Saturday, February 27, 2010

Sikap Orang Malaysia


Biasa la org Malaysia. Ape yg ditegah tu la yg lagi seronok dibuatnya. Conteng dinding tu pon dah salah. Hahahaha. Tapi ok la. Penconteng berniat baik kot. Bagi kesedaran kat org ramai.

Mungkin dapat diatasi masalah kelambakan sampah ini sekiranya pihak bertanggungjawab menyediakan lebih byk tong sampah ataupun jadual pengutipan sampah lebih kerap ataupun sekurang2nya mengikut jadual.

Tak bodoh rasanya org Malaysia nak buang sampah merata2 kalau ada tong sampah ada. Kan?????

Friday, February 26, 2010

Obor - Obor

1) Sejenis haiwan yg mendiami dasar lautan.


2) Dua atau lebih obor.

Bahasa Jiwa Bangsa


Baju dapat harga borong sini. Itu macam bley kasi angkat byk2 la thambi....

Thursday, February 25, 2010

Merantau Warrior


Dah tayang ke belum filem ni kat sini??? Aku main aci download je. Hahahahahaha...

Mmg best. Sebab bukan macam tipikal filem Indonesia yg asyik tunjuk cowok2 dan cewek2 cantik je. Walaupun Sisca Jessica, heroin filem ini ada iras2 bekas pacar aku, Agnes Monica, tapi tak lak cerita ni pasal cintan-cintun.

Wah, kalau macam ni nak belajar silat gak la. Boleh selamatkan awek-awek yg dlm kesusahan. Tak terlambat lagi kan nak belajar silat??? Hahahahaha....

Moral cerita ni satu je. Dah selamatkan org tu, cepat2 la lari dari penjahat. Kang kena rodok dgn besi kat dada, mati mcm hero cerita ni.

Jom belajar silat. Masuk Rakan Muda Waja Diri. Ada lagi ke Rakan Muda????

Wednesday, February 24, 2010

Lombok Oh Lombok!!!

Akhirnya remaja yg terbaru yg mengikuti teman lelaki dari Lombok pulang ke sana telah selamat pulang ke tanah air. Salsabila Yunan, ataupun dikenali dgn nama Bella. Baru berusia 15tahun. Kini tgh sarat mengandung 5bulan. Dia pulang dgn syarat di mana pihak keluarganya mesti menerima suami nya serta anak dlm kandungan itu seadanya.

Kes Bella bukanlah yg terbaru, malah sudah berpuluh2 kes sebelum ini melibatkan anak gadis Melayu kita termakan pujuk rayu pendatang untuk mengikut mereka pulang ke kampung asal. Bukan setakat Lombok, malahan sehingga ke Pakistan. Yg peliknya, majoriti yg terbabit adalah gadis bawah umur. Masih di bangku sekolah lagi.

Kita harus selidik, bagaimana mereka ini boleh termakan pujuk rayu lelaki2 berhidung belang (bukan harimau) berkenaan. Adakah mereka menggunakan ilmu sihir? Ataupun mereka memberi perhatian yg belum pernah diterima oleh gadis2 itu? Khabar angin mengatakan sekiranya seorang lelaki Lombok berjaya membawa pulang gadis ke kampung halamannya, dia akan dipandang sebagai jagoan. Sebab itu byk kes anak gadis kita dilarikan ke Lombok.

Ibu bapa haru lebih mengambil tahu, anak mereka berhubung dgn siapa, keluar dgn siapa. Agar kes anak gadis Malaysia dibawa lari tak berulang lagi. Remaja2 ini pula harus berhati2, jgn mudah terpedaya.

Bagi aku, satu hari nanti aku akan ke Lombok juga. Bukan sebab dilarikan lelaki Lombok. Tapi berbulan madu di sana. Bosan. Asyik2 berbulan madu di Bali. Boriiiiiinnnnggggg.....














Sekarang ini ada dua cara kalau sape2 teringin nak pegi Lombok:

1) Ikut mamat Lombok lari balik sana.
2) Kawin dgn aku. Hahahahaha.....

P/s: Mungkin budak2 yg lari Lombok sana tu saje nak pegi melancong kot. Hahahahahahaha....

Sumber gambor:

syadeera.wordpress
harypwidodi.wordpress
tripadvisor

Tuesday, February 23, 2010

Kawin Kawin Kawin

Kawin. Bukan sebab aku nak kawin dlm masa terdekat ni. Tapi bila cakap pasal kawin, mesti kena ada hantaran beribu2 ringgit dgn kenduri yg besar. Tu la org Melayu.

Tak paham. Kawin skrg ni lebih menyusahkan sedangkan Islam itu memudahkan. Adat yg tak penting, yg membazir, tak payah la diteruskan. Nak merisik, nak bertunang, semua libatkan kos. Sedangkan kedua2 belah pihak dah kenal pon, buat ape nak merisik lagi. Zaman dulu ye la, mak bapak yg tetapkan jodoh anak masing2, sebab tu merisik dahulu. Kot2 anak mereka tak berkenan. Zaman skrg ni budak2 dah pandai bercinta zaman sekolah lagi. Takkan tak kenak kot.

Masuk bab hantaran, tak cecah RM10000 tak boleh kawin. Tu yg ada SPM je. Ijazah lagi tinggi kot. Macam la kawin tu perlu hantar resume. Tak cukup duit tak boleh kawin. Kumpul la duit. Yg anak dok merenyam nak kawin. Keluar sana keluar sini. Tak cukup gak duit, buat pinjaman bank. Anak 5 pun belum tentu habis bayar pinjaman.

Kenduri. Kalau tak sekor lembu tumbang, tak kan meriah la kenduri. Buat karaoke, panggil dj. Kononnya 'grand' la kenduri dia. Kos gak tu. Kalau buat kenduri kecik2, nanti jiran2 dok bisik2. 'Ala, menantu dia kerja tak bagus kot'. 'Si polan tu mmg kereta lembu, duit kedekut'. 'Anak dia dah jadi buah ditebuk tupai kot'. Bawa mulut serata kampung. Tu la org Melayu.

Bila budak2 tak dapat kawin, sbb tu la kita tgk dlm berita bukan main ramai yg kena tangkap khalwat. Mungkin gak segelintir yg kantoi tu berasakan nafsu, tapi kalau kawin kan dah boleh dihalalkan. Tu yg kantoi kat hotel. Yg tak kantoi tapi perut memboyot??? Buang merata tempat. Siap bakar lagi. Kenapa kita tak sanggup buangkan adat asalkan agama kita terjaga rapi.

Bila Selangor nak naikkan mas kahwin jadi RM300, ramai yg bangkang. Membebankan. Pada zahirnya, mas kahwin itu adalah wajib. Hantaran tu yg membebankan. RM300 apa la sgt. Hotel yg mahal pon sewanya lebih kurang camtu. Kan dah boleh kawin asalkan ada RM300, tapi mak bapak nak gak hantaran tinggi2. Akhirnya, masuk hotel.

Teringat lagu ND Lala, Syair Cak Pong.

"Adat yg baik, marilah pakai
Adat yg pelik, mari fikirkan
Agar maruah tidak tergadai
Tinggalkan adat yg merugikan."

Cak pong, cak pong....

Monday, February 22, 2010

Peringatan Ikhlas Kepada Peragut, Pencuri dan Perompak


Lokasi: Taman Bukit Ampang

Dibelasah. Tak main dah nak serah2 kepada pihak keselamatan. Ingat tau. Pandai2 la melarikan diri. Hahaha.

Sunday, February 21, 2010

Lucah Siri Ke-3 (18++)


Plural. hahahahaha

Iklan Maulidur Rasul TV3

Dah tgk iklan sempena Maulidur Rasul TV3??? Lakonan Azlee Senario dgn Rozita Che Wan tu. Yg memaparkan beberapa sunah Nabi Muhammad yg boleh dijadikan ikutan dalam kehidupan harian. Contohnye:

1) Membaca doa sebelum dan selepas makan.

2) Memulakan makan dgn pemanis mulut seperti buah-buahan.

3) Mengamalkan 'makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang'

Sunah2 Nabi ini kalau diamalkan dapat pahala.

Tapi, kalau dilihatkan dgn jumlah makanan atas meja dalam iklan tu, macam nak jamu 8org je. Ayam goreng pun berlambak. Macam tak pandai nak bajet utk makan 3org. Membazir. Iklan bukan main lagi, suruh ikot sunah Nabi. Tapi membazir bukan sunah Nabi. Tu amalan setan.

Apapun, bulu mata palsu kak Rozita tetap 'maintain'. Vazz gitu....

Saturday, February 13, 2010

Jalang!

Setelah berjam2 memandu, Liyana & Diana akhirnya sampai di Kuala Terengganu. Demi untuk menghadiri jemputan ke majlis perkahwinan rakan karib mereka, Juliana di bandar ini mereka sanggup keluar dari subuh untuk memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur.

Setibanya di sebuah lampu isyarat, Liyana yg memandu sedar yg solekannya telah tak secantik ketika memulakan perjalanan. Sambil menunggu lampu merah bertukar hijau, dia mengambil kesempatan untuk membetulkan solekannya.

Tiba2 terdengar hon yg kuat dari kereta di belakang. Rupa2nya lampu telah bertukar hijau. Liyana gelabah lalu mencampak lipstiknya. Tapi terdengar satu maki hamun yg amat perit untuk didengari, "Woi, jalang!"

Mereka berdua tidak berpuas hati. Tanpa memikirkan tentang perasaan malu, mereka berdua tekad keluar dari kereta untuk bersemuka dgn pemandu kereta belakang. Marah meluap2. Perkara kecil tapi sehingga digelar jalang sukar diterima.

"Amboi cik abang. Mulut tak insurans ke sesedap hati je panggil kitorang ni jalang. Kitorang ada maruah tau!!!"

Lalu dijawab oleh lelaki tersebut, "Amende maruah2 ni. Lampu udoh hijau. Saye suruh jalang la. Jalang. Nok tunggu mende lagi."

Dengan menghabiskan sisa2 harga diri, mereka kembali ke kereta lantas memecut laju. Lupa mereka sebenarnye di Terengganu. Bukan KL serta kawasan2 sama waktu dengannya.

P/S: Di mana bumi dipijak, di situ lah loghat mungkin berubah. Hahahahahahaha....

Thursday, February 11, 2010

Jazz Indonesia

Bukti kenapa aku cakap Jazz Indonesia terbaik:

Tika - You Belong To Me



Shelomita & Opustre Big Band - Payung Fantasi



Parkdrive - Biarkan



Bila la Malaysia nak ada artis jazz camni??? Takkan nak harap balik2 nama Sheila Majid, Atilia, Noryn Aziz tak pon Anita Sarawak. Yg ni boleh la berkiblatkan muzik Indonesia, tapi mcm Wali Band, ST12, Kangen Band ke sume tak leh blah.

Wednesday, February 10, 2010

Masa Tergedik

Tiba2 masa gedik dtg. Tgk ulangan AF5. Juri yg tetap Ogy Ahmad Daud, Fauziah Latiff dan Hattan.

Yg aku x paham Ogy ni dok komen mcm la masa dia perform dulu bagus sgt. Komen eye-contact la, stage pesent la, pergerakan tak bagus la, mesej xsampai la. Bukannya dia bagus pon sgt dulu. Entah2 muka dia lagi jadi juri AF8 ni.

Pergghhh....Sori. Gua xminat. Hahahhahahaha. AF untuk org2 yg suka berendam airmata je.

Ni ha contoh persembahan Ogy dulu.



Ha tu. Stage besar tp x conquer pon. Ape cite????

Lawak Klasik

Perbualan di sebuah lapangan terbang....

Encik A: Hai Encik, khusyuk nampaknya baca suratkhabar?

Encik B: Oh ya. Penerbangan ditunda. Bosan. Tak tau hendak buat apa.

Encik A: Biasalah tu. Err, encik hendak ke mana ni?

Encik B: Saya hendak ke San Jose. Pertama kali di USA.

Encik A: Di USA, kami tak menyebut San Jose sebagai 'San Jose'. Tapi 'San Hose'.

Encik B: Oh maafkan saya. Saya tidak tahu.

Encik A: Tak mengapa. Berapa lama anda akan berada di sana?

Encik B: Dari bulan 'Hun' hingga bulan 'Hulai'.

Encik A: .........

Tuesday, February 9, 2010

Cerita Dongeng Rakyat - Si Tanggang

Mak Temah termenung di jendela. Fikirannya melayang jauh mengenangkan anak tunggalnya, Si Tanggang. Setelah hari berganti hari, minggu berganti minggu, purnama berganti purnama, kelibat anaknya itu belum muncul2. Teringat hari terakhir dia menatap wajah Si Tanggang, ketika hendak berlayar bersama kapal dagang, enam purnama lalu. "Mak, Tanggang berjanji dgn emak, kepulangan anakanda nanti akan membawa kesenangan dalam keluarga kita, Mak. Tanggang berjanji akan berkerja bersungguh2 untuk mengubah nasib kita." Berat hati Mak Temah merelakan pemergian Tanggang, namun apa daya. Jikalau tak bekerja, tiada siapa akan memberi makanan untuk dijamah setiap hari. Lagipun Si Tanggang perutnya makin membuncit akibat asyik membuta.

Rindu terhadap anaknya tidak terkata lagi. Kelmarin, Cik Esah Propa, rakin karib Mak Temah merangkap jiran selang tiga rumah datang bergosip. Bukan gosip Fahrin dgn Scha, tapi dgr khabarnya kapal dagang yg disertai Si Tanggang akan berlabuh di pantai berdekatan kampung mereka. Hairan juga Mak Temah. Bagaimana Cik Esah boleh tahu perkara sedemikian. Di zaman itu, belum wujud lagi kemudahan interner jalur lebar. Mungkin dah zahirnya dia lahir dgn 'title' propa, dia mungkin mendahului zamannya untuk mendapat maklumat terkini. Hati Mak Temah berbunga riang. Dalam hati ada taman. Apatah lagi dicanangnya Cik Esah bahawa Si Tanggang sudah dinaikkan pangkat sebagai Nakhoda kapal setelah Nakhoda asal telah bersara awal.

Tersenyum simpul Mak Temah sendiri. Mengenangkan janji2 Si Tanggang taburkan dahulu. Untuk membawa kemewahan kepadanya. Gaji Si Tanggang mesti sudah tinggi. Tak termasuk Socso lagi. Wah. Berubahlah nasibnya selepas ini. Bolehlah dia mengunjungi spa di pekan sana. Dia akan kelihatan cantik seperti 20tahun lebih muda. "Rasai kehangatan aku, cantik sepertiku..." Fikirannya melayang2 sehinggakan gosip yg dibawa Cik Esah langsung tidak didengarinya lagi.

Hari yg dikunjung telah tiba. Sejak pagi2 lagi Mak Temah menunggu kapal yg membawa Si Tanggang berlabuh di tepi pantai. 5jam menunggu, kapal yg besar itu telah melabuhkan sauhnya. Kelihatan beberapa buah sampan yg membawa anak2 kapal menuju ke daratan. Mak Temah telah melompat riang seperti antelop, ke arah sampan yg pertama tiba di pantai. "Nak, mana Nakhoda kapal ini. Makcik teringin sangat berjumpa dgn nya." Soal Mak Temah kepada salah seorang krew kapal berkenaan. "Yg itu, makcik." Jawab krew berkenaan sambik menuding jari kepada seorang lelaki yg segak bergaya. "Oh, Tanggang. Doa mak telah dimakbulkan. Kau telah menjadi insan yg berjaya, Tanggang." Mak Temah berbicara di dalam hati.

Bingkas Mak Temah mengorak langkah menuju ke arah lelaki berkenaan. Terus dipeluknya lelaki berkenaan dari belakang."Oh Tanggang. Kau dah balik, nak. Mak rindukan kau, Tanggang". Terkejut beruk lelaki berkenaan, lalu berkata, "Apa ni, makcik. Makcik telah menodai saya. Saya bukan Tanggang, makcik." Serba salah Mak Temah dibuatnya. "Tetapi tidakkah anak ini Nakhoda kapal ini. Sampai hati kau Tanggang. Mak dtg dari pagi menanti kepulangan kau, Tanggang. Kau tidak mengaku yg aku ini emak kau." "Makcik bukan mak saya. Saya bukan Tanggang. Saya tidak kenal makcik." Ujar lelaki berkenaan lagi.

"Sampai hati kau Tanggang. Setelah kau telah berjaya kau langsung tidak mengakui aku ini emak kau. Tangan ini lah yg membesarkan ku, Tanggang. Tangan inilah yg menyapu ubat kurap yg penuh kat badan kau masa kau kecil dahalu," rintih Mak Temah. "Siapakan makcik ini, Kanda?" Tiba2 muncul seorang wanita yg cantik dari belakang. "Entah lah, dinda. Mungkin makcik ini gila agaknya. Dia bukan ibu Kanda. Ibu kanda tak semiskin ini. Ibu kanda ada LV," jawab Nakhoda berkenaan.

"Kau telah melampau, Tanggang. Kini kau telah berjaya, ada isteri yg cantik, kau tak mengakui aku ini emak kau. Aku bagi kau peluang terakhir untuk meminta ampun dari aku, jika tidak, aku akan sumpah kau jadi batu giling," kata Mak Temah dgn nada marah. Org ramai di sekeliling kebingungan namun masing2 telah menjarakkan diri dari adegan tersebut akibat bimbang menjadi batu juga. "Ah! Kau bukan ibuku. Ibuku tak seperti kau. Ibu aku kaya. Berkedudukan tinggi'" ucap lelaki tersebut dgn bongkak.

"Baik. Kau telah derhaka terhadap aku, Tanggang. Dari hari ini, aku sumpah kau jadi batu gi..."

"Nanti!" Tiba2 ada suara yg mencelah. Terus Mak temah menoleh ke arah suara berkenaan. "Ini Tanggang, Mak. Tanggang rindukan mak." Ujar lelaki yg kelihatan compang-camping sekali. "Kamu ini siapa?" Soal Mak Temah. "Saya lah Tanggang. Anak emak," jawab lelaki itu. Mak Temah tak berpuashati, "Tapi anak aku, Tanggang dah jadi Nakhoda kapal. Bukan macam kau." "Siapa kata Tanggang jadi Nakhoda. Tanggang 'cleaner' je atas kapal tu."

Mak Temah terus membenamkan mukanya ke dalam pasir pantai akibat malu tersalah anak....

Moral:
1) Jangan terlalu percaya pada khabar angin.
2) Ingat muka anak anda betul2.
3) Harta kemewahan tidak penting. Tidak boleh dibawa ke dalam kubur pon!!!

Monday, February 8, 2010

Sepatutnya Gembira Tapi Jadi Sebaliknya...

Battle of The Bands Fiesta Rumah Terbuka (FRENSTER)
Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah
Universiti Malaya.
Lagu: Menghujam Jantungku - Tompi
         Lelaki Idaman - Melly Goeslaw







Dpt 3rd place. Hebat? Tak langsung. Hancur. Tu la practice tak nak dtg awal2. Duduk dlm UM ataupun area2 depan UM, tp aku yg dok kat Bdr Sri Damansara gak yg sampai dulu. Sama mcm aku dok kat kolej dulu. Nasib band yg aku join ni baik sebab band lain main lagi hancur bukan menang sebab hebat. Mesti dlm hati ckp, 'Tgk la. Practice satu malam pon boleh dpt no 3.' Aku kalau boleh biar kalah teruk sebab kalau ada placing mesti tak sedar diri. Tapi apa boleh buat, dah dpt placing gak. Dapat RM150 + Hamper. Hebat? Tak langsung. Pergi celebrate. Ape yg nak celebrate pon aku tak tau. Macam main bagus sgt.

Mula2 aku dipelawa utk join aku dah macam malas. Sebab aku tau yg beria nya mesti aku gak. Yg lain walaupun dok canang sana sini nak main battle tapi lagu tg nak main sendiri pon tak ada inisiatif nak amik. Tunggu dtg bilik jam baru nak dgr.

Mula2 aku mmg tawar hati. Disebabkan kawan2, aku join gak. Pastu salahkan aku lambat setuju, ada yg tak sedia nak main. Hello, dah bgtau satu Malaysia nak main, tapi kenapa still tak ready. Bukan nak main instrument aku, bukan nak ganti tmpt aku pon. Ape salahnya ready part sendiri. Tak kisah sape yg main pon diri anda tu dah bersedia.

Aku tau, dari generasi ke generasi benda yg sama aku mesti kena. Pengurusan masa. Dah tau nak start practice pkl9 tp diusahakan gak cari kerja lain supaya dtg lmbt. Dah tau kena soundcheck, tp langsung tak boleh tinggal benda lain dtg mcm org lain. Aku betul2 tak paham la. Bukan kali pertama buat persembahan, dah byk kali kot. Kalau otai sekalipun, pemuzik2 yg main konsert M Nasir pon dtg latihan dan buat soundcheck. Nak kata hebat, kenapa dtg latihan baru terkial2 nak cari not masing2.

Aku tak paham. Kata nak main satu band. Tapi aku tgk band aku ni langsung tak sama mcm band org lain. Boleh dtg sekali, boleh balik sekali. Ni tak. Ada yg lagi 3turn nak perform baru sampai. Ada yg soundcheck tak nak dtg. Bila perform, sumbang. Pastu dpt placing bajet hebat. Aku tau aku tak belajar muzik, takde pon gred2 mcm org lain. Tapi kenapa aku boleh dgr lagu yg nak perform berulang2 kali sebelum aku dtg latihan? Sebab aku taknak buang masa. Dtg boleh terus praktis. Tapi ada gak yg perasan hebat. Dtg 3jam lmbt. Lagi lambat lagi rasa hebat. Kalau boleh, biar practice 15minit sebelum perform. Lagi hebat kan?

Entah kenapa la susah sgt nak kumpul org dlm band aku ni satu2 masa. Baru 7org. Super Junior tu 13org. Relax je boleh kumpul. Baru main battle. Tak main night club ataupun konsert besar lagi. Kalau dah tahap tinggi tak tau la. Mau boleh nak mintak jam online.
Entah bila la nak berubah bdk2 yg masuk band aku. Aku rindu betul band Children of Dumex aku dulu. Masing2 paham kehendak masing2. Dtg trus practice. Aku tak tau la. Dah lama aku sabar sgt. Aku diam aku gak yg hilang sabar. Tapi tak berubah2. Kena batang hidung sendiri terima la dgn hidung yg terbuka.

Ape anda gembira ke kalau buang masa tunggu org lain??? Boleh senyum riang gembira??? Ape perasaan anda kalau korang yg kena tunggu org lain. Yg dijawabnye senang je. "ON THE WAY." Korang tak fikir ke jawapan tu menyakitkan hati???

Aku kalau aku lambat, aku akan cakap aku lambat skit. Tak pun kalau dah lambat sgt aku bagi tau tak dtg. Tak menyusahkan org.

Kalau mcm ni aku dah give up la main band. Buang masa. Baik aku join shuffle.

MORAL: Berubah la kalau nak pergi lebih jauh

Thursday, February 4, 2010

"Can I Fuck You Today???" (18++)

Sori. Agak Kasar sedikit tajuk post kali ini. Tapi percayalah kalau anda Google ayat di atas anda akan temui puluhan malah ratusan blog ataupun laman web yg mencatatkan perkara sama.

Semua nya gara kecoh di mahkamah ttg ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim yg memujuk Saiful Bukhari menggunakan ayat itu ketika ingin melakukan seks bersamanya.

Hahaha. Teringat lak lagu Tenacious D bertajuk 'Fuck Her Gently'. Untuk makluman, Tenacious D adalah kumpulan muzik Jack Black. Tak kenal tak tau lah kan.



Camtu kot cara dia pujuk. Hahahaha. Enjoy!!!

Wednesday, February 3, 2010

Bangsa Kita

Aku tonton rancangan 'Aduan Rakyat' di TV3 malam ini. Seperti biasa, wartawan kegemaran aku, Karam Singh Walia melaporkan ttg masalah ponteng di kalangan pelajar2 terutamanya di kawasan bandar. Masalah ponteng ini boleh menjerumuskan remaja2 bermasalah ini kepada kes2 lebih berat seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas mahupun jenayah seperti merompak dan meragut.

Teringat aku kata Karam yg lebih kurang macam ni la: "Tindakan harus dilakukan bersama demi menyelamatkan anak bangsa kita daripada terlibat dgn masalah ponteng sekolah."

Bangsa kita? Malunya aku. Yg aku tgk tak ada sorang pon daripada budak2 yg kena cekup tu berbangsa Sikh. Semua Melayu. Diulangi MELAYU.

Kasih Hingga Ke Hujung Nyawa...

Lokasi: Pasar Malam TTDI


Lembu Kiri: Abang syg sy tak?

Lembu Kanan: Mesti lah syg. Nape tanye camtu?

Lembu Kiri: Yela. Dah tinggal kepala je ni pon abang syg lagi ke?

Lembu Kanan: Cinta abg pada dinda tak pernah berkurangan, syg....

Lembu Kiri: Habis tu, yg tadi abg usha awek seksi jln dpn kita tadi nape lak? Gatal la abg ni.

Lembu Kanan: Hukaloh. Kita kan lembu. Dia kan manusia. Mana bleh kapel. Hahaha....

Moral:

Sekurang-kurang nye lembu2 ni dah dijanjikan tempat mereka di syurga. Kita ni??? Belum pasti lagi rakan2.

Tuesday, February 2, 2010

Suasana Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya, Kebanggaan Kita Semua, Membentuk Para Ilmuwan, Di Pelbagai Lapangan....

Suasana 1:


Mamat yg pegang monitor: Eh, sy bukan nak demo dgn dorg ni. Sy bawa monitor ni nak pegi Low Yat nak repair. Rosak lak. Malam nanti nak main Counter Strike dgn kawan2. Kena cepat ni. Sebab tu sy short cut kat sini. Tumpang lalu ye abg jaket hitam....

Abg Jaket Hitam: Disebabkan ko melintas di depan kami, aku arahkan supaya ko menyerahkan monitor itu serta-merta tanpa sebarang tindakan membangkang arahan aku.

Mamat yg pegang monitor: Tapi apa salah salah sy Abg Jaket Hitam? Sy dah buat pengesahan subjek. Yuran je blum byr lagi. Tolong lah sy Abg Jaket Hitam....

Abg Jaket Hitam: Ah! Ko kata ko tak salah? Aku dgr cerita ko la otai Counter Strike kat 7th College. Kurang asam. Ko tau tak situ kawasan aku? Ha???

Mamat yg pegang monitor: Aaaahhhh tidakkkk.......!!!!!!!

(Aksi2 perampasan monitor tidak dapat disiarkan kerana telah mencabuli hak seorang peminat Counter Strike. Dibimbangi peminat2 yg lain akan bertindak luar rasional dan tabii terhadap mereka yg merampas monitor tersebut.)

Situasi 2:


Yg Pakai Baju Merah Di Belakang: Weh, apa mamat tu tgh buat? Mengamuk kena bar exam ke?

Yg Baju Melayu Mencangkung: Ada ke mengamuk. Ape ko tak nmpk ke dia tgh shuffle tu? Ini teknik baru beb. Sebelum ni kumpulan rock je yg dok hempas2 gitar atas stage. Shuffler takde alat muzik. Jadi ape yg dekat dgn dia tu la yg kena hempas. Silap2 ko pon dia hempas. pastu shuffle atas ko.

Yg Baju Biru Badan Besar: Wah, ini mesti kes terpengaruh dgn cerita Shuffle Milikku ni. Hahahaha.

Yg Pakai Baju Hitam: Rakam jgn tak rakam. Kita kasi Aril tgk skit. Dia tu heboh sgt dia shuffler, nyanyi lagu leleh. Dia ingat budak nasyid pon tak boleh shuffle kot.

Yg Pegang Pembesar Suara: Check check 1-2 1-2. Haaa, ye tuan2 dan puan2. Kita bawa khas dari Ceruk Tok Kun, Seberang Perai, Pulau Pinang. Shuffler teragung negara.Aksi yg tidak dapat disaksikan di mana2 kecuali di depan DTC. Shuffle atas PC. Ewah2. Yg kiri kata Hoooo. Yg kanan kata Yeaahhh.... Semua sekali Ho-Yeaaahhhh..

Yg Dok Pijak PC: (Berkata di dalam hati) Padan muka mamat tadi yg bawa monitor tadi. Aku hancurkan PC dia. Dia bajet dia power Counter Strike, dia boleh tackle awek 3rd, 4th, 7th, 8th dan 10th. Agak2 la wei. Dah tu, aku mintak sedut porn dlm PC ni pon ko tak nak bagi. Amik balasan dunia ni. Hahahahahaha!!!!

Suasana 3:


Yg Dok Pegang Kertas Terbakar: Di sini sy ingin menunjukkan bahawa apabila cahaya matahari ditumpukan secara betul dari segi darjah kesengetan nya terhadap sebarang objek mudah terbakar, objek itu akan serta merta menyalakan api. Konsep ini telah diguna pakai sejak zaman Mesolitik lagi ye.

Awek yg Amik Gambar Tu: Pasni abg tunjukkan cara bagaimana nak tukarkan surat khabar lama menjadi arnab lak ye...Hensem abg ni. Gagah lak tu...

Yg Nampak Separuh Badan: Wei bodoh, api sambor rambut aku. Tolong!!!! (Sebelum merlarikan diri ke kolam yg berdekatan)

Moral:

Ape la yg dikecohkan sgt e-voting tu. Korang tu belajar kat Universiti Malaya, 50603 Lembah Pantai, Kuala Lumpur kot. Usah la jumud gila. UPSI yg terceruk kat Proton City tu pon dah lama guna e-voting. Menang gak Pro-Mahasiswa. Tak kecoh pon. Ape yg dikejarkan sgt kuasa di atas dunia ni. Pro-M ke, Pro-A ke sama je. Nak jadi MPP, sebab nanti boleh pegi melancong luar negeri. Piiiiiiirrrrrrrrraaaaaaaahhhhhh!!!!!!

Sumber Gambor: Mymetro dan Malaysia-Kini

Macam - Macam Lah Aznil Ni...


Kadang2 bila berkata benar tu amat pahit dan pasti akan mendapat cemuhan org ramai kan???

Tu la. Aku tahu Aznil Hj Nawawi ni ramai peminat dan pengikut setianya. Tapi ada aku kesah???

Aku tak selalu sangat mengikuti rancangan Macam-Macam Aznil kat Astro Ria tu. Yg aku tgk pon ulang tayang je. Tapi yg aku musykil tu ada segmen 'Tangkap Leleh'. Aku rasa lebih  baik namakan segmen tu 'Tangkap Nangis' daripada 'Tangkap Leleh' sebab 'Leleh selalu digunakan untuk membawa maksud 'cintan' ataupun 'jiwang'.

Ok. Dalam segmen ini, artis akan dijemput untuk 'mengalirkan airmata' seperti yg dilakukan mereka dalam drama atau filem sebelum2 ni. Maka, otai2 'nangis' akan menunjukkan kepakaran masing2 dalam mengalirkan airmata. Kemudian, penonton yg 'sporting' akan dijemput untuk menayangkan kehebatan mengalirkan airmata. Tapi, aku rasa segmen ni buang masa je lah. Aku tak paham. Kenapa perlu ada segmen ni dalam sebuah rancangan bual bicara? Adakah kerana nak mengajak penonton di studio mahupun di rumah pon turut menangis terlolong2 sekali? Apa manfaat nya? Apa faedahnya? Kan lebih baik kalau ditunjukkan segmen origami ataupun menanam bunga di dalam pasu oleh artis. Tu bagi org yg tak ada idea lah kan. Tapi, Macam-Macam Aznil ni dah jadi satu program yg bukan calang-calang dan telah pun meraih anugerah2 sebelum ini. Jadi, tak ada kah segmen lain yg lebih baik unutk penonton2?

Ataupun Aznil terlalu terbawa2 simptom ketika mengacarakan Akademi Fantasia (AF) sebelum ini di mana penonton semua hilang kewarasan diri termasuk lah juri2 dan tenaga pengajar. Lepas peserta nyanyi pon nangis, kena singkir nangis, dah tu, jadi juara pon nangis. Kena singkir pakat meraung ramai2 atas pentas sedangkan semua itu lakonan semata2. Jangan hipokrit la kalau ada peserta yg tersingkir perserta lain sedih, tetapi mereka sebenarnya gembira sebab kurang lagi satu pesaing untuk minggu depannya. Betul tak? Kena singkir, bukan kena hukum gantung sampai mati. Minggu depan dok kat depan pentas jugak.

Kenapa lah teruk sgt industri hiburan kat Malaysia ini? Bila lagu Indon masuk semua dok laung 90:10 sedangkan seorang pun tak berusaha meningkatkan mutu dan kualiti masing2. Entah sampai bila masyarakat kita ni akan dihidangkan dgn adegan2 nangis ni untuk menaikkan 'rating' rancangan masing2.

Kalau kritikan aku yg kerdil ni tak betul, terima kasih.

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahaha

Monday, February 1, 2010

Kecurian...

Di sebuah balai polis di satu daerah di Kuala Lumpur...

Pengadu: Encik, saya nak buat aduan encik. Saya kena ragut tadi encik. Beg tangan saya diragut oleh mat rempit. Tolong saya encik. Tolong....

Polis: Sabar, puan. Sabar byk2. Kita akan tolong puan. Sudah menjadi tugas pihak polis untuk menyelesaikan dan membasmi segala jenis jenayah di negara kita. Sekarang ni, puan ceritakan bagaimana keadaan ini boleh berlaku dan segala maklumat puan akan dimuatkan dalam laporan ini.

Pengadu: Baik2 encik. Kejadian berlaku ketika saya ingin melintas jalan ke kereta saya. Saya tak sedar ada motosikal yg mengekori saya dari belakang lalu pembonceng motosikal itu terus menarik beg saya dgn kuat dan menendang saya sehingga jatuh.

Polis: Jadi, ada tak sebarang kecederaan yg serius puan alami? Kita boleh hantar puan untuk rawatan lanjut di hospital. Malahan kita boleh mendakwa mereka mencederakan puan sebagai kes kedua.

Pengadu: Saya rasa tidak ada kecederaan yg serius encik. Cuma calar sedikit sahaja.

Polis: Boleh puan beritahu di dalam beg puan itu ada tak terdapat barangan berharga dan penting seperti barangan kemas, kunci kereta, dokumen2 mahupun wang tunai. Saya perlu masukkan maklumat2 ini di dalam laporan ini.

Pengadu: Yg betul2 berharga rasanya tak ada encik. Cuma seperti tisu, lipstik, maskara, pencungkil gigi dan ehem2 wanita.

Polis: Oh, begitu. Malangnya penjenayah2 itu. Sia2 sahaja mereka didakwa kerana meragut tetapi tidak mendapat pulangan yg setimpal kan puan.

Pengadu: Tapi beg itu Louis Vuitton. RM13000...

Polis: Gulp.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails