Thursday, January 14, 2010

Terima Kasih

Terima Kasih.

Dua patah perkataan yg rasanya sudah mula digunakan sejak Bahasa melayu wujud di Nusantara. Betapa besar maknanya dua perkataan ini.

Tertarik aku dgn kempen di Tv kerajaan. Satu iklan ttg org ramai dok ucap terima kasih. Aku dah lama nak tulis pasal perkataan 'Teriama Kasih' ni tapi dok tangguh2 last2 kat Tv dah ada iklan tu.

Sebenarnya dua perkataan ini sungguh besar maknanya terhadap manusia yg mempunyai akal dan fikiran yg waras. Bukan sekadar untuk diucapkan semata2 untuk melengkapkan perbualan untuk menyatakan penghargaan tapi jika tidak diikuti dgn keikhlasan, betapa dungunya kita memandang perkara ini sesuatu yg enteng dan tidak berfaedah.

Kadang2 masyarakat kita ni lupa dan bangga diri bila sudah berjaya dan hidup kaya raya. Hormat org yg memandu kereta mewah dan mencaci org yg berkerja yg kalau boleh mahu dielakkan dari terpaksa melakukannya. Bagi aku, tak semestinya org yg memandu Audi A4 tu berhati mulia, dan tak semestinya makcik yg bekerja menyapu di tepi jalan berhampiran The Curve itu perlu dihina. Sekurang2nya, makcik itu dah tentu berjaya mengelakkan diri dari jenayah rasuah. Kalau kerja menyapu pon boleh rasuah, mmg kes berat la kan? Selalunya, org yg kaya la yg dok giat nak tambah lagi harta benda dunia nya. Rasuah.

Berbalik kepada perkataan 'Terima Kasih' tadi. Mengapa ramai org kita terlalu berat mulut untuk ucap benda mudah ni. Jom kita sebut sama2. Terima kasih. Cuba set jam. Tak sampai satu saat pun. Letih tak sebut terima kasih? Tak kan? Kalau letih, pi bantai nasi kandaq 2pinggan amik tenaga balik. Tak pun tidur 2hari. Boleh jai pemuda al-Kahfi nanti. Malang sungguh bangsaku. Susah sgt nak menghargai org. Kalau pesan makanan kat kedai, org hantar kat kita. ucap la terima kasih. Nak bayar tol, ucap terima kasih. Kalaupun awek tol tu muka mencuka je, cakap je. Mesti dia senyum pastu.

Nak turun bas, turun teksi, ucap terima kasih. Kalau boleh turun monorel pon. Ucap terima kasih. Tapi jgn lak nak turun Putra cakap terimakasih. Mana ada pemandu tu. Hahaha.

Yg aku nak bincang pasal ucapan terima kasih ni adalah ucapan ini mempunyai kuasa yg amat dahsyat. Lagi dahsyat dari kuasa bomoh siam. Tapi tak lah sampai boleh lawan kekuasaan Tuhan. Syirik nanti. Aku kongsi pengalaman aku semasa bekerja sebagai juruwang kat Giant. Selalunya, juruwang la tempat pelanggan ni nak tunjuk krg ajar. Aku penah kena campak duit dgn makcik tua. Tapi aku senyum je. Dah siap dia byr pon aku bantai gak ckp terima kasih. Dgn tu, aku berjaya memerli tindakan dia yg amat kurang sopan terhadap aku. Ni dipanggil serangan psikologi (betul ke???).

Ada sorang akak ni. Nak beli hamper bayi. Malangnya, kat hamper tu tak ada sebarang tag harga. Lantas, aku bertindak mengikut lunas-lunas etika seorang juruwang menyuruh dia mengambil hamper yg baru yg mempunyai tag harga. Malang sekali idea aku yg bernas itu diikuti dgn satu tengkingan yg kuat menyatakan bukan salah dia hamper tu tak ada tag harga. Aku tak melawan dan dia mengambil keputusan untuk tak membeli hamper itu. Setelah dia membayar, dan aku memulangkan duit baki, aku ucapkan terima kasih. Serta merta dari keadaan amarah, dia meminta maaf kat aku kerana bersikap kasar dgn aku. Lihat lah betapa hebat kuasa perkataan terima kasih berjaya mengubah emosi seseorang dari marah kembali kerasionalannya.

Masyarakat kita lupa dgn ucapan2 penghargaan ini. Bukan setakat terima kasih sahaja, tak tertakluk pada perkataan itu untuk menyatakan penghargaan. Aku pernah memandu dalam keadaan mengantuk pada suatu pagi itu. Tiba di tol LDP Sungai Penchala, aku disapa oleh mamat tol tu, "Selamat Pagi, Encik". Aku macam terkejut. Terus hilang mengantuk aku. Setelah memulangkan duit baki, dia bersuara lagi, "Terima Kasih. Selamat Memandu, Encik". Walaupun perkara ini jarang2 berlaku, tapi percayalah bahawasanya aku telah melaluinya. It really made my day. Wow. Speaking English Know The World. Hahaha. Kan best bila kita disapa macam tu. Jadi nasihat aku pada org yg berkerja berhadapan dgn org ramai, pandai2 lah kita berbudi bahasa. Sebab tu dapat refleksi kan siapa diri kita yg sebenar.

Sebelum aku berhenti membebel, aku nak kita sama2 renungkan balik waktu kecil kita. Jgn tipulah kalau dari kecil kita tak pernah diajar ucap terimakasih. Ingat waktu di sekolah dulu, setelah cikgu habis mengajar, kita bangun dan ucap apa??? Bukan TERIMA KASIH ke? Masa kecil, ibu bapa kita bawa mengunjungi sanak saudara jiran tetangga pada Hari Raya, lalu dihulurkan duit raya. Kalau kita ambil dgn berdiam diri sahaja, mesti ibu tegur, "Adik, kena cakap apa?". Kita pun dgn lidah yg tak berapa betul baru pandai bercakap ucap "Tima acihhh...". Betul tak? Tak betul datanglah tikam aku. Tu lah, dah besar tak pandai nak ckp terima kasih. Piraaaaahhh....

Bukan setakat sesama manusia je ckp terima kasih, pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan pon. Tapi ckp dlm hati sudah. Kang org pandang pelik kita cakap terima kasih kat kucing. Dan jgn lupa ucap terima kasih pada perasaan yg indah. "Terima kasih cinta, untuk segalanya...". Hahaha. Lagu Afgan. Jgn marah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails