Monday, May 4, 2009

Tak beradab

Ketamadunan manusia bergantung kepada beberapa ciri2 yg mengangkat darjat sesuatu kaum itu. Salah satunya adab sopan. Org Melayu memang terkenal dgn keadabannya. Tetapi, makin lekang dek panas, makin lapuk dek hujan. Ada beberapa contoh yg aku tgk depan mata kepala aku sendiri.

1) Seorang makcik menjual kerepek dari meja ke meja di sebuah kedai makan. Ada sekumpulan manusia yg bersembang dgn suara yg kuat, yg ingat mereka ni hebat terlihat makcik tu menghampiri meja mereka. Ada seorang lelaki yg bersaiz badan lebih besar dari beruang kutub dalam iklan Fresh & White tu tak semena2nya mengambil telefon bimbit dan berlakon seolah2 ada org telefon. Selepas makcik tu berlalu, sekumpulan manusia tu terus mentertawakannya.

2) Seorang lelaki menjual pewangi kereta dari meja ke meja di sebuah medan selera. Di mengahmpiri sebuah meja yg diduduki sekumpulan manusia yg perasan bagus. Seorang wanita daripada kumpulan berkenaan tiba2 menjerit dan menuding jari ke arah barangan jualan itu "Yg tu minggu lepas dah beli". Seperti biasa, kemudian ketawa beramai2.

Kenapa perlu menjadikan org yg mencari rezeki secara halal satu bahan jenaka?

Kalau sekalipun tidak mahu membeli barangan yg dijual, tolak secara berhemah dan minta maaf.

Penjual itu bukan lah memaksa kita utk membeli tetapi mereka tidak mahu dipersendakan. Beradab lah. Tak susah pun.

1 comment:

Farfar said...

aku pon nampak...babun betul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails