Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Dalam Kenangan


Setelah bertarung nyawa beberapa hari di ICU, akhirnya Din Beramboi telah menyahut panggilan Ilahi lebih kurang pukul12.30 malam 2hb April 2010. Masih muda, pada umur 44tahun dan masih ditagih khidmatnya untuk membuatkan org ramai bergelak ketawa sehingga tak ingat dunia.

Rasa macam baru semalam dia menjadi pengkritik Raja Lawak musim ke-4. Sehinggakan aku yg tak ikut sgt Raja Lawak sebelum ini membatalkan segala program aku untuk Ahad malam. Aksi dia ketika menjadi juri seperti berpakaian ala tentera, org Jepun dan 'pokcik tuo' tu amat menyerikan program Raja Lawak.

Antara pelawak yg berkebolehan untuk 'stand-in comedy' ataupun secara spontan di Malaysia. Walaupun watak2 dia di dalam filem hanyalah untuk beberapa babak sahaja, tp cukup meninggalkan kesan seperti guru sekolah memandu dalam filem Papadom.

Sudah pasti program Mandi kehilangan 'Raja Kapoor'nya. Gelagat Din Beramboi dlm AH-HA dan Spontan pasti dirindui. Malangnya aku tak mengikuti programnya di Era.FM kerana aku tidak meminati Aznil Hj Nawawi yg suka sgt menjerit ala2 budak remaja gedik. Mungkin salah satu sebabnya aku tak bangun awal pagi (?).

Salah satu aksi Din Beramboi sudah pasti dalam filem Buli. Aku tak terasa pon statement dia. Hahaha.



Mari kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan bahawa rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amin.

Sumber gambar: MStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails