Wednesday, May 6, 2009

Ikat tepi ke tengah?

Pada suatu hari yg panas terik, Annalika(bukan nama sebenar) terasa tekak dan kerongkongnya begitu haus dan dahaga. Terdapat sebuah gerai menjual air minuman di seberang jalan lalu tanpa berlengah lagi dia terus melintas jalan dgn penuh berhemah.

Terliur rasanya melihatkan air yg sejuk di waktu yg terik begini, Annalika ingin merasai nikmat air sirap. Berikut adalah perbualan Annalika dan penjual air tersebut:

Annalika: Kak, sirap satu. Bungkus ye. (Sungguh garau suaranya, mungkin manusia amfibia, dua alam)
Penjual: Nak ikat atas ke bawah?

Bingung seketika rasanya Annalia mendengar pertanyaan tersebut. Lalu sejenak dia berfikir di dalam hati (dengan suara yg garau itu juga)...

"Kalau diikat di keseluruhan bahagian tepi plastik, mestilah tumpah. Kalau diikat di tengah2 bahagian plastik, mesti dapat separuh je yg bahagian bawah sebab yg bahagian atas tu mesti tumpah gak."

Berbekalkan ilmu yg di dadanya, dia telah menemui satu jalan penyelesaian.

Annalika: Kak, tepi taknak, tengah pon taknak. Ikat bahagian atas plastik yg terbuka tu. Mesti tak tumpah, kan? Kan?

Rasa ngilu sebab penyeduk air singgah di kepalanya selepas itu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails