Wednesday, May 5, 2010

Ayat - Ayat Manis MLM

1) Dulu jalan kaki. Sekarang dah mampu memandu Mercedes sendiri.

2) Bukan gelaran 'Jutawan', rumah besar atau kereta mewah yg dikejarkan, tapi yg paling penting hidup kami berubah, bersara awal. Ada masa ada duit!!!

3) Duit gaji tiap bulan tak pernah cukup. Masuk 10hb duit dalam bank dah tinggal RM10. Bulan depan pun macam tu gak. Bila nak ada simpanan sendiri.

4) Bila lagi nak hantar mak ayah ke Mekah?(Takut2 dah kaya hantar mak ayah ke Rumah Orang2 Tua lak. Wek.)

5) Buat loan bank adalah untuk org yg bodoh. Saya mampu dapat apa yg saya mahukan tanpa buat pinjaman. Kahwin pon tak perlu buat loan. (Tapi tak sedar yg dok bayar bulanan kereta tu namanya loan gak)

6)Walaupun hanya surirumah, kami mampu membantu keluarga dgn pendapatan mencecah RM900 seminggu. (Dah org masuk bawah, mestilah income maintain kak oi.)

7) Dengan keputusan SPM pangkat 3, saya hanya bekerja sebagai buruh kasar. Dulu gaji RM300 sebulan. Bulan pertama dalam program ini saya dapat lebih RM4000. (Tipu la. Indon dgn Bangla yg buat bangunan tu pon gaji lebih dari RM300 sebulan.)

8) Siapa nak ubah hidup sendiri kalau bukan diri sendiri.

9) Kepada yg bakal cakap 'saya tak ada masa nak datang', 'saya just nak tahu, boleh percaya ke ni?', dinasihatkan jangan langsung hubungi kami. Tengoklah sendiri sikap tersebut langsung tak ada ciri org berjaya so kami tak minat.

10) Nak join kami? Kami hanya pilih mereka yg 'Genuine' sahaja kerana kami tak mahu bercamour dengan org yg berfifkira negatif, sempit atau sengaja mencari kelemahan org lain. Dalam erti kata lain 'LOSER'.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails