Sunday, May 31, 2009

Bila Bakat Mengatasi Segalanya...

Hai. Bertemu lagi di blog yg merapu ini. Pada edisi kali ini, saya akan membawa anda untuk berkenalan dgn seorang wanita Britain, yg pada usia 47tahun telah berjaya mencipta nama. Mungkin saya terlambat untuk berbicara tentang wanita hebat ini, dan anda telah mengenalinya dahulu, tapi saya yakin ada yg masih tertanya2 siapa wanita ini.

Susan Boyle, yg menghabiskan usianya hidup bersendirian bersama kucing peliharaannya telah memukau para penonton dalam rancangan Britain's Got Talent pada musim ini. Ketika usia kecilnya, dia hanyalah seorang kanak2 yg kesunyian dan sering dibuli, tapi siapa tahu, pada usia lewatnya ini, dia telah membariskan dirinya di antara ribuan peserta realiti tv seluruh dunia. Dan apa yg paling pasti, bakat dia ternyata satu dalam seribu.

Video pertama, menunjukkan dia ketika pertama kali menjejakkan kaki ke pentas Britain's Got Talent. Saksikan bagaimana reaksi para penonton terhadapnya. Seolah2 dia bakal menjadi William Hung versi wanita.

Dan saksikan bagaimana seluruh dewan bangun, begitu kagum dengan bakat terpendamnya.

Video kedua menunjukkan Susan ketika peringkat separuh akhir. Saksikan bagaimana dia membawa lagu yg sukar untuk dikuasai dengan tenang sahaja.

Ternyata Susan Boyle adalah fenomena terbaru di dunia.

Apapun, dia lebih berbakat dari org lain. Lebih bagus dari 'Wak Kempis' yg cuba ujibakat Malaysian Idol yg menyanyikan lagu 'Selamat Jalan Romeo' suatu masa dahulu.

Saturday, May 30, 2009

Video best

Asyik 'upload' video org je, kali ni video sendiri lak. Haha. Tapi video lama la. Awal tahun lepas.

Best gak tgk video sendiri. Kuikui....

Thursday, May 28, 2009

Chin Peng Peng!!!

Chin Peng.



Sebut nama je semua org kenal. Ni la penggerak Parti Komunis Malaya dulu. Dah la dia merempat kat selatan Thai lepas PKM meletak senjata dulu. Sekarang ni dah teringin nak balik Malaysia. Tapi keinginan dia untuk pulang ke sini mendapat pelbagai pandangan dari segenap pihak. Ada yg kata, cincai la, dia dah tua. Bagi la balik sini. Ada lak yg kata, jgn harap nak balik sini. Dulu bukan main hebat, bunuh org sana sini, tentang kerajaan. Sekarang berlagak alim lak.



Gara2 saranan Ketua Parti Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan, yg meminta kerajaan bertimbangrasa untuk membenarkan malaun ni pulang, kecoh satu negara. Perlu kita selidik dulu susur galur keturunan Teng. Kot2 ada bau2 bacang dgn Chin Peng, sebab tu dia sokong sangat.



DAP memang setuju benar la. Sebab paham2 je la ideologi dan perjuangan DAP ni. Ada sipi2 macam PKM walaupun DAP tak menjunjung senjata.



Ada gak YB2 dari PAS yg turut bersetuju. Petikan sidang akhbar YB Salahuddin Ayob:




Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.
"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.
"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Agaknya, nak buat penilaian macam mana nak buat keputusan yg Chin Peng ni dah bukan berfahaman komunis lagi? Nak suruh dia jawab 'questionaires'? Nak suruh dia buat ujian fizikal lari 1500m dalam masa 12minit? Nak cek jantung dia sihat, bebas kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung?



Semua org tau siapa Chin Peng. Kalau dia tak balik sini dan mati kat selatan Thai pon, sejarah negara tetap sama. Pernah dicalarkan dengan kekejaman komunis ni, membunuh org ramai dan para perajurit kita tak mengir bangsa dan agama. Jadi, buat apa kita nak sambut kepulangan setan ni? Nak sambut dgn kompang? Nak berarak kat Dataran Merdeka? Dulu, ingatlah, siapa yg sombong ketika Perjanjian Baling?



Dan kepada pihak yg menyatakan bahawa PKM pejuang sebenar kemerdekaan, tolong la letak otak anda di dalam tengkorak anda dgn elok2 kembali. Adakah berjuang untuk kemerdekaan mengizinkan kita untuk membunuh dgn sesuka hati?



Aku hormat pandangan MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Walaupun berbeza parti dgn Datuk Seri Najib, dia boleh berfikiran secara waras, menentang Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. Kadang2, ada isu2 yg di luar batasan politik. Jangan sebab kepentingan politik individu, kena ikut semua cakap komplot kita sehingga maruah diri tergadai.

Oi Buat Ape Tu???

Situasi pertama:

Hai Prof Razak, buat ape tu? Kang ada lagi bini yg failkan penceraian kat mahkamah. Haha.

Prof Razak: Eh Fasha, belum cukup selak lagi ni. Atas skit. Ha, camtu. Baru nampak ala2 berkemban.

Fasha: Ala Prof ni, jgn la dpan2 org ramai. I kan selalu berketrampilan bersih di khalayak ramai.

Pekerja2 kat belakang: Ish, nak ehem2 pon cari la tempat lain. Kang aku raut daun2 kat belakang ni buat penyapu lidi, pastu bedal sekor2 baru tau.

Situasi kedua:

Waheeda: Ustaz tgk bintang tu. Ustaz janji nak bawa I ke sana lepas kawin nanti. I kena lari jauh2 sebab nanti org cakap I ni perosak rumahtangga org...

Akhil: Oh, bintang tu ke? Tak ape. Nanti ana sewa Soyuz kita pegi sana. Mengikut Hadis, eh dah tak boleh. Ana bukan ustaz lagi dah. Tgk la gaya gua posing. Rockers beb!

Lelaki kabur: Kenapa muka kita dikaburkan? Adakah sebab aku tak hensem macam Ustaz tu???

Wanita kabur: Tu la pasal. Aku dah tunduk ni nak elak tempat kabur tu. Tapi tetap kabur gak. Tensen ah camni.

Runtuh!!!








Gila ah. Aku pegi tgk tadi bangunan yg runtuh tu. Sebenarnya tak sengaja. Nak beli nasi lemak. Tiba2 semua jln masuk ke 14th kena blok. Aku turun kereta pegi usha. Macam domino jadi tiang2nya.


Dulu, masa bangunan tu masih beroperasi, aku selalu gak pegi beli barang makanan aku kat situ. Kerja2 pengubahsuaian yg buat bangunan tu runtuh.



Gambar2 ni bukan aku yg amik. Nak pegi dekat pon tak boleh. Haha. Gambar2 sumber Berita Harian.

Wednesday, May 27, 2009

Tips-Tips Untuk Temujanji Dengan Pasangan Anda

Video ni memaparkan beberapa petua untuk dielakkan ketika temujanji dengan kekasih anda. Semoga berjaya!!!



Love is All Around

I'm not a person who is genius with words. So let me borrow some verses of these songs to express my feeling (chewah)...

1) Mariah Carey - I'll Be There

"I'll be there to comfort you

A-build my world of dreams around ya I'm so glad I found you

I'll be there with a love so strong

I'll be your strength

You know I'll keep holdin' on..."

2) Air Supply - Even The Nights Are Better


"Even the nights are better

Now that we're here together

Even the nights are better

Since I found you.."

3) Chicago - If You Leave Me Now


"If you leave me now, youll take away the biggest part of me

No baby please dont go

If you leave me now, youll take away the very heart of me

No baby please dont go..."

4) Dan Hill - Sometimes When We Touch

"And sometimes when we touch

The honesty's too much

And I have to close my eyes and hide

I wanna hold you til I die

Til we both break down and cry

I wanna hold you till the fear in me subsides..."

5) Diana Ross - When You Tell Me That You Love Me

"Everytime you touch me

I become a hero

I'll make you safe

No matter where you are

And bring you everything you ask for

Nothing is above me

I'm shining like a candle in the dark

When you tell me that you love me..."

6) Glenn Medeiros - Nothing's Gonna Change My Love For You

"Nothing's gonna change my love for you

You ought to know by now how much I love you

One thing you can be sure of

I'll never ask for more than your love..."

7) DJ Sammy & Yanou feat Do - Heaven

"Baby you're all that I want

When you're lyin' here in my arms

I'm findin' it hard to believe

We're in heaven..."

8) Seal - Kiss From A Rose

"Baby, I might compare you to a kiss from a rose on the gray

Ooo, the more I get of you, stranger it feels, yeah

And now that your rose is in bloom

A light hits the gloom on the day..."

9) Styx - Babe

"You know its you babe

Whenever I get weary and Ive had enough

Feel like giving up

You know its you babe

Giving me the courage and the strength I need

Please believe that its true

Babe, I love you..."

10) Babyface - Everytime I Close My Eyes

"Every time I close my eyes

I thank the lord that I've got you

And you've got me too

And every time I think of it I pinch myself cuz I don't believe it's true

That someone like you loves me too .."

11) Celine Dion feat Bee Gees - Immortality

"And I will stand for my dream if I can

Symbol of my faith in who I am

But you are my only

And I must follow on the road that lies ahead

And I won't let my heart control my head

But you are my only..."

12) Sir Elton John - Something About The Way You Look Tonight

"And I can't explain but it's something about the way you look tonight

Takes my breath away

It's that feeling I get about you deep inside

And I can't describe but it's something about the way you look tonight

Takes my breath away

The way you look tonight..."

13) The Pretenders - I'll Stand By You

"I'll stand by you

I'll stand by you

Won't let nobody hurt you

I'll stand by you

Take me in, into your darkest hour

And I'll never desert you

I'll stand by you..."

14) Sophie B Hawkins - As I Lay Me Down

"As I lay me down to sleep

This I pray that you will hold me dear

Though I'm far away

I'll whisper your name into the sky

And I will wake up happy..."

15) Micheal Bolton - To Love Somebody

There's a light

A certain kind of light

That never shone on me

I want my life to be lived with you

Lived with you

There's a way

Everybody say to do each and every little thing

But what does it bring if I ain't got you

Ain't got you

You don't know what it's like

Baby, you don't know what it's like

To love somebody, to love somebody

The way I love you

In my brain I see your face again

I know my frame of mind

You ain't got to be so blind and I'm blind

So very blind

I'm a man

Can't you see what I am

I live and breathe for you

But what good does it do if I ain't got you

Ain't got you

...Dedicated to Nor Farazura binti Mohamad Ghazali...

'Soundtrack 6th Anniversary'


Wah. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Dah 6tahun rupanya. Tapi perasaan masih tetap sama. Jiwang lak rasanya. Hahaha.

Tadi, sambut ulangtahun ala2 kadar je. Biasa lah. Kami memang jenis yg sederhana. Cuma makan malam di Restoran Sari Ratu. Dapat rasa masakan Padang lagi. Dgn es teler, ayam 'pop', kerabu, paru goreng, dan jus durian sebab es pokat tak ada lak hari ni. Kecewa betul aku.

Pastu jln2 kat The Curve. Beli baju. Haha. Tu je la yg mampu. Tak mampu nak makan kat tempat2 yg lebih eksklusif. Tahun depan dan tahun2 yg mendatang diharapkan semoga terus berkekalan. (Mutah dah sampai kat anak tekak sebab aku tak penah tulis jiwang2 camni. Telan balik).

Aku tanya Farazura. Lagu apa yg menjadi runut bunyi sepanjang 6tahun aku dgn dia. Dia pon tak ingat sangat. Saje uji dia sedangkan ni kat bawah2 ni antara lagu yg menjadi siulan kedamaian aku dgn dia. Haha. Aku pon tak ingat yg lain. Tapi nanti aku kemaskini lagi.

1) Atilia - Selalu Denganmu.

Baru je lagu ni jadi lagu pilihan. Sebab baru ada album Atilia. Jazz weh. Walaupun lagu ni asalnya dinyanyikan oleh penyanyi Jazz Indonesia, Tompi, tapi tetap sedap kalo dijadikan lagu untuk pasangan kalian. Hahahahaha....


2) Siti Sarah - Ke Hujung Dunia

Kenapa lagu ni ye? Sebab lagu ni aku terdengar di atas bas waktu 'outing' kami ke Melaka ketika di KMJ dulu....

3) Gigi - Perihal Cinta

Biasa la. Kitorang memang minat Gigi. Lagu ni ada lirik yg amat mendalam. Ringkas tapi mesej terhadap kekasihnya sampai. Betul tak???

4) Siti Nurhaliza - Untuk Selamanya

Mula2 aku tak faham lagu ni. macam pelik susunan ceritanya. Tapi lama2 jadi sedap lak. Dapat poskad Laila Isebella beserta lirik lagu ni. Ni kan lagu dalam filem tu.


5) Ruth Sahanaya - Kaulh Segalanya

Terngiang2 lagi kat telinga aku lagu ni Fara nyanyi. (Jangan marah...hahahaha). Dapat kat kad bulanan dahulu liriknya. Lagu tema untuk org2 yg sedang hangat bercinta.

6) Sheila Majid - Aku Cinta Padamu

Ala, biasala lagu ni kan???

Ada banyak lagi lagu2 lain tapi tak dapat cari videonya. Contohnya, Anita Sarawak - Cinta nan Satu dan Nora - Kau tak pernah jauh. Takpe, nanti aku akan usahakan untuk episod kedua.

P/s: Lagu2 ni dia yg nyanyi. Hahahahaha.....

'Stupid Boy'

Lagu terbaik bagi aku dari Sheila On 7. Selalu aku karaoke lagu ni. Hahaha. Tapi sian budak tu pakai baju ada tulis 'Stupid Boy'.

Sekarang Sheila On 7 dah tukar drummer. Kurang best dah. Dulu, video klip selalunya tak kena langsung dgn lagu. Lawak2 semuanya. Lagu lak serius. Bengong.

Debat Husam vs Ezam - Siapa Pengecut Sebenar?

Ceritanya bermula begini. TV9, melalui rancangan bual bicara Hujah, yg ditayangkan setiap malam Selasa ingin mempertemukan dua tokoh politik dari dua parti berbeza, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari UMNO dan Husam Musa dari Pas. Tajuk perbincangan ialah Rasuah dalam Politik.

Atas sebab2 tertentu, Zahid telah menarik diri dari debat tersebut, dan perkara ini telah diberitahu kepada TV9 lebih awal. Lalu, Ezam Mohd Nor telah bersetuju untuk menggantikan Zahid.

Namun, pada malam rancangan tersebut, Husam pula turut menarik diri pada saat2 akhir dan tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun.

Biasalah. Blogger yg sokong kerajaan tuduh Husam tak ada telur dan blogger pro-pembangkang lak tuduh sebaliknya.

Kalau nak dirungkaikan permasalahan ni, aku rasa Husam yg bacul. Sebab, perkara Zahid telah diganti oleh Ezam semua org tau dari awal lagi. Kalau Husam cakap buang masa debat dgn Ezam, sepatutnya hari Isnin tu dia dah tarik diri. Tapi kenapa sebelum rancangan tu baru nak angkat kaki?

Bacul ke pengecut?

Oh, Cinta Terhalang...

Wah, kali ni nak jadi wartawan hiburan lak la. Hahaha.

Kecoh pasal Akhil Haik Tuih tu dgn Waheeda. Dari dulu lagi aku dah boleh jangka. Mesti ada ape2. Mula2 sekali, kena betulkan la. Betul ke mamat tu ustaz? Kat mana dia belajar ilmu agama? Kalau ada, tolong bgtau aku. Jgn disebabkan dia tu bekas penyanyi rock, berubah menyanyi lagu2 ketuhanan, berkopiah dan berserban, dok berceramah kat ceramah Pas, guna ganti nama diri 'Ana', semua org senang2 cop dia ustaz. Kalau mcm tu, tak lama lagi akan ada lak Ustaz Amy, Ustaz Awie, Ustaz Hattan dan Ustazah Ella. Sebab Ella pon penah nyanyi lagu nasyid, siap pakai jubah bertudung litup lagi.

Yg Waheeda, dia cakap 'tak kisah jika dikatakan perampas atau menjadi punca perceraian mereka' kat Berita Harian. Jadi, awal2 lagi dia dah mengaku bertanggungjawab kalau apa2 jadi kat rumahtangga Ustaz Rock tu. Dah kantoi la kan. Korang pegi tgk wayang tgh2 malam, berdua2an bukan muhrim tu bagi korang betul la kan? Kalau dapat pangkat ustaz celup, maknanya buat ape2 pon boleh la kan?

Boleh blah la Akhil. Aku penah tgk ceramah ko. Kutuk org lebih. Dok baca ayat al-Quran diselang-selikan dgn caci maki org. Bukan fitnah ke tu namanya? Sekarang, rasakan. Lakonan ko sbg manusia yg alim dah tamat.

Tuesday, May 26, 2009

Lawak Ayam...

Dah cukup psl politik. Jom tgk lawak ayam lakonan pelakon kegemaran aku, Harun Salim Bachik.

Sumber - Berita Harian (Mutakhir) 26/05/09

PKR timbang tindakan undang-undang terhadap Aminah

GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah Abdullah yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti Ahad ini. Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali. "Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini (dakwaan oleh Aminah) berterusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Aminah pada sidang media semalam turut mengemukakan rakaman audio yang didakwanya mengandungi bukti bahawa beliau ditawarkan RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika beliau menyertai semula parti sekiranya menang pilihan raya kecil Penanti Ahad ini. Zahrain berkata, beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan daripada pemimpin PKR untuk menawarkan sebarang ganjaran kepada Aminah. "Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk buat tawaran kepada Aminah dan saya rasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi peluang membuat siasatan terlebih dahulu sebelum kami buat sebarang keputusan berhubung dakwaan itu," katanya. - Bernama


Aiseh. Kena usik skit dah melatah nak amik tindakan undang-undang. PKR dok tuduh BN taja calon bebas tu camne lak. BN tak amik tindakan undang-undang pon.

Oi Encik Zahrain. Memang la ko tak arahkan sape2 pegi sogok cik Aminah tu. Dah Anwar yg mulus tu yg suruh. Tak pyh berlakon baik la PKR.

Lapar Mogok atau Mogok Lapar???

Hari ni (Selasa), akan bermulalah satu perjuangan murni (?) geng2 Pakatan Rakyat di Negeri Perak Darul Ridzuan untuk menjalankan satu aktiviti riadah iaitu mogok lapar. Mogok ini akan berlangsung selama 72jam untuk mengkritik atau dengan secara lebih telus lagi, membantah keputusan mahkamah yg memihak kepada Barisan Nasional baru2 ini untuk jawatan Menteri Besar.

Dewan Ulama Pas Perak, melalui Haji Ahmad Awang berkata, mogok ini adalah berlandaskan hukum agama Islam iaitu boleh dianggap sebagai puasa sunat ketika berhadapan dgn krisis politik di negeri ini.

Yg peliknya, kalau yg mogok tu bukan Islam, boleh dianggap puasa sunat ke? Mau ke diorang tu 'potong' dulu? Hahaha...

Mengikut pendidikan Islam yg aku pelajari di sekolah dahulu, ye la, kat sekolah je. Aku belajar agama tak tinggi. Bukan macam ulama2. Puasa tu bermula dari waktu imsak sampai ke waktu Maghrib pada hari yg sama je. Tak kisah la puasa sunat ke, puasa ganti ke mahupun puasa bulan Ramadhan. Tapi kalau dah puasa sampai tiga hari iaitu 72jam, puasa ape tu? Jenis apa ye? Musykil gak aku, kalau tiba2 geng ni berbuka puasa bila azan maghrib, puasa tu boleh diterima tetapi mogok tu kira terbatal la kan? OOOOO, mungkin gak tiap kali waktu maghrib tu, diorang anjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat. Kalau macam tu aku pon nak join gak. HAHAHAHA.

Dalam blog Hishamudin Rais style dia camni KAH....KAH...KAH...
Hishamudin, tak puasa ke esok??? Hahaha. KAH...KAH...KAH...

Diharap esok siap sedia la ye JPA ke PBSM ke dgn ambulans, yg mogok tu semua ganyut2 belaka. Kang ada yg sampai ajal, maunye ada Pilihanraya Kecil lak. Nanti bila BN tak tanding, cakap la BN takut la, bacul la. Tapi semua punca dari PR. Piiiiiiiiiraaaaaaaaaaahhhhhhhhhh.......

Kalau nak jayakan mogok lapar ni senang je. Sape yg tahan paling lama, bagi jawatan. Tak kira la Menteri Besar ke, Timbalan Presiden Pas ke. Last2, yg paling lama tahan Nga dgn Ngeh. Sebab dua2 tu memang teringin nak jadi Menteri Besar Perak. Yg paling tahan no2, bagi Camry AGS10. Sumpah Nizar tahan sampai kena gastrik. Ikut cara Hishamudin Rais ayuh. KAH...KAH...KAH...

Sape2 yg nak meniaga, esok diadakan bazar menjual makanan kat depan geng2 ni mogok. Jualan makanan berbuka puasa, ooppss, berbuka mogok lapar. Meriahnye mengalahkan Karnival Jom Heboh. Bawa anak2 kecil, setiap seorang akan dihadiahkan aiskrim, dgn syarat, kena jilat aiskrim dgn penuh syahdu dpn org2 yg berjiwa kental ni. Tgk nafsu depa ni tahan tak tgk aiskrim. KAH...KAH...KAH...

Hujung minggu hari tu, mesti bini2 geng mogok ni sibuk di dapur. Ye la, si laki nak makan byk2 untuk simpan tenaga nak bermogok. Perut biar penug dgn makanan. Baru ada tenaga nanti. Ni pon, entah2 Subuh ni semua dok pakat bersahur bersama2.

Abg Nuar puasa tak? Puasa tu boleh melatih kita menahan nafsu. Bukan setakat nafsu lapar dan dahaga. Paham2 je la nafsu ape. KAH...KAH...KAH...

Aku tak berminat pasal politik, tapi aku tak boleh terima bila golongan yg katanya berilmu agama yg tinggi jadi bodoh sebab politik. Bodoh. Kecik2 taknak mampus. Besar2 menyusahkan org. Bukan aku kata. Director Ahnad Nisfu yg kata tau!!!!!!!!

p/s: Mungkin depa ni nak mogok lapar sebab nak diet.

Cursive

Bila org tanye aku, band ape aku paling minat, terus aku jawab Cursive. Sebab dorg kreatif gila. Dari album pertama sampai yg terbaru muzik berbeza, dgn bunyi2an dari trumpet, saxophone dan cello. Memang terbaik.

Lirik yg perlu didalami untuk difahami. Tim Kasher, seolah2 seorang penglipurlara, bercerita dari satu lagu ke satu lagu. Setiap lagu mewakili satu cerita. Aku berbangga menjadi peminat tetap Cursive.

Kat bawah ada 2video lagu terbaru In The Hips dari album Mama, I'm Swollen. Yg kurang menariknya, drummer lama sudah tiada. Hmmmm....

Friday, May 22, 2009

Aku Bukan Siapa-Siapa

Lagu terbaik untuk org tersayang. Hahaha. Macam mana la mat saleh ni boleh join Ahmad Dhani. Bukan dia paham pon bahasa Indonesia. Sebab ape dia join??? Sebab muzik berkualiti. Bahasa tak jadi penghalang.

Muzik Masa Sekarang....

Dulu aku penah 'post' yg aku lebih minat pemuzik dari Indonesia berbanding pemuzik tempatan. Sekarang aku akan hujahkan semua yg terpendam selama ini. Chewah...

Jangan salah anggap. Aku minat pemuzik Indonesia tapi bukan yg telah masuk dan popular di Malaysia. Maafla, Ungu, Samsons, Peter Pan, Kerispatih, Matta Band, Kangen Band semua tak masuk dalam kamus muzik aku. Aku lebih selesa dgr Ecoutez, Maliq & D'essentials, Dewa19, Tika, Sore terutamanya Mister Ahmad Dhani yg amat kreatif dgn muzik nya. Tu pon aku sebutkan beberapa je. Tapi percaya la, band2 seberang yg masuk ke sini tu hanyalah band2 picisan. Yg aku pelik, kenapa org Malaysia boleh terima sampai taksub sgt? Ada lagi pemuzik yg lagi hebat, dan bayangkanlah, jikalau yg picisan yg masuk ke sini pon diterima baik, bagaimana jikayg lebih hebat masuk? Tiada perbezaan aku rasa. Sebab org Malaysia buta muzik. Aku boleh jamin nama2 yg aku sebut di atas mempunyai muzik dan lirik yg baik, sebab aku ada album2 mereka. Aku telah dgr. Dan mmg terbaik.

Aku bg contoh. Video yg pertama ni dari kumpulan Maliq & D'Essentials. Cuba dgr betul2. Boleh bg contoh artis Malaysia yg mempunyai jenisan muzik sebegini?

Yg berikutnya, dari Ecoutez. Antara band yg menjadi sumber rujukan aku jika aku ada persembahan.

Bagaimana? Sudah percaya?

Ada byk lagi yg terbaik. Tak ada masa untuk aku letakkan semua kat sini. Apa susah, kemudahan internet ada, dunia pon dah tanpa sempadan. Rajin2 la mencari.

Masalah besar di Malaysia ialah artis yg benar2 berbakat dan mampu menulis lagu sendiri tidak diletakkan pada kedudukan yg sepatutnya. Boleh aku tau, berapa byk lagu yg Mawi buat sendiri? Kalau Aizat berbakat dalam penulisan lagu, kenapa dia masih memainkan lagu Jason Mraz pada persembahan2nya? Teringin dilabelkan Jason Mraz Malaysia? Maaf, jauh pemetik api dari batang rokok. Harus diingat, lagu Hanya Kau yg Mampu tu tulisan komposer dari seberang. Takkan la org Malaysia akan menggunakan istilah 'KETEPURUKKAN' dlm lagunya. Tu kan bahasa Indonesia.

Pernah dgr lagu2 Atilia? Tu la muzik yg sebenarnya bijak. Tapi kenapa corong2 radio di sini jarang2 memutarkan lagu dia? Sebab mungkin dia bukan dari program realiti TV kot. Mungkin lah kan. Haha.

Satu lagi masalah di Malaysia ini, adalah lagu2 yg tangkap muat. Ada duit, mesti boleh buat album. Hasilnya, lagu yg tak berkualiti pon muat gak dalam album tu. Aku bagi contoh kat bawah ni:

Ku Merindu - Shah feat Ella

Ku merindu,

Merindu cinta yang tulus dari hatimu

Selalu ku impikan hidup bersamamu

Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ku berjanji,

Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku

Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku

Agar kau dapat menerima cintaku


Ku selalu,

merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku


Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Usah kau ragui cintaku

Ku tetap merindu


Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Ku tunggu jawapan cintamu

Ku tetap merindu


Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku

Yang selalu setia menunggu dirimu

Tgk lagu ni. Asyik dok ku mu ku mu sampai habis. Pastu nanananana nya separuh dari lagu. Tolongla kreatif skit. Tu pon org boleh terima. Aku tau ada lagi komposer2 yg hebat kat Malaysia ni, M Nasir, Ajai, Fauzi Marzuki, Azmeer, tapi sejak Arwah Loloq tak ada, sudah kurang lagu2 yg liriknya perlu teliti lebih mendalam. Aku bagi contoh satu lirik loloq yg aku kagu sampai sekarang.

Mama Tolonglah Percaya - Exists


Lampu neon mentari limau mandarin

Terpulang pada cermin kanta kita

Dan bagaimana kita melihat

Awan rumput bunga popi mentega

Mata bukanlah adiotoriti

Untuk menentukan hakikat

Ah... kami dah sedar

Betapa peritnya merdeka kepada kami

Mama janganlah marah-marah

Mama tolonglah percaya...

Ini bukan kerja mudah dan suka-suka

Setiap zaman harus ada cetusan tersendiri

Piring terbang lelayang burung garuda

Ada masa kita mereka-reka

Bosan dengan hidup yang nyata

Duyung pari-pari kuda unicorn

Tunduk selalu kepala ditonjol

Asyik dongak takut lupa diri

Lirik yg kelihatan merapu. Tapi kena la dalami. Contohnya, lampu neon mentari limau mandarin. Ketiga2 benda ni kalau kita nak samakan ciri2nya ialah berwarna jingga kan? Walau pun sama warna, tapi sifat2nya berbeza dan tidak sama.

Mungkin satu hari nanti, jika aku ada band sendiri, mungkin aku akan bawa muzik ala2 Ecoutez. Idola aku kan Anita Sarawak. Gelak la. Dah byk persembahan aku bawa lagu dia. Sebab lagu dia berkualiti, dari komposer2 yg bagus. Dia lebih maju berbanding artis2 baru. 80an dah bawa pop/jazz, sedangkan artis sekarang masih mencari2 muzik yg sesuai.

Bersepah artis2 sekarang ni. Kalau kualiti tu berkadar langsung dgn kuantiti ok la, tapi sebaliknya. Kadang2 boleh tersepak artis kat pasar malam sebab ramai dan tak dikenali pon. Semua berebut2 nak graduasi melalui realiti TV.

Ok, zaman grunge, punk rock, indie aku dah tamat. Tapi masih boleh dgr kan???? Haha.

Buat band pop/jazz. Ape?? Buat band macam Hujan??? Bunkface???

Oh Tiiiidddddaaaaakkkkkk.........

Thursday, May 21, 2009

Alam Roh: Dua Jam Mati Hidup Kembali

Video ni adalah sebahagian dari temuramah dgn seorang perempuan di Indonesia yg telah mengalami kematian tetapi telah dihidupkan semula. Video lama ni, tapi aku baru tgk. Tak sampai sebahagian pon. jadi kena la tgk sendiri kat Youtube.


Aku bukan tak percaya tapi ntah la. Tgk cara dia cakap mengalahkan Ustazah Bahyah Forum Perdana Hal Ehwal Islam, tak pon macam Khatijah Tan dlm cerita Dunia Baru. Dgn pakciknya yg duduk ala2 gangster, tak sabar2 nak cakap. Entah la. Dlm temuramah ni, ada gak simptom2 berlagak perempuan ni. Contohnya, berulang2 kali cakap di ni pemurah.

Oleh itu, nilaikan lah sendiri. Tajuk video ni kat Youtube sama dgn tajuk posting ni. Selamat menonton...

FunFair Batu Caves

Lepas makan kat Bandar Baru Selayang, tekak terasa nak minum susu coklat. Haha. Jgn gelak. Aku ni gian susu coklat.



Singgah la jap kat Giant Batu Caves. Selalunya kat situ, cahaya yg paling meriah ialah kat Kuil tu. Patung2 dewa disimbahi oleh cahaya bergemerlapan. Tapi tgk2 kat tepi Giant lagi suasana terang benderang. Ada 'funfair' rupanya. Haha. Aku biasa je, tapi ada la org tu yg menggeletar lutut tak boleh tgk 'funfair'. Dah jadi cikgu pon sama je mcm budak sekolah.



Tapi tak meriah sgt. Tak ramai org. Mungkin bukan malam minggu. Ada la dua tiga org kanak2 yg berlari ke sana sini nak cuba permainan kat situ sambil diekori oleh ayahnya yg telah sedia menggenggam 'token' untuk dihabiskan. Haha. Kat bawah ni ada la gmbr2 sekitar acara 'funfair' tersebut. Maaf la, gambar amik pon guna kamera telefon, jadi tak cun.



Ni upacara melempar gelang. Kot2 kena kat hadiah yg menarik ok la. Nasib gelang tu kecik, kalau muat kepala saiznye, kena lak kat Indon yg jaga kat situ, amik kau, boleh bawa balik jadi org gaji tuh.





Ni macam kapal angkasa lak. Tapi tak terbang. Statik atas tanah je.






Gambar atas tu, suasana kat 'booth' apek ni. Aku tak pasti apa permainan kat situ. Tapi macam roda dalam filem 'Kala Malam Bulan Mengambang' je. "Ha, kamu nengok roda ni yop"


Permainan ni pon tak ada org. Sian betul. Kang aku je yg naik. Haha. Tapi dah lebih had umur.





Ni lak untuk kanak2 yg berhajat untuk jdi mat rempit bila dewasa kelak. Haha.







Ha. Ni yg best. Apek ni ala2 mc ,Teh Tarik Crew' sedang kelola permainan ala2 BINGO camtu.

Tu dia nak 'rapping' tu. Sekali pandang, mcm nak dikir barat pon ada gak.




Tahun 2009, tak sangka 'funfair' ni masih relevan untuk jadi sebahagian daripada sumber hiburan masyarakat Malaysia. Kadang2, bila tengok ibu bapa bawa anak2 datang sekeluarga ke 'funfair', teringat masa kecil2 dulu. Tolong bagi tau aku, sape tak penah pergi 'funfair' masa kecil2 dulu? Malang hidup kalau camtu.



Ada gak pasangan bercinta yg dilamun asmara menghabiskan masa berkualiti bersama kat 'funfair'. Beli gula2 kapas, suap menyuap. Fuh! Cerita ni aku tambah. Tapi aku yakin ada. Mesti terasa dunia ni bagai diorang yg punya. Haha. Tapi awas, kang terserempak dek mantan kekasih, ada yg tarik muka dan terus angkat kaki. Maka terjadi la lakonan drama swasta di tempat awam.



Satu je, unsur judi tak boleh dipisahkan dgn 'funfair'. Entahla, org cakap sekadar hiburan je. Aku sekadar mengutarakan pendapat sesetengah pihak. Haha.

Ha, Tauke 'funfair' Batu Caves. Aku dah tolong promosi ni. Hulur la skit. Haha. Eh, kang jadi rasuah lak. Hahahaha.

Wednesday, May 20, 2009

Bakal Saintis Harapan Bangsa

Sumber: Berita Harian 20/05/09

Dengarnya...: Diana dapat tawaran Universiti Nottingham
Oleh Normah Becok


CIK Normah diberitahu rakan sepejabat, pelakon Diana Danielle yang bakal menamatkan sesi Program Latihan Khidmat Negara di Kem Princess Haliza di Sepang awal Jun ini akan menyambung pengajian di dalam bidang asas bio sains di Universiti Nottingham yang mempunyai cawangan di Semenyeh, Selangor. Insya-Allah, Danielle akan masuk untuk sesi kemasukan Julai ini selama setahun setengah. Tamat saja pengajian itu, Danielle akan sambung ke peringkat ijazah. Keputusan sama ada dia akan melanjutkan pengajian itu di Nottingham, United Kingdom atau cawangan di Malaysia masih belum dapat dipastikan. Begitu juga dengan kursus yang bakal diambil, Danielle akan pertimbangkan sama ada untuk belajar bio sains atau psikologi. Semuanya bergantung kepada perkembangan dunia seni Danielle di Malaysia.
Cik Normah dan rakan sepejabat doakan Danielle akan terus sukses dengan cita-citanya. Nampaknya, hasrat ibunya, Norsiah Ramli untuk melihat Danielle jadi saintis akan menjadi kenyataan tak lama lagi.


Aku nak ucapkan tahniah kepada pelakon Diana Danielle sebab mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Tapi yg lawaknya, seingat aku dia ni dapat 2A 5B dalam SPM tahun lepas. Tu pon yg dia sebut 7kertas je, yg lain2 tak sebut lak. Tu pon nak berangan jadi saintis. Hahahahaha.

Tapi aku rasa dia layak kot jadi saintis. Dia kan lebih 'advance' dari rakan2 sebaya dgn dia. Sebelum hbs sekolah, dah ada syarikat sendiri, pandu kereta mewah. Tapi dalam drama je la. Eh, mak dia kaya tau. Mesti dia boleh pandu kereta mewah.

Dia ingat nak jadi saintis senang kot. Kalau nak tau cuba dulu la cik adik oi. Lagipon, bidang sains ni luas. Kalau nak jadi saintis, kena la pilih bidang sains mana. Tak boleh main cakap je nak jadi saintis.

Oi Normah Becok. Sekarang sape lagi becok????Ha???Ha???

Tuesday, May 19, 2009

Sidang Akhbar

Jangan ingat aku letak gmbr 'GRADUAN2' AF(uck) ni sebab aku suka lak. Jijik aku nak tgk AF.

Ni ha ape yg budak2 ni cakap masa sidang akhbar. Aku tak tau nama budak2 ni, nak berkenalan pon aku tak hingin, jadi aku namakan diorang 'Yg Kiri', 'Yg Tengah' dan 'Yg Kanan'.

Yang Kanan: Mic ni dah on??? Testing, testing. Ok. i la yg berjaya tu. Dapat no1 lagi tu. Auuww class kan i nyanyi??? Tgk la rambut ni. Mahal tau i buat. Tips nak berjaya??? Oh senangje. Buat2 poyo atas stage. Masa diari harian tu, selalu2 la ye beraksi dpn kamera. Buat2 bercakap dgn kamera. Tak pun buat tak perasan kamera ada kat setiap penjuru, buat je aksi2 seperti singa laut berlatih sebelum persembahan di zoo. Anyway, thanx pada semua org yg telah sms utk i. Utk mummy and daddy, ur son dah berjaya jadi graduan tau. Graduan AF lagi tu. Tak payah ada tutorial, kuiz, mid sem, final exam pon. Just assignment tiap2 hujung minggu dan maintain muka tak malu. Dah bleh dapat scroll.... Thanx....

Dua pelajar seterusnya tu hanya mampu berkata2 dalam hati.

Yg Tengah: Hey mamat ni. Tau la menang. Tak payah la nak interframe lebih2. Aku pon graduan gak. Rambut aku lagi style ape. Muka pon ala2 Tomok. Tomok dpt sejuta. Tapi aku tak kisah pon. Tgk ni aku posing. Buat kepala senget skit. Macho tak??? Anggun kan??? Macam bapok siam kan....

Yg Kanan: Babi punye astro. Ni sume konspirasi. Sepatutnye aku yg menang. Diorang tindas aku. Mentang2 la aku kurang hensem. Bukan tak hensem, tapi kurang je hensem aku. Ape ingat muka aku ni sesuai untuk jadi promoter kat metrojaya bahagian perfume je ke??? Takpe. Aku akan tunjuk ketidakpuasanhati aku skrg. Ha, tgk ni, aku mencebik. Tak nampak ke??? Ha, cebik lagi. Lagi dan lagi.

Realiti Tv kat Malaysia ni takkan berjaya selagi rakyat Malaysia sendiri tak reti membezakan mana yg betul2 berbakat dan berkualiti. Yg untung, syarikat yg buat rancangan tu la. Mentaliti org Malaysia masih rendah, keluar duit byk2 sms, ape pulangan korang dpt? Nanti ada ulangan konsert2 AF kat Astro, sampai tahun dpn dok ulang yg sama, tapi aku pelik nape masih ada org yg sanggup tgk???

Baik tgk National Geographic. Ada cerpelai, dubuk dan antelop. Lagi menghiburkan...

Thursday, May 14, 2009

Hujan!!!!!

Sedang leka Amran bermain dgn rakan2nya, awan mendung berarak di angkasa. Bakal membawa hujan. Titis demi titis jatuh ke bumi.

Amran tergesa2 pulang ke rumah. Bimbang kebasahan dan demam. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan2nya, Amran terus menemui ibunya.

"Ibu, hujan tadi. Amran basah kena air hujan. Kalau demam bagaimana?"

Ibunya cuma memandang sinis. Kesabarannya nyata diuji.

"Ibu, lihat lah tempat tinggal kita. Tiada berbumbung. Basahlah kita ibu"

Ibunya berpura2 tidak mendengar.

"Ibu, Amran berjanji, bila Amran besar nanti, Amran akan bina tempat tinggal yg sempurna. Kita pasti dapat berteduh daripada hujan."

Dush! Tamparan sirip dari ibunya.

"Dah la tu. Kita ni kan ikan koi. Tinggal dalam kolam. Usah harap la nak berbumbung2. Tak hujan pon kita tetap basah." Ujar ibunya.

Amran hanya tertawa. Sambil mengerling kepada rakan2nya yg berada berdekatan.

Hahahaha....

Hari Guru

Hari Guru - Selama ni aku buat tak tau je hari guru ni. Tapi tahun ni ada sesuatu. Haha.

Saturday, May 9, 2009

Suparjo oh Suparjo!

Suparjo, anak muda dari Jawa Timur. Disebabkan oleh kesempitan hidup di kampung, dia berhajat untuk mengembara ke tanah seberang, Malaysia. Dengar khabarnya, ramai org Indonesia berjaya mendapat pekerjaan yg baik dan mengirim wang pulang ke kampung untuk menyara keluarga.

Setelah ketemu kekasih hati, Suparti, berbekalkan wang tambang utk membayar tongkang haram yg akan berlabuh di sebelah timur perairan Johor, Suparjo membulatkan tekad untuk memperjudikan nasib diri di negara org. Dia telah pon dijanjikan pekerjaan di Kuala Lumpur. Apa yg perlu dilakukannya ialah menyelinap masuk secara haram tanpa diberkas oleh pihak berkuasa di Malaysia.

Beberapa jam di dalam tongkang yg sempit, setelah bau2an badan bercampur baur daripada badan org2 seperjalanannya, dia disuruh terjun ke dalam laut dan berenang sehingga sampai ke kawasan bakau. Sekarang, dia perlu tunggu siang hari menjelma untuk menaiki bas dari pekan yg tidak begitu asing baginya itu untuk ke Kuala Lumpur. Lalu, sementara masa masih byk, dia melelaokan mata untuk menghilangkan penat. Logik la, tgh gelap mlm, mana nmpk jalan nak ke stesen bas...

Keesokan paginya, tiada kokokan ayam mahu pun kicauan burung bagi Suparjo. Mesti la, kat hutan bakau kera banyak la. Setelah menukar baju dan berkumur mulut, dia mengorak langkah. Nasib meyebelahi nya, tak lama berjalan, kelihatan stesen bas. Dia menuju ke arah kaunter dan bertanyakan tiket untuk ke ibu kota. Tiba2, pekerja di kaunter tu menyapa Suparjo.

"Lho, kamu org Indonesia ya. Kapan kamu ke mari???"

Tersenyun riang si Suparjo. Ketemu org senegara nya di tanah asing. Berbual2 begitu panjang, seolah2 saling mengenali sejak di SD lagi. Setelah membeli tiket, si pekerja kaunter tadi telah mengajak Suparjo ke sebuah gerai berdekatan dgn stesen bas tersebut. Lagipun, jadual bas ke Kuala Lumpur yg jarang2 menyebabkan bas yg bakal dinaiki Suparjo hanyalah sejam selepas ini.

Duduk di meja gerai berkenaan, Suparjo dan rakan barunya tadi tu dihampiri oleh tuan punya gerai. Duit poketnya semakin menipis setelah membeli tiket tadi. Deseluknya poket seluar kiri dan kanan, adalah sekeping dua lagi wang kertas. "Usah khuatir," ujar teman barunya. Mengapa? Suparjo tertanya2.

Rupanya2, makcik tadi pon org Indonesia. Hekeleh. Tapi hekeleh tu slang org Malaysia. Makcik tadi dgn baik hatinya telah memberi Suparjo makan secara percuma. Sebagai tanda persaudaraan. Lalu, Suparjo memesan makanan kegemarannya, yg jelas begitu mudah didapati di Malaysia, BAKSO.

Sebelum menaiki bas, Suparjo mengambil no telefon bimbit rakan barunya itu. Untuk mengeratkan persaudaraan. Menaiki bas, perjalanan yg akan mengambil masa kurang lebih 5jam itu begitu lama. Yalah, lagipun perjalanan ini bakal mengundang bahaya. Jika tertangkap, dia akan dihantar pulang. Dia sedar akan status nya sebagai pendatang asing tanpa izin, bukan sebagai 'parawisata' yg lengkap dgn dokumen yg sah.

Pemandu bas itu memasang vcd, untuk menghibur para penumpangnya. Sparjo hampir terlelap matanya, dia terdengar permulaan lagu yg dipasang.

"Ku tak mau cinta ku dikocok-kocok
ku tak mau sayang ku dikocok-kocok"

Oh ya! Inul Daratista. Tak sangka Inul yg terkenal dgn goyang gerudinya juga terkenal di Malaysia. Hahaha. Ketawa besar. Dangdut, muzik kegemarannya pasti tidak akan dirindui, kerana di Malaysia juga ada lagu2 dangdut...

Sesampainya di Puduraya, dia perlu mencari org yg menantinya untuk dibawa bekerja di tempat yg dijanjikan. Dia melabuhkan punggungnya di bangku. Tekak terasa dahaga. Ada gerai menjual air, keropok, buah2an dan lain2 lagi di hadapannya. Bingkas dia bangun, mengambil air kotak Milo. Ditanya dia kepada adik manis yg menjaga gerai itu harga air itu. Lalu disambut dgn ucapan, "Kamu Indonesia di mana ya??'. Aduh. Ini cewek dari tempat gue. Diayatnya awek itu. Hahaha...

Setelah kehabisan modal untuk bercerita, dia menuju ke arah kedai menjual 'koran'. Terkejut beruk dia melihat satu surat khabar yg begitu biasa dilihatnya di kampung. Rupa2nya Jakarta Post turut dijual di Malaysia walaupun keluarannya agak lewat. Begitu mudah dia akan mendapat berita yg berlaku di Indonesia. Mudah sekali ya!

Org yg berjanji akan membawanya ke tempat yg sepatutnya belum lagi kelihatan. Suparjo berasa bosan, bangun membawa beg jinjingnya berpusing2 di Puduraya. Matanya meliar melihat awek2 cun di situ. Malangnya, kakinya tersadung alat pengering lantai yg dipasang lalu dihampiri oleh pekerja pencuci lantai di situ. Telinganya bersedia menerima sebarang cacian. "Nggak ada mata ya??? Goblok." Dia meminta maaf tetapi lantas dicelah oleh lelaki berkenaan. Rupa2nya dia pun berasal dari seberang. Dipanggilnya rakan2 sekerja syarikat mencuci lantai dan menjaga kebersihan, termasuk tandas awam di Puduraya untuk memperkenalkan Suparjo kepada mereka. "Kok semua nya Indonesia ya???" ujar Suparjo sambil tertawa.

Berjalan terus melihat kedai2 di Puduraya, Suparjo singgah di kedai menjual telefon bimbit. Terpandang satu poster 'KADAR IDD TERENDAH UNTUK PANGGILAN KE INDONESIA". Lagi lah bertambah gembira Suparjo, seolah2 ingin 'melompat dengan tinggi' dia. Kalau begini, senanglah nanti dia menghubungi ibubapa nya yg ditinggalkan di kampung. Akan dibelikan Suparti satu 'kartu simpati' untuk memudahkan mereka berhubungan. Pasti cinta mereka tidak terhalang oleh jarak pemisah selepas ini.

Lagi kagum, terdapat 'kartu simpati' khas untuk org Indonesia. Begitu juga Bangladesh dan gerombolan pekerja asing dari negara lain. Malahan, band PeterPan(tat) pun telah dilantik untuk menjadi duta Celcom dan menyanyikan lagu tema 'Football Mad Nation'. Artis Indonesia diterima secara terbuka di sni, detik hati Suparjo.

Susuk tubuh dari jauh dari jauh itu menyerupai org yg perlu ditunggunya. Berbaju batik jawa, berseluar jeans, berkumis tebal, berkaca mata hitam. Di mulutnya, dihembus asap rokok 'Gudang Garam'. Setelah ditegurnya, lelaki yg dikenali sebagai Wak itu membawanya menaiki 'mobil' yg tidak pernah dinaikinya di kampung. Hanya ada kereta keldai, dan kereta sorong yg digunakannya untuk menjual bakso. Lokasi, Jalan Chow Kit.

Sesampainya di Chow Kit, Suparjo seperti ingin menitiskan airmata terunanya. Begitu ramai orang yg berasal dari negaranya di sini. Seolah2 Indonesia yg begitu luas, terdiri dari beribu2 buah pulau itu, telah dikecilkan oleh lampu suluh Doraemon, menjadi kecil dan dinamakan Jalan Chow Kit. Setelah membeli barang2 keperluan, termasuk 'kretek', dia terus dibawa menuju tempat yg bakal dibasahi keringat Suparjo mencari rezeki di tanah asing.

Suparjo akan bekerja di sebuah tempat pembinaan. Dia akan membina bangunan yg tingginya seperti tak tercapai oleh akalnya. Dia akan tinggal di rumah kongsi, bersama lagi 9orang pekerja lain, yg masing2 berasal dari Indonesia. Setelah berkenal2an, mereka makan bersama sambil menonton tv. Tetapi Suparjo bosan, rancangan drama itu telah ditontonnya ketika masih di kampung halaman. Drama Wulan, di TV2. Setelah diterangkan oleh rakan serumahnya, baru dia tahu bahawa di Malaysia byk 'Sinetron' dari Indonesia ditayangkan. Boleh dikatakan setiap saluran tv di sini ada menayangkan sinetron Indonesia. Upik Abu dan Laura, Liontin, Isteri Buat Suamiku, Kekasihku Bukan Kekasihmu (yg ni tipu je), Bawang Putih Bawang Merah, Kunyit Hidup dan Serbuk Kunyit, dam macam2 lagi. Astro pun ada menyediakan saluran khas untuk sinetron2 dari Indonesia.

Bukan setakat itu, radio2 di Malaysia pun ada disiarkan lagu2 dari Indonesia. Kerispatih, Kerishitambersepuhemas, Samson, Sumsum, Matta Band, Matta Fair, semua lagu2 mereka popular di sini. Malahan, ada carta khas lagu2 Indonesia di sini, Carta Baik Bangat!. Begitu terbuka org2 Malaysia ya, sedangkan lagu Malaysia begitu jarang dapat didengar di seberang.

Kepenatan Suparjo tidak tertanggung lagi. Esok dia bakal memulakan tugas. Tersenyum dia memikirkan kembali apa yg dilaluinya sepanjang hari ini. Kegusarannya untuk memulakan hidup di negara org semakin hilang, tiada apa yg harus dikhuatirkannya, segenap penjuru ada Indonesia di Malaysia. Yg pasti, Suparti, ibubapa dan kampung halaman mulai dirinduinya. 'Kangen' rasanya.

Terjemahan Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia:

Parawisata - Pelancong
Koran - Surat khabar
Mobil - kereta
Kangen - rindu
Kartu simpati - kad sim

"Kisah ini ada gak la tersangkut paut dgn yg hidup, yg mati, yg tgh berenang nak sampai ke Malaysia, yg tgh beratur byr duit ajen tongkang haram dan yg tgh ditahan di kem2 tahanan pendatang asing."

Terasa asing di bumi sendiri kan????

Cock or Goose?

Main badminton guna bulu tangkis kan?? Org putih panggil bulu tangkis tu shuttlecock.

Mengikut sumber2 dari internet dan sebuah rancangan pertanian di TV1, bulu tangkis tu diperbuat dari bulu angsa. Dalam bahasa Inggeris, angsa tu adalah goose.

Kena la buat pembetulan. Shuttlegoose. Haha.

Sekarang ni ada gak bulu tangkis sintetik. Tapi kurang laju berbanding dgn yg asli. Kelebihannya ialah tahan lama.

Mana Logik!

Tgk drama Juanna kat TV2? Aku pon tak tgk. Tapi mlm tadi tertengok lak. Sari Yanti sbg Juanna.

Dia cakap dia susah. Tapi dok rumah bukan main lagi besar. Sian gak la. Pastu keje carwash. Masalahnye, keje carwash pon pakai bukan main bergaya lagi. Wah, itu macam kalu, kasi tau mana itu carwash, saya mau pigi kasi cuci saya punya kereta. Agak2 la wei. Nasib baik bukan berlakon cari belut kat bendang. Ntah2 pakai dress lak.

Standard la drama Melayu. Drama Doa Kamalia, si Sazzy Falak tu berlakon pon pelik gak. Kata sakit, nak kena bedah, tapi bulu mata lentik lak. Sempat lagi nak bergaya ye kalo dah sakit nak mampos. Logik la skit sape2 yg buat cerita.

Yg letak Sari Yanti jadi tukang cuci kereta tu mmg kelakar la. Kata nak cari duit poket. Byk lagi keje lain kot. Yg aku tgk kat carwash aku slalu pegi tu, India2 kat situ tak de lak nak pakai bergaya2. Hahahaha. Aku tau la dramaje, tapi kena ikut la gaya. Carwash, bukan Midvalley. Nak kata carwash kat Midvalley tu pon bukan gak.

Cerita Melayu, biasa la. Datuk, Tan Sri, BMW 5 series, Mercedes. Projek juta2.

Cerita Hindustan, kalau ada org buat persembahan, penonton akan bangun serentak tepuk tgn ramai2. Kalu buat persembahan atas pentas, sempat tukar 5pasang baju tapi lagu tak berhenti. Hebat!!!!!

Thursday, May 7, 2009

Fanatik Yg Tak Bertempat

Malam tadi aku lepak kat Hartamas untuk tgk perlawanan Chelsea-Barcelona. Aku tau Chelsea kalah tapi bukan tentang tu yg menarik. Ada benda lain lagi.

Ada sekumpulan penyokong Chelsea lengkap dgn jersi dtg dan lepak dpn meja aku. Mula2 aku kagum gak la tgk geng ni bersemangat gila sokong Chelsea. Aku pon. Tapi mcm aku kata, kalau baru je nak sokong Chelsea baik tak payah la. Aku sokong dari kecik lagi.

Pastu geng ni siap nyanyi2 lagi lagu Chelsea. Mcm tak kisah pon org keliling ckp ape2. Masalahnya, nak nyanyi kuat2 aku ta kisah lgsg tapi kena dgn slang British tu. Memang la tak boleh blah. Nak maki pengadil pon slang British. Alahai, sedangkan mamat pengadil tu org Norway. Lagipun, bukan dia dgr.

Yg lagi aku tak boleh terima, nak suap nasi lemak pon, siap boleh nyanyi dulu sedangkan sudu dah depan mulut. Mcm tu rupanya kalau betul2 nak jadi penyokong fanatik.

Bila Chelsea tak dapat masuk kan gol, seorang mamat ni melompat dari kerusi. Nak jadikan cerita, bila dia terduduk, kaki kerusi besi tu patah. Apa lagi, tangan dia terhempas ke atas meja, melambung la meja tu sekali dgn air2 dan nasi lemak. Hujan tak, ribut tak, semua basah. Berserta nasi lemak di atas kepala.

Bila Chelsea kalah, sorang mamat yg poyo ni bgn baling kerusi dia duduk. Tak cukup lagi, tendang pintu gerai. Baling lagi satu kerusi. Macam bodoh. Kalah tu terima la. Bukan Chelsea kalah dia kena tembak pon. Siap semua orang dok maki2 dia lagi. Padan muka.

Mungkin dia fanatik sgt kot. Kat rumah, pinggan, mug, karpet, poster2 kat dinding semua Chelsea.

Wednesday, May 6, 2009

Best ni....

Diharapkan kisah yg dipaparkan dalam video di bawah ini dpt memberi pengajaran kepada org2 yg suka mengamuk di khalayak ramai. Haha. Terasa ke?

Kalau aku jadi member dia, dah lama aku angkat kaki. Malu woooo.....

Awek ni kalau masuk uji bakat Pilih Kasih, rancangan Rosyam Nor cari pelakon baru tu rasanya boleh masuk akhir kot. Hahahaha....

Tahinah kepada makhluk yg berjaya mengambil video ini.

Saya Putar!!!!

Di dalam rancangan Roda Impian, terdapat beberapa bahagian yg byk menyusahkan para peserta iaitu 'MUFLIS', "HILANG GILIRAN' dan 'SELESAIKAN'. Peserta mungkin kehilangan jumlah wang yg terkumpul jika tersalah langkah.

Dengan berbesar hati, pihak kami ingin memberikan penyelesaian utk mengelak dari mendapat perkara tersebut apabila memutar roda. Seperti selalu, peserta memutar roda itu sepenuh hati dan tenaga. Tapi, jumlah wang belum dapat dipastikan, malah mungkin dapat 'MUFLIS'. Oleh itu, tak payah la putar sekuat mungkin, putar agak2 je la biar sampai ke bahagian yg ada jumlah duit. Ada syarat ke kena putar kuat2???? Ha? Ha?

Ikat tepi ke tengah?

Pada suatu hari yg panas terik, Annalika(bukan nama sebenar) terasa tekak dan kerongkongnya begitu haus dan dahaga. Terdapat sebuah gerai menjual air minuman di seberang jalan lalu tanpa berlengah lagi dia terus melintas jalan dgn penuh berhemah.

Terliur rasanya melihatkan air yg sejuk di waktu yg terik begini, Annalika ingin merasai nikmat air sirap. Berikut adalah perbualan Annalika dan penjual air tersebut:

Annalika: Kak, sirap satu. Bungkus ye. (Sungguh garau suaranya, mungkin manusia amfibia, dua alam)
Penjual: Nak ikat atas ke bawah?

Bingung seketika rasanya Annalia mendengar pertanyaan tersebut. Lalu sejenak dia berfikir di dalam hati (dengan suara yg garau itu juga)...

"Kalau diikat di keseluruhan bahagian tepi plastik, mestilah tumpah. Kalau diikat di tengah2 bahagian plastik, mesti dapat separuh je yg bahagian bawah sebab yg bahagian atas tu mesti tumpah gak."

Berbekalkan ilmu yg di dadanya, dia telah menemui satu jalan penyelesaian.

Annalika: Kak, tepi taknak, tengah pon taknak. Ikat bahagian atas plastik yg terbuka tu. Mesti tak tumpah, kan? Kan?

Rasa ngilu sebab penyeduk air singgah di kepalanya selepas itu...

Tuesday, May 5, 2009

No Pendaftaran Kenderaan Untuk Dijual

Barang siapa yg berminat untuk membeli no pendaftaran kenderaan seperti di bawah sila hubungi 017-NomPlat. Harga boleh runding. Tertakluk pada terma dan syarat.

1) WAH2 (wahwah)
2) WAH3 (wahwahwah)
3) WEK2 (wekwek)
4) WEK3 (wekwekwek)
5) KAW2 (kawkaw punye)
6) BAS1 (basi. wek!)
7) KAS2 (kaskas....serbuk yg kononnye mamak letak dalam masakan kasi sedap)
8) KU12 (kuikui)
9) AAD4 (Aku Ada Bini 4)
10) TAH1 (tahi.haha)
11) MAT1 (mati, manyak suwey ini nombor)
12) AK47 (senapang)
13) BAH2 (bahbah... halau kambing)
14) KAD1 (kadi... utk tok kadi je)

Untuk nombor2 yg terbaru, sila ikuti iklan ini dari semasa ke semasa. Terima kasih daun keladi.

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket

Memang byk sekolah sertai pertandingan teknologi pelancaran roket ni. Tapi bila lak nak buat pertandingan buat dacing tak pon keris lak. haha. Roket dah ada. Tak cemburu ke???

Makan atau bungkus?

Fara (bukan nama sebenar) sedang mengalami kelaparan yang amat sgt dan tidak tertahan lagi. Dah sampai tahap selsema babi (dah tak guna istilah gila babi dah sekarang). Lalu dia bergegas ke kedai makan yang berdekatan untuk membeli makanan.

Oleh kerana masih belum menghabiskan menonton filem Coming Soon di rumah, dia berhajat untuk membungkus mee goreng untuk dimakan sambil menonton filem berkenaan. Sesampainya dia di kedai tersebut, dia telah meminta mee goreng yg dihajati oleh perutnya kepada makcik yg mengambil order.

Makcik: Nak order ape nak?
Fara: Mee goreng kurang pedas ye makcik.
Makcik: Makan ke bungkus?

Sejenak Fara berfikir seorang diri. Di dalam hatinya berkata 'aku nak makan. Mesti la kena cakap makan kan.'

Fara: Makan makcik. Kat rumah. Hehehe.

Setelah menunggu lebih kurang 10 minit, mee goreng pon dah siap disediakan tetapi tidak dibungkus.Lalu dia pon berkata:

Fara: Makcik, saya kena bawa balik dengan pinggan2 sekali ke ni? Saya kan nak makan kat rumah.
Makcik: Tapi tadi anak tak cakap pon nak bungkus...
Fara: Yela. Takkan nak bungkus je. Tak buka2. Saya nak makan. Saya cakap la nak makan. Tapi bukan kat sini tapi kat rumah. Aduh makcik ni.

Makcik tadi pening lalu pengsan.
Hahaha.
Memang tak lawak pon. Aku pon pening sekarang ni.

Monday, May 4, 2009

Tak beradab

Ketamadunan manusia bergantung kepada beberapa ciri2 yg mengangkat darjat sesuatu kaum itu. Salah satunya adab sopan. Org Melayu memang terkenal dgn keadabannya. Tetapi, makin lekang dek panas, makin lapuk dek hujan. Ada beberapa contoh yg aku tgk depan mata kepala aku sendiri.

1) Seorang makcik menjual kerepek dari meja ke meja di sebuah kedai makan. Ada sekumpulan manusia yg bersembang dgn suara yg kuat, yg ingat mereka ni hebat terlihat makcik tu menghampiri meja mereka. Ada seorang lelaki yg bersaiz badan lebih besar dari beruang kutub dalam iklan Fresh & White tu tak semena2nya mengambil telefon bimbit dan berlakon seolah2 ada org telefon. Selepas makcik tu berlalu, sekumpulan manusia tu terus mentertawakannya.

2) Seorang lelaki menjual pewangi kereta dari meja ke meja di sebuah medan selera. Di mengahmpiri sebuah meja yg diduduki sekumpulan manusia yg perasan bagus. Seorang wanita daripada kumpulan berkenaan tiba2 menjerit dan menuding jari ke arah barangan jualan itu "Yg tu minggu lepas dah beli". Seperti biasa, kemudian ketawa beramai2.

Kenapa perlu menjadikan org yg mencari rezeki secara halal satu bahan jenaka?

Kalau sekalipun tidak mahu membeli barangan yg dijual, tolak secara berhemah dan minta maaf.

Penjual itu bukan lah memaksa kita utk membeli tetapi mereka tidak mahu dipersendakan. Beradab lah. Tak susah pun.

Sunday, May 3, 2009

Aku No 1

Seringkali kita dgr pasal no 1 ni. Tgh hari tadi aku tgk Melodi, cerita pasal kump Search yg akan buat konsert satu Malaysia. Kump Search ni dianggap sebagai ikon rock dan kump rock no 1 negara. Tapi aku pelik, kdg2 org ckp Wings kump rock no 1, kdg2 Search, kdg2 Lefthanded. May pon ada gak. Jadi, kump rock mana no 1 kat Malaysia? Atas ciri2 ape jadi no 1? Bukan tu je. Kdg2 title diva pon selalu org guna. Artis tu diva no 1, artis ni diva no 1. Jadi sape yg no 1? Aznil ke Azwan? Haha...

Pastu cerita pasal artis pegi buat umrah. Balik mesti pakai tudung. Haha. Perlu ke nak insaf kena peg umrah atau haji dulu? Kat Malaysia tak boleh? Tapi Siti, bertuah nak pakai tudung penuh.

Aku ingat lagi dulu. Masa Aznil pegi haji. Punye byk gmbr dia posing kat sana. amik guna henset. Balik sebarkan gmbr2 tu kat media2 cetak. Surat khabar la tu. Pastu cakap "aku dah insaf". Piiirraaaahhh. Tak perlu kecoh satu negara ko nak insaf. Ke bagi gmbar tu nak bgtau "oi semua org, aku dah pegi haji. Panggil aku Haji Aznil."

Macam2 artis kita ni. Dalam berita ada cerita pasal polis buat operasi besar2an utk cegah lumba haram. Moto dan kereta. Maknanya, lumba haram makin berleluasa skrg ni. Oleh itu, berkesankah utk menyampaikan pengajaran bahawa lumba haram ni perkara merugikan melalui perantara filem atau drama sebagai makin berlambak lumba2 haram ni?? Apa kata Shamsul Yusoff?? Berjaya ke filem Bohsia tu sedarkan masyarakat terutamanya golongan remaja??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails