Wednesday, January 27, 2010

Kepala Babi!!!

Dua masjid dilempar 4 kepala babi: KPN minta bertenang


27/01/2010 1:31pm
KUALA LUMPUR 27 Jan. – Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di sini dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dilempar dengan objek dipercayai kepala babi hutan, awal pagi ini.
Objek yang dibungkus dengan plastik putih berserta wang tunai sebanyak RM35 itu ditemui jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat subuh.
Insiden yang sama turut berlaku di Taman Datuk Harun, dipercayai dilakukan kumpulan atau individu yang sama.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang melawat Masjid Imam At-Tirmizi hari ini meminta rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan kekecohan berikutan kejadian itu.
Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan ketegangan kaum agar menghentikan tindakan mereka. – Utusan

KOMEN AKU:

Aku bajet ada lah berita ni kat Berita TV1 pukul1 tgh hari tadi. Tunggu punya tunggu hampeh. Nasib baik Buletin1.30 TV3 ada tunjuk. Pelik gila RTM ni. Tak kan tak pergi cover cerita ni. Kes besar kot. Tak pon saje simpan sebab nak jaga hati org lagi. Tak payah lah nak ampu org2 lain. Dah jelas nyata dah ni. Kepala babi. Kalau kepala ikan boleh gak buat gulai. Ni kepala babi, nak buat hiasan dinding ala2 kepala rusa pon tak boleh.

Satu je aku harap, PAS jgn lak nak tuduh ni kerja UMNO. Masa ni lah nak bersatu. Org lain dah makin kurang ajar. Diharap polis dapat menjejak petualang negara yg buat kerja bodoh ni. Jgn jadi macam kes kepala babi kat Masjid UM hari tu. Trus diam sampai skrg ni.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails