebih dari 4 pada suatu2 masa.

4) Saidatina Aishah dikahwini Nabi Muhammad ketika berumur 6tahun, tetapi hanya tinggal bersama Rasulullah selepas dia cukup umur.

5) Jika ko perlekehkan jihad Islam, membunuh org kafir ganjarannya 7org bidadari di Syurga, apa ganjaran George W Bush dan tentera2 bodohnya di syurga dgn membunuh org2 Islam di Iraq dan Afghanistan? Bagaimana dgn Serbia yg membunuh minoriti muslim? Kosovo? Bosnia Herzegovina? Bukankah mereka Kristian?

6) Dalam surah al-Baqarah, ayat 79, Allah SWT melaknat org yg mempercayai al-Kitab (INJIL=BIBLE) kerana ditulis oleh org yg menyesatkan umat manusia. Dgn terang, dalam al-Quran menyatakan bahawa Bible, kitab Kristian adalah salah. Bagi aku bukti di dalam Bible, samada New ataupun Old Testament, yg menyatakan al-Quran itu salah.

Sunday, May 31, 2009

Bila Bakat Mengatasi Segalanya...

Hai. Bertemu lagi di blog yg merapu ini. Pada edisi kali ini, saya akan membawa anda untuk berkenalan dgn seorang wanita Britain, yg pada usia 47tahun telah berjaya mencipta nama. Mungkin saya terlambat untuk berbicara tentang wanita hebat ini, dan anda telah mengenalinya dahulu, tapi saya yakin ada yg masih tertanya2 siapa wanita ini.

Susan Boyle, yg menghabiskan usianya hidup bersendirian bersama kucing peliharaannya telah memukau para penonton dalam rancangan Britain's Got Talent pada musim ini. Ketika usia kecilnya, dia hanyalah seorang kanak2 yg kesunyian dan sering dibuli, tapi siapa tahu, pada usia lewatnya ini, dia telah membariskan dirinya di antara ribuan peserta realiti tv seluruh dunia. Dan apa yg paling pasti, bakat dia ternyata satu dalam seribu.

Video pertama, menunjukkan dia ketika pertama kali menjejakkan kaki ke pentas Britain's Got Talent. Saksikan bagaimana reaksi para penonton terhadapnya. Seolah2 dia bakal menjadi William Hung versi wanita.

Dan saksikan bagaimana seluruh dewan bangun, begitu kagum dengan bakat terpendamnya.

Video kedua menunjukkan Susan ketika peringkat separuh akhir. Saksikan bagaimana dia membawa lagu yg sukar untuk dikuasai dengan tenang sahaja.

Ternyata Susan Boyle adalah fenomena terbaru di dunia.

Apapun, dia lebih berbakat dari org lain. Lebih bagus dari 'Wak Kempis' yg cuba ujibakat Malaysian Idol yg menyanyikan lagu 'Selamat Jalan Romeo' suatu masa dahulu.

Saturday, May 30, 2009

Video best

Asyik 'upload' video org je, kali ni video sendiri lak. Haha. Tapi video lama la. Awal tahun lepas.

Best gak tgk video sendiri. Kuikui....

Thursday, May 28, 2009

Chin Peng Peng!!!

Chin Peng.



Sebut nama je semua org kenal. Ni la penggerak Parti Komunis Malaya dulu. Dah la dia merempat kat selatan Thai lepas PKM meletak senjata dulu. Sekarang ni dah teringin nak balik Malaysia. Tapi keinginan dia untuk pulang ke sini mendapat pelbagai pandangan dari segenap pihak. Ada yg kata, cincai la, dia dah tua. Bagi la balik sini. Ada lak yg kata, jgn harap nak balik sini. Dulu bukan main hebat, bunuh org sana sini, tentang kerajaan. Sekarang berlagak alim lak.



Gara2 saranan Ketua Parti Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan, yg meminta kerajaan bertimbangrasa untuk membenarkan malaun ni pulang, kecoh satu negara. Perlu kita selidik dulu susur galur keturunan Teng. Kot2 ada bau2 bacang dgn Chin Peng, sebab tu dia sokong sangat.



DAP memang setuju benar la. Sebab paham2 je la ideologi dan perjuangan DAP ni. Ada sipi2 macam PKM walaupun DAP tak menjunjung senjata.



Ada gak YB2 dari PAS yg turut bersetuju. Petikan sidang akhbar YB Salahuddin Ayob:




Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.
"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.
"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Agaknya, nak buat penilaian macam mana nak buat keputusan yg Chin Peng ni dah bukan berfahaman komunis lagi? Nak suruh dia jawab 'questionaires'? Nak suruh dia buat ujian fizikal lari 1500m dalam masa 12minit? Nak cek jantung dia sihat, bebas kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung?



Semua org tau siapa Chin Peng. Kalau dia tak balik sini dan mati kat selatan Thai pon, sejarah negara tetap sama. Pernah dicalarkan dengan kekejaman komunis ni, membunuh org ramai dan para perajurit kita tak mengir bangsa dan agama. Jadi, buat apa kita nak sambut kepulangan setan ni? Nak sambut dgn kompang? Nak berarak kat Dataran Merdeka? Dulu, ingatlah, siapa yg sombong ketika Perjanjian Baling?



Dan kepada pihak yg menyatakan bahawa PKM pejuang sebenar kemerdekaan, tolong la letak otak anda di dalam tengkorak anda dgn elok2 kembali. Adakah berjuang untuk kemerdekaan mengizinkan kita untuk membunuh dgn sesuka hati?



Aku hormat pandangan MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Walaupun berbeza parti dgn Datuk Seri Najib, dia boleh berfikiran secara waras, menentang Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. Kadang2, ada isu2 yg di luar batasan politik. Jangan sebab kepentingan politik individu, kena ikut semua cakap komplot kita sehingga maruah diri tergadai.

Oi Buat Ape Tu???

Situasi pertama:

Hai Prof Razak, buat ape tu? Kang ada lagi bini yg failkan penceraian kat mahkamah. Haha.

Prof Razak: Eh Fasha, belum cukup selak lagi ni. Atas skit. Ha, camtu. Baru nampak ala2 berkemban.

Fasha: Ala Prof ni, jgn la dpan2 org ramai. I kan selalu berketrampilan bersih di khalayak ramai.

Pekerja2 kat belakang: Ish, nak ehem2 pon cari la tempat lain. Kang aku raut daun2 kat belakang ni buat penyapu lidi, pastu bedal sekor2 baru tau.

Situasi kedua:

Waheeda: Ustaz tgk bintang tu. Ustaz janji nak bawa I ke sana lepas kawin nanti. I kena lari jauh2 sebab nanti org cakap I ni perosak rumahtangga org...

Akhil: Oh, bintang tu ke? Tak ape. Nanti ana sewa Soyuz kita pegi sana. Mengikut Hadis, eh dah tak boleh. Ana bukan ustaz lagi dah. Tgk la gaya gua posing. Rockers beb!

Lelaki kabur: Kenapa muka kita dikaburkan? Adakah sebab aku tak hensem macam Ustaz tu???

Wanita kabur: Tu la pasal. Aku dah tunduk ni nak elak tempat kabur tu. Tapi tetap kabur gak. Tensen ah camni.

Runtuh!!!








Gila ah. Aku pegi tgk tadi bangunan yg runtuh tu. Sebenarnya tak sengaja. Nak beli nasi lemak. Tiba2 semua jln masuk ke 14th kena blok. Aku turun kereta pegi usha. Macam domino jadi tiang2nya.


Dulu, masa bangunan tu masih beroperasi, aku selalu gak pegi beli barang makanan aku kat situ. Kerja2 pengubahsuaian yg buat bangunan tu runtuh.



Gambar2 ni bukan aku yg amik. Nak pegi dekat pon tak boleh. Haha. Gambar2 sumber Berita Harian.

Wednesday, May 27, 2009

Tips-Tips Untuk Temujanji Dengan Pasangan Anda

Video ni memaparkan beberapa petua untuk dielakkan ketika temujanji dengan kekasih anda. Semoga berjaya!!!



Love is All Around

I'm not a person who is genius with words. So let me borrow some verses of these songs to express my feeling (chewah)...

1) Mariah Carey - I'll Be There

"I'll be there to comfort you

A-build my world of dreams around ya I'm so glad I found you

I'll be there with a love so strong

I'll be your strength

You know I'll keep holdin' on..."

2) Air Supply - Even The Nights Are Better


"Even the nights are better

Now that we're here together

Even the nights are better

Since I found you.."

3) Chicago - If You Leave Me Now


"If you leave me now, youll take away the biggest part of me

No baby please dont go

If you leave me now, youll take away the very heart of me

No baby please dont go..."

4) Dan Hill - Sometimes When We Touch

"And sometimes when we touch

The honesty's too much

And I have to close my eyes and hide

I wanna hold you til I die

Til we both break down and cry

I wanna hold you till the fear in me subsides..."

5) Diana Ross - When You Tell Me That You Love Me

"Everytime you touch me

I become a hero

I'll make you safe

No matter where you are

And bring you everything you ask for

Nothing is above me

I'm shining like a candle in the dark

When you tell me that you love me..."

6) Glenn Medeiros - Nothing's Gonna Change My Love For You

"Nothing's gonna change my love for you

You ought to know by now how much I love you

One thing you can be sure of

I'll never ask for more than your love..."

7) DJ Sammy & Yanou feat Do - Heaven

"Baby you're all that I want

When you're lyin' here in my arms

I'm findin' it hard to believe

We're in heaven..."

8) Seal - Kiss From A Rose

"Baby, I might compare you to a kiss from a rose on the gray

Ooo, the more I get of you, stranger it feels, yeah

And now that your rose is in bloom

A light hits the gloom on the day..."

9) Styx - Babe

"You know its you babe

Whenever I get weary and Ive had enough

Feel like giving up

You know its you babe

Giving me the courage and the strength I need

Please believe that its true

Babe, I love you..."

10) Babyface - Everytime I Close My Eyes

"Every time I close my eyes

I thank the lord that I've got you

And you've got me too

And every time I think of it I pinch myself cuz I don't believe it's true

That someone like you loves me too .."

11) Celine Dion feat Bee Gees - Immortality

"And I will stand for my dream if I can

Symbol of my faith in who I am

But you are my only

And I must follow on the road that lies ahead

And I won't let my heart control my head

But you are my only..."

12) Sir Elton John - Something About The Way You Look Tonight

"And I can't explain but it's something about the way you look tonight

Takes my breath away

It's that feeling I get about you deep inside

And I can't describe but it's something about the way you look tonight

Takes my breath away

The way you look tonight..."

13) The Pretenders - I'll Stand By You

"I'll stand by you

I'll stand by you

Won't let nobody hurt you

I'll stand by you

Take me in, into your darkest hour

And I'll never desert you

I'll stand by you..."

14) Sophie B Hawkins - As I Lay Me Down

"As I lay me down to sleep

This I pray that you will hold me dear

Though I'm far away

I'll whisper your name into the sky

And I will wake up happy..."

15) Micheal Bolton - To Love Somebody

There's a light

A certain kind of light

That never shone on me

I want my life to be lived with you

Lived with you

There's a way

Everybody say to do each and every little thing

But what does it bring if I ain't got you

Ain't got you

You don't know what it's like

Baby, you don't know what it's like

To love somebody, to love somebody

The way I love you

In my brain I see your face again

I know my frame of mind

You ain't got to be so blind and I'm blind

So very blind

I'm a man

Can't you see what I am

I live and breathe for you

But what good does it do if I ain't got you

Ain't got you

...Dedicated to Nor Farazura binti Mohamad Ghazali...

'Soundtrack 6th Anniversary'


Wah. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Dah 6tahun rupanya. Tapi perasaan masih tetap sama. Jiwang lak rasanya. Hahaha.

Tadi, sambut ulangtahun ala2 kadar je. Biasa lah. Kami memang jenis yg sederhana. Cuma makan malam di Restoran Sari Ratu. Dapat rasa masakan Padang lagi. Dgn es teler, ayam 'pop', kerabu, paru goreng, dan jus durian sebab es pokat tak ada lak hari ni. Kecewa betul aku.

Pastu jln2 kat The Curve. Beli baju. Haha. Tu je la yg mampu. Tak mampu nak makan kat tempat2 yg lebih eksklusif. Tahun depan dan tahun2 yg mendatang diharapkan semoga terus berkekalan. (Mutah dah sampai kat anak tekak sebab aku tak penah tulis jiwang2 camni. Telan balik).

Aku tanya Farazura. Lagu apa yg menjadi runut bunyi sepanjang 6tahun aku dgn dia. Dia pon tak ingat sangat. Saje uji dia sedangkan ni kat bawah2 ni antara lagu yg menjadi siulan kedamaian aku dgn dia. Haha. Aku pon tak ingat yg lain. Tapi nanti aku kemaskini lagi.

1) Atilia - Selalu Denganmu.

Baru je lagu ni jadi lagu pilihan. Sebab baru ada album Atilia. Jazz weh. Walaupun lagu ni asalnya dinyanyikan oleh penyanyi Jazz Indonesia, Tompi, tapi tetap sedap kalo dijadikan lagu untuk pasangan kalian. Hahahahaha....


2) Siti Sarah - Ke Hujung Dunia

Kenapa lagu ni ye? Sebab lagu ni aku terdengar di atas bas waktu 'outing' kami ke Melaka ketika di KMJ dulu....

3) Gigi - Perihal Cinta

Biasa la. Kitorang memang minat Gigi. Lagu ni ada lirik yg amat mendalam. Ringkas tapi mesej terhadap kekasihnya sampai. Betul tak???

4) Siti Nurhaliza - Untuk Selamanya

Mula2 aku tak faham lagu ni. macam pelik susunan ceritanya. Tapi lama2 jadi sedap lak. Dapat poskad Laila Isebella beserta lirik lagu ni. Ni kan lagu dalam filem tu.


5) Ruth Sahanaya - Kaulh Segalanya

Terngiang2 lagi kat telinga aku lagu ni Fara nyanyi. (Jangan marah...hahahaha). Dapat kat kad bulanan dahulu liriknya. Lagu tema untuk org2 yg sedang hangat bercinta.

6) Sheila Majid - Aku Cinta Padamu

Ala, biasala lagu ni kan???

Ada banyak lagi lagu2 lain tapi tak dapat cari videonya. Contohnya, Anita Sarawak - Cinta nan Satu dan Nora - Kau tak pernah jauh. Takpe, nanti aku akan usahakan untuk episod kedua.

P/s: Lagu2 ni dia yg nyanyi. Hahahahaha.....

'Stupid Boy'

Lagu terbaik bagi aku dari Sheila On 7. Selalu aku karaoke lagu ni. Hahaha. Tapi sian budak tu pakai baju ada tulis 'Stupid Boy'.

Sekarang Sheila On 7 dah tukar drummer. Kurang best dah. Dulu, video klip selalunya tak kena langsung dgn lagu. Lawak2 semuanya. Lagu lak serius. Bengong.

Debat Husam vs Ezam - Siapa Pengecut Sebenar?

Ceritanya bermula begini. TV9, melalui rancangan bual bicara Hujah, yg ditayangkan setiap malam Selasa ingin mempertemukan dua tokoh politik dari dua parti berbeza, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari UMNO dan Husam Musa dari Pas. Tajuk perbincangan ialah Rasuah dalam Politik.

Atas sebab2 tertentu, Zahid telah menarik diri dari debat tersebut, dan perkara ini telah diberitahu kepada TV9 lebih awal. Lalu, Ezam Mohd Nor telah bersetuju untuk menggantikan Zahid.

Namun, pada malam rancangan tersebut, Husam pula turut menarik diri pada saat2 akhir dan tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun.

Biasalah. Blogger yg sokong kerajaan tuduh Husam tak ada telur dan blogger pro-pembangkang lak tuduh sebaliknya.

Kalau nak dirungkaikan permasalahan ni, aku rasa Husam yg bacul. Sebab, perkara Zahid telah diganti oleh Ezam semua org tau dari awal lagi. Kalau Husam cakap buang masa debat dgn Ezam, sepatutnya hari Isnin tu dia dah tarik diri. Tapi kenapa sebelum rancangan tu baru nak angkat kaki?

Bacul ke pengecut?

Oh, Cinta Terhalang...

Wah, kali ni nak jadi wartawan hiburan lak la. Hahaha.

Kecoh pasal Akhil Haik Tuih tu dgn Waheeda. Dari dulu lagi aku dah boleh jangka. Mesti ada ape2. Mula2 sekali, kena betulkan la. Betul ke mamat tu ustaz? Kat mana dia belajar ilmu agama? Kalau ada, tolong bgtau aku. Jgn disebabkan dia tu bekas penyanyi rock, berubah menyanyi lagu2 ketuhanan, berkopiah dan berserban, dok berceramah kat ceramah Pas, guna ganti nama diri 'Ana', semua org senang2 cop dia ustaz. Kalau mcm tu, tak lama lagi akan ada lak Ustaz Amy, Ustaz Awie, Ustaz Hattan dan Ustazah Ella. Sebab Ella pon penah nyanyi lagu nasyid, siap pakai jubah bertudung litup lagi.

Yg Waheeda, dia cakap 'tak kisah jika dikatakan perampas atau menjadi punca perceraian mereka' kat Berita Harian. Jadi, awal2 lagi dia dah mengaku bertanggungjawab kalau apa2 jadi kat rumahtangga Ustaz Rock tu. Dah kantoi la kan. Korang pegi tgk wayang tgh2 malam, berdua2an bukan muhrim tu bagi korang betul la kan? Kalau dapat pangkat ustaz celup, maknanya buat ape2 pon boleh la kan?

Boleh blah la Akhil. Aku penah tgk ceramah ko. Kutuk org lebih. Dok baca ayat al-Quran diselang-selikan dgn caci maki org. Bukan fitnah ke tu namanya? Sekarang, rasakan. Lakonan ko sbg manusia yg alim dah tamat.

Tuesday, May 26, 2009

Lawak Ayam...

Dah cukup psl politik. Jom tgk lawak ayam lakonan pelakon kegemaran aku, Harun Salim Bachik.

Sumber - Berita Harian (Mutakhir) 26/05/09

PKR timbang tindakan undang-undang terhadap Aminah

GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah Abdullah yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti Ahad ini. Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali. "Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini (dakwaan oleh Aminah) berterusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Aminah pada sidang media semalam turut mengemukakan rakaman audio yang didakwanya mengandungi bukti bahawa beliau ditawarkan RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika beliau menyertai semula parti sekiranya menang pilihan raya kecil Penanti Ahad ini. Zahrain berkata, beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan daripada pemimpin PKR untuk menawarkan sebarang ganjaran kepada Aminah. "Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk buat tawaran kepada Aminah dan saya rasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi peluang membuat siasatan terlebih dahulu sebelum kami buat sebarang keputusan berhubung dakwaan itu," katanya. - Bernama


Aiseh. Kena usik skit dah melatah nak amik tindakan undang-undang. PKR dok tuduh BN taja calon bebas tu camne lak. BN tak amik tindakan undang-undang pon.

Oi Encik Zahrain. Memang la ko tak arahkan sape2 pegi sogok cik Aminah tu. Dah Anwar yg mulus tu yg suruh. Tak pyh berlakon baik la PKR.

Lapar Mogok atau Mogok Lapar???

Hari ni (Selasa), akan bermulalah satu perjuangan murni (?) geng2 Pakatan Rakyat di Negeri Perak Darul Ridzuan untuk menjalankan satu aktiviti riadah iaitu mogok lapar. Mogok ini akan berlangsung selama 72jam untuk mengkritik atau dengan secara lebih telus lagi, membantah keputusan mahkamah yg memihak kepada Barisan Nasional baru2 ini untuk jawatan Menteri Besar.

Dewan Ulama Pas Perak, melalui Haji Ahmad Awang berkata, mogok ini adalah berlandaskan hukum agama Islam iaitu boleh dianggap sebagai puasa sunat ketika berhadapan dgn krisis politik di negeri ini.

Yg peliknya, kalau yg mogok tu bukan Islam, boleh dianggap puasa sunat ke? Mau ke diorang tu 'potong' dulu? Hahaha...

Mengikut pendidikan Islam yg aku pelajari di sekolah dahulu, ye la, kat sekolah je. Aku belajar agama tak tinggi. Bukan macam ulama2. Puasa tu bermula dari waktu imsak sampai ke waktu Maghrib pada hari yg sama je. Tak kisah la puasa sunat ke, puasa ganti ke mahupun puasa bulan Ramadhan. Tapi kalau dah puasa sampai tiga hari iaitu 72jam, puasa ape tu? Jenis apa ye? Musykil gak aku, kalau tiba2 geng ni berbuka puasa bila azan maghrib, puasa tu boleh diterima tetapi mogok tu kira terbatal la kan? OOOOO, mungkin gak tiap kali waktu maghrib tu, diorang anjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat. Kalau macam tu aku pon nak join gak. HAHAHAHA.

Dalam blog Hishamudin Rais style dia camni KAH....KAH...KAH...
Hishamudin, tak puasa ke esok??? Hahaha. KAH...KAH...KAH...

Diharap esok siap sedia la ye JPA ke PBSM ke dgn ambulans, yg mogok tu semua ganyut2 belaka. Kang ada yg sampai ajal, maunye ada Pilihanraya Kecil lak. Nanti bila BN tak tanding, cakap la BN takut la, bacul la. Tapi semua punca dari PR. Piiiiiiiiiraaaaaaaaaaahhhhhhhhhh.......

Kalau nak jayakan mogok lapar ni senang je. Sape yg tahan paling lama, bagi jawatan. Tak kira la Menteri Besar ke, Timbalan Presiden Pas ke. Last2, yg paling lama tahan Nga dgn Ngeh. Sebab dua2 tu memang teringin nak jadi Menteri Besar Perak. Yg paling tahan no2, bagi Camry AGS10. Sumpah Nizar tahan sampai kena gastrik. Ikut cara Hishamudin Rais ayuh. KAH...KAH...KAH...

Sape2 yg nak meniaga, esok diadakan bazar menjual makanan kat depan geng2 ni mogok. Jualan makanan berbuka puasa, ooppss, berbuka mogok lapar. Meriahnye mengalahkan Karnival Jom Heboh. Bawa anak2 kecil, setiap seorang akan dihadiahkan aiskrim, dgn syarat, kena jilat aiskrim dgn penuh syahdu dpn org2 yg berjiwa kental ni. Tgk nafsu depa ni tahan tak tgk aiskrim. KAH...KAH...KAH...

Hujung minggu hari tu, mesti bini2 geng mogok ni sibuk di dapur. Ye la, si laki nak makan byk2 untuk simpan tenaga nak bermogok. Perut biar penug dgn makanan. Baru ada tenaga nanti. Ni pon, entah2 Subuh ni semua dok pakat bersahur bersama2.

Abg Nuar puasa tak? Puasa tu boleh melatih kita menahan nafsu. Bukan setakat nafsu lapar dan dahaga. Paham2 je la nafsu ape. KAH...KAH...KAH...

Aku tak berminat pasal politik, tapi aku tak boleh terima bila golongan yg katanya berilmu agama yg tinggi jadi bodoh sebab politik. Bodoh. Kecik2 taknak mampus. Besar2 menyusahkan org. Bukan aku kata. Director Ahnad Nisfu yg kata tau!!!!!!!!

p/s: Mungkin depa ni nak mogok lapar sebab nak diet.

Cursive

Bila org tanye aku, band ape aku paling minat, terus aku jawab Cursive. Sebab dorg kreatif gila. Dari album pertama sampai yg terbaru muzik berbeza, dgn bunyi2an dari trumpet, saxophone dan cello. Memang terbaik.

Lirik yg perlu didalami untuk difahami. Tim Kasher, seolah2 seorang penglipurlara, bercerita dari satu lagu ke satu lagu. Setiap lagu mewakili satu cerita. Aku berbangga menjadi peminat tetap Cursive.

Kat bawah ada 2video lagu terbaru In The Hips dari album Mama, I'm Swollen. Yg kurang menariknya, drummer lama sudah tiada. Hmmmm....

Friday, May 22, 2009

Aku Bukan Siapa-Siapa

Lagu terbaik untuk org tersayang. Hahaha. Macam mana la mat saleh ni boleh join Ahmad Dhani. Bukan dia paham pon bahasa Indonesia. Sebab ape dia join??? Sebab muzik berkualiti. Bahasa tak jadi penghalang.

Muzik Masa Sekarang....

Dulu aku penah 'post' yg aku lebih minat pemuzik dari Indonesia berbanding pemuzik tempatan. Sekarang aku akan hujahkan semua yg terpendam selama ini. Chewah...

Jangan salah anggap. Aku minat pemuzik Indonesia tapi bukan yg telah masuk dan popular di Malaysia. Maafla, Ungu, Samsons, Peter Pan, Kerispatih, Matta Band, Kangen Band semua tak masuk dalam kamus muzik aku. Aku lebih selesa dgr Ecoutez, Maliq & D'essentials, Dewa19, Tika, Sore terutamanya Mister Ahmad Dhani yg amat kreatif dgn muzik nya. Tu pon aku sebutkan beberapa je. Tapi percaya la, band2 seberang yg masuk ke sini tu hanyalah band2 picisan. Yg aku pelik, kenapa org Malaysia boleh terima sampai taksub sgt? Ada lagi pemuzik yg lagi hebat, dan bayangkanlah, jikalau yg picisan yg masuk ke sini pon diterima baik, bagaimana jikayg lebih hebat masuk? Tiada perbezaan aku rasa. Sebab org Malaysia buta muzik. Aku boleh jamin nama2 yg aku sebut di atas mempunyai muzik dan lirik yg baik, sebab aku ada album2 mereka. Aku telah dgr. Dan mmg terbaik.

Aku bg contoh. Video yg pertama ni dari kumpulan Maliq & D'Essentials. Cuba dgr betul2. Boleh bg contoh artis Malaysia yg mempunyai jenisan muzik sebegini?

Yg berikutnya, dari Ecoutez. Antara band yg menjadi sumber rujukan aku jika aku ada persembahan.

Bagaimana? Sudah percaya?

Ada byk lagi yg terbaik. Tak ada masa untuk aku letakkan semua kat sini. Apa susah, kemudahan internet ada, dunia pon dah tanpa sempadan. Rajin2 la mencari.

Masalah besar di Malaysia ialah artis yg benar2 berbakat dan mampu menulis lagu sendiri tidak diletakkan pada kedudukan yg sepatutnya. Boleh aku tau, berapa byk lagu yg Mawi buat sendiri? Kalau Aizat berbakat dalam penulisan lagu, kenapa dia masih memainkan lagu Jason Mraz pada persembahan2nya? Teringin dilabelkan Jason Mraz Malaysia? Maaf, jauh pemetik api dari batang rokok. Harus diingat, lagu Hanya Kau yg Mampu tu tulisan komposer dari seberang. Takkan la org Malaysia akan menggunakan istilah 'KETEPURUKKAN' dlm lagunya. Tu kan bahasa Indonesia.

Pernah dgr lagu2 Atilia? Tu la muzik yg sebenarnya bijak. Tapi kenapa corong2 radio di sini jarang2 memutarkan lagu dia? Sebab mungkin dia bukan dari program realiti TV kot. Mungkin lah kan. Haha.

Satu lagi masalah di Malaysia ini, adalah lagu2 yg tangkap muat. Ada duit, mesti boleh buat album. Hasilnya, lagu yg tak berkualiti pon muat gak dalam album tu. Aku bagi contoh kat bawah ni:

Ku Merindu - Shah feat Ella

Ku merindu,

Merindu cinta yang tulus dari hatimu

Selalu ku impikan hidup bersamamu

Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ku berjanji,

Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku

Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku

Agar kau dapat menerima cintaku


Ku selalu,

merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku


Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Usah kau ragui cintaku

Ku tetap merindu


Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Ku tunggu jawapan cintamu

Ku tetap merindu


Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku

Yang selalu setia menunggu dirimu

Tgk lagu ni. Asyik dok ku mu ku mu sampai habis. Pastu nanananana nya separuh dari lagu. Tolongla kreatif skit. Tu pon org boleh terima. Aku tau ada lagi komposer2 yg hebat kat Malaysia ni, M Nasir, Ajai, Fauzi Marzuki, Azmeer, tapi sejak Arwah Loloq tak ada, sudah kurang lagu2 yg liriknya perlu teliti lebih mendalam. Aku bagi contoh satu lirik loloq yg aku kagu sampai sekarang.

Mama Tolonglah Percaya - Exists


Lampu neon mentari limau mandarin

Terpulang pada cermin kanta kita

Dan bagaimana kita melihat

Awan rumput bunga popi mentega

Mata bukanlah adiotoriti

Untuk menentukan hakikat

Ah... kami dah sedar

Betapa peritnya merdeka kepada kami

Mama janganlah marah-marah

Mama tolonglah percaya...

Ini bukan kerja mudah dan suka-suka

Setiap zaman harus ada cetusan tersendiri

Piring terbang lelayang burung garuda

Ada masa kita mereka-reka

Bosan dengan hidup yang nyata

Duyung pari-pari kuda unicorn

Tunduk selalu kepala ditonjol

Asyik dongak takut lupa diri

Lirik yg kelihatan merapu. Tapi kena la dalami. Contohnya, lampu neon mentari limau mandarin. Ketiga2 benda ni kalau kita nak samakan ciri2nya ialah berwarna jingga kan? Walau pun sama warna, tapi sifat2nya berbeza dan tidak sama.

Mungkin satu hari nanti, jika aku ada band sendiri, mungkin aku akan bawa muzik ala2 Ecoutez. Idola aku kan Anita Sarawak. Gelak la. Dah byk persembahan aku bawa lagu dia. Sebab lagu dia berkualiti, dari komposer2 yg bagus. Dia lebih maju berbanding artis2 baru. 80an dah bawa pop/jazz, sedangkan artis sekarang masih mencari2 muzik yg sesuai.

Bersepah artis2 sekarang ni. Kalau kualiti tu berkadar langsung dgn kuantiti ok la, tapi sebaliknya. Kadang2 boleh tersepak artis kat pasar malam sebab ramai dan tak dikenali pon. Semua berebut2 nak graduasi melalui realiti TV.

Ok, zaman grunge, punk rock, indie aku dah tamat. Tapi masih boleh dgr kan???? Haha.

Buat band pop/jazz. Ape?? Buat band macam Hujan??? Bunkface???

Oh Tiiiidddddaaaaakkkkkk.........

Thursday, May 21, 2009

Alam Roh: Dua Jam Mati Hidup Kembali

Video ni adalah sebahagian dari temuramah dgn seorang perempuan di Indonesia yg telah mengalami kematian tetapi telah dihidupkan semula. Video lama ni, tapi aku baru tgk. Tak sampai sebahagian pon. jadi kena la tgk sendiri kat Youtube.


Aku bukan tak percaya tapi ntah la. Tgk cara dia cakap mengalahkan Ustazah Bahyah Forum Perdana Hal Ehwal Islam, tak pon macam Khatijah Tan dlm cerita Dunia Baru. Dgn pakciknya yg duduk ala2 gangster, tak sabar2 nak cakap. Entah la. Dlm temuramah ni, ada gak simptom2 berlagak perempuan ni. Contohnya, berulang2 kali cakap di ni pemurah.

Oleh itu, nilaikan lah sendiri. Tajuk video ni kat Youtube sama dgn tajuk posting ni. Selamat menonton...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails