Monday, April 20, 2009

"Bohjan: Jangan Pilih Awek Hitam"

Ha. Tu tajuk filem yg bakal aku terbitkan dalam beberapa tahun akan datang. Ye la, Shamsul Yusoff buat filem "Bohsia: Jangan Pilih Lorong Hitam". Aku pon nak ikot trend gak. Filem mesti ada mat rempit, ada bohsia, drift skit2, buat adegan ranjang. Mesti laku punye.

Dari dulu, aku muak dgr (sbb aku tak teringin pon nak tgk) cerita2 genre macam ni yg org Malaysia (pembikin filem) yg buat. MUAK. Dari filem KL Menjerit, Revolusi KL Drift, Impak Maksima, Anak Halal, ape2 jadah lagi cerita yg ntahape2 takde ape2 motif dan pengajaran langsung. Ko nak tipu aku tak payah la. Org lain boleh kot.

Alasan mudah, buat filem camni sbb nak timbulkan kesedaran kepada remaja2 yg terlibat dalam masalah sosial. Kalau rajin, pegi cek kat Jabatan Perangkaan Negara, pihak Polis ke, Agensi Anti Dadah ke, Makin berkurang ke kes tangkapan, bilangan penagih , tak pon cek kat Jabatan Kebajikan Masyarakat berapa byk bayi kena buang selepas filem2 ni ditayangkan?? Ada kesan ke??? Sampai ke matlamat??? Yg aku dok nmpk makin belambak budak2 BODOH dok rempit. Sama je. Bohsia dok celapak kat belakang mamat stim atas moto ada la.

Lain kali cakap, "Saya buat filem ni utk menang pasaran remaja je. Sudah tentu diorang dtg tgk filem ni". Ye la, dah cerita pasal kehidupan diorang. Mesti la datang.

Yg jijik nye, boleh lak ada Teater Muzikal Impak Maksima. Wah. Apa pengisian nye??? Ke nak tunjuk korang hebat menyanyi je???

Teater ada maruah nye. Jangan nak amik mudah sbb tau benda ni boleh buat duit, semua nak buat teater.

Tahniah sebab memalukan bangsa Melayu sendiri sbb aku tak penah tgk MATA SEPET dan JASAD HITAM dok merempit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails