Friday, May 22, 2009

Muzik Masa Sekarang....

Dulu aku penah 'post' yg aku lebih minat pemuzik dari Indonesia berbanding pemuzik tempatan. Sekarang aku akan hujahkan semua yg terpendam selama ini. Chewah...

Jangan salah anggap. Aku minat pemuzik Indonesia tapi bukan yg telah masuk dan popular di Malaysia. Maafla, Ungu, Samsons, Peter Pan, Kerispatih, Matta Band, Kangen Band semua tak masuk dalam kamus muzik aku. Aku lebih selesa dgr Ecoutez, Maliq & D'essentials, Dewa19, Tika, Sore terutamanya Mister Ahmad Dhani yg amat kreatif dgn muzik nya. Tu pon aku sebutkan beberapa je. Tapi percaya la, band2 seberang yg masuk ke sini tu hanyalah band2 picisan. Yg aku pelik, kenapa org Malaysia boleh terima sampai taksub sgt? Ada lagi pemuzik yg lagi hebat, dan bayangkanlah, jikalau yg picisan yg masuk ke sini pon diterima baik, bagaimana jikayg lebih hebat masuk? Tiada perbezaan aku rasa. Sebab org Malaysia buta muzik. Aku boleh jamin nama2 yg aku sebut di atas mempunyai muzik dan lirik yg baik, sebab aku ada album2 mereka. Aku telah dgr. Dan mmg terbaik.

Aku bg contoh. Video yg pertama ni dari kumpulan Maliq & D'Essentials. Cuba dgr betul2. Boleh bg contoh artis Malaysia yg mempunyai jenisan muzik sebegini?

Yg berikutnya, dari Ecoutez. Antara band yg menjadi sumber rujukan aku jika aku ada persembahan.

Bagaimana? Sudah percaya?

Ada byk lagi yg terbaik. Tak ada masa untuk aku letakkan semua kat sini. Apa susah, kemudahan internet ada, dunia pon dah tanpa sempadan. Rajin2 la mencari.

Masalah besar di Malaysia ialah artis yg benar2 berbakat dan mampu menulis lagu sendiri tidak diletakkan pada kedudukan yg sepatutnya. Boleh aku tau, berapa byk lagu yg Mawi buat sendiri? Kalau Aizat berbakat dalam penulisan lagu, kenapa dia masih memainkan lagu Jason Mraz pada persembahan2nya? Teringin dilabelkan Jason Mraz Malaysia? Maaf, jauh pemetik api dari batang rokok. Harus diingat, lagu Hanya Kau yg Mampu tu tulisan komposer dari seberang. Takkan la org Malaysia akan menggunakan istilah 'KETEPURUKKAN' dlm lagunya. Tu kan bahasa Indonesia.

Pernah dgr lagu2 Atilia? Tu la muzik yg sebenarnya bijak. Tapi kenapa corong2 radio di sini jarang2 memutarkan lagu dia? Sebab mungkin dia bukan dari program realiti TV kot. Mungkin lah kan. Haha.

Satu lagi masalah di Malaysia ini, adalah lagu2 yg tangkap muat. Ada duit, mesti boleh buat album. Hasilnya, lagu yg tak berkualiti pon muat gak dalam album tu. Aku bagi contoh kat bawah ni:

Ku Merindu - Shah feat Ella

Ku merindu,

Merindu cinta yang tulus dari hatimu

Selalu ku impikan hidup bersamamu

Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ku berjanji,

Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku

Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku

Agar kau dapat menerima cintaku


Ku selalu,

merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku


Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Usah kau ragui cintaku

Ku tetap merindu


Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Ku tunggu jawapan cintamu

Ku tetap merindu


Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku

Yang selalu setia menunggu dirimu

Tgk lagu ni. Asyik dok ku mu ku mu sampai habis. Pastu nanananana nya separuh dari lagu. Tolongla kreatif skit. Tu pon org boleh terima. Aku tau ada lagi komposer2 yg hebat kat Malaysia ni, M Nasir, Ajai, Fauzi Marzuki, Azmeer, tapi sejak Arwah Loloq tak ada, sudah kurang lagu2 yg liriknya perlu teliti lebih mendalam. Aku bagi contoh satu lirik loloq yg aku kagu sampai sekarang.

Mama Tolonglah Percaya - Exists


Lampu neon mentari limau mandarin

Terpulang pada cermin kanta kita

Dan bagaimana kita melihat

Awan rumput bunga popi mentega

Mata bukanlah adiotoriti

Untuk menentukan hakikat

Ah... kami dah sedar

Betapa peritnya merdeka kepada kami

Mama janganlah marah-marah

Mama tolonglah percaya...

Ini bukan kerja mudah dan suka-suka

Setiap zaman harus ada cetusan tersendiri

Piring terbang lelayang burung garuda

Ada masa kita mereka-reka

Bosan dengan hidup yang nyata

Duyung pari-pari kuda unicorn

Tunduk selalu kepala ditonjol

Asyik dongak takut lupa diri

Lirik yg kelihatan merapu. Tapi kena la dalami. Contohnya, lampu neon mentari limau mandarin. Ketiga2 benda ni kalau kita nak samakan ciri2nya ialah berwarna jingga kan? Walau pun sama warna, tapi sifat2nya berbeza dan tidak sama.

Mungkin satu hari nanti, jika aku ada band sendiri, mungkin aku akan bawa muzik ala2 Ecoutez. Idola aku kan Anita Sarawak. Gelak la. Dah byk persembahan aku bawa lagu dia. Sebab lagu dia berkualiti, dari komposer2 yg bagus. Dia lebih maju berbanding artis2 baru. 80an dah bawa pop/jazz, sedangkan artis sekarang masih mencari2 muzik yg sesuai.

Bersepah artis2 sekarang ni. Kalau kualiti tu berkadar langsung dgn kuantiti ok la, tapi sebaliknya. Kadang2 boleh tersepak artis kat pasar malam sebab ramai dan tak dikenali pon. Semua berebut2 nak graduasi melalui realiti TV.

Ok, zaman grunge, punk rock, indie aku dah tamat. Tapi masih boleh dgr kan???? Haha.

Buat band pop/jazz. Ape?? Buat band macam Hujan??? Bunkface???

Oh Tiiiidddddaaaaakkkkkk.........

3 comments:

Farfar said...

lepas perform lagu2 anita sarawak, pastu dah tak nak dengar balik...hahahahhahaha

Anonymous said...

truk ke ko rasa hujan n bunkface tu bg ko? setahu ak la hujan mmg band brit pop/rock yg not bad la.. tmbh plak klu dnga album mencari konklusi.. plus diorang pnah mng AIM 'best rock album' n lg rock tbaek "bila aku sudah tiada" yg dihakimi oleh juri bkn nya vote..

jon azizul said...

benda ni terpulang kat halwa telinga sendiri. aku dgr hujan, sampai ke khadijah ibrahim pon aku dgr. aku kenal hujan sejak ada sekor minah dlm band dorg. noh pon blum join lagi. aku knl bunkface sejak dorg dok cover lagu sum 41 lagi. AIM terbaik pon sbb kita cuma terperuk dalam persekitaran yg sama je. kalo nak ckp lagu terbaik, cuba dgr lagu afdlin shauki. lagi terbaik. tapi nape tak terpilih pon. tu aku rasa tak ke mana pon industri muzik negara ni. aku taknak jadi hipokrit. aku dgr je band indie. yg sblm ni org lbh kenal dgn gelaran underground. aku suka. tapi skrg ni sume nak jadi indie. yg ppuan sume nak jadi singer-songwriter mcm colbie caillat, mcm yuna ito. yuna ito kuar lagi lama dari yuna tudung tu. dh boleh main gitar skit jom buat album. kita tgk la ape industri kat sini boleh berkembang tak pasni. jgn terlalu obses dgn indie. muzik universal. tak semestinya indie tu bgs dan bkn indie tak bgs. dan bkn semestinya indie tak bgs. cuma perlu la bezakan muzik ada kualiti dgn yg buat cukup2 nak penuhkan album je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails