Friday, May 28, 2010

Manusia Paling Pengecut Dalam Dunia



Ni la rupanya org yg paling pengecut di dalam dunia. Kenapa?


Ada beberapa dokumentari mengenai pesawat rasmi Presiden Amerika Syarikat iaitu Air Force One di National Geographic dan Discovery Channel. Tujuannya ialah tak lain dan tak bukan utk menunjukkan dunia betapa hebatnya kuasa USA, terutamanya cara mereka menjamin keselamatan presiden kesayangan.

Di antaranya:

1) Apabila Air Force One mendarat, enjin tidak akan dimatikan sehingga presiden selamat beredar dari lapangan terbang di negara2 yg dilawati. Kononnya jika ada sebarang serangan pengganas, Air Force One bersedia memecut dan terbang pada bila2 masa sahaja utk menyelamatkan presiden. Tapi akibat dari enjin yg bising, terpaksalah org kenamaan yg menjemput presiden USA terjerit2 seperti org gila.

2) Setiap penjuru lapangan terbang, terutamanya di kawasan Air Force One mendarat akan dikawal oleh ejen2 dan anggota tentera USA yg ramai. Seolah2 berada di negara sendiri. Macam ada rombongan tentera lak di negara yg dilawati. Lain lah cerita jika presiden USA melawat negara yg USA sendiri memiliki 'base camp' di situ.

3) Bahan api jet yg ingin diisi utk Air Force One akan diambil sampel utk diuji di makmal. Takut2 ada sabotaj oleh pengganas.

4) Kenderaan dan helikopter ramsi presiden akan dihantar terlebih dahulu sebelum ketibaan presiden. Seolah2 negara yg dilawati tak mempunyai kemudahan sedemikian. Memang tak paham.

Rasanya tak ada lagi pemimpin negara lain yg bertindak seperti presiden USA ni kot.

Dapatlah dibuat kesimpulan, manusia paling bacul di dunia adalah Presiden USA, terutama sekali George W Bush.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails