Wednesday, January 27, 2010

Akademi Fantasia Kembali Lagi!!!



Wow...Akademi Fantasia kembali lagi untuk musim ke-8. Penuh drama, tangisan, suka ria. Musim di mana org akan melekat dpn TV sabtu malam, topup habis dijual dgn kadar yg cepat dan manusia2 poyo yg x sedar diri x pandai menyanyi nak mencuba nasib masing2.

Malam ni ada Trek Selebriti AF8 kat Astro Ria. Kali ini episod audition kat Penang. Ada sekor yg dress up rocker nak nyanyi lagu Nubhan. Yg dress up macam Justin Timberlake nak nyanyi lagu Bunkface. X boleh blah. Yg dapat VIP access lagi teruk. Cakap2 x henti2, mcm org jual ubat kat pasar malam. Tapi buka mulut je dah aku dpt detect yg tempo mmg lari. Tu guna minus one beb. Kalau main band lagi masalah. Macam mana aku x cakap yg org2 yg nak masuk AF ni x poyo2. Dah jelas nyata. Terbukti di litar lumba.

Kat Malaysia ni, byk sgt rancangan realiti yg undian boleh dibuat sebelum peserta buat persembahan lagi. Habis tu, atas dasar apa org undi? Atas kegedikan? Atas kepoyoan? Kalau peserta yg terakhir buat persembahan, ikutkan logik sekiranya org undi berdasarkan persembahan, mesti dia mempunyai peluang tipis untuk mendapat undi yg banyak. Kalau betul nak adil, bagi tempoh sehari untuk org undi. Keputusan yg tersingkir umum esoknya.

Yg aku pelik kenapalagu Bunkface terpilih untuk dijadikan antara lagu pilihan sedangkan lagu tu langsung x menguji vokal langsung. Setakat sebab lagu tu tgh meletup skrg ni je.

Pelik betul org Malaysia ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails