Monday, June 1, 2009

Senarai Orang Terkaya di Malaysia

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2009 menurut Forbes Asia:

1. Robert Kuok AS$ 9 billion, 85, berkahwin, 8 orang anak.
2. Ananda Krishnan AS$ 7 billion, 71, berkahwin, 3 orang anak.
3. Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion, 70, berkahwin, 6 orang anak.
4. Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion, 80, janda, 6 orang anak.
5. Teh Hong Piow AS$ 2.4 billion, 79, berkahwin, 4 orang anak.
6. Quek Leng Chan AS$ 2.3 billion, 68, berkahwin, 3 orang anak.
7. Yeoh Tiong Lay AS$ 1.8 billion, 79, berkahwin, 7 orang anak.
8. Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion, 57, berkahwin, 5 orang anak.
9. Tiong Hiew King AS$ 1 billion, 74, berkahwin, 4 orang anak.
10. Vincent Tan AS$ 750 juta, 57, berkahwin, 11 orang anak.
11. Azman Hashim AS$ 470 juta, 69, berkahwin, 5 orang anak.
12. William H.J. Cheng AS$ 390 juta, 66, berkahwin, 3 orang anak.
13. G. Gnanalingam AS$ 260 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.
14. Lim Kok Thay AS$ 225 juta, 57, berkahwin, 3 orang anak.
15. Anthony Fernandes AS$ 220 juta, 45, berkahwin, 2 orang anak.
16. Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.
17. Lee Oi Hian AS$ 210 juta, 58, berkahwin, 4 orang anak.
18. Chan Fong Ann AS$ 209 juta. 78, berkahwin.
19. Kamarudin Meranun AS$ 205 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.
20. Chong Chook Yew AS$ 200 juta, 87, janda, 4 orang anak.
21. Chen Lip Keong AS$ 195 juta, 61.
22. Lee Swee Eng AS$ 190 juta, 53, berkahwin.
23. Jeffrey Cheah AS$ 185 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.
24. Lim Wee Chai AS$ 180 juta, 51, berkahwin, 2 orang anak.
25. Ahmayuddin Ahmad AS$ 175 juta, 52, berkahwin, 4 orang anak.
26. Lee Hau Hian AS$ 174 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.
27. Lau Cho Kun AS$ 165 juta, 73, berkahwin.
28. Vinod Sekhar AS$ 150 juta, 41, berkahwin, 2 orang anak.
29. Liew Kee Sin AS$ 140 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.
30. Tiah Thee Kian AS$ 135 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.
31. Rozali Ismail AS$ 130 juta, 53, berkahwin.
32. Lin Yun Ling AS$ 115 juta, 54, berkahwin, 2 orang anak.
33. Yaw Teck Seng AS$ 113 juta, 71, berkahwin.
34. Goh Peng Ooi AS$ 112 juta, 53.
35. Eleena Azlan Shah AS$ 110 juta, 49, berkahwin, 2 orang anak.
36. David Law Tien Seng AS$ 105 juta.
37. Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 100 juta, 61, berkahwin, 3 orang anak.
38. Hamdan Mohamad AS$ 98 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.
39. Tan Teong Hean AS$ 95 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.
40. Kua Sian Kooi AS$ 90 juta, 56, berkahwin, 4 orang anak.

Tu dia kat atas tu senarai nama org2 terkaya di Malaysia mengikut susunan pada tahun ini. Harus diingatkan, jumlah kekayaan yg disebut itu di dalam matawang Dolar Amerika. Jadi, untuk dlm Ringgit Malaysia, kenalah cek pada kadar tukaran matawang asing terkini.

Tujuan aku letak nama2 org kaya ni, bukanlah nak jadikan idola, mahupun disanjung2. Dengan kadar kemiskinan lebih kurang 3% di negara ini, tidaklah cukup untuk bergantung kepada usaha kerajaan semata2. Tiap2 migngu kita disajikan dgn rancangan yg mengupas tentang masalah kemiskinan di Malaysia iaitu porgram Bersamamu di TV3. Yg dok menderma, aku yakin dari golongan pertengahan, tak pun yg berada yg pernah merasa betapa peritnya dibebani kemiskinan. Itupun melalui sumbangan derma melalui sms, yg tak seberapa kalau nak dibandingkan dgn kutipan sms untuk rancangan realiti tv yg melalaikan.

Syabas kepada organisasi2 yg turut menyumbang untuk membantu golongan2 yg amat memerlukan ini. Tapi renungkan kembali, setiap episod, hanya memaparkan satu keluarga. Boleh anda kira berapa buah keluarga yg dipaparkan di dlm rancangan Bersamamu tiap2 tahun? Itu tidak lagi ditolak oleh rancangan2 sambutan raya puasa, Tahun Baru Cina dan lain2 yg menggantikana siaran rancangan Bersamamu. Kita amik purata dalam 45buah keluarga. Senang cerita kan?

Tapi, cuba bayangkan, berapa ratus, mahupun ribu keluarga miskin yg mungkin terlepas pandang mahupun tidak bernasib baik unutk diketengahkan dalam rancangan itu? Siapa yg mahu tampil membantu?

Jadi, alangkah murni kiranya org2 yg kaya harta ini, menggunakan kekayaan membantu kerana aku yakin, jika dikeluarkan wang itu untuk digunakan untuk kebajikan, wang yg bakinya itu tidak akan luak jika digunakan oleh 4lapisan generasi pon. Contohnya, seorang yg kaya itu mengambil sejumlah 10buah keluarga miskin sebagai keluarga angkat. Jika 40org, sudah 400buah keluarga miskin yg terbela. Malahan, yg mempunyai harta paling banyak, boleh mengambil lebih banyak keluarga angkat. Dan, jgn lupa yg tak termasuk dalam senarai ini, masih ramai org Malaysia yg bergelar jutawan.

Bantuan yg diberi, bukanlah dalam bentuk wang bulanan. Beri mereka modal untuk memulakna hidup. Mungkin dgn memberi modal perniagaan. Rumah yg usang, boleh diganti. Anak2 yg tidak mampu disekolahkan, diberi peluang belajar bersama rakan2 lain. Yg uzur, diberikan rawatan yg sepatutnya. Semoga mereka lama kelamaan boleh berdiri di atas kaki sendiri untuk kehidupan yg lebih sempurna tanpa bantuan org ramai kelak. Mereka bukan mahukan wang sehingga mereka mati, cuma mahu untuk permulaan, untuk daya mereka bergerak.

Yang aku tahu ada yayasan yg byk membantu adalah Syed Mokhtar al-Bukhary melalui Yayasan al-Bukhary. Tahniah dan semoga anda senantiasa diberkati oleh Allah SWT.

Aku, sebagai org biasa, yg mempunyai wang secukup makan, tidak akan mampu untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada setiap yg memerlukan sepanjang jalan di pasar Jalan TAR.

Ingat, duit bukan boleh bawa masuk kubur untuk sewa lot kediaman di Syurga.

P/s: Nak kaya cepat? Cari org yg berstatus janda atau duda di senarai di atas. Mana tahu boleh menjadi pasangan hidup mereka untuk jangka waktu yg ada di muka dunia ini. HAHAHAHA.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails