Wednesday, May 20, 2009

Bakal Saintis Harapan Bangsa

Sumber: Berita Harian 20/05/09

Dengarnya...: Diana dapat tawaran Universiti Nottingham
Oleh Normah Becok


CIK Normah diberitahu rakan sepejabat, pelakon Diana Danielle yang bakal menamatkan sesi Program Latihan Khidmat Negara di Kem Princess Haliza di Sepang awal Jun ini akan menyambung pengajian di dalam bidang asas bio sains di Universiti Nottingham yang mempunyai cawangan di Semenyeh, Selangor. Insya-Allah, Danielle akan masuk untuk sesi kemasukan Julai ini selama setahun setengah. Tamat saja pengajian itu, Danielle akan sambung ke peringkat ijazah. Keputusan sama ada dia akan melanjutkan pengajian itu di Nottingham, United Kingdom atau cawangan di Malaysia masih belum dapat dipastikan. Begitu juga dengan kursus yang bakal diambil, Danielle akan pertimbangkan sama ada untuk belajar bio sains atau psikologi. Semuanya bergantung kepada perkembangan dunia seni Danielle di Malaysia.
Cik Normah dan rakan sepejabat doakan Danielle akan terus sukses dengan cita-citanya. Nampaknya, hasrat ibunya, Norsiah Ramli untuk melihat Danielle jadi saintis akan menjadi kenyataan tak lama lagi.


Aku nak ucapkan tahniah kepada pelakon Diana Danielle sebab mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Tapi yg lawaknya, seingat aku dia ni dapat 2A 5B dalam SPM tahun lepas. Tu pon yg dia sebut 7kertas je, yg lain2 tak sebut lak. Tu pon nak berangan jadi saintis. Hahahahaha.

Tapi aku rasa dia layak kot jadi saintis. Dia kan lebih 'advance' dari rakan2 sebaya dgn dia. Sebelum hbs sekolah, dah ada syarikat sendiri, pandu kereta mewah. Tapi dalam drama je la. Eh, mak dia kaya tau. Mesti dia boleh pandu kereta mewah.

Dia ingat nak jadi saintis senang kot. Kalau nak tau cuba dulu la cik adik oi. Lagipon, bidang sains ni luas. Kalau nak jadi saintis, kena la pilih bidang sains mana. Tak boleh main cakap je nak jadi saintis.

Oi Normah Becok. Sekarang sape lagi becok????Ha???Ha???

2 comments:

Farfar said...

bio dia a kot...hhahaaha...5a 2b, pandai tuh. ke pemeriksa nampak je nama dia, minat lak tu tgk air mata maria, terus bg mrkh tggi...mana tau. ditmbh lak makcik pemeriksa tu minat syamsul yusof masa tu, lagi la dapat tinggi, kan jon becok?

jon azizul said...

pembetulan...2A 5B...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails