Tuesday, May 26, 2009

Sumber - Berita Harian (Mutakhir) 26/05/09

PKR timbang tindakan undang-undang terhadap Aminah

GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah Abdullah yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti Ahad ini. Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali. "Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini (dakwaan oleh Aminah) berterusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Aminah pada sidang media semalam turut mengemukakan rakaman audio yang didakwanya mengandungi bukti bahawa beliau ditawarkan RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika beliau menyertai semula parti sekiranya menang pilihan raya kecil Penanti Ahad ini. Zahrain berkata, beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan daripada pemimpin PKR untuk menawarkan sebarang ganjaran kepada Aminah. "Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk buat tawaran kepada Aminah dan saya rasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi peluang membuat siasatan terlebih dahulu sebelum kami buat sebarang keputusan berhubung dakwaan itu," katanya. - Bernama


Aiseh. Kena usik skit dah melatah nak amik tindakan undang-undang. PKR dok tuduh BN taja calon bebas tu camne lak. BN tak amik tindakan undang-undang pon.

Oi Encik Zahrain. Memang la ko tak arahkan sape2 pegi sogok cik Aminah tu. Dah Anwar yg mulus tu yg suruh. Tak pyh berlakon baik la PKR.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails