Monday, March 29, 2010

Samseng Jalan. Boleh Jalan Daaaa.....

Ni semua gara2 filem V3 Samseng Jalanan. Semua nak kurang ajar. Bodoh.

Semua belaku pada suatu simpang yg berlampu isyarat. Aku sebagai pemandu yg budiman, yg tidak mahu membahayakan nyawa aku, penumpang, dan pengguna2 jalan raya yg lain berhenti kerana lampu merah. Sejak tadika aku diajar jikalau lampu isyarat berwarna merah, semua kenderaan perlu berhenti.

Tiba2 dari belakang kedengaran hon menyuruh aku jalan. Aku jenguk balik ke arah lampu isyarat, masih merah. Hon berterusan. Tapi aku buat tak tau je la. Aku mengikut undang2 jalan raya. Aku tak salah. Akhirnya, mungkin sebab malu diperhatikan oleh pengguna2 jalanraya yg lain, pemandu van yg sibuk belajar menggunakan hon tadi berhenti hon aku.

Setelah lampu hijau, mengikut ajaran cikgu2 aku dulu, adalah isyarat untuk jalan. Aku pon memecut walaupun tak laju. Aku kemudian memperlahankan kereta aku untuk memberi peluang van tadi memintas. Apabila van tersebut dah seiring dgn kereta aku, aku menekan hon aku kuat2 dgn tempoh yg lama. Akibat ketidakpuasan hati, pemandu tadi menunjukkan isyarat lucah, yg malangnya diperhatikan oleh kenderaan yg mengikut arus berlawanan. Seolah2 dia memberi isyarat itu kepada kereta2 lain yg berhenti di lampu isyarat. Mesti kena maki hamun punya. Hahahahaha.

Aku doakan pemandu tadi mati kemalangan maut, dan tangan yg menunjukkan isyarat lucah itu putus terpelanting jauh2 sehingga tidak dapat dikesan. Dikebumikan tanpa cukup sifat. Boleh buat kenduri arawah, jamu jiran2 dia supaya dapat menyeimbangkan dosa2 dia di dunia ini.

Kesimpulan yg aku dapat buat mengapa pemandu biadap itu mahu cepat:

1) Bini dia nak bersalin. Tapi yg aku tgk, bini dia dah nak menopaus pun. Jadi bukan la sebab dia nak laju.

2) Dia buta warna. Tak reti nak bezakan warna merah, kuning dan hijau. Amik peperiksaan untuk lesen L pun tanye org sebelah sebab tak reti nak bezakan warna.

3) Dia memang nak cepat dalam semua benda. Mati pon nak cepat la tu.

Aku bagi peringatan kepada pemandu yg amatlah kurang kesedaran sivik tadi tu. Jgn sampai aku jumpa lagi. Aku pecahkan cermin van ko pakai jek aku. Aku ingat van ko. Hahahahaha.

Ini adalah sebahagian dari kempen pemanduan berhemah. Mesej ini dibawakan khas oleh ubat Cortal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails