Monday, January 11, 2010

Anugerah Juara Lagu Ke-24

Fuh... dah habis pon. Sori la stkt post je tanpa gambar. Bukan aku kat Bukit Jalil pon. 14 lagu berentap untuk menentukan kejuaraan dalam edisi yg julung2 kalinya tanpa kategori yg sebelum ni penuh kontroversi. Ye la. Kenapa mcm tahun lps pada separuh akhir lagu yg lyk ke Juara Lagu dari kategori Etnik Kreatif kurang berbanding kategori Pop Rock dan Balada. Jadi tindakan menghapuskan kategori kali ini amat bijak selain tak sekat lagu2 yg bagus dari sesuatu kategori untuk ke akhir disebabkan kouta.

Hmm. Persembahan ala2 kadar je la. Ada yg ala carte. Ada yg alamak. Stacy hancur kali ni vokalnya. Dari awal aku dah agak Alyah, Hafiz, Akim setakat bagi cukup line up je. Misha pon. Cuma yg boleh dibanggakan band2 indie kali ni. Persembahan siap angkut kelab2 peminat. Jadi meriah. Hahaha. Nasib Bunkface tak ajak Fienaz dgn Dayana Idola Kecil. Kalo x siap la korang.

Yg aku amat2 suka ialah persembahan artis jemputan. Best. Bila hos sebut Singlap 5, aku dah sebuat Jeffrydin. Aku mmg tau tu band dia. Hebat2 gak pakcik2 dan makcik2 pop yeh yeh ni (Indie Yeh Yeh?). Tapi kantoi masa rancangan tergendala sementara tu la. Dah syok2 layan jadi tiba2 hilang kesinambungan. Masuk zaman disko 70an, aku bajet Black Dog Bone mula2 tapi tgk2 Carefree. Walaupun Jay Jay je anggota asal kat atas pentas tu (kalau x salah aku la), tapi mantap gila. Aku mmg tau si Jay Jay ni pemain bass merangkap vokalis Carefree, tapi lagu disko, bassline bukan la ringkas macam lagu indie. Tgk camne Jay Jay nyanyi sambil main bass yg skit pon tak terkucil bassline nye. Search, mmg tak boleh dinafikan la kehebatan diorang. Amy kelihatan sungguh ayu malan ini bersama rambut palsunya. Hahaha. Tapi Yazid mmg lps gian kat drum tu. Tabik la bro!

Dah hbs 80an, zaman rock kapak, aku bajet adalah band yg dari zaman 90an. Tiba2 Meet Uncle Hussain yg naik. Mmg la dorg smula hujung 90an, tapi masa tu mana ada dorg main juara lagu pon. Seingat aku band Ekamatra ada la. Kalo takde pon, amik la Exists (dgn syrt Ezad ada) tak pon Slam. Slam tu walaupon muzik ala2 syahdu, tapi dorg MUSIC WISE. Caye la. Shah gitaris nye tu power gila ok???

Jadi, kesimpulannya:

1) Vokal terbaik - Black.

HMMM.... Ntah la. Kalau suara high pitch boleh dianggap vokal terbaik, boleh la kot. Tapi aku tak setuju 100%.

2) Persembahan Terbaik - Aizat (Kau Aku)

Yg ni aku setuju. Tarian kanak2 beruniform sekolah tu amat la menarik. Lagi pon dorg bleh balik rumah trus tido sbb pg esonkye bleh trus ke sekolah.

3) Tempat ketiga - Faizal Tahir (Bencinta)

Sukar untuk diperjelaskan. Lagu ni kurang meletup nak banding dgn lagu2 Audi Mok sebelum ni. Lirik tak best kot. Faizal Tahir pon mcm kurang sihat lagi. Jadi 3rd placing tu ok la kot.

2) Tempat kedua - Yuna (Dan sebenarnya)

Penuh tanda tanya. Intro yg dok ulang2 'Oh Bulan'. Aku rasa bakal jadi anthem Pemuda Pas pasni. Lirik ok kot. Tapi keseluruhan lagi flat. Mendatar. Takde turun naik lgsg.

1) Juara - Aizat (Kau Pergi)

Lagu yg patut menjadi juara (tak termasuk penyanyi nya). Lagu terjemahan dari lagu Pete Teo, bertajuk I Go. Pete Teo mmg byk menghasilkan lagu2 yg baik tapi memandangkan satu Malaysia dok gila indie, jgn hrp la nak popular.

Dapat diperhatikan Hujan dan Yuna ada import Horn Section untuk persembahan. Well, band aku dah lama ada trumpet. So, takdela kagum sgt.

Jumpa lagi di tahun hadapan!!!! Hahahahaha.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails