Tuesday, February 2, 2010

Macam - Macam Lah Aznil Ni...


Kadang2 bila berkata benar tu amat pahit dan pasti akan mendapat cemuhan org ramai kan???

Tu la. Aku tahu Aznil Hj Nawawi ni ramai peminat dan pengikut setianya. Tapi ada aku kesah???

Aku tak selalu sangat mengikuti rancangan Macam-Macam Aznil kat Astro Ria tu. Yg aku tgk pon ulang tayang je. Tapi yg aku musykil tu ada segmen 'Tangkap Leleh'. Aku rasa lebih  baik namakan segmen tu 'Tangkap Nangis' daripada 'Tangkap Leleh' sebab 'Leleh selalu digunakan untuk membawa maksud 'cintan' ataupun 'jiwang'.

Ok. Dalam segmen ini, artis akan dijemput untuk 'mengalirkan airmata' seperti yg dilakukan mereka dalam drama atau filem sebelum2 ni. Maka, otai2 'nangis' akan menunjukkan kepakaran masing2 dalam mengalirkan airmata. Kemudian, penonton yg 'sporting' akan dijemput untuk menayangkan kehebatan mengalirkan airmata. Tapi, aku rasa segmen ni buang masa je lah. Aku tak paham. Kenapa perlu ada segmen ni dalam sebuah rancangan bual bicara? Adakah kerana nak mengajak penonton di studio mahupun di rumah pon turut menangis terlolong2 sekali? Apa manfaat nya? Apa faedahnya? Kan lebih baik kalau ditunjukkan segmen origami ataupun menanam bunga di dalam pasu oleh artis. Tu bagi org yg tak ada idea lah kan. Tapi, Macam-Macam Aznil ni dah jadi satu program yg bukan calang-calang dan telah pun meraih anugerah2 sebelum ini. Jadi, tak ada kah segmen lain yg lebih baik unutk penonton2?

Ataupun Aznil terlalu terbawa2 simptom ketika mengacarakan Akademi Fantasia (AF) sebelum ini di mana penonton semua hilang kewarasan diri termasuk lah juri2 dan tenaga pengajar. Lepas peserta nyanyi pon nangis, kena singkir nangis, dah tu, jadi juara pon nangis. Kena singkir pakat meraung ramai2 atas pentas sedangkan semua itu lakonan semata2. Jangan hipokrit la kalau ada peserta yg tersingkir perserta lain sedih, tetapi mereka sebenarnya gembira sebab kurang lagi satu pesaing untuk minggu depannya. Betul tak? Kena singkir, bukan kena hukum gantung sampai mati. Minggu depan dok kat depan pentas jugak.

Kenapa lah teruk sgt industri hiburan kat Malaysia ini? Bila lagu Indon masuk semua dok laung 90:10 sedangkan seorang pun tak berusaha meningkatkan mutu dan kualiti masing2. Entah sampai bila masyarakat kita ni akan dihidangkan dgn adegan2 nangis ni untuk menaikkan 'rating' rancangan masing2.

Kalau kritikan aku yg kerdil ni tak betul, terima kasih.

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahaha

3 comments:

deus X machina said...

tak minat aku cite2 camni
layan EPL lagi best
erk888

Sharinginfoz said...

hmmmm do not really like yang kena titiskan air mata tu..

Siapa Nak Promo Blog???

Sedapnya Cendol….

Handphone Discount Sehingga 70%????

jon azizul said...

deusXmachina: betul epl lagi best.chelsea terbaik!!! hahaha.

Sharinginfoz: juz bg pendapat. sape la kita ni. xde kelulusan dlm bidang seni pon. hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails