Tuesday, February 9, 2010

Cerita Dongeng Rakyat - Si Tanggang

Mak Temah termenung di jendela. Fikirannya melayang jauh mengenangkan anak tunggalnya, Si Tanggang. Setelah hari berganti hari, minggu berganti minggu, purnama berganti purnama, kelibat anaknya itu belum muncul2. Teringat hari terakhir dia menatap wajah Si Tanggang, ketika hendak berlayar bersama kapal dagang, enam purnama lalu. "Mak, Tanggang berjanji dgn emak, kepulangan anakanda nanti akan membawa kesenangan dalam keluarga kita, Mak. Tanggang berjanji akan berkerja bersungguh2 untuk mengubah nasib kita." Berat hati Mak Temah merelakan pemergian Tanggang, namun apa daya. Jikalau tak bekerja, tiada siapa akan memberi makanan untuk dijamah setiap hari. Lagipun Si Tanggang perutnya makin membuncit akibat asyik membuta.

Rindu terhadap anaknya tidak terkata lagi. Kelmarin, Cik Esah Propa, rakin karib Mak Temah merangkap jiran selang tiga rumah datang bergosip. Bukan gosip Fahrin dgn Scha, tapi dgr khabarnya kapal dagang yg disertai Si Tanggang akan berlabuh di pantai berdekatan kampung mereka. Hairan juga Mak Temah. Bagaimana Cik Esah boleh tahu perkara sedemikian. Di zaman itu, belum wujud lagi kemudahan interner jalur lebar. Mungkin dah zahirnya dia lahir dgn 'title' propa, dia mungkin mendahului zamannya untuk mendapat maklumat terkini. Hati Mak Temah berbunga riang. Dalam hati ada taman. Apatah lagi dicanangnya Cik Esah bahawa Si Tanggang sudah dinaikkan pangkat sebagai Nakhoda kapal setelah Nakhoda asal telah bersara awal.

Tersenyum simpul Mak Temah sendiri. Mengenangkan janji2 Si Tanggang taburkan dahulu. Untuk membawa kemewahan kepadanya. Gaji Si Tanggang mesti sudah tinggi. Tak termasuk Socso lagi. Wah. Berubahlah nasibnya selepas ini. Bolehlah dia mengunjungi spa di pekan sana. Dia akan kelihatan cantik seperti 20tahun lebih muda. "Rasai kehangatan aku, cantik sepertiku..." Fikirannya melayang2 sehinggakan gosip yg dibawa Cik Esah langsung tidak didengarinya lagi.

Hari yg dikunjung telah tiba. Sejak pagi2 lagi Mak Temah menunggu kapal yg membawa Si Tanggang berlabuh di tepi pantai. 5jam menunggu, kapal yg besar itu telah melabuhkan sauhnya. Kelihatan beberapa buah sampan yg membawa anak2 kapal menuju ke daratan. Mak Temah telah melompat riang seperti antelop, ke arah sampan yg pertama tiba di pantai. "Nak, mana Nakhoda kapal ini. Makcik teringin sangat berjumpa dgn nya." Soal Mak Temah kepada salah seorang krew kapal berkenaan. "Yg itu, makcik." Jawab krew berkenaan sambik menuding jari kepada seorang lelaki yg segak bergaya. "Oh, Tanggang. Doa mak telah dimakbulkan. Kau telah menjadi insan yg berjaya, Tanggang." Mak Temah berbicara di dalam hati.

Bingkas Mak Temah mengorak langkah menuju ke arah lelaki berkenaan. Terus dipeluknya lelaki berkenaan dari belakang."Oh Tanggang. Kau dah balik, nak. Mak rindukan kau, Tanggang". Terkejut beruk lelaki berkenaan, lalu berkata, "Apa ni, makcik. Makcik telah menodai saya. Saya bukan Tanggang, makcik." Serba salah Mak Temah dibuatnya. "Tetapi tidakkah anak ini Nakhoda kapal ini. Sampai hati kau Tanggang. Mak dtg dari pagi menanti kepulangan kau, Tanggang. Kau tidak mengaku yg aku ini emak kau." "Makcik bukan mak saya. Saya bukan Tanggang. Saya tidak kenal makcik." Ujar lelaki berkenaan lagi.

"Sampai hati kau Tanggang. Setelah kau telah berjaya kau langsung tidak mengakui aku ini emak kau. Tangan ini lah yg membesarkan ku, Tanggang. Tangan inilah yg menyapu ubat kurap yg penuh kat badan kau masa kau kecil dahalu," rintih Mak Temah. "Siapakan makcik ini, Kanda?" Tiba2 muncul seorang wanita yg cantik dari belakang. "Entah lah, dinda. Mungkin makcik ini gila agaknya. Dia bukan ibu Kanda. Ibu kanda tak semiskin ini. Ibu kanda ada LV," jawab Nakhoda berkenaan.

"Kau telah melampau, Tanggang. Kini kau telah berjaya, ada isteri yg cantik, kau tak mengakui aku ini emak kau. Aku bagi kau peluang terakhir untuk meminta ampun dari aku, jika tidak, aku akan sumpah kau jadi batu giling," kata Mak Temah dgn nada marah. Org ramai di sekeliling kebingungan namun masing2 telah menjarakkan diri dari adegan tersebut akibat bimbang menjadi batu juga. "Ah! Kau bukan ibuku. Ibuku tak seperti kau. Ibu aku kaya. Berkedudukan tinggi'" ucap lelaki tersebut dgn bongkak.

"Baik. Kau telah derhaka terhadap aku, Tanggang. Dari hari ini, aku sumpah kau jadi batu gi..."

"Nanti!" Tiba2 ada suara yg mencelah. Terus Mak temah menoleh ke arah suara berkenaan. "Ini Tanggang, Mak. Tanggang rindukan mak." Ujar lelaki yg kelihatan compang-camping sekali. "Kamu ini siapa?" Soal Mak Temah. "Saya lah Tanggang. Anak emak," jawab lelaki itu. Mak Temah tak berpuashati, "Tapi anak aku, Tanggang dah jadi Nakhoda kapal. Bukan macam kau." "Siapa kata Tanggang jadi Nakhoda. Tanggang 'cleaner' je atas kapal tu."

Mak Temah terus membenamkan mukanya ke dalam pasir pantai akibat malu tersalah anak....

Moral:
1) Jangan terlalu percaya pada khabar angin.
2) Ingat muka anak anda betul2.
3) Harta kemewahan tidak penting. Tidak boleh dibawa ke dalam kubur pon!!!

1 comment:

Farfar said...

hahahahaha...motif??????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails