Thursday, January 21, 2010

Perkara2 Tak Senonoh Dan Kurang Ajar Dilakukan Rakyat Malaysia Ketika Memandu

1) Tak reti beratur ketika di lampu isyarat ataupun di tgh kesesakan jalan raya. Selagi boleh nak mencelah selagi tu la nak menyempit. Kalo bleh nak imbangkan kete sebelah tayar je.

2) Tak reti bagi lampu isyarat ketike nak membelok.

3) Yg ni lagi teruk. Bagi isyarat ke kiri tapi belok ke kanan.

4) Pasang lagu kuat2 tapi tak tutup cermin tingkap. Niat nak menghiburkan kenderaan2 lain la tu.

5) Bagi yg merokok, putung rokok aci campak je kuar tingkap. Sediakan la ash tray dlm kete.

6) Sms atau berbual telefon semasa memandu.

7) Bawa kete perlahan tapi dok kat barisan kanan atau tgh. Menyusahkan org.

8) Korek hidung atau korek taik gigi semasa memandu. Khusyuk lak tu sampai tak sedar org dok perati kelakuannya.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails