Monday, March 1, 2010

Diana Daniella Nafi Mahu Kahwin

Sumber: Berita Harian 1 Mac 2010

PUTRAJAYA: Pelakon remaja Diana Danielle, 18, menafikan khabar angin mengatakan beliau bakal menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang jejaka pilihan hatinya, tidak lama lagi.

Katanya, beliau ketika ini masih belum bersedia berkahwin kerana masih muda dan mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dilakukan termasuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah, tidak lama lagi.

"Sebelum ini, kehidupan peribadi saya pernah disensasikan (media), jadi sekarang saya perlu lebih berhati-hati dan tidak mahu menggembar-gemburkan isu peribadi saya kerana ia sensitif, " katanya ketika ditemui pemberita sempena pelancaran produk Public Jewellery dan Public Silver di Dewan Seri Sentosa, Presint Diplomatik di sini, semalam.
Diana berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan beliau akan berkahwin dengan seorang jejaka pilihan hatinya sendiri, dalam tempoh terdekat.

Ditanya mengenai gosip yang mengatakan beliau kini sedang hangat bercinta dengan pelakon, Farid Kamil, Diana berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut berhubung khabar angin berkenaan kerana ia agak peribadi bagi dirinya.

Sementara itu, ibu Diana, Norsiah Ramli, berkata beliau tidak membenarkan sama sekali jika anaknya bercadang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Norsiah yang lebih mesra dengan panggilan 'mama' berkata beliau bukan mahu mengongkong kehidupan peribadi Diana, namun sebagai seorang ibu dia berharap anaknya akan memberi keutamaan kepada kerjaya dan pelajarannya.

"Mama akan membantah sekeras-kerasnya jika Diana mahu berkahwin dalam tempoh terdekat kerana dia terlalu muda dan perlu memberi keutamaan kepada pelajarannya terlebih dulu sebelum memikirkan hal-hal lain.

"Jika beliau tetap berdegil dan meneruskan niat untuk berkahwin, mama pula akan lari dari rumah selepas ini, " katanya dalam nada bergurau.



KOMEN AKU:
Eh, tolong skit. Bukan aku tulis sebab aku jeles dia nak kawin. Dia budak2 lagi. Belum matang.

Yg aku nak komen ni pasal kewajaran meletakkan artikel ni dalam seksyen 'Nasional' dalam Berita Harian. Bukan ne dah ada seksyen untuk cerita2 hiburan dlm Berita Harian? Cerita artis nak kawin bukan masalah rakyat Malaysia. Byk lagi kot berita2 yg lebih penting dari cerita artis ni. Dorg buka ada efek pon kat kehidupan masyarakat. Bukan boleh jamin kestabilan politik.

Sebelum ni kecoh pasal Zizie Izette nak kawin. Muka depan Harian Metro. Macam cerita dia nak kawin ni lebih penting dari subsidi petrol lak.

Dulu Mawi kawin, tiap2 hari dorg cover. Dari pasang pelamin sampai hari kawin. Pasni mungkin kalau Ekin mengandung dorg update tiap2 hari kot. Macam The Truman Show la nanti.

Harian Metro tu macam dah kena jajah dgn Dr Rozmey tu. Hari2 ada muka dia dikelilingi oleh pekerja2 wanita nya. HMMMMMMMMM.......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails