Friday, April 30, 2010

Langit Tak Selalu Cerah, Mendung Tak Bererti Hujan

(Tiada kaitan dgn yg hidup atau yg mati. Sekadar muhasabah diri.)



Setiap org ada laluan hidup masing2. Ada yg senang, ada yg mcm2 dugaan. Nak capai kesenangan sampai lalui bermacam2 kesusahan. Ada org yg dari kecik dah senang. Sebab mak bapak mmg org senang. Tapi percayalah, org yg susah capai kesenangan itu adalah org yg akan menghargai kehidupannya kelak. Yg senang jgn mudah keji org yg susah. Cuba hidup 'dalam kasut' org yg susah tu. Kadang2 kita kat atas, esok lusa entah2 kat tengah ataupun terperosok ke bawah.

Kita cantik hari ini, esok boleh jadi hodoh.

Kita kaya hari ini, esok boleh jadi pokai.

Kita mampu bergerak melompat sana sini hari ini, esok boleh jadi terbaring kat katil nak bangun pon dah tak boleh.

Kita kutuk org, lagi seribu org kutuk kita.

Dalam dunia ini, musuh kadang2 nyata. Tapi kawan baik lagi kejam dari musuh pon ada. Musuh dah tentu dengki dgn kita, tapi kawan rapat yg bermuka2 boleh tikam kita 360 darjah.

Indah sebenarnya merasa hidup di bawah. Hikmahnya kita tahu sape yg betul2 setia dgn kita, berkorban semua benda, sampai tak fikir pon kepentingan diri. Kawan2 ada yg menyokong, ada yg mengeji.

Cuba kikis sifat mengadili org lain. Kadang2 kita terseramoak dgn org kat tepi jalan pon, kita dah buat macam2 hipotesis dan inferens tentang org itu. Org yg kita kenal, atau tak betul2 kenal pon kita sanggup buat macam itu. Alangkah indahnya selami hidup org lain. Kalau semua org ada jalan pintas unutk hidup senang, dunia ini diwarnakan dgn satu warna sahaja. Jika tiada fakir miskin atau org susah, tiada imbangan kat dunia ini.

Jgn terkejut kalau org yg pandang rendah tu esok lusa boleh berjaya. Takdir, jodoh, ajal maut semua ditentukan oleh ALLAH. Redha dgn ketetapan ALLAH. Mesti ada hikmahnya. Kesusahan itu ujian kepada umat manusia.

Bak bait2 dari lagu Orkes Pengantar Minum Racun yg bertajuk 'Ada Nggak Ada' ini.



Ada nggak ada,
yang penting kita tertawa
Ada nggak ada,
yang penting kita gembira

Sekarang miskin,
siapa tau besok kaya
Sekarang bokek,
Siapa tau besok tokek... eh beruang

Roda... kan berputar
Kadang di bawah, kadang di atas

Suka nggak suka,
Enaknya sukain saja
Enak nggak enak,
Enaknya enakin saja

Jangan mikirin
Tanggal muda tanggal tua
Yang penting masih
Bisa ngutang tetangga

Biar makan nasi pera
Kalau ngumpul aduh enaknya
(Aduh enaknya)

Dibuat gampang
Hidup ini bisa gampang
Dibuat susah
Hidup ini bisa susah

Yang penting kita suka
Kue sera-sera
Kue satu, di bagi rata

(Dibilang tinggi... nggak juga
Dibilang pendek... nggak juga
Dibilang kuning... nggak juga
Dibilang cokelat... nggak juga
Apa dongg...?
Mau tau? Nih... Yeaaaaah)

Ada nggak ada,
yang penting kita tertawa
Ada nggak ada,
yang penting kita gembira

Sekarang miskin,
siapa tau besok kaya
Sekarang bokek,
Siapa tau besok tokek... eh beruang

Jangan mikirin
Tanggal muda tanggal tua
Yang penting masih
Bisa ngutang tetangga

Biar makan nasi pera
Kalau ngumpul aduh enaknya
(Aduh enaknya)

Dibuat gampang
Hidup ini bisa gampang
Dibuat susah
Hidup ini bisa susah

Yang penting kita suka
Kue sera-sera
Kue satu, di bagi rata

(Dibilang besar... nggak juga
Dibilang kecil... nggak juga
Dibilang bulat... nggak juga
Dibilang kotak... nggak juga
Apa dongg...?
Makanya dengerin. Nih... Yeaaaaah)

Ada nggak ada,
yang penting kita tertawa
Ada nggak ada,
yang penting kita gembira

Sekarang miskin,
siapa tau besok kaya
Sekarang bokek,
Siapa tau besok tokek... eh beruang

Ada nggak ada,
yang penting kita tertawa
Ada nggak ada,
yang penting kita gembira, (Lagi????)

Ada nggak ada,
yang penting kita tertawa
Ada nggak ada,
yang penting kita gembira


Thursday, April 29, 2010

In-Team - Doa Seorang Kekasih


Dulu ada org dedicate lagu ni kat aku. Hahaha. Ala2 alim gitew. Jom layan sebelum org yg dedicate tu mengamuk. Hahahahahahaha......

Wednesday, April 21, 2010

Saturday, April 17, 2010

Kes Penipuan 'Ejen UITM' dan 'Tuan Muda Pahang'

Kes 1: EJEN UITM
Hari ini Naib Canselor UITM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar menafikan sekeras-kerasnya bahawa UITM ada 'mengupah' ejen untuk pengambilan pelajar masuk ke UITM gara-gara kes penipuan yg berlaku baru-baru ini.

Dalam kes tersebut, mangsa telah mendakwa ditipu oleh ejen yg kononnya menguruskan kemasukan pelajar ke UITM. Mangsa dihubungi melalui telefon, kononnya telah ditawarkan untuk mengikuti program diploma di UITM. Mangsa perlu membayar RM500 untuk proses kemasukan dan perlu membayar RM2000 untuk yuran pengajian.

Komen Aku:

Perkara sebegini mustahil la nak berlaku jika mangsa lebih berhati2. Rasanya tak ada sebarang penawaran untuk melanjutkan pengajian di mana-mana IPT kerajaan melalui telefon mahupun emel. Semuanya melalui surat rasmi yg dihantar terus ke rumah.

Dan setahu aku yuran UITM tak sampai RM500 pon. Ini tak, penipu tu caj sampai RM2000. Mungkin disebabkan terlalu teruja ditawarkan unutk masuk ke UITM tanpa berfikir panjang mangsa terus setuju untuk membayar jumlah berkenaan. Dan yg lebih pelik, 'ejen' tersebut mengarahkan mangsa untuk bertemu di suatu tempat. Bukankah pembayaran hanya dibuat waktu pendaftran di kampus? Fikir panjang la.

Aku syak perkara ni pon ada kaitan dgn org dalam. Sebab? 'Ejen' tu hubungi mangsa2 secara rawak. Kalau main rawak, mungkin dia dah telefon pakcik tua mahupun India. Tapi lebih kurang 10orang dia berjaya telefon. Dan kalau mangsa tu tak pernah mengisi borang UITM, takkan dia mudah tertipu. Tak daftar, tiba2 dapat. Hebat gila. Mungkin orang dalam yg menyalurkan maklumat2 calon2 yg tidak berjaya. Lalu dihubungi oleh 'ejen' untuk mengambil kesempatan. Agaknya lah. Tak tentu betul lagi.

Kes 2: 'Tuan Muda' Pahang.

Seorang remaja berusia 17tahun telah menyamar sebagai 'Tuan Muda' Pahang sehingga berjaya memperdayakan seorang exco negeri Pahang dan ketua pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kecil. Remaja itu telah menghantar surat menggunakan 'kepala surat' rasmi negeri Pahang untuk mengadakan lawatan ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating. Remaja berkenaan telah menerima layanan seperti VVIP dah telah mengadakan majlis pengurniaan pingat kepada peserta2 PLKN di kem tersebut. Kemudiannya, mengadakan lawatan ke rumah orang kelainan upaya berhampiran Kem PLKN Kampung Hijrah, yg turut disertai oleh exco berkenaan.

Komen Aku:

Hebat gak budak nih. Tembelang dia pecah bila dia lawat ken PLKN tu terserempak dgn kawan dia. Yg aku pelik org2 yg disebut di atas macam tak buat kerja je. Letterhead palsu pon tak perasan. Tapi gila berani mati budak ni.

Nasib dia baik sebab Raja Muda Pahang Tengku Abdullah sedia memaafkan dia dgn syarat2. Apa pun, syabas. Entah2 pasni dia berlagak jadi Presiden USA. Kalau org tak kenal lagi tak tak la.

Thursday, April 15, 2010

Tuesday, April 13, 2010

Laporan Pertandingan Kugiran Juara Muzik Rama D'Tasik Idaman

SMS On Cinta
Tarikh: 11 April 2010
Waktu: 10 Malam
Tempat: Tasik Idaman, Bangi
Lagu: Biarkan - Parkdrive
         Kasih - Ecoutez
         Tragedi Buah Epal - Anita Sarawak

Pada 11 April yg lalu, kumpulan SMS On Cinta telah menyertai peringkat saringan yg keenam satu pertandingan yg dinamakan 'Kugiran Juara Muzik Rama D'Tasik Idaman yg bertempat di Tasik Idaman, Bangi, Selangor. Pertandingan telah dimulakan lebih kurang pukul10 malam. Sebanyak 4kumpulan termasuk SMS On Cinta telah membuat persembahan di malam tersebut.

Sebelum bertolak ke lokasi pertandingan, ahli2 SMS On Cinta telah berkumpul di bilik muzik Kolej Kediaman Ke-Sebelas UM untuk membuat persiapan dan berlatih untuk kali terakhir. Kemudian, ahli2 telah bergerak berasingan ke Tasik Idaman.

Setibanya di tempat pertandingan, pemain gitar SMS On Cinta, Saudara Azrul Hafiz telah diberikan mandat untuk menghadiri sesi taklimat ringkas dan cabuatn undi untuk menentukan giliran membuat persembahan. Tanpa dijangka, kumpulan SMS On Cinta telah mendapat giliran pertama untuk malam itu. Setelah dipanggil oleh 2org pengacara majlis yg bertugas, kumpulan SMS On Cinta dgn tekad yg bulat telah melangkah dgn penuh yakin ke pentas.

Sebelum persembahan, vokalis SMS On Cinta, Saudari Huwaina telah ditemuramah oleh pengacara majlis sementara ahli2 lain sedang bersedia untuk memulakan persembahan.

Dimulakan dengan lagu Biarkan sebagai lagu 'soundcheck', segalanya berlangsung dgn licin dan baik sekali untuk malam itu.



Setelah tamat persembahan, diadakan sesi bergambar untuk dimuatkan di dalam blog rasmi Tasik Idaman.
Boleh dikatakan persembahan2 dari kumpulan lain yg bertanding pada malam itu juga amat memeranjatkan dan persaingan boleh dikatakan amat sengit.

Video persembahan akan dimuatkan kelak. Semoga kumpulan SMS On Cinta berjaya mara ke peringkat separuh akhir kelak.

"Majulah Muzik Untuk Negara"

Laporan disediakan oleh:
Setiausaha Tidak Rasmi
Persatuan SMS On Cinta.

Monday, April 12, 2010

Agrikulture - Kompor Meledug



Ya. Satu lagi band Indonesia dlm genre elektronika. Lagu ni cover kepada lagu asal dendangan Benjamin S.

Jazz tetap jazz. Elektronika pon best ape. Tapi kena pandai main synth dgn programming. Lagu untuk hari ini.

LIRIK

Aah….! Nya’ banjir!

Jakarta kebanjiran, di Bogor angin ribut
Ruméh ané kebakaran garé-garé kompor mleduk
Ati ané gemeteran, wara-wiri keserimpet
Rumah ané kebanjiran gara-gara got mampet

Aa~ti-ati kompor meledug
Aa~ti ané jadi dag-dig-dug (heh.. jatuh duduk)
Aa~yo-ayo bersihin got
Jaa~ngan takut badan blépot

Coba enéng jangan ribut, jangan padé kalang kabut

Aarcgh!!…

Sunday, April 11, 2010

Sewel+Gila+Mereng = Aduka Taruna


Apa nak jadi la dgn Aduka Taruna ni. Dulu, dia kutuk kemangkatan Almarhum Sultan Johor, sekarang ni buat hal lagi. Ada ke patut dia tulis:

"Dengan Nama Allah Yg Maha Ego"

Dia ni gila kot. Tak pun dah sesat. PAS Reform konon. Tapi pelik org PAS tak bising lak.

P/s: Abaikan tab Fantasy Premier League tu. Hahahaha.

Friday, April 9, 2010

Lawak Kursus Perkahwinan

(Pernah diceritakan oleh seorang sahabat)

Ustaz: Agak2nye nanti, kalau suami kamubalik dari kerja, penat2, macam mana kamu nak kelihatan menarik untuk buat suami kamu senang hati tgk kamu?

Peserta A: Kena pakai cantik2 la ustaz. Mekap skit2. Baju lawa2. Pastu masakkan dia yg sedap2.

Ustaz: Bagus lah kalau pakai cantik2, siap masakkan lagi. Tapi kalau dah pakai pakaian yg cantik2, kang kena sambar api lak masa masak nanti. Tak ke bahaya tu.

Peserta B: Kalau macam tu, pakai apron la ustaz.

Ustaz: Wah, seronok la suami kamu balik keje tgk isteri pakai apron je. Senang hati betul nanti.

Wednesday, April 7, 2010

Bali Lounge - Something's Wrong

Tak tau kenapa lagu ni melekat dlm otak aku. Samada lirik, lagu ataupun klip video yg best. Yg semestinya Jazz Indonesia. Haha. Dan Tompi juga di situ.



Bali Lounge – Something’s Wrong
Something’s Wrong - Bali Lounge
something’s wrong when i can’t seem to think straight

something’s wrong when my heart beat comes a bit late

oh so wrong, cause you are standing too near

awfully wrong, the truth is all too clear
***

i have chilled my heart, i have cooled my blood

my love life’s in a deep freeze, a never opening bud

my comfort is in a silence, you must not make a sound

solitude is so hard to keep up whenever you are around
something’s wrong or maybe it’s so right

that i just don’t feel so strong

something’s wrong how can i be grounded

when my minds on the higher ground
oh so wrong… cause i feel but cannot hear

the rhapsody of our song…
i can rule my head, i can’t control my soul

but i won’t stay in this state cause i just can take the cold

my comfort is in silence, you must not make a sound

solitude is so hard to give up whenever you are around, you’re around…
back to ***
something’s wrong when i can’t seem to think straight

something’s wrong when my heart beat comes a bit late

oh so wrong, cause you are standing too near

something’s wrong… let’s make it right…

Tuesday, April 6, 2010

Urutan Untuk Lelaki (18++)

Maaf. Tiada gambar lucah disertakan. Juga tiada kaedah mengurut lelaki dapat dikongsi bersama dalam posting kali ini.

Permandangan yg biasa di dalam tandas awam lelaki. Ye la. Kalau tandas kat rumah sewa lelaki pon conteng macam ni memang melampau la. Tak tau la kat tandas awam wanita pon ada conteng2 macam ni gak. Sebab aku tak pernah masuk. Kang tak pasal2 kena tidur lokap.

Urut Lelaki -  Pernyataan ni agak mengelirukan. Samada urutan untuk lelaki ataupun urutan oleh lelaki. Kalau yg pertama tu ok gak la. Mesti wanita yg urut. Kalau yg kedua tu geli la. Bulu roma panjang2. Eeeeeiiii.....

Saje xnak censor no telefon ni. Kot2 ada yg berkenan, boleh la amik. Kalau best, bagi tau teman. Hahahaha.



Jangan fikir McD je ada dibuka 24jam. Urutan lelaki pon sama gak. Yg aku musykil, tak tau la kot2 ada khidmat penghantaran ke rumah. 'Delivery' la kiranya.

Menyemak la conteng2 camni kat tandas2 awam ataupun kat mana2 pon. Macam rendah gila IQ makhluk yg berkenaan. Lain kali conteng la 'Bahasa Jiwa Bangsa', 'Budi Bahasa Budaya Kita', tak pun 'Manakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya'. Bagi la mesej2 yg baik skit. Kot2 budak hingusan yg belum amik PMR tgk benda2 camni, tanpa fikir panjang budak2 tu berani mencuba. Kan dah jadi masalah sosial.

Kalau pihak berkuasa nak amik tindakan lagi senang. Hubungi no ni dan perangkap la dalang kegiatan macam ni. Tu pun kalau betul nak banteras perkara2 tak sihat camni ataupunpihak berkuasa memang tak kuasa nak banteras tu tak tau la kan.

Yg baik kita ikut, yg tak elok kita hindarkan. Ok?

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Dalam Kenangan


Setelah bertarung nyawa beberapa hari di ICU, akhirnya Din Beramboi telah menyahut panggilan Ilahi lebih kurang pukul12.30 malam 2hb April 2010. Masih muda, pada umur 44tahun dan masih ditagih khidmatnya untuk membuatkan org ramai bergelak ketawa sehingga tak ingat dunia.

Rasa macam baru semalam dia menjadi pengkritik Raja Lawak musim ke-4. Sehinggakan aku yg tak ikut sgt Raja Lawak sebelum ini membatalkan segala program aku untuk Ahad malam. Aksi dia ketika menjadi juri seperti berpakaian ala tentera, org Jepun dan 'pokcik tuo' tu amat menyerikan program Raja Lawak.

Antara pelawak yg berkebolehan untuk 'stand-in comedy' ataupun secara spontan di Malaysia. Walaupun watak2 dia di dalam filem hanyalah untuk beberapa babak sahaja, tp cukup meninggalkan kesan seperti guru sekolah memandu dalam filem Papadom.

Sudah pasti program Mandi kehilangan 'Raja Kapoor'nya. Gelagat Din Beramboi dlm AH-HA dan Spontan pasti dirindui. Malangnya aku tak mengikuti programnya di Era.FM kerana aku tidak meminati Aznil Hj Nawawi yg suka sgt menjerit ala2 budak remaja gedik. Mungkin salah satu sebabnya aku tak bangun awal pagi (?).

Salah satu aksi Din Beramboi sudah pasti dalam filem Buli. Aku tak terasa pon statement dia. Hahaha.



Mari kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan bahawa rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amin.

Sumber gambar: MStar

Thursday, April 1, 2010

Oh Kartika Sari Dewi...Lagak mu tangkas bak serikandi, tingkah mu hanya memalukan diri.

Saya reda dan janji jalani hukuman dengan ikhlas: Kartika


Berita Harian
2010/04/01




KUANTAN: Model Sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno terkejut apabila mengetahui hukuman enam sebat ke atasnya kerana kesalahan minum arak ditukar kepada menjalani khidmat masyarakat selama tiga minggu.

Beliau akan memulakan hukuman khidmat masyarakat itu di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimahdi Kuantan, mulai esok. Sambil mengakui reda dengan keputusan itu, beliau berjanji akan menjalani hukuman itu dengan hati yang ikhlas. Katanya, beliau hanya mengetahui perkara itu selepas menerima surat yang ditandatangani Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan semalam yang diserahkan yang serahkan sendiri pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), di Kuala Lumpur.

Komen Hamba Allah bernama Azizul (ala2 Azwan Ali gitu. Hakhak)

Mula2 kes dia ni kuar aku rasa nak muntah pon ada sebab dia bajet yg dia ni mcm nak jadi hero. Macam la dia sorangje perempuan Muslim yg meneguk arak kat Malaysia ni. Dia kantoi kat Pahang, sedangkan kalau kat KL ni, pegi je mana2, belambak yg minum. Silap2 kalau buat 'rush', 4biji bas dua tingkat pon belum tentu cukup nak angkut makhluk2 tu pegi lokap.

Lagi la dapat perhatian bila wartawan dok ikot dia ke mana dia pergi. Mengadap Sultan Pahang pon wartawan siap berkampung kat chalet dia duduk. Tak paham aku. Dia bukan nye wirawati, serikandi mahupun olahragawati. Tak payah bagi muka sgt la. Yg paling tak tahan tgk muka dia masa kena angkut naik van majlis agama. Lawak gila. Muka nak belas kasihan. Pakai tudung konon dah taubat. Piraaaahhhhh.....

Setakat yg aku tau, ada sorang je yg mengaku bertaubat. Tu pon masa dah tersepit. Man Laksa masa berlakon drama hasil nukilan Gagak Di Rimba ketika Temasha Kampung Talang untuk mengutip derma kebakaran rumah Pak Maun.

"Ampun....Ampun...Aku dah bertaubat"

Saya Minat Muzik

Aku minat muzik. Aku minat main muzik. Tapi aku tak pernah dapat pembelajaran formal muzik. Umur pun dah makin tua. Dah tak sempat kot.

Dah bermacam2 muzik aku main. Dari rock kapak ke nusantara ke jazz. Makin tua takkan nak main Blink182 dgn MCR lagi. Dulu kat MRSM asyik2 ACAB. Hahaha.

Adalah koleksi2 video aku skit. Lawak gak la tgk diri sendiri buat persembahan.

1) Makum Fiesta Muzika Nusantara 2008


2) Feseni 2008




3) Feseni 2007



4) Practice Battle Synchro9 (yg bangang)



5) Practice Battle Synchro9 gak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails