Tuesday, April 28, 2009

Kempen...

Biasanya kat TV1 dan TV2, ada la iklan2 kempen kerajaan yg terbaru. Memang RTM digunakan sebagai medium utk menyampaikan wadah kerajaan. Seperti cukai tanah, ttg bencana alam, pilihan raya umum dan sebagainya.

Aku tertarik utk tonton satu iklan dalam bentuk animasi. Ala2 macam upin ipin. Bercerita tentang mutu barangan tempatan yg menyamai mutu barangan import. Keluarga2 dari pelbagai latar belakang bangsa berbelanja secara bijak dgn mengutamakan barangan tempatan. Memang pon, aku amatla bersetuju. Dgn harga yg lebih berpatutan, sebagai seorang pengguna yg bijak, bukan setakat dapat berjimat, tapi kita juga boleh membantu menjana pendapatan negara dan membantu industri2 tempatan utk bersaing dgn produk2 dari luar.

Sejurus selepas iklan tu, ada satu lagi iklan animasi menceritakan sebuah keluarga yg mengamalkan pemakanan yg sihat seperti mengurangkan gula dan susu dalam makanan dan minuman. Di samping itu, mengutamakan makanan berasaskan sayur2an dan mengurangkan makanan yg mempunyai kandungan lemak dan kolestrol. Ini satu usaha yang amat dipuji kerana menasihatkan org ramai terhadap betapa pentingnya menjaga permakanan dan mengamalkan senaman utk memastikan tahap kesihatan diri pada tahap yg baik.

Tetapi...

Iklan yg pertama mengajak org ramai berbelanja dgn membeli barangan2 buatan tempatan, tetapi iklan yg kedua mengajak org ramai mengurangkan penggunaan gula dan susu. Bagaimana utk menjana ekonomi negara jikalau susu dan gula dikurangkan penggunaannya? Bagaimana pula dgn jualan ayam dan daging jika perlu dielakkan dari dimakan?

Memangla produk2 ni tak ada kesan pon jika dikurangkan penggunaannya secara nasional tetapi bagaimana nasib peniaga2 ayam dan daging di pasar2 jika org ramai kurang membeli ayam? Di mana akan mereka mencari sumber pendapatan? Bagaimana pula nasib peruncit2 jika gula dan susu tidak dibeli org, yakni penjualan barangan2 ini kurang secara mendadak?
Kilang gula? Kilang susu?

Saja nak cakap pasal ni. Tak kritikal pon. Hahahaha... Old Cham Kee lak mcm mana kalau org kurangkan membeli karipap yg besar dan sedap???

Monday, April 27, 2009

Hidup ni memang susah...

Kalau diberi 2pilihan, mana yg satu yg lebih bagus. Entah la.

Pilihan 1:

Jadi macho gila, hensem macam Johnny Depp. Baju semua bergaya. Rambut pon ala2 artis Kores. Pakai kasut pon jenama Zara. Awek keliling pinggang. Kawan2 bersepah. Henset tiap2 masa berbunyi. Kredit selalu habis call awek2.

Tapi....

Bodoh. Result exam selalu teruk. Kerja pon ntah ada2 ntah tak. Asyik malu je tgk org lain semua berjaya. Selalu takut tak ada masa depan.

Pilihan2:

Skema nak mati. Baju butang sampai atas, rambut pon sikat tepi. Asyik pakai kasut jenama Power je. Awek langsung tak ada. Kawan2 pon tak ada. Makan pon sorang2. Henset nak bunyi pon bila pasang alarm je. Kredit bertimbun sebab asyik expired tapi kredit tak habis.

Tapi...

Pandai sgt2. Result exam gempak. Kerja senang2 je dapat. Bangga sebab berjaya dalam hidup.


Aku lebih rela pilihan yg kedua. Hmmmm.......

Friday, April 24, 2009

Binatang Peliharaan

Perasan tak kalau dalam drama atau filem melayu, kalau ada scene atuk atau nenek datang berkunjung ke rumah cucu2 nya, masa nak pulang kembali ke kampung, antara alasan yang akan diberi adalah seperti di bawah:

"Atuk tak boleh lama2 kat sini... Ye la, ayam dgn itik di kampung tak ada org yg nak kasi makan..."

Macam tipikal je jawapan ni. Memandangkan kita sekarang dah di milenium baru, mungkin pembuat2 skrip drama kita mahu cuba skrip macam di bawah lak:

"Atuk tak boleh lama2 kat sini... Ye la, hamster dgn iguana di kampung tak ada org yg nak kasi makan..."

Antelop boleh tak???

Thursday, April 23, 2009

A la la la tuk... Jangan Saman!!!

Penah dgr lagu Poe yg tajuknye sama mcm tajuk post ni??? Ala lagu pasal saman polis tu. Kalau tak ingat, tgk video kat bawah ni. Haha.


Kalau cakap pasal saman polis, mesti semua org kalau boleh nak elak la. Ye la, kang melayang duit senang2 je. Byk sgt operasi polis kan. Mksd aku dari segi saman trafik la. Selain itu, saman majlis2 pembandaran pon ada gak. Terutamanya saman parking. Haha.


Penah terfikir tak, berapa jumlah saman secara pukal setiap tahun??? Aku pon tak tau. Tapi yg penting dalam tempoh beberapa tahun akan datang ni, jumlah saman Polis dan majlis pembandaran akan diatasi oleh jumlah saman oleh ahli2 politik negara yang amat lah budiman.


Kena lucut jawatan, saman. Kena keluar dewan parlimen, saman. Keluar artikel dlm blog, saman. Semua saman la. Kot2 nanti terlanggar bahu pon kena saman. Bahaya betul. Makin menjadi2. Dah macam sindrom dah saman ni di kalangan org politik. Tiap2 bulan mesti ada kes saman.


Hari ni, anak jantan Karpal Singh, Gobind Singh Deo, berhajat nak saman Speaker Dewan Rakyat sebab gantung dia dari menghadiri sesi parlimen selama setahun. Sebab ape dia kena gantung??? Sebab mulut dia mcm gampang. Kalau pon nak tegur ape2 thdp kerajaan, guna la secara berhemah. Anda kan seorang peguam. Macam tu ke cara peguam berhujah dalam mahkamah?? Main jerit2, maki2 ke??? Sebab aku tak penah masuk mahkamah. Ni pon, lepas aku post dlm blog aku ni, ntah2 aku kena saman. Haha. Aku tegur sebab nak tgk perubahan ahli2 parlimen kita. Berhujah secara berhemah sebab semua kat dlm parlimen tu bukan calang2 org, semua ada kelayakan tinggi.


Cuba tgk video kat bawah ni??? Apa beza dia dgn Gobind???

Sebab dia tegur org dgn otak, bukan dgn emosi.

Monday, April 20, 2009

Siapa yang kurang upaya sebenarnya???

Aku tak kagum bila Usain Bolt pecah rekod dunia 100m dan 200m. Aku tak kagum Micheal Phelps dapat 8pingat emas kat Olimpik. Sebab dua2 tu ada keupayaan, maksud aku dari segi fizikal. Semua org yg sempurna boleh buat kalau dapat latihan dan teknik yg betul dalam sebarang sukan sekali pon.



Yang aku kagum bila tgk org kurang upaya terlibat dalam sukan. Apa jenis sukan sekali pun. Dgn keadaan fizikal yg sedemikian pon, semangat golongan ini untuk mencipta nama sebagai ali sukan yg berjaya terus membara.

Aku kagum melihat seorang atlit yg bertangan satu berenang, atlit berkaki palsu berlari 100m, atlit berkerusi roda dalam acara ping pong dan bola keranjang, atlit yg bertubuh kecil dalam acra powerlifting. Semua hebat. Aku rasa aku pon tak mampu bermain sukan sehebat mereka. Apa yg perlu kita buat adalah beri sokongan moral kepada mereka. Tapi yg sedihnya, sukan paralimpik tak dapat sambutan pon oleh org ramai. Sedangkan bagi kontinjen negara kita, mereka berjaya menyumbangkan byk pingat. Lebih berbaloi kita pergi ke stadium menyokong pasukan paralimpik Malaysia daripada menonton pasukan bolasepak kebangsaan dibelasah oleh pasukan lawan. Betul tak???

Mentaliti masyrakat Malaysia perlu diubah. Sukan paralimpik Asean dilangsungkan setiap kali berakhirnya Sukan Sea. Siap dihebohkan di kaca TV. Tapi yg hadir untuk menyokong boleh dihitung dgn jari. Aku cabar org yg sempurna bertanding dgn atlit powerlifting paralimpik kita. Tgk siapa lebih hebat ok??? Jgn pandang rendah.

Bukan setakat sukan, byk lagi perkara lain yg kita harus pupuk kesedaran org ramai terhadap golongan kurang upaya ni. Kedunguan rakyat Malaysia jelas, bila keluar dari lrt, semua berlari ke arah lif. Sedangkan untuk turun satu tingkat sahaja. Untuk pengetahuan semua, lif tu dikhaskan utk org kurang upaya, org2 tua dan wanita mengandung. Itu yg di luar, di dlm lrt semua berebut utk duduk tanpa mengira keperluan golongan yg telah dikhaskan untuk duduk di atas kerusi. Bukan menghalang, tapi kalau ada di antara mereka yg memerlukan untuk duduk, bertolak ansur lah. Bukan susah pon.

Di beberapa tempat, parking kereta khas utk pemandu oku diwujudkan supaya memudahkan mereka. Tapi yg malangnya ada gak org yg cukup sifat fizikal letak kereta di petak khas tu. Mungkin cukup sifat fizikal, secara mental kurang kot. Lain kali kalau nak parking kat situ, bila keluar dari kereta, buat2 lah jalan tempang2 skit. Bodoh.

Sepanjang pengalaman aku, ada gak la perkara2 yg menyedapkan mata aku melihat layanan terhadap oku ni. Contohnya, kat stesen minyak Shell, aku penah nmpk org kurang upaya, dari segi sindrom down diberi peluang kerja. Begitu juga kat Giant, ada oku yg bertubuh kecil dapat bekerja bersama2 org yg normal. Mcm ni la yg kita nak, supaya mereka tak merasa tersisih. beri mereka peluang, supaya mereka tak melarat sampai terpaksa meminta sedekah di kaki2 lima. Mereka mampu buat seperti kita buat.

(Tgh taip benda ni, ada lagu Cindy Lauper Time After Time lak. Teringat Randy dalam My Name is Earl nyanyi tiap kali kecewa dalam bercinta. Hahahahahaha)

The Way We Jam

Dalam tempoh 4 hari, 5kali aku kena road block.

Yg paling best, 3 kali tempat yg sama waktu yg sama oleh agensi yg sama.

Tau tak MRR2 kenderaan tak pernah lengang??? Yg pegi buat awal2 pukul 930mlm tu nape???
Jam dari simpang LDP masuk ke MRR2. Road block tu buat dekat dgn Bulatan Batu Caves. Bodoh ke ape??? Perjalanan yg kurang 20minit aku kena sejam lebih. Terima kasih sebab berjaya membuang masa aku kat jalan.

Kalau nak buat road block, buat la. Ni tahan aku pon tak. Bukan setakat aku, kereta lain pon tak tahan. Tahan moto je. Yg seksa org lain la, jam bukan main jauh. Buang masa!!!!!!!!!!!!!

Mesra.Cepat.Bodoh.

Teringat lagu KRU. Tapi bukan ttg jam kat jalan. The Way We Jam.

Pastu tadi teringat lagu Rage Against The Machine. Fuck Tha Police.

Oooopppssss Terpeluk....

Mintak maaf sebab teruja sampai terpeluk di khalayak ramai. Sbg org Melayu tau dah melampaui batas2 pergaulan.

Camtu je. Ko dulu mamat despatch je, baru nak popular jgn nak lupa daratan.

Dari cara dia jawab, nmpk sgt terpeluk di khalayak ramai tu salah. Kat belakang2 sudah tentu lebih dari peluk.

Tak payah nak poyo la.

"Bohjan: Jangan Pilih Awek Hitam"

Ha. Tu tajuk filem yg bakal aku terbitkan dalam beberapa tahun akan datang. Ye la, Shamsul Yusoff buat filem "Bohsia: Jangan Pilih Lorong Hitam". Aku pon nak ikot trend gak. Filem mesti ada mat rempit, ada bohsia, drift skit2, buat adegan ranjang. Mesti laku punye.

Dari dulu, aku muak dgr (sbb aku tak teringin pon nak tgk) cerita2 genre macam ni yg org Malaysia (pembikin filem) yg buat. MUAK. Dari filem KL Menjerit, Revolusi KL Drift, Impak Maksima, Anak Halal, ape2 jadah lagi cerita yg ntahape2 takde ape2 motif dan pengajaran langsung. Ko nak tipu aku tak payah la. Org lain boleh kot.

Alasan mudah, buat filem camni sbb nak timbulkan kesedaran kepada remaja2 yg terlibat dalam masalah sosial. Kalau rajin, pegi cek kat Jabatan Perangkaan Negara, pihak Polis ke, Agensi Anti Dadah ke, Makin berkurang ke kes tangkapan, bilangan penagih , tak pon cek kat Jabatan Kebajikan Masyarakat berapa byk bayi kena buang selepas filem2 ni ditayangkan?? Ada kesan ke??? Sampai ke matlamat??? Yg aku dok nmpk makin belambak budak2 BODOH dok rempit. Sama je. Bohsia dok celapak kat belakang mamat stim atas moto ada la.

Lain kali cakap, "Saya buat filem ni utk menang pasaran remaja je. Sudah tentu diorang dtg tgk filem ni". Ye la, dah cerita pasal kehidupan diorang. Mesti la datang.

Yg jijik nye, boleh lak ada Teater Muzikal Impak Maksima. Wah. Apa pengisian nye??? Ke nak tunjuk korang hebat menyanyi je???

Teater ada maruah nye. Jangan nak amik mudah sbb tau benda ni boleh buat duit, semua nak buat teater.

Tahniah sebab memalukan bangsa Melayu sendiri sbb aku tak penah tgk MATA SEPET dan JASAD HITAM dok merempit.

Friday, April 17, 2009

Ramai2 pakat tengok

http://brojinggo.blogspot.com/2009/04/pas-for-all-apa-ni.html

Buat filem asalkan boleh tayang...

Macam mana la aku boleh tergerak nak tgk filem Selamat Pagi, Cinta! pon aku tak tau. Tapi bagus gak la. Boleh aku hentam habis2an cerita ni. Macam taik. Nampak sgt David Teh-O nak buat duit, filem tak berkualiti pon dia nak terbitkan. Tak best langsung.

Kalau perasan, ada satu scene si Q pegi amik Amani kat depan rumah dia. Pastu nak gerak lepak la ni. Ada satu kereta hijau kat dpn rumah Amani tu. Dgn slumber si Amani buka pintu kereta berkenaan sebab dia ingatkan kereta tu Q punya. Tapi rupa2nya bukan, vespa kat belakang kereta tu Q punya. Yg lawaknya, bila digunakan akal yg waras utk berfikir, malaun mana yg bijak tinggalkan kereta dia dpn rumah org tgh2 gelap siap tak berkunci???? Dgn slumber je Amani boleh buka. Mmg pemurah.

Pastu, si Q ni kira hebat sgt la dia punya minat ke arah seni. Boleh buat puisi, boleh main biola. Tapi kalau ada org hebat pon main biola, tak kan la sampai nak ke sana sini usung biola tu??? Obses gila. Kalau camtu, nanti nak ke mana2 pun aku nak la usung beg drumsticks aku dgn snare drum. Mesti macho kan???

Yg tipikal biasa la. Ada scene terlanggar org, pastu ada benda tercicir. Dalam filem ni, rantai Amani jatuh kat tepi tangga. Dia cakap tu rantai nenek dia. Yg lawak nya, aku tgk rantai tu macam pattern baru je. Ada taste gak la nenek dia tu. Mungkin bukan rantai pusaka kot. Rantai biasa2 je. Ok. My bad.

Dalam cerita Antoo Fighter pon ada scene terlanggar org. Tapi cincin lak tercicir. Mungkin pasni ada file yg buat adegan tercicir, mungkin tangan palsu tercabut, tak pon biji mata terkeluar, tak pon leher terpatah. Baru lain skit. Asyik2 benda tercicir. Tak ada variasi langsung.

Masa interview kat Sinar FM, David suruh bawa tisu kot2 ternangis sebab filem ni genre sedih skit. Betul mmg perlukan tisu. tapi sebab nak lap air liur aku yg tersembur sbb byk sgt perkara melucukan dalam filem ni. Bukan lawak, tapi menampakkan kebodohan org yg buat filem ni.

Baik tgk Laskar Pelangi.... Kan???

Wednesday, April 8, 2009

Mood Laskar Pelangi Lagi... Hahahaha...

Still mood Laskar Pelangi. Video ni trailer filem tu. Haha.

Pada org2 yg dok pndg rndh kat filem ni, tgk trailer dulu. Baru tau betapa hebat nya cerita ni.

14hb April, 8mlm, kat audi fakulti ekonomi UM, ada tayangan filem ni. Tapi aku dah tgk dulu. Haha

Nyanyian Serambi

Kelantan... dikenali sbg Serambi Mekah.

Tapi lps ni lbh baik tukar title tu jadi Serambi Brazil, tak pun Colombia. Sebab kat Amerika Selatan, selalu sgt ada rusuhan penyokong bolasepak. Sama la mcm kat Kelantan. Hbs kereta polis pun kena bakar.

Maknanya, apa yg diceritakan dlm filem Budak Kelantan tu betul la. Samseng org2 kelantan ni. Tak puas hati mengamuk. Bakar sana sini, baling itu ini. Tahniah la.

Ada sorang mamat tu siap menjerit dpn kamera RTM. Konon cool la tu. Pirah mabuk!!!

Jawapan Skema Lagi

Jawapan skema bila kalah dalam pilihanraya:

1) Bila BN kalah

Walaupon kita menghadapi kekalahan dalam pilihanraya kali ni, tapi kita berjaya membuktikan bahawa demokrasi masih segar di negara kita.

2) Bila pembangkang kalah

BN menggunakan taktik kotor. Mereka mengimport pengundi hantu. Kita ada bukti2 yang sahih.

Dok dalam satu negara yg sama pon nak kecoh2. Sampai bila nak maju.

Tuesday, April 7, 2009

Ada Apa Dengan PAS?

PAS.

Tak ada apa aku nak banggakan dgn PAS. Sama je. Mulut dok PAS PAS. Perangai kdg2 mengalahkan org UMNO. Dulu, member aku dok canang2 PAS bgs, tegakkan Islam, UMNO kafir, dok ceramah aku, tapi waktu berhimpit2 kat jeti feri Penang dpn2 aku dia raba amoi. CD blue pantang nmpk. Tu nk jadi pemimpin PAS masa dpn??? Hancur la wei.

Org2 kmpg dok PAS PAS. Tapi beratur gak kat kedai Sport Toto. Siap pakai kopiah putih lagi. Cover la skit. Pakai topi koboi mcm M Rajoli ke, baru la tak nmpk mcm org PAS.

Bdk2 muda dok PAS PAS PKR PKR. Balun awek ramai2. Jgn menipu la. Camtu kata nak tegakkan agama??? TU tak termasuk yg dok main judi lagi. Yg taik dadah pon ada gak. Bapak org kuat PAS, anak amik benda2 haram tu.

Kdg2 perjuangan yg murni boleh jadi keji kalau org yg terlibat dlm pertubuhan tu ada yg perangai yg tak semenggah.

Sama la mcm UMNO. Mcm mana beruk educated tak berekor boleh mng Ketua Pemuda sdgkan jelas2 dia kaki rasuah.

Org PAS dgn org UMNO semua melayu. Malangnya dok bergaduh. Mcm dlm ring WWE. Penonton2nya org bukan Melayu. Bagi tepukan bukan utk menyokong, tapi perli smbl ketawa berdekah2 tgk org Melayu bergaduh sama sendiri.

Tu la namanya Melayu. Ada tanah kelapa sawit malas nak usaha, bagi Indon kait buah. Duit upah tu kalau smpn dah boleh pegi haji.

Untung nye...

Tiap kali ada pilihanraya kecil, mesti tmpt tu jadi tumpuan kerajaan. bagi bantuan tu, bantuan ni, buat majlis tu,majlis ni, seminar tu, seminar ni. kdg2 kawasan tercorok pon dapat mcm2. sbb nak pancing undi. jgn cong la. sume org tau. BN tuduh org asyik berpolitik tiap2 masa, tapi BN pon sama je. Time camni baru la nak tunjuk muka. Kalo tak, jgn harap la.

Nak bagi bantuan, kena wartawan ada. Esok masuk paper. Cakap pembangkang takkan boleh membela rakyat. Tak dapat bagi pembangunan. Memang la. Dah duit kerajaan BN pegang. Nak tipu pon, agak2 la. Logik la skit. Kalau tak ada pilihan raya kecil, jgn harap tmpt Bukit Gantang tu dapat mcm2. Aku kenal sgt tmpt tu. Kalau kalah BN esok, confirm apa yg dok gebang2 masa kempen tak jadi kenyataan.

Buka mata la BN. Tak guna kalau tukar PM pon. Tapi pendekatan tetap sama.

Tun Dr. Mahathir dah masuk UMNO balik. Aku pon rasa mcm nak masuk UMNO. Tapi tetap sama org2 dalam tu. Kalau Tun sorang yg elok, tetap tak ke mana UMNO.

Tunggu dulu la. Bila dah OK, baru masuk. Tapi aku lapar la. Haha.

Saturday, April 4, 2009

Laskar Pelangi

Aku tak tau nape aku fanatik gila dgn filem ni. bagi aku best la. berulang2 kali aku tgk. (Aku download, sbb tu boleh tgk byk kali). Cerita kanak2 yg best. Penuh dgn pengajaran. Aku respek la kat pengarah Laskar Pelangi. Soundtrack filem ni pon best. (Aku download gak satu album). Satu je yg belum cukup, aku takde novel nye lagi. Nanti aku download. Haha.
Laskar Pelangi....

Thursday, April 2, 2009

Anak Haram!!!

aku mengakhiri zaman aku kat um dgnbenda yg paling memalukan... bengang betul la. ptg souncheck cun gila babi. naik stage mlm monitor sebelah aku kuat nak mampos. sampai sound drums lgsg x dgr. mcm mana nak control tempo. bodoh punya soundman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails