Saturday, January 16, 2010

Sale!!!!




Dah agak dah. Mesti ada yg Google nak cari sale punye. Situasi sama kalau tgh jalan2 kat pusat membeli belah pantang kornea mata dapat detect ada Sale laju je la kaki tu menyelusup masuk ke kedai berkenaan. Selalunya org perempuan (no offense) yg selalu tak tahan tgk kalau ada sale. Terus menggeletar seluruh bdn, capai henset sms kawan2 bagi tau ada sale. Hahaha.

Tapi tidakkah anda semua perasan bahawa anda telah dipermainkan oleh tuan punye kedai tersebut. Ini tidak lebih kepada taktik dan teknik utk mengelabui mata para pengunjung. Kalau ada sale, tak semestinya harga barang2 yg ditawarkan dikurangkan mahupun diberi diskaun istimewa. Sale = Jualan. Kalau tak ada jualan, bukan lah kedai namanya. Tak gitu kak-kak nam sume???? Lain lah kalau ada tulis Cheap Sale ataupun Special Discount. Baru lah murah. Yg kedai dok pasang Sale sana Sale sini tu saje je nak perangkap dik-dik nun sume.

Mesti ada org marah aku. Hahahaha. Ada aku kesahhh????

2 comments:

Unknown said...

klu diorang cakap

Jualan Mega Sale .. cam mana tu ?

jon azizul said...

Jualan Mega la tu...Jualan besar2an...tak ckp lak Jualan dgn Harga diskaun besar2an...Mega Discount Sale la baru betul... hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails