Saturday, April 17, 2010

Kes Penipuan 'Ejen UITM' dan 'Tuan Muda Pahang'

Kes 1: EJEN UITM
Hari ini Naib Canselor UITM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar menafikan sekeras-kerasnya bahawa UITM ada 'mengupah' ejen untuk pengambilan pelajar masuk ke UITM gara-gara kes penipuan yg berlaku baru-baru ini.

Dalam kes tersebut, mangsa telah mendakwa ditipu oleh ejen yg kononnya menguruskan kemasukan pelajar ke UITM. Mangsa dihubungi melalui telefon, kononnya telah ditawarkan untuk mengikuti program diploma di UITM. Mangsa perlu membayar RM500 untuk proses kemasukan dan perlu membayar RM2000 untuk yuran pengajian.

Komen Aku:

Perkara sebegini mustahil la nak berlaku jika mangsa lebih berhati2. Rasanya tak ada sebarang penawaran untuk melanjutkan pengajian di mana-mana IPT kerajaan melalui telefon mahupun emel. Semuanya melalui surat rasmi yg dihantar terus ke rumah.

Dan setahu aku yuran UITM tak sampai RM500 pon. Ini tak, penipu tu caj sampai RM2000. Mungkin disebabkan terlalu teruja ditawarkan unutk masuk ke UITM tanpa berfikir panjang mangsa terus setuju untuk membayar jumlah berkenaan. Dan yg lebih pelik, 'ejen' tersebut mengarahkan mangsa untuk bertemu di suatu tempat. Bukankah pembayaran hanya dibuat waktu pendaftran di kampus? Fikir panjang la.

Aku syak perkara ni pon ada kaitan dgn org dalam. Sebab? 'Ejen' tu hubungi mangsa2 secara rawak. Kalau main rawak, mungkin dia dah telefon pakcik tua mahupun India. Tapi lebih kurang 10orang dia berjaya telefon. Dan kalau mangsa tu tak pernah mengisi borang UITM, takkan dia mudah tertipu. Tak daftar, tiba2 dapat. Hebat gila. Mungkin orang dalam yg menyalurkan maklumat2 calon2 yg tidak berjaya. Lalu dihubungi oleh 'ejen' untuk mengambil kesempatan. Agaknya lah. Tak tentu betul lagi.

Kes 2: 'Tuan Muda' Pahang.

Seorang remaja berusia 17tahun telah menyamar sebagai 'Tuan Muda' Pahang sehingga berjaya memperdayakan seorang exco negeri Pahang dan ketua pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kecil. Remaja itu telah menghantar surat menggunakan 'kepala surat' rasmi negeri Pahang untuk mengadakan lawatan ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating. Remaja berkenaan telah menerima layanan seperti VVIP dah telah mengadakan majlis pengurniaan pingat kepada peserta2 PLKN di kem tersebut. Kemudiannya, mengadakan lawatan ke rumah orang kelainan upaya berhampiran Kem PLKN Kampung Hijrah, yg turut disertai oleh exco berkenaan.

Komen Aku:

Hebat gak budak nih. Tembelang dia pecah bila dia lawat ken PLKN tu terserempak dgn kawan dia. Yg aku pelik org2 yg disebut di atas macam tak buat kerja je. Letterhead palsu pon tak perasan. Tapi gila berani mati budak ni.

Nasib dia baik sebab Raja Muda Pahang Tengku Abdullah sedia memaafkan dia dgn syarat2. Apa pun, syabas. Entah2 pasni dia berlagak jadi Presiden USA. Kalau org tak kenal lagi tak tak la.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails