Sunday, May 3, 2009

Aku No 1

Seringkali kita dgr pasal no 1 ni. Tgh hari tadi aku tgk Melodi, cerita pasal kump Search yg akan buat konsert satu Malaysia. Kump Search ni dianggap sebagai ikon rock dan kump rock no 1 negara. Tapi aku pelik, kdg2 org ckp Wings kump rock no 1, kdg2 Search, kdg2 Lefthanded. May pon ada gak. Jadi, kump rock mana no 1 kat Malaysia? Atas ciri2 ape jadi no 1? Bukan tu je. Kdg2 title diva pon selalu org guna. Artis tu diva no 1, artis ni diva no 1. Jadi sape yg no 1? Aznil ke Azwan? Haha...

Pastu cerita pasal artis pegi buat umrah. Balik mesti pakai tudung. Haha. Perlu ke nak insaf kena peg umrah atau haji dulu? Kat Malaysia tak boleh? Tapi Siti, bertuah nak pakai tudung penuh.

Aku ingat lagi dulu. Masa Aznil pegi haji. Punye byk gmbr dia posing kat sana. amik guna henset. Balik sebarkan gmbr2 tu kat media2 cetak. Surat khabar la tu. Pastu cakap "aku dah insaf". Piiirraaaahhh. Tak perlu kecoh satu negara ko nak insaf. Ke bagi gmbar tu nak bgtau "oi semua org, aku dah pegi haji. Panggil aku Haji Aznil."

Macam2 artis kita ni. Dalam berita ada cerita pasal polis buat operasi besar2an utk cegah lumba haram. Moto dan kereta. Maknanya, lumba haram makin berleluasa skrg ni. Oleh itu, berkesankah utk menyampaikan pengajaran bahawa lumba haram ni perkara merugikan melalui perantara filem atau drama sebagai makin berlambak lumba2 haram ni?? Apa kata Shamsul Yusoff?? Berjaya ke filem Bohsia tu sedarkan masyarakat terutamanya golongan remaja??

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails