Wednesday, May 27, 2009

Debat Husam vs Ezam - Siapa Pengecut Sebenar?

Ceritanya bermula begini. TV9, melalui rancangan bual bicara Hujah, yg ditayangkan setiap malam Selasa ingin mempertemukan dua tokoh politik dari dua parti berbeza, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari UMNO dan Husam Musa dari Pas. Tajuk perbincangan ialah Rasuah dalam Politik.

Atas sebab2 tertentu, Zahid telah menarik diri dari debat tersebut, dan perkara ini telah diberitahu kepada TV9 lebih awal. Lalu, Ezam Mohd Nor telah bersetuju untuk menggantikan Zahid.

Namun, pada malam rancangan tersebut, Husam pula turut menarik diri pada saat2 akhir dan tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun.

Biasalah. Blogger yg sokong kerajaan tuduh Husam tak ada telur dan blogger pro-pembangkang lak tuduh sebaliknya.

Kalau nak dirungkaikan permasalahan ni, aku rasa Husam yg bacul. Sebab, perkara Zahid telah diganti oleh Ezam semua org tau dari awal lagi. Kalau Husam cakap buang masa debat dgn Ezam, sepatutnya hari Isnin tu dia dah tarik diri. Tapi kenapa sebelum rancangan tu baru nak angkat kaki?

Bacul ke pengecut?

2 comments:

Anonymous said...

sincerely, husam musa bersikap tak beretika, tak profesional. Infact dia dah tau zahid tarik diri dan diganti dengan ezam, maka dia menolak kerana 'merasa' ezam bukan lawannya. Lawannya cuma jerung2 besar sebab nafsunya jugak besar. Aku ingat orang macam dia ada pinsip tegas sebab seorang yang berjuang dalam parti islamik, maka tak kira sapa pun sanggup berdebat-- rupanya memilih juga. Ego pun bsar jugak. Apa dia ingat ezam tu tak da ilmu ka? Ramai tak tau, tapi aku tau, bila tempat husam nak diganti dengan orang lain dalam 'PAS'ebagai panel , dia cepat2 nak balik berdebat walaupun dengan ezam. Aku yakin dia berbuat begitu sebab dia nak tampil kat tv9, rancangan top, sbb nak bertanding nanti, kena populer dulu. kalau orang lain dalam pas yang juga nak berebut jawatan naib presiden tampil sebagai panel, populaririti orang tu pulak yang meningkat, maka lebih baik dia yang tampil-- itu lah kira2nya kot! Tapi sikap tak profesionalnya muncul kerana dia datang ke studio, tengok ezam, kemudian bagitahu penerbit, minta maaf, tak dapat!..apa punya orang macam ni? baik ka sikap macam ni? aku tak mahu mengata pemimpin teruk2, sebab aku salut ramai orang dalam pas, tapi husam ni, bagi aku--seorang yang ada ego tinggi dan tidak cerdik dan membuat penilaian dan keputusan. Aku--peminat hujah yang bebas.

jon azizul said...

komen yg bernas. aku pon byk hormat pemimpin2 pas. sbb kalau tak ada mereka ni, tak ada apa yg dipanggil 'check&balance' dalam negara ni terutamanya dalam bidang agama. aku tak memihak kepada mana2parti, tapi bila ada yg salah, kita kena la tegakkan yg benar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails