Tuesday, January 26, 2010

Tiada Maaf Bagimu!!!!

Tiada tindakan terhadap penulis blog yang mohon maaf: Rais



Datuk Seri Dr Rais Yatim



GEORGETOWN: Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.
Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. - Bernama


Komen Aku:

Memang aku dah agak Pak Menteri Senior kita ni akan bertindak lembut terhadap Aduka Taruna tu. Datuk Seri Dr Rais Yatim ni dah ibarat seorang datuk. Kalau ada budak2 muda sebaya cucu dia buat salah bersar sekalipun, maafkan je la kan. Tolong lah buka mata. Bukan calang2 salah yg Aduka Taruna tu buat. Dia kutuk Almarhum Sultan Johor ke-4. Sedangkan Lim Guan Eng yg kafir tu pon sanggup melupakan batas2 politik pergi melawat jenazah almarhum, ni kan pula seekor binatang ni yg mengaku Islam tapi kematian saudara seagama bukan nak mengucapkan takziah, tapi siap maki hamun seolah2 org yg tak berpendidikan.

Tolong lah. Sejak Datuk Seri Dr Rais Yatim memegang portfolio Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ni, aku dah letih dgr dia cakap dgn ayat2 power Bahasa Melayu ketika ditemuramah. Mengalahkan pensyarah bahasa mahupun sasterawan. Tapi kerja tak nampak gerak pon. Kalau Aduka Taruna pon dia rela maafkan, ni aku buat teguran harap2 tak la dia melenting.




Yg PAS ni pon satu masalah. Semua benda nak kaitkan dgn UMNO. Dah jelas lagi nyata Iblis Aduka Taruna tu dari kaum PAS. Tu pon nak tuding jari kat UMNO, kononnya UMNO yg upah bangsat tu. Ahli2 PKR Kuala Selangor letak jawatan bahagian tersebut pon tuduh UMNO upah. Enjin jet hilang pon UMNO yg terlibat. Semua benda lah Umno terlibat. Agak2nya kalau Nik Aziz meninggal nanti pon UMNO punca. Tolonglah realistik.

Apa nak jadi dgn Malaysia ni????

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails