Tuesday, April 28, 2009

Kempen...

Biasanya kat TV1 dan TV2, ada la iklan2 kempen kerajaan yg terbaru. Memang RTM digunakan sebagai medium utk menyampaikan wadah kerajaan. Seperti cukai tanah, ttg bencana alam, pilihan raya umum dan sebagainya.

Aku tertarik utk tonton satu iklan dalam bentuk animasi. Ala2 macam upin ipin. Bercerita tentang mutu barangan tempatan yg menyamai mutu barangan import. Keluarga2 dari pelbagai latar belakang bangsa berbelanja secara bijak dgn mengutamakan barangan tempatan. Memang pon, aku amatla bersetuju. Dgn harga yg lebih berpatutan, sebagai seorang pengguna yg bijak, bukan setakat dapat berjimat, tapi kita juga boleh membantu menjana pendapatan negara dan membantu industri2 tempatan utk bersaing dgn produk2 dari luar.

Sejurus selepas iklan tu, ada satu lagi iklan animasi menceritakan sebuah keluarga yg mengamalkan pemakanan yg sihat seperti mengurangkan gula dan susu dalam makanan dan minuman. Di samping itu, mengutamakan makanan berasaskan sayur2an dan mengurangkan makanan yg mempunyai kandungan lemak dan kolestrol. Ini satu usaha yang amat dipuji kerana menasihatkan org ramai terhadap betapa pentingnya menjaga permakanan dan mengamalkan senaman utk memastikan tahap kesihatan diri pada tahap yg baik.

Tetapi...

Iklan yg pertama mengajak org ramai berbelanja dgn membeli barangan2 buatan tempatan, tetapi iklan yg kedua mengajak org ramai mengurangkan penggunaan gula dan susu. Bagaimana utk menjana ekonomi negara jikalau susu dan gula dikurangkan penggunaannya? Bagaimana pula dgn jualan ayam dan daging jika perlu dielakkan dari dimakan?

Memangla produk2 ni tak ada kesan pon jika dikurangkan penggunaannya secara nasional tetapi bagaimana nasib peniaga2 ayam dan daging di pasar2 jika org ramai kurang membeli ayam? Di mana akan mereka mencari sumber pendapatan? Bagaimana pula nasib peruncit2 jika gula dan susu tidak dibeli org, yakni penjualan barangan2 ini kurang secara mendadak?
Kilang gula? Kilang susu?

Saja nak cakap pasal ni. Tak kritikal pon. Hahahaha... Old Cham Kee lak mcm mana kalau org kurangkan membeli karipap yg besar dan sedap???

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails