Tuesday, May 5, 2009

Makan atau bungkus?

Fara (bukan nama sebenar) sedang mengalami kelaparan yang amat sgt dan tidak tertahan lagi. Dah sampai tahap selsema babi (dah tak guna istilah gila babi dah sekarang). Lalu dia bergegas ke kedai makan yang berdekatan untuk membeli makanan.

Oleh kerana masih belum menghabiskan menonton filem Coming Soon di rumah, dia berhajat untuk membungkus mee goreng untuk dimakan sambil menonton filem berkenaan. Sesampainya dia di kedai tersebut, dia telah meminta mee goreng yg dihajati oleh perutnya kepada makcik yg mengambil order.

Makcik: Nak order ape nak?
Fara: Mee goreng kurang pedas ye makcik.
Makcik: Makan ke bungkus?

Sejenak Fara berfikir seorang diri. Di dalam hatinya berkata 'aku nak makan. Mesti la kena cakap makan kan.'

Fara: Makan makcik. Kat rumah. Hehehe.

Setelah menunggu lebih kurang 10 minit, mee goreng pon dah siap disediakan tetapi tidak dibungkus.Lalu dia pon berkata:

Fara: Makcik, saya kena bawa balik dengan pinggan2 sekali ke ni? Saya kan nak makan kat rumah.
Makcik: Tapi tadi anak tak cakap pon nak bungkus...
Fara: Yela. Takkan nak bungkus je. Tak buka2. Saya nak makan. Saya cakap la nak makan. Tapi bukan kat sini tapi kat rumah. Aduh makcik ni.

Makcik tadi pening lalu pengsan.
Hahaha.
Memang tak lawak pon. Aku pon pening sekarang ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails