Tuesday, August 17, 2010

Gosip!!!


Ini liriknya:

mulut bungkam aib terungkap
pasang senyum tapi kau muak
bertingkah bagai malaikat
tapi nekat

mau tau
tau kau mau
tak seharusnya kau tau
tanpa malu terus kau buru
berita baru
makin seru
Ya. Gosip. Hahaha. Ramai yang suka sangat bergosip ini. Tapi di bulan Ramadhan yang mulia ini, hindarilah perkara yang bakal mengurangkan kutipan pahala anda. Nasihat untuk diri sendiri juga.
Gosip. Kalau perkara yang digosipkan benar, jadi mengumpat. Kalau perkara yang digosipkan itu batil ataupun salah, jatuh hukum sebagai fitnah.

Ada pelbagai cara nak bergosip ini. Berbeza cara-cara di desa dan di kota metropolitan.
Di desa:
1) Majlis kenduri-kendara. Tangan sibuk memotong bawang, mulut sibuk menghambur kata-kata. Sambil hias pelamin pun boleh.
2) Ketika sibuk membeli ikan dan sayur daripada penjual ikan dari rumah ke rumah. Akhir sekali minta kurang harga dari penjual.
3) Lepak di tangga ketika petang hari. Bertenggek bertingkat-tingkat. Sambil cari uban atau kutu.

4) Ketika menjaja kain dari rumah ke rumah. Adegan tersohor dalam drama-drama Melayu di kaca TV. Menyirapkan darah orang kononnya jiran dia beli lebih helai kain daripada mangsa.

Di kota:

1) Berjanji temu di kopitiam ataupun kedai-kedai kopi terkemuka. Sambil tangan sibuk menonyoh puntung rokok di dalam bekas abu.

2) Sambil menjinjing beg hasil aktiviti membeli-belah di gedung-gedung membeli-belah. Langkah diatur serentak dengan mulut berbicara.

3) Ketika di pusat kecantikan, spa, salun rambut mahupun di atas 'treadmill' pusat kecergasan.

4) Menggunakan sepenuhnya kemahiran IT. Blog, Facebook, Twitter, ataupun BBM. Maju bersama teknologi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails