Thursday, May 28, 2009

Chin Peng Peng!!!

Chin Peng.



Sebut nama je semua org kenal. Ni la penggerak Parti Komunis Malaya dulu. Dah la dia merempat kat selatan Thai lepas PKM meletak senjata dulu. Sekarang ni dah teringin nak balik Malaysia. Tapi keinginan dia untuk pulang ke sini mendapat pelbagai pandangan dari segenap pihak. Ada yg kata, cincai la, dia dah tua. Bagi la balik sini. Ada lak yg kata, jgn harap nak balik sini. Dulu bukan main hebat, bunuh org sana sini, tentang kerajaan. Sekarang berlagak alim lak.



Gara2 saranan Ketua Parti Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan, yg meminta kerajaan bertimbangrasa untuk membenarkan malaun ni pulang, kecoh satu negara. Perlu kita selidik dulu susur galur keturunan Teng. Kot2 ada bau2 bacang dgn Chin Peng, sebab tu dia sokong sangat.



DAP memang setuju benar la. Sebab paham2 je la ideologi dan perjuangan DAP ni. Ada sipi2 macam PKM walaupun DAP tak menjunjung senjata.



Ada gak YB2 dari PAS yg turut bersetuju. Petikan sidang akhbar YB Salahuddin Ayob:




Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.
"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.
"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Agaknya, nak buat penilaian macam mana nak buat keputusan yg Chin Peng ni dah bukan berfahaman komunis lagi? Nak suruh dia jawab 'questionaires'? Nak suruh dia buat ujian fizikal lari 1500m dalam masa 12minit? Nak cek jantung dia sihat, bebas kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung?



Semua org tau siapa Chin Peng. Kalau dia tak balik sini dan mati kat selatan Thai pon, sejarah negara tetap sama. Pernah dicalarkan dengan kekejaman komunis ni, membunuh org ramai dan para perajurit kita tak mengir bangsa dan agama. Jadi, buat apa kita nak sambut kepulangan setan ni? Nak sambut dgn kompang? Nak berarak kat Dataran Merdeka? Dulu, ingatlah, siapa yg sombong ketika Perjanjian Baling?



Dan kepada pihak yg menyatakan bahawa PKM pejuang sebenar kemerdekaan, tolong la letak otak anda di dalam tengkorak anda dgn elok2 kembali. Adakah berjuang untuk kemerdekaan mengizinkan kita untuk membunuh dgn sesuka hati?



Aku hormat pandangan MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Walaupun berbeza parti dgn Datuk Seri Najib, dia boleh berfikiran secara waras, menentang Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. Kadang2, ada isu2 yg di luar batasan politik. Jangan sebab kepentingan politik individu, kena ikut semua cakap komplot kita sehingga maruah diri tergadai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails