Saturday, March 27, 2010

Peribahasa Melayu: Edisi Ke-2

Masuk Kandang Kambing Mengembek
Masuk Kandang Harimau Mengaum


Maksud peribahasa ini ialah andainya kita bertemu dgn seseorang ataupun sekumpulan insan yg baru kita kenali, ataupun baru dalam sesuatu komuniti atau kawasan, kita hendaklah pandai menyesuaikan diri kita agar diterima baik oleh pihak2 yg terbabit.

Dalam hidup kita ini, hari demi hari kita akan bertemu atau berurusan dgn org ataupun kumpulan yg baru. Andainya kita tak berjaya menyesuaikan diri, kita akan dipinggir ataupun sendiri terasa terpinggir.


Alangkah malangnya org yg dipinggirkan. Sikap menunjuk2 apa yg kita ada, kedudukan kita mahupun kelebihan kita pasti akan mendatangkan perasaan kurang enak terhadap kita. Tak semua benda yg kita buat atau ucap itu adalah indah, terkadang ianya mendatangkan kejengkelan di benak dan hati org lain.

Yg merasa terpinggir itu adalah punca dari diri sendiri juga. Mustahil lah dalam sekumpulan manusia, yg mempunyai minat yg sama, ataupun telah berkenalan lama, ada sifat untuk meminggirkan rakannya. Pandai2 lah membawa diri. Takkan golongan emas mahu berbicara tentang shuffle jika kita mengajak mereka. Carilah topik yg bersesuaian. Kadang2, ada juga org yg pandai menyesuaikan diri dgn seseorang ataupun kumpulan walaupun baru bersama dlm jangka waktu yg singkat.

p/s: Org kata kalau masuk kandang harimau, takkan dapat keluar balik. Jadi, masuk kandang harimau, berpakaianlah seperti belangnya, dan sapukan sedikit bau harimau di badan agar harimau itu menyangkakan anda adalah dari kumpulannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails