Monday, April 20, 2009

Siapa yang kurang upaya sebenarnya???

Aku tak kagum bila Usain Bolt pecah rekod dunia 100m dan 200m. Aku tak kagum Micheal Phelps dapat 8pingat emas kat Olimpik. Sebab dua2 tu ada keupayaan, maksud aku dari segi fizikal. Semua org yg sempurna boleh buat kalau dapat latihan dan teknik yg betul dalam sebarang sukan sekali pon.



Yang aku kagum bila tgk org kurang upaya terlibat dalam sukan. Apa jenis sukan sekali pun. Dgn keadaan fizikal yg sedemikian pon, semangat golongan ini untuk mencipta nama sebagai ali sukan yg berjaya terus membara.

Aku kagum melihat seorang atlit yg bertangan satu berenang, atlit berkaki palsu berlari 100m, atlit berkerusi roda dalam acara ping pong dan bola keranjang, atlit yg bertubuh kecil dalam acra powerlifting. Semua hebat. Aku rasa aku pon tak mampu bermain sukan sehebat mereka. Apa yg perlu kita buat adalah beri sokongan moral kepada mereka. Tapi yg sedihnya, sukan paralimpik tak dapat sambutan pon oleh org ramai. Sedangkan bagi kontinjen negara kita, mereka berjaya menyumbangkan byk pingat. Lebih berbaloi kita pergi ke stadium menyokong pasukan paralimpik Malaysia daripada menonton pasukan bolasepak kebangsaan dibelasah oleh pasukan lawan. Betul tak???

Mentaliti masyrakat Malaysia perlu diubah. Sukan paralimpik Asean dilangsungkan setiap kali berakhirnya Sukan Sea. Siap dihebohkan di kaca TV. Tapi yg hadir untuk menyokong boleh dihitung dgn jari. Aku cabar org yg sempurna bertanding dgn atlit powerlifting paralimpik kita. Tgk siapa lebih hebat ok??? Jgn pandang rendah.

Bukan setakat sukan, byk lagi perkara lain yg kita harus pupuk kesedaran org ramai terhadap golongan kurang upaya ni. Kedunguan rakyat Malaysia jelas, bila keluar dari lrt, semua berlari ke arah lif. Sedangkan untuk turun satu tingkat sahaja. Untuk pengetahuan semua, lif tu dikhaskan utk org kurang upaya, org2 tua dan wanita mengandung. Itu yg di luar, di dlm lrt semua berebut utk duduk tanpa mengira keperluan golongan yg telah dikhaskan untuk duduk di atas kerusi. Bukan menghalang, tapi kalau ada di antara mereka yg memerlukan untuk duduk, bertolak ansur lah. Bukan susah pon.

Di beberapa tempat, parking kereta khas utk pemandu oku diwujudkan supaya memudahkan mereka. Tapi yg malangnya ada gak org yg cukup sifat fizikal letak kereta di petak khas tu. Mungkin cukup sifat fizikal, secara mental kurang kot. Lain kali kalau nak parking kat situ, bila keluar dari kereta, buat2 lah jalan tempang2 skit. Bodoh.

Sepanjang pengalaman aku, ada gak la perkara2 yg menyedapkan mata aku melihat layanan terhadap oku ni. Contohnya, kat stesen minyak Shell, aku penah nmpk org kurang upaya, dari segi sindrom down diberi peluang kerja. Begitu juga kat Giant, ada oku yg bertubuh kecil dapat bekerja bersama2 org yg normal. Mcm ni la yg kita nak, supaya mereka tak merasa tersisih. beri mereka peluang, supaya mereka tak melarat sampai terpaksa meminta sedekah di kaki2 lima. Mereka mampu buat seperti kita buat.

(Tgh taip benda ni, ada lagu Cindy Lauper Time After Time lak. Teringat Randy dalam My Name is Earl nyanyi tiap kali kecewa dalam bercinta. Hahahahahaha)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails