Monday, January 25, 2010

Raja Lawak Yang Lawak Tahap Bangang




Aku bukan lah pengikut setia rancangan Raja Lawak yg diterbitkan oleh Astro dan ditayangkan di Astro Prima. Ketiga2 musim sebelum ini aku cuma mengikuti perkembangan dari media cetak je. Tapi boleh tahan gak la bakat2 yg dilahirkan dari rancangan realiti yg satu2nya di Malaysia memperjuangkan seni lakonan yg mengutamakan kecenderungan kepada seni berlawak jenaka. Sememangnya menjadi objektif rancangan Raja Lawak mengetengahkan dan mencungkil bakat2 lawak jenaka di Malaysia ini.

Entah mengapa Raja Lawak musim ke-4 ini seolah2 menggamit aku untuk menonton setiap episod dari awal lagi. Memang terbukti bakat2 yg terpendam dicungkil dari rancangan ini hebat2 belaka. Contohnya, Alex dan Kumpulan Mamu. Idlan ok2 sahaja sebab aku tak yakin dia boleh berevolusi jikalau persembahannya perlu dipisahkan dgn watak sinonim kekampungannya iaitu Abg Kassim.

Lagi satu sebab yg menarik perhatian aku pada musim ini adalah pilihan yg amat tepat untuk individu2 yg menjadi juri tetap. Pengalaman Bob Lokman, Afdlin Shauki dan Din Beramboi amatlah tidak dapat dinafikan dalam industri hiburan di negara ini. Akan lebih meriah sekiranya produksi Raja Lawak turut menjemput beberapa juri jemputan seperti Harun Salim Bachik, Abon mahupun Harith Iskandar yg lebih kepada lawak 'intelligent' pada setiap episod kerana mereka mempunyai ciri2 tersendiri dalam persembahan mereka. Mungkin tips2 yg diberikan dapat menyuluh perjalanan perserta2 Raja Lawak kali ini.

Ok. Cukup dgn pujian. Aku kecewa dgn Episod ke-4 Raja Lawak musim ke-4 kali ini. Terkejut aku bila kumpulan Wili yg diumumkan terkeluar dari saingan sedangkan aku rasa yg patut keluar adalah AN2, Aman ataupun Caca. Inilah terjadi jika rancangan terlalu menitikberatkan keuntungan SMS dari penonton semata2 akibatnya yg tak berkualiti terus diangkat dan yg berpotensi tersingkir awal. Jadi, apa faedahnya menggunakan juri2 hebat yg lebih mengetahui selok belok dunia lawak tapi tidak mempunyai kuasa menentukan siapa yg sepatutnya perlu pulang awal??? Lupakan lah undian SMS. Perlu diingatkan, rakyat Malaysia masih belum 'celik' dalam bidang seni. Percayalah akibatnya pada penghujung musim ini akan ada peserta yg 'kayu' akan jadi finalis dan Raja Lawak akan hilang kewibawaannya.

Penonton Malaysia ini belum cerdik. Pelawak yg melawak dgn melembikkan batang leher itulah yg menjadi pujaan. Dia peluk wanita bukan muhrim di khalayak ramai pon disanjung. Itu di depan org ramaii, di blkg org ramai entah apa yg berlaku. Nasib baik lah hos Johan dan Zizan pandai memainkan peranan untuk memikat hati penonton. Kalau tiada mereka, Raja Lawak seakan2 boleh disamakan dgn rancangan origami Jepun sahaja.

Bangun!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails